Você está na página 1de 4

Tema Tajuk Objektif

: Mengenal abjad A hingga F. : Benda Hidup dan Benda bukan Hidup : Pada akhir aktiviti ini murid dapat :1. menyatakan secara lisan huruf-huruf abjad dan menyebutnya dengan tepat dan betul 2. menyenaraikan perkataan yang bermula dengan huruf abjad sekurang-kurangnya tiga bagi setiap huruf 3. memadankan gambar dengan huruf abjad yang betul

Tempo Masa Nota untuk guru 1. 2. 3. 4.

: 1 Jam :

Guru menyediakan slaid MS Power Point Guru menyediakan kad imbasan gambar. Guru menyediakan kad huruf. Guru menyediakan krayon dan kertas A4

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran: 1. Kad huruf 2.Kad gambar 3.Slaid MS Power Point 4.Video klip 5.Komputer riba 6.LCD 7.Krayon dan kertas A4

Prosedur /Tatacara : 1. Guru memperdengarkan lagu abjad dan murid menyanyikannya. 2. Guru meminta beberapa orang murid memakai kad abjad dan murid-murid lain menyebut huruf pada kad abjad yang dipakai oleh rakan-rakan mereka. 3. Guru menayangkan slaid MS Power Point abjad kepada murid dan murid mengikut menyebut abjad. 4. Guru meminta murid menyebut abjad secara latih tubi secara individu, berkumpulan dan kelas. 5. Guru memaparkan slaid MS Power Point gambar dan perkataan dan murid mengikut mengeja dan menyebut perkataan mengikut audio slaid. 6. Guru meminta murid mengeja dan menyebut perkataan secara latih tubi secara individu, berpasangan dan kelas. 7. Guru menampalkan kad perkataan di papan hitam dan meminta murid mencari kad gambar di dalam kotak yang disediakan dan memadankan dengan kad perkataan di papan hitam. 8. Guru memberi krayon dan kertas A4 kepada murid dan meminta murid menulis perkataan yang mereka pelajari. 9. Guru mempamerkan hasil kerja murid. Penilaian : Melalui pemerhatian guru, murid dapat : 1. mengenal, mengecam, menyebut, membunyi dan menulis huruf A hingga F dan perkataan yang diajar. 2. menunjukkan minat terhadap pelajaran. 3. gembira dengan aktiviti yang dilakukan. Aktiviti : 1. 2. 3. 4. Nyanyian lagu abjad Menyebut huruf dan mengeja perkataan. Memadan perkataan dengan gambar. Menulis perkataan di atas kertas A4.

Pengukuhan / Pengayaan : 1. Murid memadan gambar dengan perkataan. 2. Murid menulis perkataan yang diajar. 3. Murid membuat aktiviti dan latihan di dalam CD slaid MS Power Point. Perkataan yang ditegaskan : 1. Perkataan mengikut huruf A hingga F.

Contoh: A - API B BUKU C CIKU D DADA E EMAK F - FERI

Você também pode gostar