Você está na página 1de 7

WACANA

Penanda Wacana

Soalan
Hasilkan satu wacana pendek dan tunjukkan penanda wacana yang ada. Cari petikan pendek ilmiah yang mengandungi wacana dan tandakan penanda wacana tersebut.

Contoh Wacana
Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global. Oleh yang demikian, guru mempunyai peranan yang amat besar dalam membentuk modal insan yang akan mencorakkan masa depan negara akan datang.

Ulasan
Penanda penghubung musabab : oleh yang demikian. Penanda penghubung tambahan : dan Penanda penghubunga perkaitan : sehubungan dengan itu

Contoh Teks Wacana


Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan anggota masyarakat kita dikatakan semakin menular. Malah penggunaan bahasa yang bercampur dengan bahasa Inggeris terutamanya, kini telah melarat sehingga pada majlis atau keadaan yang dianggap formal. Penggunaan bahasa yang bercampur aduk ini dikatakan satu kecederungan baru dalam penerbitan program TV. Kecenderungan ini kemudian dianggap sebagai salah satu cara terbaik lagi dalam bidang pengacaraan. Tujuanya tiada yang lain, iaitu untuk mempopularkan sesuatu rancangan. Matlamat akhirnya tentulah untuk meletakkan sesuatu program itu pada kedudukan tertinggi yang akhirnya akan menarik banyak pengiklan. Di samping itu, kecederungan menggunakan bahasa yang bercampur aduk menyebabkan masyarakat terikut- ikut menggunakan bahasa yang bercampur aduk ini. Oleh yang demikian, menyedari kesan buruk tentang penggunaan bahasa rojak terhadap perkembangan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, kerajaan mengambil langkah segera untuk membendungnya.

1) Penghubung Tambahan
malah, di samping itu, dan

Ulasan

2) Penghubung Tempoh akhirnya


3) Penghubung musabab
oleh yang demikian

4) Penghubung leksikal 5) Penanda rujukan ini

bahasa rojak-bahasa yang bercampur aduk

Você também pode gostar