Você está na página 1de 25

PERHIMPUNAN MINGGUAN PELAJAR YANG BERKESAN PENDAHULUAN Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib dilaksanakan

oleh semua pemimpin sekolah .Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan telah menjadikan ianya perlu diurus secara professional.Setiap orang pemimpin sekolah seharusnya sedar tentang tugas dan bidang kerja yang mereka perlu sempurnakan secara sistematik. Menurut Gribben : Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi ke atas satu kumpulan dalam satu situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Berdasarkan takrif kepimpinan di atas setiap pemimpin sekolah hendaklah berusaha merangsang,mempelbagaikan aktiviti dan kaedah bagi menjadikan perhimpunan mingguan sebagai agenda pendidikan yang menarik dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Pengurusan yang baik dan berkesan akan menentukan proses budaya cemerlang.Perhimpunan mingguan hendaklah berfokus ke arah menyemai,menanam dan memupuk perasaan cintakan negara di kalangan pelajarpelajar.Sesuatu perhimpunan rasmi adalah menggambarkan sesuatu yang berdisiplin dengan ertikata setiap orang dalam pehimpnan itu harus menghormati dan mematuhi nilai,norma dan peraturan perhimpunan.Semestinyalah perhimpunan mingguan sekolah hendaklah diurus dengan sistematik. 1.ISU DAN CABARAN Sesetengah pemimpin sekolah menghadapi masalah dalam megendalikan perhimpunan mingguan sekolah kerana kekaburan prosedur dan pembudayaan yang perlu dilaksanakan.Aspek pembudayaan sekolah yang boleh diterapkan menerusi perhimpunan mingguan ialah; 1.Tradisi yang diamalkan 2.Interaksi pelajar dan guru 3.Cara pengurusan yang praktikal 4.Sikap dan kepercayaan diamalkan Budaya pelajar hendaklah diperjelaskan dan diatur dengan sebaiknya.Menurut Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid (1999) ; Ada beberapa metafora berkaitan sekolah.Antaranya ialah sekolah sebagai penjara,hospital,sekolah sebagai factory dan sekolah sebagai tempat ibadat.Metafora saya adalah sekolah sebagai tempat ibadat. Sehubungan dengan itu agenda perhimpunan mingguan hendaklah menjurus kepada pembentukan perhimpunan mingguan yang berbudaya,berperaturan,beradap,bersih dan bersistematik. Persoalan yang perlu dicetuskan ialah mengapa perhimpunan mingguan menjadi agenda yang tidak teratur.Beberapa aspek pengurusan perhimpunan mingguan

yang selalu diabaikan ialah; 1.Penglibatan semua guru semasa perhimpunan mingguan dilaksanakan tidak menyeluruh 2.Situasi pelajar tidak begitu terkawal 3.Tiada agenda utama untuk pengisian perhimpunan tersebut 4.Perjalanan dan pengurusan perhimpunan secara tradisi 5.Perhimpunan dijadikan medan guru melepaskan emosi Pekeliling dan peraturan mengendalikan perhimpunan mingguan telah jelas diberikan tetapi realitinya ada sesetengah pemimpin sekolah masih lagi gagal mengendalikan perhimpunan mingguan dengan sempurna.Ada sesetengah sekolah mengendalikan perhimpuan mingguan seperti melepas batok di tangga sahaja di mana penglibatan guru begitu minimum dan pengisinannya langsung tidak terurus. Realiti yang paling menyedihkan apabila waktu perhimpunan tersebut digunakan oleh sebahagian guru untuk mengambil sarapan di kantin atau berbual-bual kosong di bilik guru.Walaubagaimanapun ada sesetengah pentadbir sekolah yang mewajibkan semua guru terlibat di majlis perhimpunan mingguan tetapi keterlibatan guru dan pengisian majlis masih mengecewakan.Fenomena berikut sering berlaku berlaku ketika perhimpunan mingguan dijalankan. 1.Sistem pembesar suara tidak berfungsi dengan sempurna 2.Hanya seorang guru sahaja terlibat menguruskan perhimpunan tersebut 3.Guru berbual-bual ketika majlis sedang berjalan 4.Murid-murid tidak memberi tumpuan,tidak teratur dan kurang berdisiplin 5.Perkara dan maklumat yang disampaikan berulang-ulang 6.Menggunakan masa yang sangat panjang dan tidak terancang 7.Pakaian guru tidak mencerminkan imej organisasi 8.Agenda dan aturcara majlis tidak dipatuhi 2.FAKTOR FAKTOR PERHIMPUNAN KURANG MENARIK 1. Kelemahan Pemimpin Sekolah Situasi kegagalan pemimpin sekolah menjana perhimpunan mingguan yang efektif dan menarik banyak dipengaruhi oleh stail pengurusan dan kemahiran menggunakan kuasa kepimpinan oleh pemimpin sekolah tersebut.Sehubungan dengan itu pemimpin sekolah mesti mengetahui dengan jelas peranannya di sekolah iaitu; 1.Sebagai perancang 2.Sebagai pengurus 3.Sebagai penggerak perubahan 4.Sebagai pendidik 5.Sebagai jurulatih 6.Sebagai pembimbing dan penasihat 7.Sebagai pendorong Sehubungan dengan itu pemimpin sekolah besama guru-guru penolong kanan hendaklah merancang,menyediakan takwim dan mengurus perhimpunan mingguan dengan sempurna.Pelaksanaan keberkesanan perhimpunan mingguan hendaklah berjalan dengan sistematik dan menggunakan kuasa kepimpinan sangatlah diperlukan.Kuasa kepimpinan yang perlu diaplikasikan ialah;

1.Kuasa 2.Kuasa 3.Kuasa 4.Kuasa 5.Kuasa

Sah Paksaan Ganjaran Pakar Rujukan

2. Pengurusan Tidak Berkualiti Perhimpunan mingguan pada dasarnya adalah majlis rasmi yang mesti dijalankan dengan penglibatan semua guru dan murid tetapi hakikatnya kerap tersasar daripada matlamat sebenar.Keadaan ini berlaku kerana keseluruhan warga sekolah terutama guru-guru dan murid gagal memahami perkara-perkara berikut: 1.Dasar dan prosedur perhimpunan mingguan 2.Standard kualiti yang perlu dipatuhi 3.Maklumat pengendalian majlis 4.Audit kepatuhan organisasi 5.Matlamat perhimpunan mingguan 6.Langkah-langkah penambahbaikan Menurut Dr.Mohd.Fazilah Kamsah(1996) Cara gaya bertindak yang bawa kejayaan hari ini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan hari esok.Justeru kita perlu bersedia untuk berubah Perhimpunan mingguan sekolah akan menjadi lebih menarik dan mendatangkan kesan yang positif sekiranya pemimpin sekolah mahu berubah dan guru-guru juga berganding bahu merancakkan arus perubahan yang sentiasa mengikut keperluan semasa. 3.PROSEDUR DAN ARAHAN Prosedur dan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikeluarkan untuk memperjelaskan pengurusan perhimpunan mingguan sekolah supaya lebih berobjektif dan efektif.Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling untuk panduan pengurus sekolah bagi mengendalikan perhimpunan mingguan. 1. Surat Pekeliling Am Bil.23/1966 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/75 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1984 Pekeliling tersebut menjelaskan perhimpunan mingguan sekolah adalah majlis rasmi yang bertujuan untuk menyemai,menanam dan memupuk semangat cinta dan taat setia kepada negara serta meningkatkan lagi disiplin dan sifat-sifat keteladanan di kalangan murid-murid.Sehubungan dengan itu perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dalam suasana teratur,tertib serata mematuhi nilai-nilai dan norma organisasi. Pekeliling tersebut juga menyarankan agenda yang patut dipatuhi ketika menjalankan perhimpunan mingguan sekolah: 1.Nyanyian Lagu Kebangsaan / Lagu Kebangsaan Negeri / Lagu Sekolah 2.Upacara menaikkan bendera 3.Upacara membaca ikrar Rukunegara 4.Ucapan Guru Besar 5.Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan

Bendera dan lagu kebangsaan adalah lambang kebesaran sesebuah negara.Ia juga membayangkan identiti negara tersebut.Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat,Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaan sendiri.Di samping itu setiap buah negeri di dalamnya mempunyai bendera dan lagu kebangsaan negeri masing-masing.Penghormatan kepada bendera dan lagu kebangsaan adalah merupakan satu cara penting dalam memupuk semangat taat setia, bangga dan cintakan tanahair di kalangan rakyat terutamanya genarasi baru bergelar pelajar. Semua guru dan murid dikehendaki berdiri tegak dan menyanyikan lagu kebangsaan apabila bendera dinaikkan.Prosedur berikut perlu diikuti bagi memastikan ia dilaksanakan dengan penuh penghayatan. 1.Dinyanyikan dengan penuh semangat dalam satu suara dan tidak boleh dinyanyikan dengan gaya padu suara 2.Sebutan senikata lagu tersebut hendaklah betul dan jelas 3.Apabila lagu-lagu dinyanyikan ,di mana sahaja murid-murid berada,mereka hendaklah juga berdiri tegak.Berdiri tegak merupakan satu tanda penghormatan daripada seseorang rakyat terhadap lambang-lambang negeri dan negaranya. Upacara menaikkan bendera hendaklah diadakan dalam tatacara perhimpunan sekolah.Susunan acara bagi upacara itu berserta dengan menyanyikan lagu kebangsaan.Tata cara berikut perlu diikuti dengan sebaiknya. 1.Bendera negeri hendaklah dikibarkan dahulu 2.Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dinaikkan perlahan-lahan sambil perhimpunan menyanyikan Lagu Kebangsaan.Apabila tamat lagu tersebut bendera pun sampai ke puncak tiang bendera. Selepas Lagu Kebangsaan dinyanyikan penyampaian berita mengenai kegiatan sekolah bolah dibuat dengan mengambil kira kesemua pelajar boleh mendengar makumat yang disampaikan.Sekiranya jumlah pelajar ramai maka pembesar suara yang baik dan bermutu perlu digunakan.Berita dan maklumat tersebut boleh disampaikan oleh guru atau murid. Sekiranya ada hadiah yang disampaikan maka perhimpunan sekolah adalah tempat terbaik untuk menyampaikannya.Murid-murid akan dapat memahami aktiviti-aktiviti sekolah dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah dan murid-murid lain.Penghargaan ini adalah merupakan salah satu cara bagi menyemai dan menanamkan semangat kasih sayang dan banggakan sekolah.Penghargaan yang diberikan di perhimpunan sekolah akan menjadi pendorong kepada murid-murid untuk lebih berusaha dan berdedikasi bagi mencapai kejayaan.Yang penting muridmurid akan berasa seronok dan dihargai apabila setiap kejayaan mereka mendapat pengiktirafan. Masa untuk mengadakan perhimpunan adalah bergantung kepada kemudahan sekolah tetapi ia tetap menjadi agenda wajib yang perlu diadakan pada setiap minggu.Bagi sekolah dua sesi perhimpunan yan menggabungkan keduanya sekali sangat digalakkan Pekeliling tersebut juga menegaskan lagi,bagi memastikan perhimpunan mingguan mencapai objektifnya perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan; 1.Semua guru dan murid hendak terlibat bersama dalam menjayakan perhimpunan

tersebut. 2.Penglibatan kakitangan bukan guru juga digalakkan 3.Perkara-perkara yang boleh meninggikan moral,disiplin dan perpaduan,menaikkan semangat kerajinan dan tingkahlaku positif bolehlah disampaikan. 4.Perhimpunan mingguan tidak digunakan sebagai tempat menyemai budaya negatif,perilaku tidak sopan dan tidak bermoral. . 4.STRATEGI MENJADIKAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MENARIK Perhimpunan yang menarik berkait rapat dengan kepimpinan sekolah yang mengambil berat dan kreatif menjayakannya.Fred Hechinger,Presiden New York Times pernah menulis tentang kejayaan dan kejatuhan sekolah ; Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang lemah,atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap.saya penah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan menyedihkan,ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak.Dalam setiap kes jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kualiti pengetuanya (Dalam Davis&Thomas 1989:17) Pengurus sekolah semestinya menjadi tenaga penggerak utama dan cakna kepada setiap proses menjayakan perhimpunan mingguan pelajar.Sifat-sifat berikut hendaklah dimiliki oleh pemimpin sekolah dan seterusnya diserapkan kepada jiwa murid-murid.Sifat-sifat terpuji itu ialah: ? Jujur ? Kompeten ? Berwawasan ? Memberi inspirasi ? Berani ? Pintar ? Adil ? Berfikiran terbuka ? Berterus terang ? Berfikiran tajam ? Matang ? Perihatin ? Bekerjasama ? Bercita-cita tinggi ? Boleh dipercayai ? Taat Untuk menyemai sifat-sifat terpuji itu perhimpunan mingguan hendaklah diurus dengan kreatif dan berfokus.Pengetua/Guru Besar hendaklah menjadi penggerak supaya ucapannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap murid dan guruguru.Ucapan yang berkesan dan menarik dari Guru Besar/Pengetua hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut: 1.Gunakan alat pembesar suara yang berkualiti 2.Suara Guru Besar/Pengetua hendaklah jelas dan menarik

3.Persediaan awal hendaklah dilakukan sebelum majlis bermula 4.Elakkan daripada memperkatakan perkara yang sama pada setiap mingu 5.Elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar 6.Mimik muka Guru Besar/Pengetua hendaklah menggambarkan kemesraan Ucapan Guru Besar/Pengetua hendaklah memfokuskan kepada budaya dinamik,proaktif dan penyayang.Tajuk ucapan yang dapat menarik minat pelajar ialah; ? Sifat-sifat terpuji ? Akhlak seorang pelajar ? Tolong menolong ? Membina cita-cita ? Budaya ICT ? Motivasi diri ? Hobi yang menarik ? Cita-cta. ? Tolak ansur ? Hormat menghormati Perhimpuan mingguan hendaklah dijadikan sebagai medan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kejayaan murid- murid .Potensi yang ada pada murid hendaklah digilap melalui melalui penghargaan yang diberikan kerana kejayaan mereka.Kategori kejayaan yang boleh diberikan semasa majlis perhimpunan mingguan ialah: ? Kejayaan di dalam bidang kurikulum samaada mewakili kelab atau rumah ? Kejayaan dalam bidang kurikulum iaitu prestasi cemerlang di dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah ? Kejayaan dalam bidang kepimpinan ? Kejayaan kerana akhlak terpuji ? Kejayaan kerana ketokohan murid Hadiah dan sijil penghargaan hendaklah disampaikan oleh Guru Besar dan nama pelajar yang berjaya akan dicatatkan pada papan carta mingguan sekolah.. Pengendalan majlis perhimpunan juga hendaklah menarik dan memenuhi kehendak organisasi serta selaras dengan penerimaan pelajar.Aspek-aspek berikut hendaklah diberi keutamaan: ? Pelajar selesa mendengar ucapan ? Bahasa yang disampaikan ringkas dan mudah difahami ? Laras bahasa lembut dan menarik ? Majlis dipengerusikan oleh pelajar ? Majlis berjalan mengikut perancangan waktu ditetapkan Hadiah dan ceneramata yang diberikan hendaklah menarik minat pelajar.Cenderamata yang paling diminati pelajar ialah: ? Buku cerita ? Permainan akademik ? Alat tulis ? Piala ? Wang tunai Perhimpunan mingguan hendaklah dijadikan medan untuk memotivasikan

pelajar.Setiap aktiviti yang dimasukkan ke dalam majlis tersebut hendaklah memfokuskan kepada peningkatan jati diri murid.Untuk menjadikan perhimpunan mingguan lebih menarik hubungan yang harmoni mesti dicetuskan melalui implementasinya.Untuk mewujudkan situasi harmoni maka sebarang konflik hendaklah dielakkan.Konflik boleh berlaku antara murid dan guru,antara guru dan guru serta antara pentadbir dan guru.Konflik berlaku apabila terjadi situasi berikut: ? Menggunakan kata-kata yang kasar ? Menjatuhkan maruah murid ? Menggunakan nada suara yang tinggi ? Menyindir pihak-pihak tertentu ? Membuat justifikasi yang salah ? Mementinkan peribadi melebihi organisasi ? Menghukum pelajar di khalayak ramai Sehubungan dengan itu perhimpunan mingguan juga mesti berpusatkan pelajar (pupil centered) dan wujud hubungan dua hala yang baik di antara guru dan murid. Perhimpunan mingguan juga hendaklah dijadikan sebagai medan memupuk semangat kekitaan,rasa selamat dan menyeronokkan.Hubungan mesra hendaklah ditunjukkan antara guru dengan guru,guru dan murid serta murid dengan murid.Oleh itu elakkan daripada membeza-bezakan antara murid yang pandai dengan murid yang kurang pandai di tempat perhimpunan.Perkara-perkara berikut baik diamalkan bagi memupuk semangat kekitaan dan menyeronokkan pada perhimpunan mingguan pelajar. ? Pelajar diberi peluang menyampaikan bakat mereka yang boleh dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar lain contohnya membaca sajak,menyampaikan berita terkini,bercerita,membaca keratan akhbar dan lain-lain ? Pelajar-pelajar diberi tanggung jawab untuk mengelolakan majlis seperti mengatur kerusi,mengatur kedudukan pelajar,menjemput guru dan mempengerusikan majlis. ? Perasaan kekitaan dan kepunyaan bersama hendaklah diwujudkan.Murid-murid merasakan diri mereka diterima dan mempunyai sumbangan di dalam majlis tersebut.Murid-murid akan memberi tumpuan dan memberi komitmen untuk menjayakan perhimpunan tersebut. ? Hubungan yang rapat dan saling menghargai akan dapat disemai di kalangan pelajar dan guru apabila majlis memperingati peristiwa penting diselitkan di dalam perhimpunan mingguan tersebut.Contoh peristiwa penting ialah : ? Sambutan harijadi ? Sambutan ulang tahun perkahwinan ? Sambutan hari kelahiran anak guru ? Sambutan kejayaan luar biasa pelajar 5. RUMUSAN Perhimpunan mingguan telah menjadi satu dasar yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak tahun 1966 lagi tetapi ianya masih mendatangkan masalah kepada sesetengah pemimpin sekolah untuk menjadikannya sebagai majlis yang efektif dan berkualiti.Fenomena ini berlaku kerana tiada kesungguhan di kalangan sesetengah pemimpin sekolah bersama guru-gurunya dalam merealisasikan perhimpunan mingguan yang berkualiti.Sehubungan dengan itu aspek-aspek berikut perlu diberi tumpuan oleh pemimpin sekolah dan guru-guru. 1.Kemahiran dan pengurusan berkualiti

2.Kemahiran pengurusan masa 3.Akautabiliti dalam organisasi 4.Pemantauan dan penilaian (audit kepatuhan organisasi) 5.Kepekaan pengurusan bersistematik yang menekankan input,proses dan output.Ishikawa teknik(man,machine,method,material,environment) dan PDCA (Plan,Do,Check,Act) boleh diaplikasikan.

REFLEKSI Pepatah melayu ada mengatakan Kalau tidak dipecahkan ruyung mana hendak dapat sagunya.Keterlanjuran dalam mengurus perhimpunan mingguan secara sambil lewa semestinya diambil iktibar oleh semua pemimpin sekolah.Murid-murid akan menjadikan imej guru,gaya berpakaian guru,tingkahlaku guru dan segalanya yang mereka lihat daripada guru sebagai suri teladan (role model) yang paling pantas untuk mereka contohi.Sekiranya pengurusan dan pelaksanaan perhimpunan mingguan berjalan dengan baik maka sudah tentu iklim dan budaya sekolah akan lebih teratur dan kondusif. Budaya kondusif dan harmoni tidak mungkin datang sendiri.Proses merancang,melaksana dan menilai semula perlu dilakukan dengan sistematik.Budaya menjadikan sekolah sebagai tempat joy of learning dan joy of teaching bukan sekadar di dalam bilik darjah sahaja tetapi merangkumi keseluruhan empat penjuru pagar sekolah atau dalam erti kata lain meliputi keseluruhan tempat,budaya dan suasana di sekolah. Vaughan (1996) telah memberi pandangan; Teachers must also have the support of other educators,families and communities to help create rigorous,relevant and safe learning environments for both students and teachers.A well supported teacher workhorse of excellence that is also reflective of and responsive to the diversity of students is imperative Perhimpunan mingguan akan lebih menarik dan banyak membantu pembentukan iklim,budaya dan disiplin yang sihat sekiranya perkara-perkara berikut diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan lebih praktikal. 1.Sediakan takwim perhimpuan mingguan yang sistematik dan strategik 2.Kefahaman dan kepatuhan ahli organisasi mesti ke tahap optima 3.Pemimpin sekolah mesti terlibat secara terus dan bersama guru 4.Manual prosedur perhimpunan jelas dan mudah difahami 5.Murid mesti diberi peluang bersama guru mengendalikan majlis 6.Perhimpunan mingguan hendaklah didokumentasikan sebagai dokumen rasmi aktiviti sekolah. Sebaik dan secantik manapun perancangan tidak akan berjaya sekiranya setiap ahli organisasi tidak mahu berubah.Kesungguhan dalam menerima dan melakukan perubahan akan banyak membawa kejayaan kepada individu dan organisasi. Progress is impossible without changes,and those who cannot change their minds cannot change anything George Bernard Shaw RUJUKAN

Mohd.Fazilah Kamsah (1996). Prinsip dan Teknik Pengurusan Cemerlang. Excel Training ang Consultancy,Malaysia. Hussein Mahmud (1993).Kepimpinan dan keberkesanan sekolah.Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid(1999).Kata Iktibar Pemimpinan Pendidikan.Institut Aminuddin Baki,Genting Highlands. Kementerian Pelajaran Malaysia(2002).Surat Pekeliling Ikhtisas Jilid 1 dan 2 Kementerian Pelajaran Malaysia(1988)Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Bahasa dan Pustaka Hussein Mahmood(1993)Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.Dewan Bahasa Dan Pustaka Nurdinkayat(2005)Jejak Cemerlang Destani Gemilang Ke arah Pendidikan Terbilang.NY Darul Hani. Kementerian Pelajaran Malaysia(2004)Jurnal Pengurusan Kepimpinan Pendidikan.

Sekolah mengadakan perhimpunan sekolah bermula jam 0730 pagi sehingga 0810 pagi setiap hari Selasa . Tempat perhimpunan samada di atas gelanggang bolakeranjang atau dalam dewan sekolah . Aturcara perhimpunan sekolah -pelajar mengambil kedudukan mengikut arahan pengawas dan mengikut kumpulan tingkatan -guru-guru mengambil tempat duduk masing-masing -ketibaan tuan pengetua diiringi penolong-penolong kanan dan disambut barisan exco tertinggi badan pengawas sekolah -pelajar membaca salawat nabi sehingga pengetua mengambil tempat -bacaan doa oleh Badri -nyanyian lagu negaraku, dan negeri Melaka diiringi muzik dan pengawas menaikkan bendera Malaysia dan Melaka -laporan guru bertugas mingguan -pembaca text bahasa inggeris PIERS -laporan kegiatam pelajar dan kejayaan dicapai -persembahan pelajar -penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang -ucapan pengetua -ikrar rukun negara -ikrar pelajar -nyanyian lagu sekolah

-doa penutup majlis bersurai dan biasanya guru akan berkumpul untuk mendengar taklimat aktiviti mingguan dari pengurusan sekolah

Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1) , Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah kepada kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hatihati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. .
DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2) , Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Engkau kurniakan. Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan

taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi. Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari dan menimba ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kami untuk beramal dengan penuh keikhlasan Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami terus berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti membangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama. Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman. . DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1) , Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua. Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan. Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

. Panitia PI.SKKD/06 3 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2) , Terangilah hati kami dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya Matahari selama-lamanya Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami ketika kami memerlukannya dan janganlah Engkau biarkan kami melupainya. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guruguru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan permohonan kami Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar, Panitia PI.SKKD/06 4 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA MESYUARAT , Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat. . Panitia PI.SKKD/06 5 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG , Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi keredhaanMu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami . Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usahausaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan yang sempurna. . Panitia PI.SKKD/06 6 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA HARI GURU , Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa bersyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (Tema Hari Guru) Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu semata-mata . Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya Allah kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudahmudahan

kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan Negara yang tercinta . . Panitia PI.SKKD/06 7 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN , Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (Nama Sekolah) Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat , menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini . Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang. Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar lain, supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini. Panitia PI.SKKD/06 8 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i

Sekolah DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul keranaMu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup dengan keredhaanMu. Sesungguhnya ketentuan dan takdirMu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga dapat melawan hawa nafsu kami, dan penolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurniaanMu sehingga kami merasai kenikmatan yang Engkau berikan. Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,Semoga Engkau terima keuzuran kami, Engkau mengetahui hajat kami,Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunanMu Ya Ghaffar, Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan. . Panitia PI.SKKD/06 9 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA HARI SUKAN Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan firmanMu yang mulia : .

Yang mafhumnya Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untukMu ya Allah. Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang kecederaan dan bahaya. Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik. Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia dan di akhirat . . Panitia PI.SKKD/06 10 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini . Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya kami berkumpul pada hari ini keranaMu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu ,kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami . Ya Allah Tuhan yang memberikan rezeki kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi berkat hasil dari usaha usaha kami. Jadikan ia sebagai titik permulaan untuk kami menjadi usahawan yang berjaya pada masa akan datang. Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan . Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir

pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Panitia PI.SKKD/06 11 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR Ya Allah Ya Tuhan Kami Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini . Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di samping menyumbangkan buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah. Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran . Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindarkan dari keburukan . Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripadaMu Ya Allah . Berkatilah usahausaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun dalam semua bidang . . Panitia PI.SKKD/06 12 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan izinnya kami berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini . Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun demi keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan KeredhaanMu Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang dan terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Mudah-mudahan maklumat yang diberikan diminggu orientasi ini dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah anak didik kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami diperolehi dalam peperiksaan yang lalu . Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Panitia PI.SKKD/06 13 Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini. Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk

perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sebagai sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran pengurusan dan disiplin di sekolah ini . Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa . Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. . Buku Panduan Doa Majlis Rasm i Sekolah DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL Ya Allah Engkaulah Penguasa langit dan bumi Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri sehingga dapat menyempurnakan kursus/bengkel ini dengan jayanya . Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian, Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu. Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmatMu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan . Pada ketika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta menadah tangan penuh dengan pengharapan ,Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosadosa kami .Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dengan Islam dalam amal jamaie dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran

kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ululazmi .Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian .Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar . .

SKRIP PENGACARA MAJLIS -PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 1 PENGUMUMAN Dijemput semua guru duduk di kerusi yang disediakan di tapak perhimpunan.

Perhatian kepada semua guru bertugas, diminta semua guru bertugas berada di belakang barisan pelajar. Guru bertugas pada minggu ini ialah: ............................................................................................................. Terima kasih.

2. KATA ALUAN Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran, En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kanan Kokurikulum Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, Kaunselor Sekolah, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita masih diberikan luangan waktu untuk sama-sama berkumpul di tapak perhimpunan [dewan Gemilang] untuk perhimpunan rasmi mingguan sekolah. 3 NYANYIAN LAGU Guru-guru dan rakan pelajar sekalian, Perhimpunan rasmi mingguan kita dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Semua guru dan pelajar diminta bersedia. Seterusnya, zikir munajat. ...... Terima kasih 3 IKRAR Seterusnya, dipersilakan wakil Pengawas _____________________________ untuk melafazkan ikrar pelajar negeri Terengganu. ...... Terima kasih kepada wakil pengawas 4 UCAPAN GURU BERTUGAS/KAUNSELOR

Semua pelajar dibenarkan duduk dalam keadaan tenang dan tertib. Semua guru bertugas, dipersilakan mengambil tempat bersama guru-guru lain. Terima kasih. [a] Majlis dengan segala hormatnya menjemput En/Pn/Cik ______________________________________ selaku guru bertugas minggu lepas untuk memberikan laporan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En/Pn/Cik ________________________________ [b] Seterusnya, majlis mempersilakan En/Pn/Cik _________________________________________ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En/Pn/Cik _______________________________ [c] {bagi acara penyampaian hadiah dll} Seterusnya, dipersilakan En/Pn/Cik ______________________________ untuk meneruskan acara. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En/Pn/Cik _____________________________________ 5 UCAPAN PENTADBIR Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput 1] Yang Berbahagia, En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, PK Kokurikulum SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ........ Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia PK Kokurikulum. 2] Yang Berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, PK HEM, SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ........ Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia PK HEM 3] Yang Berbahagia, En. Abdul Rahim bin Abdullah, PK Pentadbiran, SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ........ Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia PK Pentadbiran. 4] Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat,

Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah ] untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ........ Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua. 6 PENGUMUMAN Guru-guru dan rakan pelajar sekalian, Sekarang dibacakan beberapa pengumuman untuk pelajar: 1._________________________________________________ 2. _________________________________________________ 3. _________________________________________________ 7 DOA Perhimpunan rasmi mingguan kita sampai ke penghujungnya, sebelum bersurai majlis mempersilakan wakil pengawas untuk memimpin bacaan doa. ..... Terima kasih diucapkan kepada wakil pengawas. 8 PENUTUP Perhimpunan rasmi mingguan berakhir di sini. Para guru boleh bersurai dan para pelajar boleh bersurai mengikut barisan kelas masing-masing dalam keadaan tertib. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH

Você também pode gostar