Você está na página 1de 15

PENGENALAN

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Di Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran. Usaha bagi mencapai matlamat bermula selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi pelaksanaan rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan diikuti dengan pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991. Wawasan 2020 menekankan keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh pelbagai pihak. Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan pula merupakan unsur penting yang mempengaruhi pembentukkan negara bangsa Malaysia. Di Malaysia, pembinaan negara-bangsa bukan sahaja relevan, malah menjadi satu kemestian sejarah yang amat perlu bagi menjamin keutuhan Malaysia sebagai salah satu pelaku utama di pentas dunia.

Kenichi Ohmae menyifatkan abad ke 20 dan awal abad ke 21 sebagai era berakhirnya negara bangsa. Lanjutan itu, beliau menekankan kepada pembentukan dunia tanpa sempadan yang ditunjangi oleh aliran kecanggihan berasaskan teknologi maklumat. Bagi beliau juga, keunggulan negara bangsa telah roboh dan tercabar akibat beberapa elemen kuasa baru iaitu industri, pelaburan, pengguna dan maklumat. Sebagai ganti negara bangsa, Ohmae mengungkapkan kepentingan region state (negara wilayah) yang berperanan sebagai pusat hubungan dengan dunia global. Walaupun begitu, melampaui abad ke 21 ini, persoalan pembinaan negara bangsa masih berlegar dalam perbahasan dikalangan pelbagai pihak khususnya para sarjana. Dalam pada itu, kerajaan dan kepimpinan negara-negara tertentu masih berusaha untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal bagi sempadan geo-politik masing-masing. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, isu pembentukan negara bangsa merupakan satu isu yang hangat diperdebatkan oleh ahliahli politik pada masa kini. Pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Proses ke arah itu, dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British. Perubahan dasar British selepas Perang Dunia Kedua dilihat sebagai titik tolak apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. Salah satu objektif Malayan Union ialah mewujudkan satu bangsa kewarganegaraan berlandaskan prinsip jus soli iaitu kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran diperkenalkan. Ini membolehkan semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 sebelum 15 Februari 1942 mendapat kerakyatan mereka secara automatik. Penentangan yang berterusan daripada orang Melayu serta sokongan yang berbelah bagi daripada golongan imigran memaksa British untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah yang dimaksudkan dengan negara bangsa? Negara adalah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar. Bangsa pula mempunyai dua maksud utama iaitu

jenis manusia daripada satu asal keturunan, contohnya bangsa Melayu dan kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan, contohnya bangsa Malaysia. Berdasarkan kepada situasi di Malaysia terdapat pelbagai faktor yang menjadi cabaran kepada pembentukan negara bangsa di Malaysia. Kerajaan kelihatan masih bergelut untuk membentuk sebuah negara bangsa yang sempurna bagi negara ini. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin namun unsur-unsur penghalang yang kebanyakannya berakar umbikan sentimen perkauman masih mengepompongi sebahagian rakyat negara ini termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang sepatutnya berperanan sebagai role model bagi mencapai matlamat tersebut. 1 Malaysia umpamanya, merupakan agenda terbaru pemerintah di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Abd Razak untuk membentuk sebuah negara yang dikongsi bersama atau dianggap sepunya bagi seluruh rakyat negara ini. Persoalannya mengapakah Malaysia yang menjangkau usia kemerdekaan selama 54 tahun masih tercari-cari identiti untuk membentuk sebuah negara bangsa? Sebelum itu, mari kita kembali melihat kehebatan Rasullulah S.A.W membentuk sebuah kerajaan di Madinah. Sebelum baginda mengasaskan kerajaan di Madinah sebuah perlembagaan yang dikenali sebagai Piagam Madinah telah disusun. Piagam Madinah ini disusun berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Perlembagaan ini telah Berjaya menyatu padukan bangsa yahudi, orang kristian dan orang Arab di Madinah. Pendekatan musyawarah dan permuafakatan yang diamalkan Rasullulah menjadi titik tolak kejayaan membentuk kerajaan Islam gemilang di Madinah. Kembali merujuk situasi di Malaysia, tindakan sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang memainkan sentimen perkauman bagi meraih populariti dan simpati dilihat memcacatkan agenda membina negara bangsa. Sebelum penyingkiran Singapura dari Malaysia, pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) secara terus terang mengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu. Tindakan tersebut ternyata mengenepikan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum sebelum ini. Selepas penyingkiran Singapura pada tahun 1965, Pilihan Raya Umum 1969 yang menyaksikan kehadiran Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Gerakan terus meniup

sentimen perkauman apabila parti-parti tersebut meneruskan perjuangan PAP yang mendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua. Senario politik negara yang tidak menentu serta sarat dengan unsur-unsur perkauman telah mencetuskan rusuhan kaum sejurus Pilihan Raya Umum 1969 yang mengakibatkan parlimen digantung dan undang-undang darurat diisytiharkan. Peristiwa itu berlaku disebabkan kepentingan diri serta sikap curiga antara satu masa lain dilihat melebihi kepentingan negara dan seterusnya membantutkan usaha pembentukan negara bangsa mahupun bangsa Malaysia. Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan untuk mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan sesama kaum. Namun begitu, Dasar Ekonomi Baru juga tidak dapat lari daripada kelemahannya apabila mendapat sedikit sebanyak penentangan daripada orang bukan Melayu. Masyarakat bukan Melayu terutamanya orang Cina tidak menentang dasar tersebut, tetapi lebih kepada cara dasar itu dilaksanakan. Mereka merasakan telah dinafikan haknya sebagai rakyat kerana dasar ini mengutamakan Melayu dan kaum bumiputera dalam soal ekonomi dan pendidikan. Liberalisme turut menjadi ancaman kepada pembinaan negara bangsa di Malaysia. Secara umumnya keterbukaan sememangnya satu langkah yang perlu dalam pembentukan negara bangsa. Namun keterbukaan tanpa had mampu membawa kerosakkan kepada sesebuah negara. Liberalisme tanpa had boleh menyebabkan kelicinan pentadbiran dan kemakmuran negara tergugat. Liberalisme tanpa had juga boleh menyebabkan seseorang memanipulasi keadaan untuk mengugat kestabilan politik dan hubungan antara kaum. Seterusnya salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada proses pembinaan negara bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap prejudis dan curiga dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih menjadi perintang kepada pembinaan semangat persefahaman dan perpaduan dikalangan penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sikap prejudis ini wujud disebabkan

oleh pembangunan wilayah yang lebih tertumpu kepada Semenanung Malaysia. Penduduk Sabah dan Sarawak beranggapan mereka dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara. Permasalahan sosial juga memberi kesan kepada pembinaan negara-bangsa yang jika tidak dibendung pastinya membebankan negara serta memberi kesan negatif kepada pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral. Permasalahan sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, pendatang asing, penjenayahan, pengambilan dadah, penderaan dan sebagainya. Peningkatan kadar jenayah di Malaysia memberi tanggapan buruk di mata antarabangsa. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, faktor pemangkin kepada usaha membina negara bangsa ini adalah nasionalisme, intergrasi, patriotisme dan demokrasi. Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan.

Nasionalisme etnik adalah sejenis nasionalisme di mana negara memperolehi kesahihan politik dari budaya asal atau etnik sesebuah masyarakat. Ia dibangunkan oleh Johann Gottfried von Herder, yang memperkenalkan konsep Volk (rakyat). Nasionalisme romantik (juga dipanggil nasionalisme organik, nasionalisme identiti) adalah lanjutan dari nasionalisme etnik dimana negara memperolehi kesahihan politik secara semulajadi ("organik") hasil daripada bangsa atau ras. Pembinaan negara bangsa di Malaysia adalah perlu untuk kumpulan manusia dalam satu ikatan tatanegaraan iaitu membentuk bangsa Malaysia. Gagasan Satu Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berhasrat untuk membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing.

Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep Satu Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Integrasi berasal dari bahasa Inggeris "integration" yang bererti kesempurnaan atau keseluruhan. Integrasi sosial didefinisikan sebagai proses penyesuaian di antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi. Manakala menurut

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integerasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan.

Selain itu integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

. Aktiviti intergrasi di Malaysia dapat dilihat dalam semua bidang di Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan. Pendidikan memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia di kalangan muridmuridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajarpelajar perlu diberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Tanggungjawab guru untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.

Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga dilihat sebagai satu usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid antara sekolah. Program RIMUP ini dilihat mampu menghakis sifat perkauman dan kenegerian kerana program ini secara tidak langsung membantu murid-murid untuk menghayati matlamat dan visi negara. Ini secara automatik akan membantu mengukuhkan usaha membina negara bangsa yang sebenar di Malaysia.

Patriotisme pula merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran mendatang. Seorang yang patriot adalah mereka yang mempunyai sikap kesukarelawan yang tinggi terhadap segala perkara yang berkaitan untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara dari sebarang gangguan dan kekacauan.

Setiap rakyat yang dilahirkan di negara ini perlu faham apa yang dimaksudkan dengan patriotisme dan mereka perlu menyemai perasaan patriotik di dalam diri masing-masing. Rakyat negara ini juga harus berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan dan sentiasa berusaha mengekalkan keamanan negara.

Demokrasi pula merupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara. Ia merupakan alat mewujudkan keutuhan pentadbiran. Negara Bangsa wujud apabila terdapat kefahaman mendalam tentang demokrasi yang memberikan peluang dan ruang kepada rakyat terlibat dalam pentadbiran negara.

Dari sudut pandangan demokrasi, semua warganegara diberikan hak berkongsi ideologi dalam memilih pemerintahan negara. Keadaan ini secara langsung mewujudkan keamanan dengan tiadanya proses politik yang negatif seperti demonstrasi dan rampasan kuasa, membantu rakyat bersatu hati dalam menerima pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil dan saksama. Pilihan Raya Umum yang dijalankan empat atau lima tahun sekali di Malaysia dilihat sebagai proses menghidupkan demokrasi dan memberi peluang kepada rakyat secara keseluruhan untuk mengekalkan atau menukar kerajaan untuk mentadbir negara.

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Jika dilihat perbandingan di antara negara Malaysia dengan negara lain, negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Dari sudut pandangan demokrasi, semua warganegara diberikan hak berkongsi ideologi dalam memilih pemerintahan negara. Keadaan ini secara langsung mewujudkan keamanan dengan tiadanya proses politik yang negatif seperti demonstrasi dan rampasan kuasa seperti yang berlaku di Thailand. Keadaan ini akan membantu rakyat bersatu hati dalam menerima pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil dan saksama.

Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Jika dibandingkan dengan negara jiran iaitu Singapura, Singapura merupakan sebuah republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan. Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi berperwakilan sebagai sistem politik negara. Parti Tindakan Rakyat (PAP) berjaya menguasai parlimen Singapura di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah sendiri pada tahun 1959. Sebahagian besar kuasa ekesekutif terletak pada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jawatan Presiden Singapura yang asalnya berbentuk istiadat, diberi sedikit kuasa veto pada tahun 1991 untuk beberapa keputusan penting seperti penggunaan rizab negara dan pelantikan jawatan kehakiman.

Di Malaysia pula, terdapat tiga jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan pilihan raya kerajaan tempatan. Pilihan raya umum boleh diadakan selewat-lewatnya lima tahun selepas piliharaya terdahulu, selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan tetapi boleh dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu. Pilihan raya negeri pula boleh diadakan berasingan dengan pilihan raya umum

persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekuruan dan Negeri. Wakil-wakil Rakyat adalah mereka yang mewakili satu kawasan pilihan raya Parlimen manakala Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri. Wakil-wakil Rakyat menganggotai Dewan Rakyat. Peranan utama mereka ialah menggubal undang-undang negara, membicangkan hal-ehwal yang berkaitan dengan rakyat serta menjaga amanah kewangan negara. Bilangan atau jumlah kerusi bagi kawasan pilihan raya Dewan Rakyat termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perdana Menteri boleh dilantik dari kalangan Wakil Rakyat manakala Ketua Menteri atau Menteri Besar dilantik dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam negara dan anggota-anggotanya dinamakan Senator atau Ahli Dewan Negara. Mereka dilantik berdasarkan Perlembagaan. Tugas utama Senator ialah meneliti dan mengkaji serta meluluskan rang undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1980, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memperkenankan rang undang-undang yang diserahkan oleh Majlis Parlimen dalam satu tempoh yang tertentu.

Jika dibandingkan Malaysia dengan Indonesia, Indonesia merupakan sebuah republik demokrasi dengan sistem berpresiden. Dalam sistem politik Indonesia, presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan serentak, selain panglima besar Tentera Nasional Indonesia. Perlembagaan Indonesia menetapkan pembahagian kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Kerajaan mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa legislatif dimiliki bersama oleh kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat. Sistem kehakiman pula bebas dari eksekutif dan legislatif.

Pilihan raya umum di Indonesia diadakan untuk memilih ketua negara, iaitu Presiden Indonesia, serta juga untuk Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), dewan perundangannya. Kedua-dua Presiden dan anggota-anggota DPR dipilih untuk tempoh lima tahun. Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar daripada calon-calon kawasan pilihan raya. Oleh sebab Indonesia mengamalkan sistem

berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat benar-benar mencapai kemenangan dan oleh itu, parti-parti politik harus bekerjasama untuk membentuk kerajaaan campuran. Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17 tahun. Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga merupakan isu penting dalam mewujudkan negara-bangsa Malaysia. Kebudayaan kebangsaan merujuk kepada kebudayaan negara yang rasmi dan bersifat formal tetapi merentasi batasan etnik, bersifat sepunya dan rasmi bagi semua kaum dan mencerminkan kemalaysiaannya. Dasar ini diwujudkan bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di negara ini agar semua rakyat dapat bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya tersendiri. Amalan aktiviti budaya yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum pasti akan dapat menyumbang kepada pembinaan negara-bangsa. Ini menunjukkan peripentingnya isu-isu budaya ditangani sebaik mungkin supaya ianya mempercepatkan kewujudan bangsa Malaysia. Bagi mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu daripada pelbagai keturunan, agama, kebudayaan dan wilayah satu bahasa kebangsaan amatlah diperlukan. Maka bahasa kebangsaan diwujudkan dengan panggilan bahasa Malaysia. Isu-isu mengenai bahasa kebangsaan ini merupakan faktor yang dianggap penting oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai pembinaan negara-bangsa Malaysia. Bahasa Malaysia sebenarnya unsur dominan yang boleh menyatupadukan semua kaum dan bangsa di Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah satu pilihan bijak dan mampu serta terbukti menjadi alat perpaduan. Oleh itu jelaslah bahawa bahasa kebangsaan sebagai bahasa sepunya ini merupakan satu unsur utama dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Penggunaan dan penguasaan Bahasa Malaysia secara meluas akan berperanan sebagai wahana pembentukan identiti kebangsaan. Sistem persekolahan di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di samping penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda dalam mata pelajaran seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya. Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun

sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua sekolah di Singapura. Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving Examination (PSLE). Sekolah rendah mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun "Bahasa Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Terdapat lima buah universiti awam di Singapura: Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura dan Institut Teknologi Singapura. Kerajaan telah membina banyak lagi universiti awam pada puluhan tahun lalu dengan harapan menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada 30% setiap kohort. Kursus politeknik dan universiti dikendali dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Di Malaysia banyak universiti yang berkualiti menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat sijil, diploma, ijazah, master atau phd dan sebagainya, malah pelajar dari luar negara memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Malaysia seperti Universiti Islam Antarangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dari segi pertahanan, Malaysia mempunyai Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab memastikan keselamatan Malaysia daripada ancaman musuh atau anasir luar demi menjaga keamanan Negara. PLKN diperkenalkan dengan mewajibkan generasi muda lepasan SPM menyertainya untuk mengukuhkan jati diri dan membina insane yang cintakan negara di samping melatih mereka menjadi bantuan tambahan sekiranya negara diserang musuh. Undang-undang Singapura mewajibkan setiap warganegara lelaki dan penduduk tetap (generasi kedua) Singapura yang tegap dan

sihat untuk menjalani Khidmat Negara (National Service) selama dua tahun sekurangkurangnya, sebaik sahaja mencecah usia 18 tahun atau menghabiskan pengajiannya (yang mana sahaja dahulu), tetapi boleh diberi pelepasan atas sebab-sebab perubatan atau lain-lain. Selepas berkhidmat selama dua tahun, setiap warga lelaki dianggap sedia beroperasi, dan juga wajib menunaikan tanggungjawab sebagai perajurit simpanan sehingga usia 40 tahun (50 tahun untuk pegawai bertauliah). Warga yang sihat dari segi perubatan juga mesti menjalani Ujian Kecekapan Fizikal Individu (Individual Physical Proficiency Test, IPPT) setiap tahun dalam program latihan mereka. Lebih 350,000 orang lelaki berkhidmat sebagai perajurit yang sedia beroperasi yang ditugaskan kepada unit tempur simpanan dan 72,500 orang lagi membentuk kor khidmat negara dan biasa. Dengan konsep negara Bangsa "Nasion State" Indonesia pula menjelaskan keanggotaan sebagai warga bangsa adalah bersifat sebagai peribadi (individu) orangperseorangan, lepas dari segala atribut yang disandangnya, bukan sebagai kelompok. Maka sudah selayaknya diadakan koreksi atas kekeliruan yang telah lakukan selama ini dalam menata kehidupan berbangsa, bernegara dan bermasyarakat seperti, "istilahistilah mayoritas (majority) dan minoritas (minority), asli dan tidak asli, pribumi dan bukan pribumi". Selain tidak relevan dengan konsep kebangsaan Indonesia, juga tidak ada dalam rumusan Pancasila, UUD 1945. Bangsa Indonesia (nasion Indonesia) sebagai satu-kesatuan solidaritas bangsa Indonesia, tetap memiliki jiwa, semangat dan tekad untuk hidup bersama dalam kebersamaan, kesetaraan dan untuk itu bersedia melakukan pengorbanan untuk mencapai tujuan, cita-cita yang dimiliki bersama. Apabila semua komponen anak bangsa dapat merasakan berada di rumah sendiri (at home), dalam kesetaraan, sama-sama ikut memilikinya, sama-sama dapat mengidentifikasikan dirinya, dihormati identinya tanpa harus melepaskan keistimewaan agama, budaya, suku, etnik untuk menjadi Indonesia, ada keadilan sosial dan sosial yang berkeadilan, hidup sejahtera, ada spirit of love, damai yang bangun dari semangat "perlakukan orang lain sebagaimana engkau ingin diperlakukan" (golden rule) tanpa ada kecenderungan memonopoli kebenaran dan pemaksaan.

o Nik Rosila Nik Yaacob, TITAS : Mampukah Melahirkan Generasi Berjiwa Malaysia ? Jun 1998, Dewan Masyarakat.
o Syed Ahmad Hussein dan Y.Mansoor Marican, 1989. Intergrasi Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka o Tan Ding Eng,1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd o Mohd. Salleh Abas, 1987. Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka o Tun Mohamed Suffian bin Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Zurinah Hassan, 1994. Huraian Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Alam : Penerbitan Pewarna

Shah

Você também pode gostar