Você está na página 1de 4

menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik. Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya. Apakah Piramid Makanan? Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan. PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan. Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta Karbohidrat - Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.

Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satusatunya sumber tenaga untuk otak anak anda. Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahanbahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi. Protein - Asas binaan tulang, darah dan otot.

Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum. Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu). Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil). Lemak

Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan. Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.

Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemaklemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa. Vitamin dan mineral

Fungsi Otot 1. Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis. 2. Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. 3. Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka. 4. Menghasilkan haba

Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh. Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan. Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan. Air - Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.

Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh). Tabiat Makanan Yang Sihat Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja. Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak

Kaitan dengan Sukan Memanaskan Badan dan Regangan Dalam setiap sesi latihan aktiviti fizikal, para pelatih perlulah membuat senaman memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Aktiviti memanaskan badan dan regangan adalah perlu untuk; Mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan badan anda lebih relaks dan selesa ketika menjalani latihan Membantu koordinasi badan anda agar pergerakan lebih bebas dan mudah Menambah jarak dan lingkungan pergerakan anda Mengelakkan kecederaan seperti ketegangan otot ketika menjalani latihan

Memberi isyarat kepada otot dan tubuh badan anda yang latihan fizikal yang intensif akan bermula Membolehkan anda mengenali dan mengetahui kemampuan tubuh badan anda sendiri Membantu melancarkan peredaran darah

membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

LONTAR PELURU Peraturan Asas Lontar Peluru Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m. Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan. Peluru mesti mendarat dalam sector 40. Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan. Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Anda perlu pastikan agar tidak melakukan regangan secara keterlaluan dan ambil masa antara 10 sehingga 30 saat untuk setiap regangan. Lakukannya sehingga anda merasa sedikit tegang di bahagian yang diregangkan dan relaks ketika menahan setiap regangan.Jaga pernafasan anda agar ianya perlahan dan terkawal, tetapi, jangan tahan nafas ketika melakukan regangan.Buat kiraan di dalam hati ketika melakukan setiap regangan. Ini untuk memastikan anda meregangkan otot tersebut secara optima. Setelah beberapa sesi, anda akan melakukan regangan mengikut rasa, tanpa perlu lagi membuat kiraan.Otot anda dilindungi oleh satu mekanisme keselamatan yang dipanggil Stretch Reflex, di mana, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, sistem saraf anda akan menghantar isyarat untuk mengecutkan otot tersebut untuk mengelakkannya daripada mengalami kecederaan. Bermakna, setiap kali anda meregangkan otot secara keterlaluan, hasil yang sebaliknya akan berlaku, otot anda akan dikecutkan.Meregangkan otot secara keterlaluan atau melakukan lantunan ketika aktiviti regangan juga boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan, dan kecederaan, kemungkinan akibat otot tersebut mengalami koyak yang halus.

Kemahiran Asas Lontar Peluru 1) Pegangan Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru. 2) Persedian Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu. Lontar Peluru Gaya Berdiri Berdiri sisi. Buka kaki seluas bahu. Bahu kiri menghadap arah lontaran. Bengkokkan badan serendah mungkin. Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang. Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan. Gerakkan siku serta tangan ke atas. Lepaskan peluru. Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(warming down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsifungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan

Lompat kijang Sesiapa yang cemerlang dalam acara lari pecut dan lompat jauh, boleh mengambil acara ini dalam kejohanan-kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan, mahupun di peringkat antarabangsa untuk mewakili negara. Seperti juga acara-acara olahraga yang lain, semaikan semangat juang yang tinggi, sama ada semasa membuat latihan, mahupun dalam kejohanan yang sebenar.Selain memerlukan larian yang bertenaga, daya anjakan serta ketepatan kiraan langkah amat penting bagi mengelakkan lompatan daripada terbatal.

Lompat kijang merupakan satu acara olahraga yang kompleks dari segi kemahiran melaksanakannya berbanding lompat jauh. Peserta dikehendaki berlari pantas ,melompat ketinting , kemudian melangkah dan terus melompat untuk mendarat dalam kawasan pendaratan.Pelompat dikenhendaki memberi perhatian kepada koordinasi pergerakannya dalam proses melaksanakan keseluruhan lompatan ini.Selain itu, pelompat juga perlu memperseimbangkan ketinggian ketiga-tiga lonjakan yang dilakukan dan jarak jarak langkah ketika fasa melangkah supaya mencapai satu lompatan yang baik. Jika teknik dan peraturanlompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.

Você também pode gostar