Você está na página 1de 19

Adab Berhias Diri Dalam Islam

Merangkumi penjagaan anggota fizikal, berpakaian memakai baubauan, memakai perhiasan, dan sebagainya yang bertujuan menampakkan penampilan sahsiah diri yang menarik.

Mandi merupakan salah satu penjagaan kesihatan

diri yang dianjurkan dalam Islam. Firman Allah bermaksud: dan sesunggunya jika kamu berhadas maka bersucilah (al-Maidah:6) Hukum mandi terbahagi kepada dua: 1. Mandi Wajib: Jika berhadas besar sama ada disebabkan persetubuhan, haid, nifas ataupun kematian. 2. Mandi Sunat: Seperti Mandi sunat hari Jumaat, Hari Raya, mandi selepas memeluk Islam dan mandi biasa yang diniatkan untuk membersihkan diri dengan tidak membazir air.

Gosok gigi: Suatu amalan yang dititikberatkan

dalam Islam. Sabda Rasulullah saw bermaksud: Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah saw bersabda: Jika tidak memberatkan umatku, nescaya aku menyuruh mereka menggosok gigi setiap kali hendak solat

Bagi kaum lelaki, hukumnya sunat apabila

hendak ke Masjid. Manakala kaum wanita yang hendak keluar rumah atau berhadapan dengan bukan muhrim, haram memakai bau-bauan yang berlebihlebihan yang boleh menarik perhatian mereka.

Suruhan membersih, menyikap dan memakai

minyak rambut adalah jelas dalam Islam. Suatu ketika seorang pemuda hendak berjumpa dengan Rasulullah saw dalam keadaan rambutnya tidak terurus. Pemuda itu diminta mengemaskan rambutnya terlebih dahulu sebelum beliau dapat berjumpa dengan Rasulullah saw.

Tujuan Islam menyuruh umat Islam memotong

kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari ialah untuk menjaga kebersihan. Jika seseorang menyimpan kuku panjang ia merupakan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana memberi kesan kepada pelaksanaan wudhu.

Allah swt telah menghiasi muka manusia dengan bulu kening dan bulu mata untuk menambah kecantikan seseorang. Firman Allah dalam surah At-Tin yang bermaksud: Sesungguhnya kami (Allah) menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaik kejadian. Oleh itu setiap manusia wajib menjaga mukanya mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya. Sebarang perbuatan untuk mengubah suai anggota badan seperti mencabut atau mencukur bulu kening untuk menarik perhatian orang adalah haram.

Umat

Islam diharuskan memilih pakaian yang sesuai untuk menutup aurat. Seorang sahabat yang sangat suka berpakaian cantik telah menemui Rasulullah saw kerana beliau takut termasuk dalam perbuatan takbur. Lalu Rasulullah saw menegaskan bahawa menyukai pakaian cantik tidak tergolong dalam takbur bahkan ia adalah suatu yang disukai Allah swt kerana Allah swt indah dan sukakan keindahan.

GARIS PANDUAN BERPAKAIAN MENURUT

ISLAM 1. Berniat untuk menzahirkan dan mensyukuri nikmat Allah swt. 2. Bukan bertujuan berbangga diri. 3. Bertujuan untuk menutup aurat. 4. Tidak jarang yang menampakkan aurat. 5. Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan. 6. Tidak menyerupai pakaian upacara agama bukan Islam.

Disukai Allah dan manusia Menzahirkan nikmat Allah Menjauhkan diri dari kehinaan

Hikmah

Menjaga maruah diri dan keluarga

Mendapat pahala

Você também pode gostar