Você está na página 1de 2

1.

0 Kriteria Penilaian Keseluruhan i) Anggaran Kos Setiap produk atau alat yang ingin dihasilkan semestinya memerlukan pengiraan anggaran kos penghasilan bagi sebuah produk. Pengiraan anggaran kos telah dibuat sebelum menghasilkan alat Lihat Apa di Sana yang melibatkan harga bahan yang digunakan dalam penghasilan alat ini seperti yang terkandung dalam jadual di bawah. Kos yang diperlukan adalah sangat sedikit memandangkan bahan-bahan yang digunakan adalah murah dan mudah didapati. Penggunaan kotak terpakai sebagai bahan utama penghasilan alat telah menjimatkan lagi kos untuk membuat alat ini. Bil. 1. 2. 3. 4. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Item Kotak terpakai Cermin Mentol Wayar Gam Kertas warna Pita pelekat Gunting Pembaris Pensel Plastik lutsinar Jumlah Masa Kuantiti 2 2 1 1 meter 1 2 1 1 1 1 1 Harga seunit (RM) 0.20 1.00 0.50 0.30 0.50 0.50 0.50 1.50 1.00 0.30 1.00 Jumlah (RM) 0.40 2.00 0.50 0.30 0.50 1.00 0.50 1.50 1.00 0.30 1.00 9.00 1 hari

Jadual 1: Anggaran kos bahan Kos yang diperlukan untuk membina alat Lihat Apa di Sana adalah sebanyak RM8.20 setelah mengenalpasti bahan dan harga bahan yang digunakan dalam penghasilan alat ini. Manakala tempoh masa yang diambil untuk menghasilkan alat ini adalah selama satu hari. viii) Simpanan dan Penyelenggaraan Alat Lihat Apa di Sana yang dihasilkan ini akan disimpan di dalam satu kotak penyimpanan khas yang diperbuat daripada kotak. Kotak penyimpanan khas ini dibuat dengan mengambil kira ciri-ciri fizikal alat tersebut yang mana ianya bersesuaian dengan ukuran saiz alat serta tahan lasak. Alat yang dihasilkan akan dimasukkan ke

dalam kotak tersebut bagi tujuan penyimpanan apabila alat tersebut tidak digunakan. Penyimpanan alat Lihat Apa di Sana ke dalam kotak penyimpanan adalah bertujuan untuk memastikan alat tersebut tidak rosak memandangkan bahan utama yang digunakan untuk membuat alat tersebut adalah daripada kotak yang mudah rosak sekiranya terkena air. Di samping itu, ianya juga sebagai langkah keselamatan kerana dikhuatiri cermin yang digunakan pecah dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna terutamanya terhadap murid-murid. Alat ini akan dikeluarkan daripada kotak penyimpanan untuk digunakan semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat tersebut. Setelah itu, alat Lihat Apa di Sana akan dimasukkan kembali ke dalam kotak penyimpan dan disimpan di tempat yang sesuai. Alat ini mudah diselenggarakan sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Penggunaan bahan yang mudah didapati dan ringkas membolehkan guru dapat membaikpulih alat ini apabila rosak tanpa melibatkan kos yang banyak.

Você também pode gostar