Você está na página 1de 5

HUKUM MAD

Mad bermaksud lanjut atau lebih. Hukum mad bermaksud memanjangkan suara dengan lanjutan menurut kedudukan salah satu dari huruf mad. Terdapat dua bahagian mad iaiatu mad asli dan mad farie. Terdapat tiga huruf mad iaitu alif, wau, dan ya dan huruf tersebut haruslah berbaris mati atau saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan menggunakan harakat.
Terdiri daripada 3 huruf :

Mad Asli
Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.
Bacaan : Kadar bacaannya ialah 2 harakat

Mad Asli terjadi apabila: a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas. b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah. Contoh ayat

MAD FAR'IE Mad Far'ie terbahagi kepada 8 bahagian iaitu:


1) Mad 'Aridh Lil Sukun Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Bacaan : Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf

sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim. Contoh ayat

2) Mad Badal Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: a. b. c. d. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').

Bacaan : Kadar bacaannya adalah 2 harakat. Contoh ayat

3) Mad 'Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah. Bacaan : Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf. Contoh ayat

4) Mad Jaiz Munfashil Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: 1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. 2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi: a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara. Contoh ayat

5) Mad Liin Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. Bacaan : Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. Contoh ayat

6) Mad Silah Qasirah Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie. Contoh ayat :

7) Mad Silah Towilah Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie Contoh ayat

8) Mad Tamkin Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun. Contoh ayat

Rujukan 1) http://senangbelajartajwid.wordpress.com/ 2) http://umat66.blogspot.com/2012/12/hukum-mad.html

Você também pode gostar