Você está na página 1de 18

1|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

2|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

HAKCIPTA TERPELIHARA 2012. Sebarang bahagian di dalam e-buku panduan ini tidak boleh dicetak semula, dipindah milik dalam apa jua format sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, imbasan atau sebarang format simpanan tanpa kebenaran bertulis dari pihak http://www.omghackers.com/ (OMG! Hackers?). e-buku ini adalah untuk kegunaan anda sahaja namun anda dibenarkan untuk menyebar ia di forum-forum, laman perkongsian fail seperti Mediafire dan Rapidshare, torrent, dan sebagainya dengan menyertakan sekali pautan kepada laman asal penulis iaitu: http://www.omghackers.com/.
Hakcipta Terpelihara 2012 OMG! Hackers? http://www.omghackers.com/

3|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

*** Penafian / Disclaimer Notice***

e-buku ini dihasilkan bertujuan untuk perkongsian ilmu dan maklumat sahaja. Segala maklumat dan kandungan yang terdapat di dalam e-buku ini adalah berdasarkan tulisan asal yang ditulis oleh Arya Putra dan dibukukan dalam bentuk e-buku oleh beliau untuk tujuan penerbitan dan perkongsian ilmu. e-buku ini adalah hasil kajian dan pengalaman beliau sendiri dan disertakan juga pautan rujukan. Kami dari pihak OMG! Hackers? tidak akan bertanggung jawab ke atas manamana kerugian, kecederaan fizikal ataupun mental, kehilangan yang ditanggung oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang berlaku akibat dari panduan dan penggunaan dari mana-mana kandungan di dalam e-buku ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

4|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Penghargaan Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakan terhadap Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah penulis menghela nafas lega, kerana setelah sekian lama jari ini tidak menulis, akhirnya menulis jua kembali dengan permulaan melalui e-buku ini. Ia adalah terbitan semula setelah e-buku versi asal telah dipadamkan oleh laman perkongsian fail Mediafire. Akibat terlupa untuk membuat salinan sandaran, maka saya bermula semula dari awal. Tidak lupa juga ingin penulis ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada isteri yang tersayang, Nazirah Ruslan, yang tidak jemu-jemu menyokong serta memberi semangat kepada penulis sehingga terbitnya kembali e-buku ini. Juga kepada ibu dan adik-adik yang penulis kasihi. Mereka ini telah banyak memberikan dorongan kepada penulis agar tidak berputus asa dalam menyiapkannya. Dengan terhasilnya e-buku ini, besarlah harapan penulis agar ilmu yang penulis kongsikan di sini, dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan bangsa, agama, keturunan, dan tidak kira apa jua jantina sekalipun. Semoga ia menjadi bahagian yang berguna buat penulis di akhirat kelak. Sekian.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

5|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Kata Pengantar Secebis Tinta, Semanis Bicara, Dari Pengarang e-buku Penjelajahan Astral (Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!), kini terbit kembali e-buku Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog OMG! Hackers?. Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan jutaan terima-kasih yang tidak terhingga kepada anda yang memuat turun e-buku yang dikarang oleh penulis ini. Di dalam e-buku ini, penulis ingin berkongsi sedikit-sebanyak tentang apa yang kita katakan sebagai Anonymous Surfing/Web Browsing atau Pelayaran Tanpa Nama. Ia diinspirasikan dari e-buku versi bahasa inggeris, Protect Your Privacy. Selamat berjaya dan memulakan pembacaan anda dengan gembira! SALAM KEJAYAAN. Yang terbaik buat anda semua, para pembaca..

Ikhlas..

Arya Putra

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

6|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Isi Kandungan

Penafian/Disclaimer Notice Penghargaan Kata Pengantar Pengenalan Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP Apa Itu Alamat IP? Apakah Kepentingannya? Apakah Maklumat Penting Yang Didedahkan Oleh Alamat IP? Contoh Butir Peribadi Yang Boleh Didapati Melalui IP Perbincangan Lanjutan Dapatkah Alamat Fizikal Dijejak Melalui IP? Pro dan Kontra Penutup, Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Pautan-Pautan Rujukan

3 4 5 7 8 9 10 11 13 14 16 17 18

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

7|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pengenalan Saya telah banyak sekali mengutarakan hal ini dalam blog yang saya kendalikan iaitu OMG! Hackers?, berkenaan dengan satu perkara yang telah menjadi root dalam kehidupan saya iaitu Anonymous Surfing. Kenapa? Apakah sebabnya? Ini adalah kerana saya sama sekali tidak bersetuju dengan terma sekatan internet. Internet adalah untuk semua. Ia seharusnya dibebaskan dari belenggu sekatan yang menyusahkan. Namun tahukah anda disebalik sekatan itu, saya juga telah belajar kaedah melepasinya. Kaedah inilah yang saya namakan sebagai Anonymous Surfing atau Pelayaran Tanpa Nama. Apa juga yang anda lakukan di internet, jika hendak diikutkan adalah TIDAK SELAMAT. Ya. Kerana setiap yang anda lakukan akan ditujukan kembali kepada anda. Percaya atau tidak, alamat IP anda adalah punca kepada segalanya. IP ibarat kad pengenalan. Bayangkan anda berjalan di merata-rata tempat di dunia dengan menayangkan kad pengenalan anda kepada sesiapa sahaja yang anda terjumpa. Begitulah halnya diibaratkan dengan alamat IP. Menggunakan alamat IP asal/asli anda seperti menayangkan kad pengenalan kepada sesiapa sahaja tanpa ada punca dan sebab munasabah. Segala yang anda lakukan, seperti muat turun gambar, perisian, melayari lamanlaman sesawang, blog, semuanya akan dikumpulkan dan ditujukan kepada anda kembali. Silap langkah anda bakal menjadi mangsa kepada penggodam yang siap mengumpulkan maklumat peribadi anda melalui kaedah Information Gathering. Di sinilah peri pentingnya Pelayaran Tanpa Nama. Mari kita buka bicara dan minda, usah terbuai dek keasyikan internet tanpa mengetahui terdapat jurang dalam di hadapan, sang pemangsa yang rakus, dan pelbagai lagi rintangan andai ANDA tidak bersedia.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

8|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP

1. Penggodam akan mendapat akses kepada komputer peribadi anda lalu secara tidak langsung mendapat akses kepada kandungan peribadi seperti nombor kad kredit, nombor kad bank/akaun bank, kata laluan yang anda simpan untuk laman-laman web dan sebagainya lagi.

2. Alamat IP asal anda akan membolehkan penggodam untuk menyusup masuk ke komputer anda!

3. Profil kepenggunaan internet anda akan dikumpul oleh pencuri identiti (identity theft).

4. Menyembunyikan alamat IP membolehkan pembekal enjin carian anda seperti Google daripada mengumpulkan sejarah carian internet anda dan menjualkannya kepada pihak ketiga.

5. Alamat IP anda yang telah tersimpan dalam pengkalan data forum-forum atau laman permainan dalam talian, dapat digunakan untuk menyekat (ban) anda dari memasuki atau membuat pos pada laman tersebut.

6. Maklumat peribadi anda yang telah dikumpulkan dapat digunakan untuk menghantar e-mel spam atau junk e-mail oleh marketer yang sememangnya mahukan anda masuk ke perangkap mereka. Awas!

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

9|Page

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Apa Itu Alamat IP? Apakah Kepentingannya? Setiap komputer yang disambungkan ke internet diberikan sebuah nombor pengenalan yang dikenali sebagai Internet Protocol atau IP address. Alamat IP terdiri dari siri nombor dan kelihatan seperti ini: 127.0.0.1. Urutan angka ini dapat membantu untuk komputer anda dikenal pasti di internet. Nombor ini biasanya diberikan kepada pembekal perkhidmatan internet berdasarkan kepada kawasan-kawasan. Oleh it, alamat IP masing-masing dapat mengenal pasti penghantar atau penerima maklumat. Alamat IP, seperti yang diperkatakan pada awal e-buku, dapat diibaratkan seperti kad pengenalan, ataupun alamat rasmi komputer anda. Ia membantu komputerkomputer lain untuk mengenal pasti kedudukan komputer anda, dan menghantarkan maklumat yang diminta oleh anda dengan tepat, sama ada maklumat tersebut adalah berupa sebuah laman web atau jenis-jenis data yang lainnya. Disebabkan IP adalah sebuah ALAMAT, maka bayangkan sekiranya seorang perompak telah mendapat alamat rumah anda. Sudah tentu beliau akan merancang terlebih dahulu dengan teliti akan rompakan yang ingin dilakukan. Alamat yang diperoleh sedikit sebanyak memudahkan kerjanya. Samalah halnya dengan penggodam dan pencuri identiti. Dengan alamat IP anda, informasi diri anda akan dikumpul sebelum melakukan godaman terancang. Ketelitian ini bermula dari alamat IP.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

10 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Apakah Maklumat Penting Yang Didedahkan Oleh Alamat IP? Alamat IP anda dapat mendedahkan beberapa maklumat yang boleh dianggap sebagai penting kepada mereka yang mahukannya. Penggodam, pembekal enjin carian, pencuri identity, mereka inilah golongan yang menjadi pengumpul maklumat anda yang setia.

Alamat IP Mendedahkan Tempat Tinggal Anda/Lokasi/Kedudukan Semasa Jika anda kagum dengan kebolehan GPS yang dapat mengesan kedudukan anda, anda patut lebih kagum dengan IP. IP dapat mendedahkan lokasi semasa anda, tidak kiralah anda menggunakan komputer di rumah, di pejabat, mahupun di kafe siber. Berikut adalah beberapa maklumat yang didedahkan olehnya: 1. Lokasi asal sambungan internet Lokasi semasa anda. 2. Nama aplikasi. 3. Versi aplikasi. 4. Agen pengguna (User Agent). 5. Nama pelayar web anda. 6. Sistem operasi anda. 7. Platform anda.

Anda boleh mencubanya dengan melayari pautan berikut : http:/whatismyipaddress.com/ atau http://myiptest.com/

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

11 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Contoh Butir Peribadi Yang Boleh Didapati Melalui IP


General IP Information IP: Decimal: ISP: Services: Type: Blacklist: Geolocation Information Country: City: Latitude: United States Milpitas 37.4404 64.71.142.198 1078431430 Hurricane Electric Suspected network sharing device Corporate

Hostname: 64.71.142.198 Organization: EGIHosting

Assignment: Static IP

State/Region: California

Longitude: -121.8705 Area Code: 408 Postal Code: 95035

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

12 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pada muka surat sebelumnya, anda dapat lihat di situ perincian maklumat yang diberikan oleh laman web tersebut setelah mengimbas kedudukan alamat IP. Ujian dilakukan pada pelayar web Firefox, menggunakan Addon Cocoon untuk menyembunyikan IP dan ternyata ia berjaya. Alamat IP asal berjaya disembunyikan dan sebaliknya alamat IP dari pembekal perkhidmatan Cocoon yang terpapar. Ketika ujian dilakukan, saya berada di pejabat, di Malaysia dan apabila alamat IP telah disembunyikan, saya terpapar sedang berada di United States!

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

13 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Perbincangan Lanjutan Setelah anda membaca sehingga muka surat yang ke 13 ini, dapatlah saya simpulkan bahawa kini anda mengerti akan peri pentingnya Anonymous Surfing. Mari kita imbas kembali beberapa isi-isi penting:

Apa Itu Anonymous Surfing? Pelayaran Tanpa Nama ini ringkasnya ialah melayari internet tanpa menggunakan alamat IP asal, atau lebih mudah difahami, alamat IP asal disembunyikan.

Apa Kepentingan Menyembunyikan IP? Supaya anda dapat mengelakkan dari pencerobohan terhadap identiti, maklumat sulit, serta masalah-masalah lain yang timbul melalui information gathering yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengupas mengenai kepentingannya pada topik khusus. Sila semak halaman berikutnya (muka surat 15).

Bagaimana Cara Menyembunyikan IP? Terdapat pelbagai cara yang saya telah bincangkan melalui blog saya. Antaranya ialah penggunaan proksi, perisian berasaskan proksi, VPN, SSH Tunneling dan sebagainya. Anda boleh rujuk blog saya pada pautan http://www.omghackers.com/ untuk maklumat lanjut.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

14 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Dapatkah Alamat Fizikal Dijejak Melalui IP? Jawapannya Ya dan Tidak. Tidak, kerana lokasi fizikal yang tepat seperti nama jalan dan rumah tidak dapat ditelusuri melalui IP. Ya, kerana alamat IP anda bukan rahsia. Setiap hubungan dan komunikasi anda di internet adalah terhubung melalui IP. Permainan dalam talian, pelayaran ke laman sesawang mahupun forum-forum, IP adalah perkara penting sebelum dapat anda berhubung dengan komuniti. Cuma anda yang tidak menyedarinya.

Apakah Saya Selamat Setelah Menyembunyikan IP? Ya dan Tidak. Bergantung kepada apa yang anda lakukan, undang-undang itu bakal mengetuk pintu rumah anda andai anda melakukan jenayah siber. Kecurian identiti dan penggodaman terancang adalah perkara yang tidak dapat dimaafkan. Jika anda melakukannya, berhentilah sekarang, kerana penyedia perkhidmatan proksi mahupun VPN, tidak boleh mengelak dari arahan undang-undang. Jika mereka perlu mendedahkan identiti anda, itulah yang akan dilakukan. Jadi gunakanlah servis tersebut dengan sebaiknya. Gunakan untuk perkara yang mendatangkan faedah dan kebaikan, seperti yang telah disebutkan pada lamanlaman sebelum ini.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

15 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Kepentingan Menyembunyikan Alamat IP Seperti yang dijanjikan, saya akan mengupas sedikit sebanyak mengenai kepentingan menyembunyikan alamat IP. Saya akan bentangkan dalam bentuk isiisi penting agar mudah anda memahaminya:

1. Melindungi komputer dan data peribadi/sulit dari ancaman penggodam. 2. Mendapat keselamatan yang lebih baik ketika membeli-belah dalam talian. 3. Untuk menghentikan kebiasaan enjin carian dari mengumpul maklumat dan sejarah carian. 4. Mendapat kembali akses ke laman-laman yang telah menyekat alamat IP anda. 5. Melepasi sekatan-sekatan internet, sama ada sekatan DNS mahupun penggunaan perisian seperti Websense. Sedikit-sebanyak saya berharap anda akan faham betapa pentingnya Anonymous Surfing/Pelayaran Tanpa Nama ini kepada setiap pengguna komputer yang terhubung ke internet. Sanggupkah anda berjalan-jalan di mana-mana tempat sambil memegang sepanduk yang menayangkan alamat rumah anda, serta nombor kad pengenalan anda? Tentu tidak bukan. Begitulah halnya dengan alamat IP. Jika anda tidak sanggup berbuat begitu, maka sembunyikan IP asal adalah jawapan terbaik.

Adakah Ia Sah Di Sisi Undang-undang? Ya, selagi anda tidak melanggar undang-undang dan melakukan jenayah siber, ia adalah sah.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

16 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pro dan Kontra Pro: 1. Anda boleh memperoleh lebih dari satu akaun pada laman yang telah menyekat IP anda. 2. Jika anda telah disekat dari forum, anda boleh menggunakan IP yang berbeza untuk membuat akaun baharu. 3. Anda boleh menghantar komen di forum, laman web, blog dengan menggunakan alamat IP palsu. 4. Anda boleh membuat undian beberapa kali dengan IP berbeza. 5. Dapat memuat turun lebih banyak fail, perisian, lagu secara serentak. 6. Identiti anda lebih sukar untuk dijejaki.

Kontra: 1. Anda perlu mempercayai pihak penyedia servis (Proksi, VPN) untuk menyembunyikan alamat IP asal anda. 2. Anda boleh disaman oleh laman-laman tertentu kerana melanggar TOS. 3. Anda tidak dibenarkan menyembunyikan IP oleh beberapa laman web atau forum, dan berkemungkinan anda akan disekat dari memasukinya.

Jika ditanya pada sama, sama ada lebih baik untuk menyembunyikan IP atau tidak, sudah pastinya saya menjawab, YA.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

17 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Penutup, Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Kita bercerita mengenai keselamatan, dan tajuk e-buku ini pula berkisar mengenai penggodam. Ya, setelah panjang lebar penerangan diberikan, saya dapat menjangka anda pasti bersetuju sekiranya saya melabelkan penggodam yang sempurna itu ialah penggodam yang mahir selok-belok Anonymous Surfing. Ini adalah kerana selain bertindak menyelamatkan diri dari dikesan, ia juga dapat membantu diri penggodam itu sendiri supaya berasa selamat dari ancaman atau anasir luaran yang juga datang dari penggodam sepertinya. Bertindak lah dari sekarang. Saya sarankan penggunaan OpenVPN untuk prestasi dan kelajuan internet yang maksimum. Anda boleh rujuk https://mytunnel.us/vpn/ untuk langganan servis VPN yang terbaik di Malaysia. Jangan lupa juga jika tidak keberatan, sebarkan e-buku ini untuk panduan kawankawan, saudara-mara, sahabat-handai, sanak-taulan, ewaaahhh.. Terima kasih kerana memuat turun dan membaca hingga ke akhirnya.

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

18 | P a g e

Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam Oleh Arya Putra

Pautan-Pautan Rujukan:

1.

http://en.wikipedia.org/wiki/Anonymous_web_browsing

2. http://whatismyipaddress.com/hide-ip 3. http://www.omghackers.com/2011/11/kenapa-anonymity-penting-kepada-semua.html 4. http://www.vpnsurfing.com/ 5. http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network) 6. http://en.wikipedia.org/wiki/Virtual_private_network 7. http://en.wikipedia.org/wiki/Proxy_server 8. http://compnetworking.about.com/od/networksecurityprivacy/f/what-is-hacking.htm 9. http://searchsecurity.techtarget.com/definition/hacker 10. http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_crime

Hakcipta Terpelihara 2012

OMG! Hackers?

http://www.omghackers.com/

Você também pode gostar