Você está na página 1de 4

Teks Pengacara Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2, Sandakan.

Alu-aluan

Yang Berusaha Pn. Poh Siew Boon, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2, Sandakan. Yang Dihormati Pn. Noormah bt Pannuh, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum En Nik Rahimee Nik Wan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Nor Azhariah bt Tamam, Guru Penolong Kanan Kokurikulum En Ahmad Bohary Salleh, Guru Penolong Kanan PRA Universiti Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang, barisan guru yang lagi dedikasi, Saudara Bryan Siniou Sundry, Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 barisan pengawas serta rakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bacaan Doa Bagi memberkati perhimpunan kita di pagi yang berbahagia ini, majlis mempersilakan saudara _________________________________ untuk membacakan doa, dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada saudara _________________________ atas bacaan doa itu tadi. Bacaan Lafaz Ikrar Pelajar
Unit Perhimpunan dan Protokol (UPP)

Seterusnya, bacaan lafaz ikrar Rukunegara yang akan diketuai oleh saudara / saudari __________________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan Terima kasih kepada saudara / saudari ___________________________ atas lafaz ikrar itu tadi. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas Hadirin yang dihormati, Seterusnya adalah laporan guru bertugas. Majlis dengan ini mempersilakan guru yang bertugas pada minggu lepas, Encik / Puan _________________________________ untuk menyampaikan laporan beliau. Terima kasih kepada ________________ atas laporan yang disampaikan sebentar tadi. Ucapan Guru-guru mana-mana guru lain/Pengumuman/Makluman lain / oleh Cik

Kini, majlis mempersilakan Encik / Puan ___________________________________ untuk memberi ucapan.

Terima kasih kepada Encik / Puan / Cik ________________________________ atas ucapan itu tadi. Ucapan Penolong Kanan HEM (jika ada) Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan dan amanat dari Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik Nik Rahimee Nik Wan (PK HEM SMK Elopura 2) untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nik Rahimee atas ucapan dan amanat yang diberikan.

Unit Perhimpunan dan Protokol (UPP)

Ucapan & Amanat Pengetua Hadirin yang dikasihi, Seterusnya di jemput Yang Berusaha Pengetua SMK Elopura 2, Puan Poh Siew Boon untuk menyampaikan ucapan serta amanat beliau. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas ucapan sebentar tadi. Diharap segala pesanan dan amanat dapat dijadikan pedoman untuk kita semua. Makluman Guru Bertugas Minggu Ini Untuk makluman para hadirin, guru yang bertugas pada minggu ini ialah 1. _____________________________ 2. _____________________________ dan 3. _____________________________. Nyanyian lagu Sebelum majlis perhimpunan rasmi minggu ini berakhir, marilah kita sama-sama menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu NEGARAKU, Lagu SABAH TANAH AIRKU dan Lagu sekolah, dengan iringan / tanpa muzik. Hadirin semua dipersilakan berdiri dan berada dalam keadaan bersedia. Selesai nyanyian lagu Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan rasmi pada pagi ini. Saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kesulitan yang berlaku di sepanjang majlis ini berlangsung. Diharap para pelajar dapat mengikuti arahan seterusnya daripada guru yang bertugas dan para pengawas. Sekian, terima kasih.

Unit Perhimpunan dan Protokol (UPP)

Majlis / Perhimpunan bersurai

Unit Perhimpunan dan Protokol (UPP)

Você também pode gostar