Você está na página 1de 11

TAMADUN ISLAM

TAJUK : SAHAM DAN INTITUSI : DARIPADA PERPEKSTIF ISLAM


NAMA : SHAFIQ IZZUDIN BIN ABDUL RAHIM NO. MATRIK : D 1210274 NAMA PENSYARAH : USTAZAH FATIMAH RAFIK

PENGENALAN Dewasa ini saham telah menjadi perkara yang lumrah didengar, namun tidak ramai yang prihatin tentang perjalanan khususnya mengenai aspek syariah.sebenarnya persoalan mengenai hokum syariah perlu dilihat menerusi pelbagai aspek bukan sekadar jenisnya sahaja tetapi juga melibatkan aktiviti ketika urusniaga dijalankan.kertas kerja ini cuba meninjau mengenai aktviti urusniaa saham yang biasa berlaku didalam bursa saham.walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang diniagakan di bursa saham,namun secara umumnya terdapat dua aktiviti urus niaga yang biasa berlaku iaitu secara tunai atau secara tangguh.urusniaga tunai apabila urusniaga berlaku diantara kedua pihak penjual dan pembeli secara tunai atau segera manakala urusniaga secara tangguh pula berlaku apabila salah satu pihak menangguhkan urusniaga hingga ke satu tarikh akan datang.

SAHAM. DEFINISI SAHAM Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkingsian/awam,yang berbeza keadaannye dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat induvidu. Ia juga bermaksud satu transkip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagai penyataan haknya yang sebenar dalam pemilikan modal syarikat. 1.1 RUKUN SAHAM Pemegang saham. Pinjaman. Kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

1.2 PELABURAN SAHAM MENURUT PANDANGAN ISLAM : Saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba. Pelaburan saham bukanlah didalam syarikatkoprat atau perdagagan yang berurus niaga dalam perkara-perkara haram. Saham yang dibeli mestilah tidak mem punyai unsure-unsur spekulasi

1.3 FAKTA SAHAM

Saham bukanlah fakta yang berdiri sendiri,namun terkait pasar modal sebagai tempat perdagagannya dan juga terkait perusahaan publik(perseroan terbatas/PT)sebagai pihak yang menerbitkannya,saham merupakan salah sat5u instrument pasar modal (stock market).dalam pasar modal instrument yang diperdagangkan adalah surat-surat berharga (securities)seperti saham dan obligasi,serta berbagai instrument turunannye .surat-surat berharga yang dapat diperdagangkan inilah yang disebutefek. 1.4 JUAL BELI SAHAM DALAM PASAR MODAL MENURUT ISLAM. -Para ahli fikir kontemporer sepakat,bahwa haram hukumnya memperdagangkan saham di pasar modal dari perusahaan yang bergerak di bidang usaha yang haram.misalnya,perusahaan yang bergerak di bidang produksi minuman keras ,bisnes babi dan apa saja yang terkait dengan babi,jasa kewangan konvensional seperti bank dan insuran,dan industry hiburan seperti kasino,perjudian,prostitusi,media porno dan sebagainya. -Namun mereka berbeza pendapat jka saham yang diperdagangkan di pasar modal itu adalah dari perusahaan yang bergerak di bidang usaha halal,misalnye di bidang

transportasi,telekomunikasi,produksi tekstil,dan sebagainye syhatah dan fayadh berkata ,menanam saham dalam perusahaan seperti adalah boleh secara syari. -Tapi ada fuqaha yang tetap mengharamkan jual beli saham walau dari perusahaan yang bidang usahanya halal.mereka ini misalnya Taqiudin an-Nabhani,Yusuf as-sabatin dan Ali Assulus.ketiga sama-sama menyoroti bentuk badan usaha yang sesungguhnya tidak islami.jadi sebelum melihat bidang usaha perusahaannya,seharusnya yang dilihat lebih dlu adalah bentuk badan usahanya,adakah ia memenuhi syarat sebagai perusahaan islami(syirkah islamiyah)atau tidak.

1.5 PANDANGAN ISLAM TERHADAP URUSNIAGA SAHAM. Jumhur fuqaha muasirin berpendapat bahawa islam secara umumnye mengharuskan penerbitan dan jual beli saham,dengan syarat tidak mengandungi unsure-unsur haram seperti riba,gharar,perniagaan benda yang haram dan unsur-unsur haram yang lain.oleh itu,hukum sesuatu saham tersebut berbeza mengikut sifat saham tersebut dan jenisnya. 1.5 HUKUM URUSNIAGA SAHAM MENGIKUT JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN SESUATU SYARIKAT : -Syarikat yang aktivitinya halal. Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf. -Syarikat yang aktivitinya haram. Seperti bank yang mengamalkan riba,syarikat pembuatan arak dan sebagainya.hukumnya haram secara ittifaq. -Syarikat yang aktivitinya syubhat. Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal ,tetapi kadangkala bermuamalah dengan urusniaga yang haram.seperti syarikat barangan eletrik,ubat-

ubatan,kenderaan dab lain-lain yang membiayai. 1.6 JENIS-JENIS NILAI/HARGA SAHAM DAN HUKUMNYA. a)Nilai catatan : iaitu nilai yang terdapat pada sijil,merupakan nilai yang dibayar pelabur ketika pegasasan syarikat.hukum: harus menerbitkan saham dengan nilai kerana ia mengambarkan nilai saham yang dibayar oleh pelabur daripada keseluruhan modal syarikat.

b)Nilai terbitan : iaitu nilai penrbitan saham baru ketika syarikat ingin menambah modal syarikat. Hukum : harus sekiranya nilai terbitan sama dengan nilai sebenar.harus juga menerbitkan saham baru dengan nilai terbitan samaada lebih tinggi,kurang atau sama dengan nilai catatan.keran aperlu melihat kepada reality semasa ,suasana pasaran dan risiko untung rugi.tetapi tidak harus sekirannya kurang daripada nilai sebenar kerana akan menyebabkan kemudaratan kepada pelabur lama.jika lebih tinggi dari nilai sebenar,maka dinilaikan mengikut harga pasaran maka hukumnya harus. c) Nilai sebenar : iaitu bahagian yang sebenarnya dimiliki daripada harta bersih syarikat termasuk modal yang dibayar,keuntungan,harta benda syarikat,setelah ditolak hutangnya . Hukum : harus kerana keuntungan dan harta benda syarikat bertambah hingga menyebabkan nilaio sebenar lebih tinggi daripada nilai catatan ,dengan syarat pertambahan harta itu melalui cara yang halal. d) Nilai pasaran : iaitu nilai saham di bursa saham yang mengikut permintaan dan penawaran,spekulasi,suasana politik dan ekonomi semasa serta kebiasaannya berubah-ubah. Hukum : harus menjual saham mengikut harga pasaran sama ada kurang atau lebih daripada nilai catatan kerana ia seumpama barangan lain yang terdedah kepada factor permintaan dan penawaran serta kewangan syarikat. 1.7 JENIS-JENIS SAHAM MENGIKUT KATEGORI DAN HUKUM. a. Dari sudut hak pelabur.

-Saham biasa : iaitu saham yang memberi pemiliknya persamaan hak mendapat keuntungan setelah dibahagikan keuntungan saham keutamaan .pemilik saham ini mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung syarikat,hak melantik proksi,hak mendapat terbitan hak,hak terhadap asset dan hak membuka buku akaun.pemilik saham ini akan dipertanggungjawabkan berdasarkan nilai saham yang dipegang dalam syarikat. Saham ini hukumnya harus selagimana pelaburan syarikat bukan pada aktiviti yang haram. Saham keutamaan : iaitu saham yang memberikan keistimewaan /keutamaan kepada pemiliknya berbangding pemilik saham biasa. Antara keistimewaannya ialah : Keutamaan dari sudut tuntutan perolehan syarikat.pemegang saham keutamaan akan dibayar dividen terlebih dahulu kadarnya pada masa ia diterbitkan,tidak kira syarikat untung atau rugi. Sekirannya syarikat dibubarkan ,pemegang saham keutamaan akan diutamakan dalam pengagihan asset syarikat berbanding pemegang saham biasa . Saham ini hukumnya tidak harus kerana pemilik saham ini mempunyai kelebihan berbanding pemegang saham lain.ini tidak adil kerana dengan nilai saham yang sama sepatutnya meraka memiliki persamaan hak.begitu juga tidak harus memberikan dividen atau keuntungan yang tetap kepada mereka dalam keadaan risiko keuntungan dan kerugian ditanggung oleh pelabur lain. Dividen ini merupakan riba yang diharamkan oleh syara kerana bertentangan konsep syarikat yang diharuskan oleh syaraiaitu sama sama menaaggung risiko untung rugi berdasarkan

kadar saham masing-masing.hak mengundi yang lebih juga tidak harus diberikan kepada mereka kerana sepatutnye pemegang saham yang sama nilainya mesti mempunyai hak yang sama. b.Dari sudut bentuk pemilikan yang dibayar pelabur. - Matawang/tunai : iaitu saham yang dibayar dalam bentuk matawang.saham ini hukumnya harus secara ittifaq kerana asal dalam syarikat ialah mengemukakan modal dalam dalam bentuk matawang,samaada emas,perak atau mata wang masa kini. - barangan : iaitu saham yang berbentuk barangan yang menjadi modal syarikat. Para fuqaha bersilisih pendapat tentang saham ini kepada 3 pendapat : -ulama Malikiah dan satu pendapat imam ahmad:harus jika barang berbentuk qiymi. -As-syafie dan muhamad bin hasan dari ulama hanafiah : harus jika barang berbentuk mithli. - imam abu hanafiah dan zahir mazhab hambali : tidak harus secara mutlak. Pendapat yang rajah ialah pendapat yang pertama keranba pendapat kedua dan ketiga melihat sudut zat barang dan tidak terjamin selagi tidak digunakan .pendapat pertama mengatakan harus setelah dipersetujui barang dan nilainya. c.Dari sudut bentuk sijil -Saham penama : sijil yang tidak tercatat nama pemiliknya.saham ini. hukumnya harus dari sudut syara kerana pelabur thabit dengan tertulis di atas sijil saham.

-Saham pembawa: sijil yang tidak dicatat nama pelabur yang menjadi pemiliknya,tetapi pembawanya .oleh itu,pembawa sijil itu dikira pemilik mengikut pandangan syarikat.hukum saham ini tidak harus kerana tidak tahu pemilik sebenar saham tersebut d. Dari sudut modal boleh ditebus/dipulangkan atau tidak. - Saham modal : saham yang nilainya tidak boleh ditebus .saham ini harus kerana merupakan prinsip asal dalam syarikat. -Saham boleh tebus : saham yang boleh ditebus dengan dipulangkan semua modal kepada pelabur sebelum syarikat tutup.pada asalnya tidak harus bagi pelabur menebus sahamnya Namun ,terdapat beberapa keadaan yang berbeza yang menentukan sama ada tersebut harus atau tidak. Antara bentuk saham boleh tebus yang tidak harus ialah: Jika nilai sebenar saham dikembalikan samaada lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilai catatan .ini kerana hubungan pelabur dengan syarikat terputus ,maka dia tidak berhak mendapat keuntungan. Jika dipulangkan nilai catatan itu lebih tinggi daripada nilai sebenar saham.kerana dia mendapat modal yang dibayar secara sempurna .dalam hal ini ,sama seperti diatas ,dia tidak berhak mendapat keuntungan kerana hubungannya dengan syarikat telah terputus. Bentuk saham boleh tebus yang harus ialah : -Syarikat memberikan nilai catatan saham yang lebih rendah daripada nilai sebenar,maka masih berbaki modalnya didalam syarikat .dengan itu,dia berhak mendapat keuntungan berdasarkan nisbah baki modal yang masih belum dipulangkan syarikat.

- Penawaran secara berjuzu dan berterusan oleh syarikat dengan memberikan setiap pelabur nisbah tertentu daripada saham secara sama rata dan mengikut bilangan saham. PENUTUP Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa didalam jual belii khusunyea saham ,selain daripada perkara-perkara yang zahir dan tersurat yang diambil kira ,aspek yang tersirat atau batin tidak boleh diabaikan khusunya apabila ianya menjadi sesuatu yang dominan atau ketara didalam suatu urusniaga.di dalam fiqh islam ianya dibincangkan dibawah konsep helah yang membawa natijah tertentu antaranya gharar ata judi.sekalipun aspek batin hanya individu yang terbabit sahaja barangkali mengetahuinya ,tetapi sekiranya perkara ini begitu ketara berlaku didalam pasaran bahkan memudaratkan pasaran tindakan sewajarnya perlu dilakukan untuk menyekat dari berlaku keburukan.

RUJUKAN 1)www.zaharuddin.net.my 2)www.sabah.edu.my. 3)fauzi Mubarak.multiply.com 4)alhafizah.blogspot.com 5)www.ukm.net.my

Você também pode gostar