Você está na página 1de 4

PKG JOHOL

Pusat Kegiatan Guru Johol terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan


Undang Johol. Terletak 20 Km dari Pejabat Pelajaran Kuala Pilah. Ahlinya
terdiri daripada 9 buah sekolah kebansaan, 4 buat sekolah jenis kebangsaan
dan 3 buah sekolah menengah.

1.1 Latar Belakang.


Dari segi sejarah,penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber
Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST
diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep
dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (BTPN)
di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Pada Tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan
Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah
sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang
perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan
perkhidmatan penjiman alatan dan membina bahan pengajaran dan
pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD
sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan
asas teknologi pendidikan ( teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru
(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah
bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan
sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber
Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi
gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut ( lampiran
1 ) Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Awam( Lampiran 2 ) sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

1.2 Objektif.

· Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen


· Mengumpal dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnya
dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
· Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber
Sekolah (PSS).
· Membantu dalam menghasil bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
untuk sekolah-sekolah.
· Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi
maklumat.
· Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan
untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
1.3 Konsep.
PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-guru
khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen
dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat
Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan
Falsafah Pendidikan Negara. PKG juga dijadikan pusat perkembangan
profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

1.4 PKG Sebagai Prasarana Pendidikan.


Siapa ?
Pengguna
· Guru
· Masyarakat setempat
Pelaksana
· Pegawai BTPN dan Penyelaras PKG
· AJK Penasihat Teknopen
· JK Pengurusan Aktiviti PKG
· Pemimpin Tempat
Mengapa ?
· Pemangkin dalam aplikasi teknopen untuk pendidikan bestari
· Memenuhi keperluan profesional guru-guru setempat dalam teknopen bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana ?
· Melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
Di mana ?
· PKG
· Sekolah Kelompok
Bila ?
· Mengikut perancangan dan keperluan semasa
Jaringan PKG.

PENGOPERASIAN PUSAT KEGIATAN GURU.


PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP.
Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan. BTP, selaku
ketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN iaitu Pusat
Tanggungjawab (PTJ).
Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi
daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa
kesepunyaan terhadap PKG.
STRUKTUR PENGURUSAN ORGANISASI AKTIVITI PKG.
Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.
Bertanggungjawab merancang aktiviti bagi mempertingkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan. Membantu
dalam pembangunan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dengan lebih
efisien.
Peranan Jawatankuasa Kerja.
1. Latihan Dan Penghasilan.
· Merancang dan melaksana program peningkatan profesionalisme guru-
guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG
· Mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti latihan
dan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat.
· Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi keperluan tindakan susulan.
2. Pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
· Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah
ahli.
· Merancang dan melaksana program dan aktiviti PSS.
· Memupuk badaya membaca.
· Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi yang relevan.
· Memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian sumber.
3. Teknologi Maklumat.
· Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran.
· Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan
teknologi maklumat.
· Mengintergrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan dan
penggunaan PSS.
4. Sosial Dan Kebajikan.
· Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal dan
informal dengan terancang.
· Mengguna kemudahan rekreasi dan bergotong-royong.
· Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan,pihak swasta dan
pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat.
· Menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah
untuk mencapai matlamat PKG
Peranan Pegawai Teknologi Pendidikan.
· Melaksanakan tugas berdasarkan sasaran kerja tahunan (SKT) dan kerja
utama PKG.
· Mengurus aktiviti dan pentadbiran harian PKG.
· Mempromosi dan menggalakkan malan penggunaan teknologi pendidikan.
· Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam pengurusan dan
penggunaan PSS.
· Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti PKG.
Perancangan Dan Perlaksanaan Aktiviti PKG.
Keberkesanan pengoperasian PKG bergantung kepada pengurusan yang
cekap dengan penumpuan kepada empat aspek utama.
· Perancangan aktiviti.
· Jadual pelaksana aktiviti.
· Proses pelaksanaan aktiviti.
· Penilaian dan tindakan susulan.
Pelaksanaan aktiviti PKG mengutamakan keberkesanan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan rangkaian kerjasama
dengan PSS setempat.
Cabaran Dan Harapan.
Sistem pendidikan negara kita sentiasa berubah mengikut perkembangan dan
kemajuan semasa. Dalam era perkembangan dunia teknologi terkini,
khususnya teknologi maklumat, perubahan-perubahan ke arah itu telah dapat
dilihat baik di peringkat bahagian,jabatan,sekolah mahupun di bilik darjah. Di
kebanyakan institusi-institusi tersebut penggunaan komputer,internet,e-mail
dan CD-Rom sudah menjadi suatu yang lumrah.
Senario di atas secara tidak langsung turut memberi cabaran kepada PKG.
Sebagai pusat aktiviti setempat PKG boleh menjadi agen perubahan yang
menjurus ke arah peningkatan pendidikan yang berkualiti. Selain itu
berasaskan teknologi maklumat, PKG boleh dijadikan pusat perhubungan dan
penyebaran maklumat setempat, iaitu melalui LAN(Local Area NEtwork) dan
seterusnya berkembang ke arah perkongsian maklumat secara meluas ke
seluruh rangkaian BTP melalui WAN(Wide Area Network). PKG juga amat
diperlukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri,Pendidikan Daerah dan
sekolah kelompok. Justeu ia mempunyai kemudahan LAN dan WAN, maka
perhubungan yang sedia ada akan dapat dipererat dan dipertingkatkan.
Cabaran dan harapan ini memerlukan komitmen dari semua pihak agar PKG
dapat berfungsi dengan lebih efektif dan efisien. Komitmen serta sikap positif
semua pihak juga diharap dapat membantu mencapai matlamat dan objektif
PKG sejajar dengan matlamat pendidikan bestari,kehendak Falsafah Pendidikan
Negara dan keperluan Wawasan 2020.