Você está na página 1de 6

Apakah itu Bioteknologi

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalam penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi hijau. Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1] "Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus." Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu

istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.[2] Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal. BIOREMIDIASI Bioremidiasi adalah pemanfaatan organisma untuk membersihkan senyawa pencemar dari lingkungan. Pada proses ini terjadi biotransformasi atau biodetoksifikasi senyawa toksik menjadi senyawa yang kurang toksik atau tidak toksik.Proses utama pada bioremidiasi adalah biodegradasi, biotransformasi dan biokatalis. Pada bioremediasi microbial terdapat faktor-faktor utama yang menentukan: yaitu Populasi mikroba, Konsentrasi nutrien, Pasokan oksigen, Suhu dan kelembaban. Bioremidiasi yang melibatkan mikroba terdapat 3 macam yaitu merangsang pertumbuhan mikroba endogenik (biostimulasi), menambahkan mikroba yang sudah beradaptasi pada daerah yang tercemar sehingga meningkatkan kemampuan populasi mikroba endogen (bioaugmentasi) dalam biotransformasi, dan terakhir bioremidiasi tanpa campur tangan manusia (bioremediasi intrinsik). Bioremidiasi berdasarkan lokasi terdapat 2 macam yaitu bioremidiasi in situ ( proses bioremidiasi yang digunakan berada pada tempat lokasi limbah tersebut) dan bioremidiasi ex situ (bioremidiasi yang dilakukan dengan mengambil limbah tersebut lalu ditreatment ditempat lain, setelah itu baru dikembalikan ke tempat asal). Proses bioremadiasi in situ pada lapisan surface juga ditentukan oleh faktor bio-kimiawi dan hidrogeologis

Teknologi DNA rekombinan


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

Teknologi DNA rekombinan merupakan teknik kejuruteraan genetik yang melibatkan penggunaan DNA rekombinan - iaitu DNA yang menggabungkan maklumat genetik dua species

organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur atau sel sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka hasil daripada gabungan ini dinamakan organisma transgenik. Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses:

Manipulasi DNA in vitro (luar sel organisma) Gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma dengan DNA bakteria dalam plasmid atau bakteriofaj. Pengklonan, atau teknik untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan.

Proses-proses diatas pertama kali dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun 1972. Mereka berjaya memasukkan DNA prokariot kedalam bakteria, kemudian oleh S.N. Cohen dan Herbert Boyer yang berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama plasmid bakteria.

Isi kandungan
[sorok]

1 Aplikasi teknologi DNA rekombinan o 1.1 Dalam perubatan o 1.2 Dalam industri o 1.3 Dalam pertanian 2 Lihat juga

[sunting] Aplikasi teknologi DNA rekombinan

Teknologi DNA rekombinan boleh diaplikasikan bagi mencipta vaksin yang lebih mujarab dan murah [sunting] Dalam perubatan

Antara aplikasi terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan ialah pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah, dan juga hormon insulin, merupakan antara produk terawal DNA rekombinan. Kini, hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku darah untuk pengidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksidase untuk mendiagnos masalah metabolisme kolesterol. Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen, spesifik, dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan. Banyak penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan gen yang berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen. Malah, kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan pewarisan penyakit oleh anak dalam kandungan.
[sunting] Dalam industri

Proses fermentasi berlaku dalam penghasilan minuman alkohol, antibiotik, dan roti. Tetapi kesemua ini boleh diperbaiki lagi dengan kehadiran agen yang berDNA rekombinan. Contohnya, penambahan gen-gen tertentu kepada strain yis Saccharomyces untuk sintesis amylase membolehkan penghasilan alkohol daripada kanji. Lain-lain kegunaan DNA rekombinan dalam industri termasuklah degradasi sellulosa dan lignin, penjanaan bahan api, dan pembersihan agenagen pencemar alam sekitar. Strain Pseudomonas putida yang boleh menghancur komponen-

komponen minyak yang berlainan telah "dijuruterakan" untuk mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua komponen minyak.
[sunting] Dalam pertanian

Sesetengah strain bakteria telah dicipta untuk mengawal populasi serangga yang menyerang tanaman. Syarikat Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria Pseudomonas fluorescens yang membolehkannya membunuh serangga perosak memlalui penghasilan toksin yang berasal daripada Bacillus thuringiensis. Toksin B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan pembunuh haiwan perosak.

Kacukan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Dalam bidang biologi, khususnya genetik, kacukan atau hibrid membawa beberapa erti, semuanya mengenai peranakan hasil pembiakan seks.[1] 1. Secara amnya, kacukan bersinonim dengan heterozigot: mana-mana anak yang lahir hasil pengawanan dua individu homozigot yang cukup berbeza 2. a kacukan genetik membawa dua alel berbeza yang sama gennya 3. a kacukan struktur terhasil dari pelakuran gamet yang berlainan strukturnya pada sekurang-kuranya satu kromosom, kesan keadaan struktur yang luar biasa 4. a kacukan berangka terhasil dari pelakuran gamet yang berbeza bilangan haploid kromosomnya 5. a kacukan kekal adalah yang mana hanya genotip heterozigot yang wujud, kerana semua gabungan homozigot adalah berbahaya Dari perspektif taksonomi, kacukan ialah anak yang terlahir dari pembiakan antara dua haiwan atau tumbuhan yang berlainan taksonnya[2]. 1. Kacukan antara subspesies berlainan dalam spesies yang sama (seperti harimau Benggala dan harimau Siberia) dikenali sebagai kacukan intraspesies. Kacukan antara spesies berbeza dalam genus yang sama (seperti singa dan harimau) dikenali sebagai kacukan interspesies atau campuran. Kacukan antara genus berlainan (seperti biri-biri dan kambing) pula dipanggil kacukan intergenus. Juga terdapat kacukan interfamili yang jarang sekali berlaku (misalnya kacukan ayam piru).[3], tetapi tiadanya kacukan haiwan interorder (antara order berbeza) yang diketahui setakat ini. 2. Jenis kacukan kedua terdiri daripada campuran sesama populasi, baka atau kultivar dalam satu spesies yang sama. Pengertian ini sering dipakai dalam pembiakan baka tumbuhan dan haiwan, yang mana kacukan sedemikian sering dihasilkan dan dipilih kerana ciri-ciri dikehendaki yang tiada atau tidak selalu terdapat dalam individu atau populasi induknya.

Pengaliran bahan genetik antara populasi atau kaum sebegini sering dinamakan pengacukan (penghibridan).

Você também pode gostar