Você está na página 1de 25

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 5 -2013


NAMA NO KP KUMPULAN KURSUS KOD : SUAPNAH A/P MUNIADY : 901006-07-5010 : IP5F : PISMP (MATHS/PJ/BT) : EDU 3106

NAMA PENSYARAH : DR. BAHARUDIN BIN YAACOB TARIKH HANTAR : 19 FEBRUARI 2013

NO

TAJUK

MUKA SURAT

1.

Penghargaan

1 28

2.

Soalan (a)

3.

Soalan (b)

9 - 16

4.

Refleksi

17

5.

Rujukan

18-19

6.

Lampiran

20-36

1. PENGHARGAAN
Saya syukur kepada tuhan kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus

Budaya dan Pengajaran dengan jayanya. Saya juga telah dapat menghantar tugasan individu dan kumpulan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, Dr. Baharudin Bin Yaacob untuk menyiapkan kerja kursus ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kepada rakan-rakan yang sering membantu saya juga diucapkan terima kasih kepada mereka.Walaupun pelbagai rintangan serta dugaan dalam mencari maklumat mengenai tajuk yang saya bincangkan ini tetapi dapat saya atasinya iaitu dengan bantuan rakan-rakan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan komitmen yang diberikan oleh pihak yang terlibat. Kerjasama dan kesungguhan serta komitmen yang jitu antara ahli kelas yang banyak bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja khusus ini adalah amat dititik beratkan sama sekali dan saya bersyukur kerana ianya membuahkan hasil yang amat berguna kepada saya . Sampai di sini sajalah yang dapat kami coretkan sebagai renungan dan sebagai pedoman serta penghargaan terhadap pihak yang terlibat.

2.1 PENDAHULUAN Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang bermaksud budi atau akal. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa(2010) budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran,nilai menghadapi kepercayaan, sesuatu pandangan atau dan tabiat berfikir seseorang Kamus dalam

perkara

situasi.

Manakalah

dewan(2007)

mendefiniskan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan, fikiran dan akal budi. Secara kesuluruhnya budaya adalah semua yang merangkumi dalam cara hidup sesebuah kelompok masyarakat. Ia berubah dari masa ke semasa. Manakalah bahasa ialah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling saling berkomunikasi atau berhubung.(Noriati A.Rashid et.al,2011). Maka, bahasa merupakan alat perhubungan manusia dan ia berbeza mengikut budaya atau bangsa kaum masing-masing. Kepelbagaian budaya adalah keadaan yang majmuk dimana kelompok masyarakat yang berbeza hidup dalam keadaan masyarakat tersendiri di sesuatu tempat yang sama. Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, maka wujudlah pelbagai budaya dan bahasa dalam swarna bumi ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa apabilah masyarakat berbilang kaum ini bersatu di sesebuah tempat khusunya di medan ilmu iaitu bilik darjah. Antara isu-isu yang timbul dalam bilik darjah kepelbagaian budaya dan bahasa adalah seperti berikut:

2.2 ISI
(a) Stail pembelajaran berbeza Mengikut Swisher dan Deyhle(1992) pengaruh budaya mempengaruhi gaya pembelajaran murid. Pelajar dari budaya yang berbeza mempunyai stail pembelajaran yang terdapat unsur persamaan dan perbezaan dalam kalangan mereka. Di dalam bilik darjah sekolah kebangsaan pasti mempunyai murid-murid dari pelbagai kaum khusunya pelajar melayu, india dan cina. Mereka mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Perbezaan tersebut yang dipercayai boleh menimbulkan masalah-masalah dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran. Jika cara pengajaran guru hanya memberi manfaat kepada murid-murid yang sama budaya dengan guru sahaja, maka pelajar lain akan menjadi lemah dalam matapelajaran itu. Ini akan menyukarkan guru untuk memilih strategi yang sesuai untuk semua bangsa murid di dalam kelas.

(b) Halangan komunikasi antara murid. Isu halangan komunikasi antara pelajar dibilik darjah kerap berlaku di sekolah kebangsaan. Menurut artikel 1, berbanding dengan pelajar bukan Cina lain di sekolah kebangsaan, pelajar Cina mempunyai bahasa ibunda yang tidak sama. Menurut rujukan artikel tersebut tidak ada seorang respoden pun yang bercakap Bahasa Melayu di rumah dengan ahli keluarga cina. Bahasa utama dalam keluarga cina ialah Dialek Cina. Mereka rata-rata bertutur Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin, khasnya dialek Cina seperti Kantonis, Hokkian, Hakka, dan sebagainya di rumah. Sebaliknya di sekolah, pelajar Cina didedahkan kepada alam bahasa yang berlainan. Mereka tidak

menggunakan Bahasa Cina langsung dengan kawan bukan Cina di sekolah. Ini akan menghalang para pelajar cina berkomunikasi dengan pelajar berbangsa lain. (c) Halangan komunikasi antara guru dan murid Isu halangan komunikasi antara guru dan murid kerap berlaku di bilik darjah sekolah jenis kebangsaan dimana ketika guru yang mengajar adalah berlainan bangsa. Sebagai contohnya jika seorang guru India atau guru Melayu mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, beliau sukar memahami bahasa ibunda murid tersebut. Manakalah pelajar dalam bilik darjah itu sukar memahami apa yang hendak diberitahu oleh guru mereka. Ini kerana bahasa ibunda mereka berlainan. Walaupun guru akan menggunakan bahasa standard melayu pelajar cina khusunya yang tahun satu yang baru-baru memijak langkah ke sekolah tidak akan faham apa yang hendak diberitahu oleh guru. Ini akan menghalang komunikasi antara guru dan murid. (d) Kesukaran dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Budaya yang berbeza juga menyukarkan para pelajar yang berlainan bangsa menjalankan aktiviti dalam satu kumpulan. Isu ini berlaku di sekolah kebangsaan. Di sekolah kebangsaan pelajar majoriti adalah pelajar berbangsa melayu manakalah pelajar cina adalah kumpulan minoriti. Pelajar berbangsa melayu banyak

menggunakan bahasa tak formal dan bercampur dengan dialek yang pelbagai menimbulkan sedikit masalah kepada pelajar bangsa cina untuk memahaminya. Pelajar dari bangsa lain sukar berinteraksi antara satu sama lain, apatah lagi dengan kerja kumpulan. Sekiranya guru memberi kerja kumpulan didalam kelas dalam kumpulan itu kumpulan majoriti akan menjalankan tugasan itu, manakah pelajar minoriti iaitu pelajar

cina akan menjadi pemerhati sahaja. Situasi ini tidak akan memberi kesan yang baik bagi kerja kumpulan. Salah faham bahasa (e) Perselisihan faham antara murid yang berbangsa lain. Isu perselisihan faham juga berlaku antara pelajar berlainan bangsa. Kelemahan pelajar cina dalam penyampaian maksud kepada pelajar berbangsa lain mengakibatkan penyampaian mesej gagal dijalankan dengan sempurna dan akhirnya berlaku salah faham. Salah satu faktor kepada kelemahan sedemikian ialah gangguan bahasa ibunda yang mengakibatkan ayat Bahasa Melayu berkecamuk dengan perkataan dan struktur asing. Hal ini bertambah buruk apabila tidak menguasai bahasa yang menjadi jambatan perantaraan antara murid bangsa yang berlainan.

(f) Salah faham Budaya Menurut artikel 1 perbezaan dalam ciri budaya setiap kaum dan cara pemikiran yang berlainan akibat budaya yang berbeza juga mengganggu proses pemahaman dan salah faham. Contohnya, seorang pelajar Cina sedang duduk dalam bilik darjah dan membuat sesuatu tugasan. Kebetulannya ketika dia sedang belajar, rakanya seorang India sedang menyapu lantai dan silap terkena kaki pelajar cina itu. Menurut budaya kaum cina penyapu adalah sesuatu yang memberi malang kepada mereka. Ia tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah dan kedai sahaja. Jika penyapu itu terkena atas badan ia merupakan sesuatu yang memberi malang

kepadanya. Ini akan menimbulkan kemarahan pelajar cina lalu memberitahu dengan suara yang tegas lain kali jangan buat macam ini. Disini pelajar India akan mengalami konflik kenapakah dia bertingkahlaku sebegini. Menurut budaya bangsa india penyapu tetap pantang bagi mereka tetapi tidak serius semacam budaya cina. Ini akan

menyebabkan salah faham budak India terhadap pelajar Cina dan menganggap dia seorang yang cepat marah. Manakalah pelajar cina menganggap budak India tersebut nakal. (g) Pengasingan diri Pengasingan diri juga berlaku bagi pelajar bangsa yang mempunyai bilangan minoriti didalam bilik darjah. Sebagai contohnya, di sekolah kebangsaan jenis cina sekiranya dua orang pelajar india sahaja di dalam bilik darjah dan yang lainnya adalah pelajar berbangsa cina, pelajar india berasa diri mereka terpinggir kerana warna kulit, paras rupa, bahasa komunikasi semua berlainan dengan pelajar lain. Pelajar yang lain kerap bercakap dengan bangsa sama dengan mereka sahaja akibat halangan komunikasi. Pada masa ini, pelajar minoriti ini berasa mereka terpinggir daripada kelas tersebut. (h) Pelajar duduk berkumpulan mengikut bangsa masing-masing. Situasi ini banyak berlaku di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dimana pelajar dari bangsa yang sama duduk bersama kaum mereka sahaja. Mereka tidak akan berduduk campur dengan bangsa lain. Bagi mereka di dalam kelas terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar sama bangsa dengan mereka dan pelajar berbangsa lain. Mereka akan mementingkan persamaan dengan bangsa

mereka dan mementingkan perbezaan dengan pelajar berbangsa lain. Mereka akan menambahkan jarak perbezaan budaya dengan kumpulan lain. Mereka menganggap pelajar berbangsa lain sebagai orang asing iaitu tidak boleh dipercayai, tidak mudah jadi kawan, banyak perkara mengenainya tidak diketahui dan tidak pandai. Manakalah, dalam kumpulan adalah sebaliknya. (i) Pelajar kurang berminat belajar Pelajar juga kurang berminat untuk belajar jika guru yang mengajar adalah berbangsa lain. Pelajar yang berbangsa lain khususnya yang tidak mahir dalam bahasa terantaran sekolah itu tidak dapat memahami bahasa standard yang digunakan oleh guru di dalam kelas. Ini akan menyebabkan para pelajar itu tidak akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contohnya, di sekolah kebangsaan pelajar cina dan india yang kurang dalam pendeedahan dalam bahasa Melayu akan melakukan perkara sebegini. Begitu juga bagi kaum lain yang belajar di sekolah cina. Mereka akan sentiasa menyembang atau membuat kerja lain dengan kumpulan mereka ketika guru berkenaan mengajar di depan. Ini juga kadangkala akan menimbulkan kemarahan guru. Guru yang mahir akan mengambil tindakan yang

sewajarnya. Manakalah guru yang tidak prihatin memberi dendaan atau biarkan mereka begitu sahaja.

2.3 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian budaya dan bahasa murid yang datangnya daripada pelbagai bangsa dan kaum. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu mengurangkan masalah kepelbagaian budaya dan bahasa yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. sekaligus dapat meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan.

3.1 PENDAHULUAN Komunikasi merupakan pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.(S.Bernard Rosenblatt, seperti dinyatakan dalam Arsip Blog,2008). Menurut Emery, Ault dan Agee,(seperti dinyatakan dalam Arsip Blog,2008) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Mengikut Shafnur Kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan, kecekapan atau kepandaian untuk melakukan sesuatu perkara. Maka, kemahiran komunikasi bolek didefinisikan sebagai kecekepan, kebolehan dan kepandaian seseorang guru di dalam bilik darjah dalam menyampaikan maklumat dan pertukaran idea bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru amat memerlukan kemahiran komunikasi bagi mewujudkan persekitaraan bilik darjah yang mesra lebih-lebih lagi dalam bilik darjah yang mempunyai murid-murid yang berkepelbagaian kelompok.

3.2

ISI

a) KOMUNIKASI BUKAN LISAN Komunikasi tanpa lisan merujuk kepada cara komunikasi yang bukan berpunca daripada kandungan mesej. Apa yang diperkatakan secara lisan oleh individu mungkin disokong, disanggah, ditekankan, atau ditambah oleh beberapa penekanan tanpa lisan yang ditunjukkan oleh bahasa badan atau gaya suara yang digunakan. (Noor Hafizah 2011) Sebagai contohnya, menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan kontak mata, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya bercakap. Salah satu kemahiran komunikasi bukan lisan yang diperlu kuasai oleh guru adalah kemahiran penggunaan suara. Ia perlu meliputi aspek ketegasan suara, pengulangan nada suara dan kawalan intonansi suara. Perubahan intonasi dan nada suara semasa berkomunikasi dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Murid

akan berasa bimbang sekiranya guru menggunakan suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat sebaliknya murid akan berasa bosan terhadap pelajaran jika suara guru adalah mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga. Seseorang guru perlu membayangkan suaranya seolah-olah sistem amplifier yang boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. Ada masanya perlu tinggikan suara dan ada kalanya perlu merendah. Bermain dengan intonasi suara adalah cara terbaik semasa berkomunikasi. Ia akan menarik semua kaum pelajar di dalam kelas itu. Selain itu, guru perlu kuatkan suara pada fakta penting, rendahkan suara pada perkara sedih atau memerlukan penghayatan. Sekiranya fakta bentangkan menarik

tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, disini pun aktiviti pengajaran tidak akan menarik kerana suara yang tidak jelas.Ia khusunya kepada pelajar yang baru kepada bahasa itu seperti pelajar india atau cina yang baru belajar bahasa melayu. Guru juga harus mengelakkan bunyi seperti umm, ahh, er, ok, yang menimbulkan rasa bosan. Sebagai contohnya orang cina kerap menggunakan bunyi ooo meh dalam komunikasi mereka. Ia boleh menimbulkan rasa bosan kepada pelajar berbangsa lain. Bagi mengilangkan rasa bosan itu seseorang guru harus berlatih tidak menggunakn bunyi sebegitu. Ringkasnya, pakej suara guru perlu menarik. Di sini perlunya latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokalnya. Melalui nada yang sesuai, suara guru hendaklah tegas tetapi bukan nyaring. Selain itu, guru perlu mempunyai suara kuat dan lantang supaya semua pelajar di dalam kelas termasuk yang duduk di belakang turut mendengar dengan lebih jelas. Hal ini sangat penting bagi menarik perhatian murid. Guru perlu bersikap tenang dan tidak menengking murid-murid bangsa lain. Hal ini membantu para pelajar menghayati isi kandungan pembelajaran dengan baik. Kemahiran tingkahlaku juga salah satu aspek penting dalam kemahiran

komunikasi guru. Ia merujuk kepada kemahiran deria dan fizikal atau kemahiran bukan lisan. Komunikasi bukan lisan adalah lebih penting daripada komunikasi lisan. 45% daripada komunikasi secara bersemuka adalah dicapai melalui bahasa tubuh badan. 45% lagi dicapai melalui ekspresi muka. 10% sahaja daripada perkataan yang disebutkan.(Dr.Ali New Sabah Times). Sebagai contohnya mimik muka dan gerakan badan. Ia membantu murid untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh

guru dengan lebih mudah dan jelas walaupun bahasa kurang faham. Kadang kala mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap. Orientasi badan dan penampilan diri guru juga memainkan peranan penting dalam komunikasi. Menurut Knapp dan Mark (1990) Karakteristik fizikal salah satu aspek dalam komunikasi bukan lisan. Sebagai contohnya warna bibir, bau badan dan paras rupa. Ciri-ciri fizikal ini tidak mempunyai makna intristik tetapi tetap penting dalam proses komunikasi. Pakaian yang sesuai dan bersih serta kemas seseorang guru akan menggambarkan imej diri yang memberi maksud serta keyakinan kepada pelajar. Maka, seorang guru harus mempunyai ciri-ciri fizikal yang lebih menarik perhatian murid seperti pakaian menarik dan kemas. Tambahan lagi, pertembungan mata semasa bercakap juga amat penting supaya para pelajar sentiasa berasa guru sedang berkomunikasi dengannya. Sekiranya guru hanya lihat sebelah sahaja dalam kelas pelajar lain tidak akan terjaga dan menganggap dipinggirkan oleh guru khusunya pelajar yang berbeza bangsa dengan guru. Pada masa yang sama, pandangan mata yang kerap kepada seseorang akan mengakibatkan pelajar itu akan berasa kurang selesa. Menurut Dr.Ali pandangan mata semasa komunikasi tidak patut melebihi 5 saat. Maka, seorang guru harus bertembung mata kepada semua kaum pelajar di dalam bilik itu yang tidak melibihi 5 saat. b) KOMUNIAKASI LISAN Menurut Dr.Mohd Anuar(2009) Komunikasi lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang guru perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.

Guru hendaklah mendengar setiap percakapan dan luahan murid, bagi memberi respon yang sesuai bagi pertanyaan mereka. Menurut Raslan, Y.F(1997) untuk menjadi pendengar yang baik guru perlulah mendengar dengan telinga, mata dan hati tanpa halangan kaum. Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar walaupun belainan bangsa. Ini akan membantu pelajar supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam bertanya subjek yang tidak difahami serta mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. Ia juga membantu guru untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah murid. Mengadakan sesi soal jawab. Guru perlu mengadakan sesi soal jawab bagi mendapatkan maklum balas daripada murid. Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada semua jenis kaum murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan mereka melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran tanpa rasa dirinya terpinggir. Jika pelajar hanya pendengar pasif mereka akan berasa bosan dan tidak akan berminat dalam pembelajaran. Manakalah sesi soal jawab akan memberikan rasa seronok kepada semua murid. Menerusi sesi soal jawab murid boleh diberi peluang untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka dapat menjadi

sebahagian daripada proses pembelajaran tidak terasa terpinggir. Selain itu, ia menjalinkan hubungan yang lebih mesra antara guru dan murid tanpa mengira latar belakang sosial. Ia juga akan membantu murid mengikat kembali apa yang dibelajar sebelum itu.

Kelajuan semasa bercakap juga salah satu aspek dari kemahiran komunikasi. Guru perlu bercakap dengan kelajuan yang sesuai didengar oleh semua jenis bangsa murid. Sekiranya guru bercakap perlahan, tidak sampai 10 minit pelajar akan mula mengantuk. Jika guru bercakap dengan laju pelajar akan mengalami kesukaran untuk memahami apa yang hendak diberitahu oleh guru. Lebih-lebih lagi pelajar dari bangsa berlainan akan sukar memahami bahasa melayu kerana mereka biasa dengan bahasa ibunda mereka. Ini kerana dalam situasi pelajar yang berkolompok berlainan, bahasa penghantaran di bilik darjah adalah bahasa melayu dan kadang kala bahasa inggeris. Seorang guru tidak harus terus-terusan ketika bercakap. Beliau perlu mengambil sedikit masa untuk berhenti sebentar. Ia akan menjadikan para pelajar lebih bersedia semula untuk mendengar semula percakapan guru. Guru yang mengajar pelajar bangsa lain harus mempelajari sedikit bahasa kaum lain. Ia membantu istilah yang kurang difahami oleh murid boleh dijelaskan kepada mereka dalam bahasa mereka tersendiri. Ini akan menimbulkan minat pelajar kaum lain untuk belajar dengan guru berkenaan. Secara langsung komunikasi antara murid dan guru akan bertambah erat. Hubungan yang erat kepada guru akan menghasilkan bilik darjah yang mesra budaya. c) LARAS BAHASA Menurut Hasnah(2008) laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan penggunaannya. Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan

wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya. Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dalam pelbagai situasi secara berbeza-beza. Maka laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan oleh masyarakat mengikut situasi-situasi yang berlainan. Seseorang guru harus mempunyai kemahiran memahami dan menggunakan pelbagai jenis laras bahasa. Ini memudahkan murid untuk menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Terdapat beberapa laras bahasa akademik yang boleh digunakan oleh guru bagi situasi tertentu di dalam kelas mengikut tahap murid subjek yang dipelajarinya. Antaranya adalah laras bahasa biasa, laras bahasa sastera, laras bahasa sains, laras bahasa matematik, laras bahasa rencana dan sebagainya. Sebagai contohnya, bagi murid-murid prasekolah atau tahun 1 guru perlu menggunakan laras bahasa kanak-kanak. Sekiranya guru terus menggunakan laras bahasa sains kepada mereka, ia menyukarkan mereka untuk memahaminya. Maka, bagi laras bahasa yang baru, guru perlu mendedahkan pada murid langkah demi langkah. d) KESANTUNAN DALAM KOMUNIKASI Kesantunan dalam komunikasi boleh dikatakan perlakuan yang tidak memalukan pihak lain sewaktu berlaku komunikasi. Ia boleh dibahagikan kepada perlakuan lisan atau bukan lisan. Seseorang guru perlu mengguanakan bahasa dan tingkah laku yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak murid. Sebagai contohnya, jika seorang murid membuat kesalahan guru perlu menasihati dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Jika guru menggunakan

kata-kata negatif seperti Awak memang tak guna kepada murid itu ia boleh menimbulkan kemarahan atau rendah diri terhadap anak murid tersebut. Pada masa yang sama, guru perlu menggunakan kesantunan bahasa yang positif seperti Lain kali ye jangan buat macam ini faham. Belajarlah nak bersungguhsungguh dengan suara yang lembut. Keadaan seperti ini pasti meningkatkan motivasi setiap pelajar untuk belajar dengan tekun. Ia seterunya menghasilkan bilik darjah yang bermesra budaya.

3.3

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, bilik darjah yang berbilang budaya merupakan tempat utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Di sini guru bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagai kaum. Justeru kemahiran komunikasi guru amat diperlukan bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai pengetahuan tentang topik berkaitan budaya dan pengajaran.

Saya menjalankan banyak bacaan dari buku-buku, internet dan artikel bagi menjalankan tugasan ini. Saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang kepelbagaian budaya di Negara kita dan kemahiran-kemahiran komunikasi serta kesedaran kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat Malaysia. Saya juga membuat perbincangan dengan rakan sekelas saya untuk mendapat maklumat bagi kerja Kursus ini.

Tambahan lagi, kerja kursus ini menyedarkan saya betapa pentingnya pendidikan sistem pendidikan merupakan tonggak utama dalam menyemai perpaduan. Saya juga sedar bahawa melalui sistem pendidikanlah, kita dapat mempelajari dan mengenali budaya yang ada di negara kita. Saya sebagai seorang guru telah mempelajari cara bagi menerapkan konsep kepelbagaian budaya dalam diri anak-anak murid saya. Kedua-dua soalan dalam kerja kursus individu ini telah menguji pemikiran saya. Sebagai seorang guru ia adalah tanggungjwab saya untuk menyedari kepentingan kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan kesedaran seseorang guru dalam memahami kepelbagaian budaya ini. Saya juga kini sudah mengenalpasti langkah-langkah menerapkan budaya dalam pengajaran saya. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepasda penyarah saya yang member peluang keemasan ini.

BUKU Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,(2010). Budaya dan Pembelajaran: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Noriati A.Rashid et.al,(2011). Budaya dan Pembelajaran: Penerbitan Fajar Sdn.Bhd

ARTIKEL DARI INTERNET Adi Prakosa (2008). Pengertian Komunikasi. Diperoleh pada Februari 23, 2013 dari: http://adiprakosa.blogspot.com/2008/09/pengertian-komunikasi.html Pei Wen(2012). Adat Resam dan Pantang Larang Kaum Cina. Diperoleh pada 20 Februari 2013 dari: http://acll5a2.blogspot.com/2012/06/adat-resam-danpantang-larang-kaum-cina.html Raslan, Y.F. (1997). Philosopher and Theologian. Diperoleh pada 21 Februari 2013 dari : http://www.aljadid.com/index.html JIDE (2011). Masalah Perkauman Yang Berpunca Bahasa Yang Tidak Satu dan Tidak Seragam. Diperoleh pada 21 Februruari 2012 dari : http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/2011/08/26/masalah-perkaumanyang-berpunca-bahasa-yang-tidak-satu-dan-seragam/.html

SURAT KHABAR DARI INTERNET Dr. Ali Qassem(2011). Komunikasi, New Sabah Times. Diperoleh pada Februari 20, 2013 dari :http://www.aliqassem.com/komunikasi-2.html KAJIAN TINDAKAN Ang Lay Hoon, Ceh Radiah Mezah(2012). Masalah Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina di Malaysia. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Você também pode gostar