Você está na página 1de 8

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

PENGENALAN Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

KAJIAN TERHADAP PELAKSANAAN AKTIVITI KO-KURIKULUM DI SEKOLAH Ko-kurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membentuk generasi yang seimbang. Justeru, merujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985, setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan atau bukan kerajaan diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab dan satu aktiviti sukan atau permainan. Di dalam tugasan ini saya perlu membuat kajian terhadap satu aktiviti KoKurikulum yang telah dilaksanakan di sekolah dan menghubungkaitkan aktiviti
1

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

tersebut dengan pemupukan hubungan etnik. Saya telah memfokuskan kajian saya terhadap program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Jimah Baru yang telah diadakan pada 29hb hingga 30hb Oktober pada tahun 2010 yang lalu. Matlamat dan tujuan utama perkhemahan tersebut adalah sebagai satu aktiviti luar yang dapat membantu mendedahkan pelajar dengan aktiviti yang akan memberi pengalaman baharu dengan dunia luar di mana di samping dapat mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang diperolehi melalui kegiatan beruniform di sekolah. Di samping itu, aktiviti perkhemahan tersebut turut membantu perkembangan jasmani, rohani, emosi dan intelek para pelajar yang terlibat. Selain itu, aktiviti tersebut turut memupuk gaya kepimpinan pelajar di samping dapat membentuk semangat daya saing secara sihat serta berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan. Aktiviti perkhemahan tersebut bukan sahaja mampu menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar malah turut memupuk hubungan mesra antara komuniti sekolah. Selain itu ia turut mengukuhkan budaya persefahaman di kalangan pihak pentadbir dengan guru serta kakitangan sekolah semasa proses pelaksanaan aktiviti tersebut. Perkhemahan tersebut turut melibatkan penyertaan komuniti setempat khasnya para ibubapa dan penduduk kampung Jimah Baru.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK JIMAH BARU

TARIKH TEMPAT PESERTA

: 29 30 OKTOBER 2010 : SK JIMAH BARU : PENGAKAP KANAK-KANAK & TUNAS PUTERI

Aktiviti perkhemahan ini telah berlansung dengan begitu berjaya sekali selama 3 hari 2 malam di SK Jimah Baru. Di anggarkan seramai lebih kurang 160 orang murid-murid tahap 2 daripada tahun empat hingga enam telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perkhemahan tersebut. Objektif perkhemahan telah dapat dicapai dengan jayanya di mana murid-murid telah menunjukkan kesungguhan di dalam setiap aktiviti sepanjang perkhemahan tersebut berlansung. Kesungguhan dan semangat kerjasama serta persefahaman di kalangan murid-murid jelas ditunjukkan di dalam setiap aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama yang ditunjukkan murid-murid secara tidak lansung mewujudkan hubungan kemesraan dan mengeratkan tali persaudaraan di kalangan murid-murid. Semangat kerjasama dan persefahaman jelas ditunjukkan di dalam aktiviti Jungle Tracking yang di jalankan pada hari pertama. Murid-murid dilihat bekerjasama dalam kumpulan mereka dengan membantu antara satu sama lain.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

Aktiviti Jungle Tracking memberikan pengalaman kepada murid meredah hutan, berjalan di laluan sukar dan juga menggunakan sumber yang terhad. Objektif aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada murid tentang semangat survival dan tahan lasak. Justeru itu aktiviti seperti ini dilihat etnik
Murid saling membantu untuk menuruni tebing curam.

mampu

untuk

memupuk unsur

hubungan

di

kalangan

murid-murid

dengan

menerapkan

bekerjasama,

persefahaman, kemesraan dan hormat-menghormati. Selain berjalan meredah hutan, denai dan sungai, murid-murid juga diajar bagaimana melaksanakan solat di dalam hutan. Murid-murid juga diajar bagaimana menggunakan sumber air yang terhad untuk berwuduk dan menentukan arah kiblat. Secara tidak lansung aktiviti ini mengeratkan kemesraan dan mengukuhkan persaudaraan di dalam mendirikan solat berjemaah tidak mengira tempat dengan cara yang betul.
Murid-murid sedang menunaikan Solat Asar berjemaah.

Selain

aktiviti

jungle turut

tracking dilatih

murid-murid bagaimana khemah daripada semangat dan

untuk sumber

mendirikan gajet semulajadi. dan

membina

Aktiviti ini juga jelas menunjukkan kerjasama persefahaman di kalangan muridmurid, di mana mereka mampu
Murid-murid bekerjasama mendirikan khemah.

untuk

merancang

dan

melaksanakan arahan yang di sampaikan oleh guru pembimbing. Kesungguhan


4

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam melaksanakan arahan yang disampaikan guru adalah sangat jelas dan diterjemahkan daripada hasil kerja tangan secara berpasukan. kerjasama melaksanakan Di yang erat aktiviti samping dalam tersebut, secara daya murid.

tidak lansung telah membentuk kepimpinan di kalangan muridKepimpinan yang jelas unsur-unsur kerjasama, kalangan dibentuk itu terdapat dan yang
Bekerjasama dalam pertandingan roti sandwich.

menunjukkan

persefahaman, kemesraan murid-murid

budaya hormat-menghormati di

mampu memupuk hubungan etnik yang baik di dalam masyarakat kita. Di dalam aktiviti menyediakan roti sandwich jelas terpancar hubungan kemesraan di kalangan murid-murid dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama Islam. Sikap toleransi di kalangan setiap murid juga turut dapat disemai dan dipupuk melaluli aktiviti asas pertolongan cemas. Ini dibuktikan dengan penglibatan aktif murid dan kesungguhan mereka yang ditunjukkan dan semasa utama berlansungnya perkhemahan aktiviti tersebut. Justeru itu matlamat objektif perdana ini telah berjaya di capai keseluruhannya.
Penglibatan aktif murid dalam aktiviti asas pertolongan cemas.

Melalui program perkhemahan ini

telah dapat dibuktikan bahawa aktiviti ko-kurikulum di sekolah merupakan cara terbaik memupuk hubungan etnik di kalangan generasi muda. Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Jimah Baru ini sebenarnya tidak hanya melibatkan kepada penyertaan murid semata-mata. Aktiviti perkhemahan ini turut berfungsi sebagai serampang dua mata di mana ianya turut memerlukan sokongan dan penglibatan daripada komuniti dan masyarakat setempat. Persatuan
5
Penglibatan aktif komuniti setempat menjaga Penglibatan aktif komuniti setempat keselamatan murid-murid semasa aktiviti jungle bergotong-royong menyediakan makanan tracking.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan tonggak utama dalam menjayakan perkhemahan ini dan juga sokongan ibu bapa serta komuniti setempat. Ini kerana, perbelanjaan program perkhemahan ini dibiyai sepenuhnya oleh PIBG dan juga sumbangan daripada pihak luar. Kejayaan program perkhemahan ini turut disumbangkan oleh penyertaan aktif AJK PIBG dan ibu bapa hasil daripada persefahaman yang erat serta hubungan baik dengan pihak sekolah. Semangat kerjasama yang tinggi antara pihak sekolah dengan komuniti setempat jelas ditunjukkan semasa berlansungnya aktiviti di mana para ibu bapa telah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk sama-sama menyediakan makanan dan minuman sepanjang perkhemahan berlansung. Komuniti setempat juga turut menyumbangkan tenaga sebagai pengawal keselamatan semasa aktiviti luar sekolah iaitu jungle tracking dan juga pada waktu malam. Justeru itu, secara tidak lansung, aktiviti perkhemahan ini telah berjaya memupuk hubungan etnik di kalangan komuniti setempat melalui semangat persefahaman, kerjasama dan budaya ziarah menziarahi. Selain itu ia turut mengeratkan lagi hubungan baik komuniti luar sekolah dengan pihak sekolah serta dapat mewujudkan kemesraan di kalangan masyarakat sekitarnya. Justeru itu, aktiviti perkhemahan ini boleh dikatakan berjaya memupuk hubungan etnik di kalangan warga sekolah serta masyarakat sekitarnya.

RUMUSAN Jawatankuasa Pelaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, menjelaskan bahawa aktiviti ko-kurikulum dapat menggalakkan semangat berkumpulan, bekerjasama dan menghormati peraturan. Ini disokong oleh Wee Eng Hoe (1996), yang menyatakan penyertaan murid dalam pasukan badan beruniform, persatuan dan sukan dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional. Ko-kurikulum merupakan pelengkap ke arah pendidikan holistik bukan hanya dari segi peningkatan dan pengembangan kemahiran sosial, afektif dan psikomotor sahaja malah untuk mengukuhkan lagi interaksi, toleransi dan integrasi antara kaum (Jamaludin, 2009). Azmi dan Hamsiah (2000) juga bersetuju dengan fungsi ko-kurikulum dalam membina kemahiran bersosial dan berpendapat bahawa kegiatan ko-kurikulum yang mantap dapat memperkukuhkan interaksi antara murid
6

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

dan sekali gus memupuk hubungan etnik dalam integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk di negara kita. Interaksi dan integrasi yang baik akan mengujudkan perpaduan dan kerjasama yang baik. Justeru itu, kajian ini telah merumuskan bahawa sekolah adalah merupakan antara institusi dan agen sosialisasi terbaik untuk memupuk hubungan etnik melalui aktiviti ko-kurikulum yang dirancang dengan teliti dan mampu melibatkan semua golongan masyarakat. Perpaduan dan kerjasama yang wujud daripada hubungan etnik yang baik tentu sukar untuk dicapai sekiranya pihak sekolah gagal untuk merancang dan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum yang sesuai. Sehubungan itu, Program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Jimah Baru ini amatlah bertepatan dijadikan sebagai satu model bagi memupuk hubungan etnik dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2007). Humor Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Abdullah Sani bin Yahaya (2005). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grafik, Sdn. Bhd. Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Najeemah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Wee Eng Hoe (1996): Gerak Kerja Kokurikulum: Sukan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
7

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK: PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH

Você também pode gostar