Você está na página 1de 7

3.0 ANALISIS MODEL ASSURE BERDASARKAN RPH A Analyse Learner (Analisis Pelajar) i.

. Ciri-ciri umum: Pelajar tahun 3; (berumur 9 tahun). Jumlah pelajar; (14 orang). Sikap terhadap teknologi, bahasa, seni.

Ciri-ciri umum di atas telah dijadikan asas dalam pemilihan media dan bahan. Bagi mengetahui ciri-ciri umum, seorang guru perlu meneliti rekod akademik/ perkembangan pelajar dan berinteraksi dengan pelajar secara langsung.

ii.

Kompetensi khusus peringkat masuk: Pencapaian dalam Pendidikan Moral dalam pelajaran yang lepas. Pengetahuan am tentang tajuk pembelajaran; Simpati Mencerminkan Baik Hati. Penguasaan dalam bidang pembelajaran; Nilai Berkaitan dengan Perkembangan Diri. Pengusaan dalam nilai-nilai moral yang berkaitan dengan tajuk/ isi pelajaran; Baik hati, tanggungjawab terhadap masyarakat, kasih sayang, kejujuran. Pengetahuan sedia ada; pelajar mengambil berat tentang ahli keluarga di rumah.

Sebagai seorang guru, aspek-aspek di atas perlu dititikberatkan untuk mengetahui

3.0 ANALISIS MODEL ASSURE BERDASARKAN RPH pengetahuan, kemahiran, pencapaian dan penguasaan pelajar tentang tajuk serta kandungan sesuatu pelajaran.

iii.

Gaya pembelajaran: Gaya pembelajaran pelajar banyak dipengaruhi oleh pendekatan P&P; pendekatan dalam RPH seperti pemupukan nilai, pembinaan rasional, moral kognitif, tindakan sosial.

Penggunaan pendekatan P&P yang sesuai dapat membolehkan pelajar berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran pembelajarannya. S State Objective (Nyatakan Objektif)

i.

Kognitif/Pengetahuan: Murid menyatakan sekurang-kurangnya 3 perkataan yang ada kaitan dengan nilai baik hati menggunakan aplikasi Smart Art dalam Microsoft Office Word dengan betul. Murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 kebaikan apabila sentiasa membantu mereka yang berada dalam kesusahan dengan jelas.

ii.

Afektif/ Sikap: Murid prihatin terhadap kesusahan yang dialami oleh anggota masyarakat dengan ikhlas.

3.0 ANALISIS MODEL ASSURE BERDASARKAN RPH iii. Psikomotor/ Kemahiran: Murid berusaha membantu mereka yang berada dalam kesusahan dengan sepenuh hati.

Objektif/ Hasil pembelajaran di atas merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar. Ia dibuat berdasarkan prinsip (A Audience, B Behaviour, C Condition, D Degree of Accuracy). S Select Method, Media, & Materials (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)

i.

Memilih kaedah/ teknik: Bercerita dan soal jawab; set induksi. Perbincangan; Langkah 1. Perbincangan dan bermain; Langkah 2. Bercerita dan soal jawab; Langkah 3.

Pemilihan kaedah di atas berdasarkan objektif/ hasil pembelajaran, isi kandungan/ nilai, dan kumpulan sasaran/ pelajar.

ii.

Memilih Media/ sumber P&P: Sepadan dengan kurikulum; nilai dalam cerita Sang Merpati dan Si Semut selari dengan nilai baik hati dalam isi pelajaran. Maklumat tepat dan terkini; lembaran kerja yang memuatkan situasi sebenar di

3.0 ANALISIS MODEL ASSURE BERDASARKAN RPH sekolah. Bahasa yang jelas dan tepat; istilah dan ayat dalam transparensi mudah difahami serta saiz perkataan yang sesuai. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar; permainan silang kata meningkatkan minat belajar secara berkumpulan. Menggalakkan penglibatan pelajar; penggunaan kertas sebak sebagai medium untuk mencatatkan hasil perbincangan kumpulan. Mempunyai teknikal kualiti yang baik; rakaman cerita Sang Merpati dan Si Semut dalam bentuk MP3 dapat didengar dengan jelas. Mempunyai buku panduan yang lengkap; buku teks Pendidikan Moral Tahun 3, Buku Panduan Guru Pendidikan Moral Tahun 3, dan Buku Besar Cerita Sang Merpati dan Si Semut.

Terdapat 2 aspek pemilihan media, iaitu memilih media yang tersedia dan format media yang belum ternyata mesej di dalamnya.

iii.

Mereka Bentuk Media: Objektif; menyampaikan mesej tentang nilai baik hati. Pelajar; tahun 3, memerlukan tayangan audio-visual untuk mengekalkan tumpuan semasa P&P. Kos; hanya untuk menyediakan transparensi dan pen penanda.

3.0 ANALISIS MODEL ASSURE BERDASARKAN RPH U Utilise Media & Materials (Gunakan Media dan Bahan) i. Pribiu bahan ii. Menguji kelancaran rakaman MP3 dan proses tayangan transparensi. Peralatan/ Fasiliti/ Kepakaran teknikal; untuk mengendalikan OHP, komputer riba, LCD, dan pembedar suara sahaja. Masa; untuk tempoh pengajaran 60 minit.

Cerita Sang Merpati dan Si Semut (rakaman MP3 & transparensi).

Sediakan bahan: Menyediakan OHP untuk tayangan transparensi. Menyediakan komputer riba, LCD, dan pembesar suara untuk persembahan rakaman MP3.

iii.

Sediakan persekitaran: P&P sebaiknya dijalankan di Bilik Komputer kerana pelajar perlu mengakses komputer untuk sesetengah aktiviti pembelajaran.

iv.

Sediakan pelajar: Berikan sedikit taklimat mengenai proses P&P yang akan datang kerana melibatkan penggunaan komputer dan alat elektronik.

3.0 ANALISIS MODEL ASSURE BERDASARKAN RPH v. Sediakan pengalaman pembelajaran: Sediakan aktiviti pembelajaran yang dapat merangsang minda dan motivasi belajar seperti permainan silang kata dan penggunaan aplikasi Smart Art dalam Microsoft Office Word. R Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar)

Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam perbincangan kumpulan seperti mengenal pasti sebab dan akibat, menyenarai, membuat perkaitan dan perhubungan.

Sebagai contoh, membuat latihan, perbincangan kumpulan, latih tubi, kuiz, projek untuk penilaian, pemulihan, dan pengayaan.

E Evaluate & Revise (Nilai dan Semak)

Penilaian melibatkan aspek:

i.

Menilai pencapaian pelajar: Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran. Sikap pelajar. Amalan refleksi.

ii. iii.

Pembelajaran yang dihasilkan. Menilai media dan kaedah: Menggunakan soal selidik dan senarai semak.

3.0 ANALISIS MODEL ASSURE BERDASARKAN RPH iv. v. vi. Perbincangan dengan kelas. Temubual.

Kualiti media. Penggunaan oleh guru. Penggunaan oleh murid.

Você também pode gostar