Você está na página 1de 21

Topik 2  Perkembangan

fizikal
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari
aspek kawalan anggota badan dan kawalan manual;
2. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari
aspek perkembangan deria, kinestetik dan persepsi
3. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari
aspek perkembangan motor halus, motor kasar dan deria
motor.

PENGENALAN
Bagi tajuk ini kita akan membincangkan perkembangan fizikal kanak-
kanak dari sudut yang lebih khusus. Sebelum kita membincangkan
tajuk ini dengan lebih lanjut, elok rasanya kita faham dulu apa yang
dimaksudkan dengan ‘Perkembangan Fizikal’. Perkembangan
bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses
perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada
seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi
dan pengaruh persekitaran ( Doherty & Brennan, 2008). Kanak-kanak
dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang
diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran pula, menentukan
bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk
berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi.

Oleh itu, dalam perbincangan ini kita akan melihat beberapa aspek
perkembangan fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan kita lihat
adalah bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan
badan kanak-kanak. Kita juga akan menyentuh tentang perkembangan
deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

berhubung dengan persekitaran. Peringkat perkembangan ini sangat


penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak
akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan
mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Pada
peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan
anggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan
melompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis.

AKTIVITI 2.1

Cuba perhatikan bagaimana kanak-kanak meneroka persekitaran


mereka. Apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka ingin
mengetahui sama ada objek itu lembut atau keras?

KOMPONEN PERKEMBANGAN
MOTOR

2.1
2.1.1 Kawalan Anggota
Pemerhatian kita terhadap perkembangan dan kawalan anggota badan
kanak-kanak merupakan suatu yang sangat menarik. Bagaimanakah
kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran
mereka? Cuba kita perhatikan bagaimana kanak-kanak mula
mempelajari sesuatu. Bagaimana mereka mula mengenal objek dan
mencuba untuk memegangnya. Bagaimana pula kanak-kanak ini mula
bergerak seperti merangkak untuk mendapatkan objek tersebut.
Bagaimana mereka menggunakan kawalan anggota badan mereka
untuk mempelajari sesuatu.

Semua aktiviti di atas merupakan perkembangan fizikal anggota badan


kanak-kanak. Proses yang kompleks ini berlaku memerlukan kekuatan
fizikal, koordinasi otot, keseimbangan badan dan persepsi yang tepat.
Peringkat perkembangan ini melibatkan bagaiamana kanak-kanak
memperkembangkan kemahiran baru mereka. Kebolehan ini perlu
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

digalakkan dengan aktiviti yang sesuai dapat disediakan untuk


pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Perkembangan fizikal dan cara kanak-kanak mengawal anggota badan


membolehkan mereka meneroka dan berinteraksi dengan dunia di
persekitaran mereka. Bagi kanak-kanak apa sahaja yang mereka lihat
dan buat adalah sesuatu yang baru. Penggunaan kemahiran anggota
badan mereka dapat mencetuskan pengalaman yang baru dan
berbeza. Mereka akan mengulang hingga mereka terbiasa. Gerkan
ulangan ini secara tidak langsung akan melatih kawalan bahagian
anggota badan. Selepas selesa dan bosan dengan cara gerakan
tersebut mereka akan mencuba cara yang berbeza dan baru..

Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak ini, mereka akan


memperkembangkan otot anggota badan dahulu. Setelah otot
berkembang dengan baik dan kuat, mereka akan cuba menggunakan
kekuatan otot dengan melakukan aktiviti tertentu. Mereka akan cuba
bergerak, merangkak dan memegang objek yang dijumpai. Contohnya
mereka apabila ternampak pensil mereka akan cuba memegangnya.
Kemudian kanak-kanak ini akan melukis atau melorek mengikut
imaginasi mereka.

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan sedar tentang kawalan badan


mereka seiring dengan kebolehan mereka mengerakkan anggota
badan tersebut. Justeru, pada peringkat awal pembelajaran kawalan
tubuh badan ini, tumpuan juga harus diberikan kepada pengetahuan
mereka tentang nama dan mengenal bahagian-bahagian anggota
tubuh badan mereka. Contohnya, kita mengajar mereka seperti;
“memegang dengan tangan”, “menendang dengan kaki” dan “melihat
menggunakan mata”. Apabila kita mengajar mereka memegang bola
dengan tangan kita juga boleh menunjukkan bagaimana kawalan
tangan itu boleh dilakukan.

Mereka juga perlu peka terhadap gerakan anggota badan mereka dan
kebolehan untuk membuat beberapa bentuk gerakan. Contohnya
dalam aktiviti senaman, kita minta kanak-kanak membuat imaginasi
seperti, “buat badan kamu seluas lautan” sambil mendepakan tangan
seluasnya. Atau “cuba capai buah di atas pokok yang tinggi” sambil
menyuruh kanak-kanak merengangkan badan mereka untuk mencapai
tempat yang tinggi. Aktiviti seperti ini, selain kanak-kanak akan berasa
seronok ia juga akan dapat menggalakkan imaginasi kanak-kanak
tersebut.
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Terdapat beberapa gerakan anggota tubuh badan yang sesuai


dijalankan oleh kanak-kanak ini bagi melatih kawalan anggota badan.
Antara aktiviti untuk kawalan badan adalah seperti melenturkan
badan, meregangkan badan dan memusingkan badan. Lain-lain aktiviti
adalah seperti berpusing dalam bulatan, melompat bersama rakan dan
melangkah bersama-sama seperti keretapi sedang bergerak. Aktiviti
seperti ini akan memperkukuhkan kebolehan kanak-kanak itu
mengawal anggota badan. Selain itu adalam aktiviti ini akan
melibatkan koordinasi untuk bergerak dalam kumpulan.

Aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang melibatkan


kawalan anggota badan secara serentak. Ia melibatkan kawalan
terhadap tangan, kaki dan badan. Contohnya dalam aktiviti bermain
keretapi bergerak bersama rakan. Kanak-kanak akan membuat
kawalan tangan agar sentiasa memegang bahu rakannya. Gerakan
kaki juga perlu dikawal agar bergerak serentak dengan kaki rakan yang
lain. Kawalan badan pula perlu agar mereka dapat bergerak dalam satu
barisan yang lurus.

Semak Kendiri 2.1

Bagaimana daya gerak hati (intuitif) ini membantu dalam


perkembangan
pergerakan anggota dan otot seorang kanak-kanak?

2.1.2Kawalan Manual

Semasa peringkat perkembangan seorang kanak-kanak, kemahiran


mereka dapat mengendalikan objek memberi makna yang besar. Cara
bagaimana mereka memegang sesuatu objek dengan yakin akan dapat
menunjukkan kebolehan mereka. Misalnya, jika kita lihat kanak-kanak
bermain plastisin. Apakah kawalan manual yang dilakukan oleh
mereka? Kanak-kanak akan menyesuaikan gerakan tangan bagi
membentuk objek yang tertentu. Mereka akan menekan dan
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

mengosokkan plastisin antara dua tapak tangan untuk membuat


bentuk bujur. Atau mereka akan mengenggam plastisin tersebut
dengan kuat untuk membuat bola. Begitu juga, mereka akan
menyelaraskan daya yang bersesuaian ketika membentuk plastisin
tersebut semasa membuat bentuk bulat seperti bola itu.

Aktiviti kawalan manual juga merujuk kepada kebolehan kanak-kanak


untuk membuat aktiviti motor halus. Aktiviti ini adalah seperti
memegang, menggengam, menggosok dan menggunakan jari tangan.
Contohnya, seperti kanak-kanak membuka skru pada alat mainan
mereka. Aktiviti ini memerlukan kecekapan kanak-kanak untuk
menggunakan jari tangan bagi memegang, mengenggam dan
memusingkan skru tersebut. Kawalan manual ini akan melatih
kemahiran mereka menyelaraskan kekuatan genggaman dan
pegangan jari-jari tangan mereka.

Aktiviti lain seperti memindahkan biji manik dalam susunan warna,


bentuk atau saiz yang berbeza. Contohnya kanak-kanak diminta
menyusun biji manik secara berurutan dari saiz yang paling kecil ke
saiz yang paling besar. Semasa kanak-kanak ini menentukan saiz objek
tersebut telah wujud koordinasi mata-tangan. Mereka akan melihat
objek yang paling kecil dan membuat perbandingan dahulu sebelum
mengambil biji manik tersebut. Aktiviti yang melibatkan pelbagai
bentuk, saiz, tekstur dan berat objek seperti ini akan
memperkembangkan kecekapan kawalan manual kanak-kanak semasa
mengendalikan sesuatu objek.

Aktiviti membuat guntingan kertas juga dapat meningkatkan kawalan


manual kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak diminta membuat
guntingan kertas bentuk sebuah rumah. Mereka akan cuba mengunting
dari satu sudut. Gerakan dan genggaman tangan mereka sangat
penting bagi membuat guntingan yang kemas mengikut garisan
bentuk rumah tersebut. Semasa mengunting mereka juga perlu
membuat gerakan mata bagi memfokus pada bahagian yang betul
untuk dipotong.

Kawalan manual juga boleh dilihat semasa kanak-kanak sedang


bermain. Contohnya semasa kanak-kanak bermain batu seremban,
mereka akan membaling dan menangkap batu dalam permainan
tersebut. Kawalan manual dalam permainan ini melibatkan kemahiran
kanak-kanak mengawal gerakan membaling dengan daya yang sesuai.
Selain itu, mereka juga perlu cekap menangkap dan mengenggam batu
tersebut pada masa yang tepat.
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Rajah 2.1: Semasa kanak-kanak bermain mereka akan mengembangkan


kemahiran manual.

KENDIRI 1.1

Gambar kanak-kanak sedang bermain batu


seremban/plastisin.

PERKEMBANGAN DERIA
2.2

2.2.1Deria
Kemahiran kanak-kanak untuk menerima maklumat dengan tepat
berkait dengan kebolehan deria mereka mengesan rangsangan.
Rangsangan dari persekitaran wujud dalam pelbagai bentuk iaitu; bau,
rasa, cahaya, panas atau sejuk, kesakitan dan bunyi. Oleh itu terdapat
beberapa organ deria pada kanak-kanak yang berfungsi untuk
mengesan rangsangan ini. Deria yang utama untuk mengesan
rangsangan adalah mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk
sentuhan.

Setiap organ deria ini mempunyai fungsi yang tertentu. Secara amnya
fungsi organ deria ini dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 2.1 di
bawah;
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Jadual 2.1: Organ deria dan fungsinya

Organ Fungsi Jenis rangsangan


deria
Mata Penglihatan Cahaya

Telinga Pendengaran Bunyi

Hidung Bau Wangi, busuk

Lidah Rasa Manis, masam, masin, pahit

Kulit Sentuhan Sejuk, panas, sakit

Di peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka banyak


bergantung kepada kemahiran organ deria mereka untuk bergerak dan
bertindak. Kanak-kanak yang baru dilahirkan mengenali persekitarannya
secara kabur sahaja kerana keupayaan otaknya masih belum berupaya berfungsi
sepenuhnya. Pada tahap ini kanak-kanak bergerak dengan menggunakan
gerakan pantulan. Kanak-kanak menunjukkan perubahan daripada tindakan
reflektif kepada tindakan yang bertujuan. Contohnya, kanak-kanak berubah
daripada keadaan di mana dia hanya memegang apa-apa yang diberikan
kepadanya kepada keadaan cuba memegang apa-apa yang dia nampak. Mereka
cuba menggunakan sebanyak mungkin penggunaan organ deria mereka.

Walau bagaimanapun pada peringkat awal ini juga kanak-kanak tidak


mempunyai konsep pengekalan contohnya apabila sesuatu benda yang
dilihatnya disembunyikan, kanak-kanak tersebut tidak berusaha untuk
mencarinya. Mereka menganggap objek tersebut telah tidak ada lagi.
Perkembangan kognitif pada tahap ini adalah cepat tetapi kebolehan mental
hanya terhad kepada objek-objek yang boleh dilihat sahaja. Oleh itu pada
peringkat awal ini penggunan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran dan
rasa sangat membantu perkembangan kanak-kanak.

Bagi Piaget (1952), peniruan merupakan satu petunjuk penting kepada


perkembangan kecerdasan mental bayi pada tahap deria motor. Bagi
membolehkan bayi meniru tingkah laku orang lain, bayi sekurang-kurangnya
telah membuat pemerhatian yang rapi sama ada melalui tingkah laku
perantaraan atau menerusi proses dalaman secara simbolik. Reaksi sekular ialah
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

cara pengukuhan skema dan generalisasi yang boleh diperlihatkan oleh bayi.
Piaget menyatakan sebagai satu rangkaian gerakan yang diulang-ulang
disebabkan perlakuan itu merupakan suatu penglahiran tingkah laku bersebab
daripada rangsangan tertentu yang diterima. Gerakan rangkaian inilah yang
dinamakan reaksi sekular seperti tingkah laku menghisap susu pada bayi.
Rangsangan bibir bayi semasa menyusu menyebabkan penglibatan rangkaian
tingkah laku termasuklah bibir, rahang dan pergerakan leher.

Apabila kanak-kanak ini semakin membesar, semakin banyak rangsangan yang


telah diterima. Kanak-kanak menjadi semakin matang dalam mengesan dan
mengendalikan rangsangan ini. Melalui penggunaan organ deria ini kanak-
kanak mula membentuk konsep objek. Mereka mula memahami bentuk, saiz,
tekstur atau ciri objek yang berbeza. Mereka juga telah faham cara yang sesuai
untuk bertindak terhadap sesuatu rangsangan.

Jenis rangsangan yang diterima juga akan menentukan tingkah laku dan jenis
gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Melalui penggunaan organ
deria yang cekap kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran gerakan
mereka. Mereka juga dapat memahami konsep ruang, keseimbangan, kestabilan
badan dan kesediaan anggota badan untuk bertindak melalui pengesanan
rangsangan dari persekitaran.

2.2.2 Kinestetik

Kinestetik merupakan kemahiran yang penting bagi kanak-kanak


melakukan gerakan tubuh badan. Kebolehan kanak-kanak membuat
gerakan dan mengkoordinasi gerakan badan membolehkannya
melakukan banyak aktiviti yang lebih bermakna. Misalnya, kanak-
kanak yang baik daya kinestetik akan cepat untuk berguling,
merangkak dan akhirnya dapat berjalan. Banyak aktiviti yang kita
lakukan seharian juga melibatkan kebolehan kita membuat gerakan
kinestetik anggota badan. Malah mereka yang dapat mengerakkan
anggota badan dengan baik berupaya untuk menjadi atlit, penari atau
individu yang lebih cergas, kuat dan sihat.
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Gerakan kinestetik dapat dilihat semasa peringkat awal perkembangan


kanak-kanak lagi. Misalnya, di peringkat bayi satu daripada cara untuk
mereka menunjukkan keinginan mereka adalah melalui gerakan. Bayi
akan mengerakkan tangan dan menendang-nendang kaki mereka
sekiranya mereka inginkan sesuatu. Kanak-kanak sedar melalui
gerakan seperti ini mereka akan memperoleh respons yang lebih
cepat.

Selain itu, melalui gerakan juga kanak-kanak dapat meneroka


persekitaran mereka. Kanak-kanak yang sedang membesar merupakan
seorang yang penuh dengan imaginatif dan ‘curiousity’ yang tinggi.
Oleh itu, apabila berpeluang mereka akan cuba meneroka di tempat
yang baru tersebut. Contohnya, kali pertama mereka di kelas
prasekolah, kanak-kanak ini akan berasa seronok dan mencuba
sesuatu dengan cara melompat dan memanjat tempat yang baru bagi
mereka.

Gerakan kinestetik dapat dikaitkan dengan kebolehan untuk belajar,


meningkatkan kesihatan diri dan menambahkan keyakinan kanak-
kanak (Doherty & Brennan, 2008). Guru perlu memainkan peranan
bagi membantu kanak-kanak bergerak dengan lebih berkesan dan
meningkatkan kualiti gerakan kinestetik mereka. Gerakan kinestetik
merupakan perkara penting dalam perkembangan dan latihan fizikal
kanak-kanak. Penggunan gerakan kinestetik dan perancangan yang
baik dapat membantu kanak-kanak lebih prihatin terhadap anggota
badan dan bagaimana melakukan gerakan yang lebih berkesan.

Menurut (Bucher, 1979) ciri-ciri dalam pendidikan gerakan kinestetik


adalah;

a) berpusatkan murid
b) perlu melibatkan penyelesaian masalah
c) pendidikan yang tidak terlalu formal
d) melibatkan penggunaan alatan
e) membenarkan pembelajaran kemahiran motor
f) dapat meningkatkan kepusan dalam membuat gerakan
g) menggalakkan analisis dalam gerakan yang dilakukan

2.2.3 Persepsi
Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian deria, kanak-kanak perlu
diberi latihan bagi menerima maklumat dengan tepat melalui deria
(sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu diinterpretasi dengan tepat
yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat penting
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut.


Terdapat enam bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran,
kepekaan anggota badan, sentuhan, bau dan rasa. Antara kesemua ini,
penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah persepsi
yang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya
berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004).

Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah;


persepsi ketekalan, orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalam
ruang, persepsi mendalam, kawasan penglihatan, persepsi gerakan
dan koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila kanak-kanak ini
memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran.
Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk
rangsangan penglihatan cahaya.

Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat


pemerhatian dan membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalah
bagi mengesan ciri sepunya, yang sama atau berbeza antara dua
objek. Melalui persepsi ketekalan ini, kanak-kanak dapat
membandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang diperhatikan.
Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapat
menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat. Mereka
juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut iaitu seperti
saiz, warna, lembut atau keras.

Orientasi ruang pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak melihat


hubungan antara sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objek
lain atau kepada orang lain yang terdapat dalam persekitaran tersebut.
Misalnya, kanak-kanak sedang bermain bola dan bola tersebut
tercampak ke bawah meja. Kanak-kanak akan membuat gerakan yang
bersesuaian seperti membengkokkan badannya untuk mengambil bola
yang terdapat di bawah meja tersebut.

Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secara


menegak atau arah apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan
yang berbeza. Contohnya, dalam permainan rebut bola. Seorang
murid meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau dicelah kakinya.
Murid yang lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukan
yang telah ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusaha
untuk cuba mengambil bola dan mengawal keseimbangan badannya
berkait dengan pemerhatian kedudukan ruang bola tersebut.

Persepsi kedalaman (depth perception) adalah kebolehan kanak-kanak


menganggarkan jarak menegak (vertical) antara dua tempat.
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan persepsi ini ketika


memanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatan
anggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapat
melangkah dengan luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagi
melepasi halangan seperti lari lompat berpagar. Kanak-kanak
memerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan kadar
daya yang sesuai.

Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanak


dalam mengkordinasi mata dan anggota badan. Contohnya kanak-
kanak dapat membuat koordinasi yang tepat antara tangan dan mata
atau kaki dan mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak yang
menjadi penjaga gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangan
dan kaki(contohnya dalam menangkap bola) atau kaki dan mata
(contohnya dalam menendang bola).

Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria atau


kepekaan terhadap gerakan dan kedudukan badan. Maklumat
diperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang terdapat di
dalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan
yang terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu
kanak-kanak mengekalkan kedudukan badannya yang seimbang dan
stabil.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menerima maklumat


atau rangsangan, akan cuba menginterpretasi maklumat yang mereka
terima. Mereka akan cuba memadankannya dengan pengalaman atau
maklumat dari persekitaran dan ini akan menyebabkan mereka
menunjukkan masalah dalam membuat sesuatu gerakan (Horvat et.
al., 2007).

Contohnya, apabila kanak-kanak sedang bermain lontar dan tangkap


bola. Seorang kanak-kanak yang cuba untuk menangkap bola akan
mula bersedia apabila dia melihat kawannya mula ingin melontar bola
tersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini menerima maklumat dari deria
penglihatannya. Dia mula bersedia untuk menangkap bola tersebut
dengan mendepakan tangannya dan matanya tepat melihat ke arah
bola yang cuba hendak dilontar.

Apabila bola tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membina


persepsinya sama ada kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah,
begitu juga sama ada bola tersebut berada di sebelah kanan atau kiri.
Dia juga akan membina persepsi terhadap kelajuab bola tersebut dan
arah lambungan bola itu. Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

menyesuaikan kedudukan tangan dan badannya untuk menyambut


bola tersebut. Semua yang berlaku ini merupakan interpretasi daripada
maklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia dan
menyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yang
diperoleh dari deria kinestetik.

Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa yang singkat.
Dan pada masa yang sama dia juga perlu menyesuaikan kadar

Gambar dua orang kanak-kanak sedang


bermain lontar bola.

gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan bola tersebut. Proses


menerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudian
bertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanya
beberapa saat sahaja. Oleh itu, kebolehan untuk bertindak dengan
tepat berdasarkan rangsangan maklumat dari persekitaran (bola
datang ke arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkan
apa yang berlaku di persekitaran tersebut (bagaimana mengawal
gerakan badan untuk menangkap bola) merupakan tindakan yang
sangat penting dalam perkembangan fizikal seorang kanak-kanak.

Rajah 2.2 : Kanak-kanak mengembangkan kecekapan deria dan


persepsi mereka ketika sedang bermain bersama rakan.

SEMAK KENDIRI 2.2

Huraikan bagaimana persekitaran, permainan dan interaksi dengan


rakan sebaya
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada kanak-


kanak?

PERKEMBANGAN MOTOR

2.3
2.3.1 Motor Halus
Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilah
perkembangan motor merujuk kepada perkembangan fizikal atau
pertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota
badan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga kerap
kali didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk
cara mereka melakukan gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkan
tentang perkembangan motor kanak-kanak kita tidak dapat lari
daripada membicarakan perkembangan motor halus dan motor kasar
mereka.

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-


kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan
keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Pembelajaran
di sekolah misalnya, menyediakan pelbagai pengalaman bagi kanak-
kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya, kanak-
kanak yang baru memasuki alam persekolah di ‘Tadika’, akan diminta
untuk mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara
memegang buku yang betul.

Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak lagi kita dapat lihat
bagaimana seorang kanak-kanak kecil cuba mengambil mainan
mereka. Mereka juga akan cuba memasukkan mainan tersebut ke
dalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyum
tetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

ini termasuk manipulasi mimik muka mereka melibatkan penggunaan


motor halus.

Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif.


Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan
anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan
kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.
Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek
juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk belajar.


Kanak-kanak akan belajar memegang pensil, melukis dan menconteng
menggunakan krayon akan mengembangkan motor halus mereka.
Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak tentang
anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat
dengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kekurangan
yang mereka rasai akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini bergaul
dengan rakan sebaya.

AKTIVITI 2.2

Jelaskan apakah aktiviti lain yang dapat membantu kanak-kanak


meningkatkan kemahiran motor halus mereka?

2.3.2Motor Kasar
Apabila kita membincangkan tentang perkembangan fizikal, biasanya
kita akan lebih merujuk kepada perkembangan motor kasar berbanding
motor halus. Perkembangan motor kasar merujuk kepada aktiviti
penggunaan kaki seperti berlari, melompat atau menendang bola.
Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling,
memukul malah mengangkat objek yang berat.

Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun


perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan
mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan
otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

itu,
Gambar kanak-kanak sedang bermain dan
memanjat mainan sarang lelabah bersama
rakan di luar kelas.

aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Pada


peringkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini.
Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak
merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-
kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008).

Apabila kanak-kanak semakin membesar, aktiviti yang disediakan


perlulah melibatkan penggunaan lebih banyak anggota badan mereka.
misalnya, aktiviti seperti memanjat mainan ‘sarang lelabah’
memerlukan penggunaan kemahiran motor kasar pada tangan, kaki
dan badan. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan
kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-
kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan
menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba
menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk
memastikan mereka dapat memanjat.
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Rajah 2.3: Aktiviti memanjat seperti ini akan membantu kanak-kanak


mengembangkan kemahiran motor kasar dan kebolehan
mengimbangkan badan.

Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan


kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti
seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota
badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan
belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di
atas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007)
kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan,
agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan
kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan
kebolehan motor anggota bdan.

Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan


locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak.
Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat
seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor
kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan
fizikal dalam aktiviti seperti ini.

Jadual 2.2 berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat meningkatkan


kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak;

Jadual 2.2: Aktiviti motor halus dan motor kasar

Motor halus Motor kasar


TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Bermain pasir Berjalan (lurus atau bengkang-


bengkok)

Mengikat tali kasut Berkawad seperti askar

Memasang butang baju Berlari dan berhenti mengikut


arahan

Mengguna sudu dan garpu Melompat setempat

Membentuk objek dari plastisin Melompat seperti katak

Memotong kek atau mainan Meniru gerakan haiwan (kucing,


plastisin arnab, ular)

Melekatkan gambar Memegang palang dan berhayun

Menggunakan ‘mouse’ komputer Memanjat tempat mainan

Menulis nama Membaling dan menangkap bola

Melorek atau mewarna gambar Menendang dan menolak pelbagai


objek seperti gelung rotan

2.3.3Deria Motor
Perkembangan fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembangan
deria motor mereka. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antara
pengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motor
anggota badan. Kecekapan motor adalah tindakan saling interaksi
antara motor kasar dan motor halus. Melalui pengesanan rangsangan
oleh lima organ deria yang telah dibincangkan sebelum ini, badan
akan bergerak balas bagi menentukan keadaannya serta membuat
penyelarasan gerak balas yang bersesuaian. Contohnya, apabila
kanak-kanak berasa tidak selesa kerana keadaan persekitaran yang
panas, mereka akan bergerak untuk mencari tempat yang lebih selesa.

Dalam sistem saraf kita terdapat beberapa reseptor yang memberikan


maklumat untuk kita bertindak balas, antaranya;
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

a) Proprioceptors – memberikan maklumat berkenaan ketegangan


otot, kedudukan, dan pergerakan antara sendi
b) Nocioceptors - memberikan rangsangan berkaitan kesakitan
otot atau tisu badan
c) Sistem vestibular – terdapat di dalam telinga dalam dan
memberi maklumat tentang graviti, keseimbangan dan
pergerakan badan

Deria motor yang berlaku pada kanak-kanak dipengaruhi oleh jenis


gerakan yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya,
sekiranya kanak-kanak tersebut dikehendaki untuk bermain alat muzik
seperti ‘rekoder’ ia akan mengerakkan jari mengikut not muzik yang
diberikan. Kecekapan kanak-kanak bertindak terhadap deria motor juga
dipengaruhi pengalaman mereka yang lepas. Latihan yang kerap dan
bersesuaian akan membolehkan kanak-kanak ini membuat gerakan jari
yang lebih mahir dan baik.

Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak juga merupakan


proses deria motor mereka berfungsi. Selain pengalaman dan latihan,
kecekapan deria motor ini juga dipengaruhi oleh keinginan mereka,
perhatian yang diberikan, serta kesan dan akibat yang dialami hasil
tindakan tersebut. Setiap gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
ini merupakan contoh deria motor mereka. Justeru, setiap gerakan dan
deria motor yang terlibat dalam gerakan tersebut akan menambahkan
pengalaman kanak-kanak ini mempelajari sesuatu yang baru.

SEMAK KENDIRI 2.3

Apakah deria utama kanak-kanak untuk mengesan rangsangan


dari
persekitaran ?
Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang sesuai untuk
meningkatkan kecekapan visual kanak-kanak?
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

SEMAK KENDIRI 1.5

• Pengawalan anggota dan otot badan merupakan perkara asas


yang dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Melalui
pengawalan dan gerakan anggota badan, kanak-kanak akan dapat
menunjukkan kemahuan mereka. Kanak-kanak juga dapat
meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka.

• Kanak-kanak juga perlu mengembangkan kemahiran kawalan


manual mereka. Kebolehan mereka menggunakan jari dan tangan
untuk memanipulasikan objek akan meningkatkan pengalaman
pembelajaran mereka.

• Perkembangan organ deria kanak-kanak berlaku sangat pesat di


awal peringkat tumbesaran mereka. Pembelajaran dan interaksi
pada kanak-kanak sebahagian besar bergantung kepada
penggunaan organ deria mereka.

• Gerakan kinestetik merupakan antara perkembangan awal yang


dapat diperhatikan berlaku pada kanak-kanak. Mereka akan
menggunakan kemahiran kinestetik bagi meningkatkan kemahiran
yang lain seperti bermain, berinteraksi dan menambah
pengalaman pembelajaran mereka.

• Rangsangan yang diterima oleh kanak-kanak akan diinterpretasikan


sebagai persepsi mereka. Kemahiran membuat persepsi ini
menentukan cara mereka untuk bertindak dan membuat gerakan.
Cara mentafsir persepsi yang betul membolehkan kanak-kanak
bertindak dengan tepat, stabil, yakin dan menggunakan daya dan
tenaga yang bersesuaian.

• Pergerakan anggota dan otot kanak-kanak melibatkan penggunaan


motor kasar dan motor halus. Motor kasar melibatkan penggunaan
otot anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat
pelbagai pergerakan. Motor halus pula merujuk kepada kebolehan
kanak-kanak membuat genggaman, memegang atau
memanipulasikan jari mereka.
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Kawalan anggota
Kawalan manual
Organ deria
Gerakan kinestetik
Persepsi
Motor kasar
Motor halus
Deria Motor

• Bucher, C.A. (1979). Physical Education for Children: Movement Foundations and
Experiences. Basingstoke:Macmillan

• Doherty, J. & Brenan, P. (2008). Physical education and development 3-11: London:
Routledge

• Gabbard, C. (2004). Lifelong motor development (4th ed.) New York :


Pearson/Cummings

• Horvat, M., Martin, E. & Luke, E. (2007). Development and Adapted Physical
Activity Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics.

• Tansley, A.E. (1967). Reading and Remedial Reading. London: Routledge and
Kegan Paul
TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL  16

Você também pode gostar