Você está na página 1de 2

Definisi: Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengaja dalam kalangan kaum

dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruhm a s y a r a k a t untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta

d a n banggakan negara. HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI. Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.Di antaranya ialah; - Agama dan kebudayaan : Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yangberlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilaiyang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap agama diri mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. - Dasar Penjajah British : Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulankumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri..Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antararakyat tempatan yang berbilang etnik. - Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan : Laporan Razak menyebutbahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebihgemar menghantar anak mereka ke sekolah yang

menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenekmoyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahamandan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yangberbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara. - Amalan ekonomi yang berlainan : Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidakseimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis danras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. - Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik : Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.-

Pendudukan Jepun : K e m a s u k a n t e n t e r a J e p u n k e T a n a h M e l a y u m e n a m b a h j u r a n g permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri daripada orangorang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan

menimbulkan masyarakat

perasaan dan Cina

kurang

senang

antara

Melayu

Você também pode gostar