Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
1. Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.
2. Klasifikasi awan
Kumpulan A: Awan tinggi (6,000 m ke atas) Sirus (CI) - Awan tipis dan kelihatan seperti sutra. Keadaannya yang tidak tersusun menunjukkan cuaca baik akan tiba. Sekiranya tersusun rapi dan rapat bersama awan, sirostratus(Cs) dan altostratus(As) ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri daripada hablur ais. Sirostratus (Cs) - Kepingan awan tipis yang melitupi langit dan biasanya menjadi tanda kedatangan ribut. Sirokumulus (Cc) - Terdapat dalam kumpulan-kumpulan kecil, atau dalam bentuk garis-garis, ataupun jarak, ataupun riak-riak yang menggambarkan kepingan awan yang beralun-alun. Ia juga dipanggil sebagai mackerel sky.
Kumpulan B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m) Altostratus (As)-kepingan awan seragam kelabu atau kebirubiruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian. Ia kelihatan seperti awan sorostratus yang tebal dan sering bersatu dengannya. Awan ini biasanya diikuti oleh hujan yang meluas dan berterusan. Altokumulus (Ac)-Jisim awan yang berbentuk glob yang telah terhimpit dan biasanya terdapat dalam bentuk tersusun atau berderet.
Kumpulan C: Awan rendah (2,000 m ke bawah) Stratus (St) - lapisan awan seragam yang rendah dan memyerupai kabut, tetapi ia tidak jejak ke permukaan bumi.
Nimbostratus (Ns) - lapisan awan tumpat yang rendah yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang berterusan. Stratokumulus (Sc) - jisim-jisim awan kelabu yang berbentuk glob besar dan biasanya terdapat bersusun.
Kumpulan D: Awan menegak (Vertikel) Kumulus (Cu) - awan tebal dan tumpat yang mempunyai perkembangan tegak ke atas. Permukaan atasnya berbentuk kubah dan strukturnya seakan-akan bunga kobis, sementara dasarnya hampir datar. Kebanyakan awan kumulus adalah jenis awan cuaca baik walaupun ada kalanya awan kumulus yang tinggi akan berkembang menjadi awan kumulonimbus(awan Menegak) Kumulonimbus (dikaitkan dengan hujan lebat dan ribut petir) (Cb) - Jisim awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat jelas dimana kemuncaknya kelihatan seperti gunung ataupun menara. Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan kadangkala hujan batu.