Você está na página 1de 10

Pengenalan Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia.

Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok. Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung. Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein. Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu: Lipoprotein bertumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL) Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL) Trigliserida (TG) Lipoprotein bertumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai kolesterol jahat. Kolesterol LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung. Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai kolesterol baik. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung. Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein bertumpatan rendah (LDL). Objektif Pengurusan Pemakanan Untuk mengurangkan paras lipid serum melalui pendekatan pemakanan, senaman dan penurunan berat badan. Untuk menyediakan perancangan makanan dalam pengurusan penyakit kardiovaskular.

SAKIT JANTUNG
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol". Serangan Penyakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Faktor Penyebab Asap Rokok

Mempercepatkan pembekuan darah Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah. Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Tekanan Perasaan Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat. Kandungan Lemak Yang Tinggi

Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak. Kurang bersenam

Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga jantung. Bersenamlah. Darah Tinggi penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke

Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung. Kencing Manis

Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung. Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan. Jika anda merokok. Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda. Jika anda mengidap penyakit kencing manis. Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan. Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi. Jika anda kurang bersenam. Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya. Mulalah bersenam secara beransur-ansur. Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan. Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumatkenegaraan/606-sakit-jantung.html

Lihat Kenyataan Akhbar > Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia


Tajuk Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Di Kalangan Wanita Dan Kanak-Kanak

Penerangan

Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 12, Blok E7, Kompleks KETUA PENGARAH E, KESIHATAN Pusat Pentadbiran MALAYSIA DIRECTOR GENERAL Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya OF HEALTH

MALAYSIA
Tel : 603-8883 2545 Faks : 603-8889 5542

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA PENCEGAHAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR DI KALANGAN WANITA DAN KANAK-KANAK HARI JANTUNG SEDUNIA 29 SEPTEMBER 2012 Penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) sering kali dikaitkan dengan kaum lelaki, warga emas dan golongan berpendapatan tinggi. Namun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa penyakit kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di hospital-hospital kerajaan. Ia menyumbang kepada 25.6% dari jumlah kematian bagi tahun 2011, dan turut menyebabkan satu dalam empat kematian wanita di Malaysia. Faktor risiko penyumbang utama kepada penyakit jantung adalah diabetes dan hipertensi. Data dari Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 menunjukkan bahawa prevalen wanita yang menghidap diabetes, hipertensi, hiperkolesterolaemia dan obes adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, kaum wanita kurang dikaitkan dengan penyakit jantung dan isu ini sering diabaikan. Penyakit jantung dianggap sinonim dengan kaum lelaki kerana kebiasaannya mereka menghidapi penyakit ini sepuluh tahun lebih awal berbanding kaum wanita. Wanita mempunyai faktor pelindung daripada penyakit jantung iaitu hormon estrogen. Namun begitu, risiko penyakit ini dalam kalangan wanita akan meningkat apabila hormon estrogen berkurangan menjelang putus haid (menopaus) dan sekaligus meningkatkan kadar LDL atau lemak jahat di dalam badan. Oleh yang demikian, risiko wanita mendapat penyakit kardiovaskular meningkat berbanding lelaki selepas menopaus. Hari Jantung Sedunia tahun ini masih mengekalkan tema di peringkat global iaitu One World, One Home, One Heart. Tema tahun ini memberi fokus kepada Pencegahan penyakit Kardiovaskular di Kalangan Wanita dan Kanak-kanak. Ini bermakna, kesihatan jantung harus bermula dari rumah. Ia bermula dari seorang wanita yang berperanan sebagai ibu bagi melindungi keluarga dan anak-anak agar faktor risiko penyakit kardiovaskular dapat dicegah serta dikurangkan melalui budaya hidup sihat. Pencegahan penyakit kardiovaskular dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula dari awal iaitu dengan mengaktifkan diri setiap hari dan mengamalkan pemakanan sihat. Makanan segera, kekerapan makan di luar rumah dan tempoh masa yang lama dihabiskan di hadapan televisyen dan gajet-gajet IT dan komunikasi telah dikenalpasti sebagai faktor risiko kepada masalah obesiti, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk budaya hidup sihat kerana ibu bapalah yang mencorakkan tingkah laku anak dalam aspek kesihatan. Terapkan amalan pemakanan yang sihat di mana jua berada baik ketika di rumah atau di luar rumah. Galakkan dan sertailah aktiviti fizikal bersama anak-anak. Sempena Hari Jantung Sedunia tahun ini, saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia, terutamanya kaum wanita yang menjadi tunggak keluarga, agar membudayakan tujuh (7) langkah berikut yang berupaya mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular:

1. Kekal aktif setiap hari. Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu dengan intensiti sederhana;

2. Kekalkan BMI unggul sebanyak 18.0 hingga 22.9 kg/m2, dan ketahuilah bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% setiap minggu mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes;

3. Kurangkan garam kepada kurang dari 5 gram sehari (bersamaan dengan 1 sudu teh), gula dan lemak dalam diet harian anda dan lebihkan serat seperti sayursayuran dan buah-buahan dalam pinggan hidangan anda. Makanlah mengikut keperluan kalori harian anda kerana keseimbangan keperluan kalori dan tahap aktiviti fizikal harian anda adalah penting dalam mengekalkan bentuk tubuh yang anggun dan kesihatan jantung anda;

4. Ketahui status kesihatan anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tekanan darah, paras gula dan tahap kolesterol dalam darah anda sebagai langkah pencegahan penyakit kardiovaskular;

5. Ketahui sejarah kesihatan keluarga anda. Jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, hipertensi dan sakit jantung pra-matang (berumur kurang dari 55 tahun bagi lelaki dan kurang dari 65 tahun bagi wanita) berwaspadalah kerana anda berisiko tinggi! Jalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap dan berikan keutamaan lebih kepada tahap kesihatan.

6. Berhentilah merokok. Merokok merosakkan salur darah. Ia bukan sahaja berbahaya kepada perokok malah perokok pasif disekelilingnya.

7. Tangani stres dengan berkesan. Belajarlah kaedah untuk mengurangkan stres. Stres adalah penyumbang kepada amalan tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan dan makan secara berlebihan.

Jadi, saya ingin menyarankan agar kaum wanita terutama yang berusia 30 tahun dan ke atas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan anda. Jauhkan anakanak anda dari menjadi couch potato dan pastikan mereka aktif dan makan secara sihat. Ibubapalah penentu tahap kesihatan anak-anak. Sesungguhnya anak-anak yang sihat dan cergas bakal menghasilkan generasi yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Masa hadapan mereka bermula di rumah.

DATO SRI DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 29 September 2012

Ditambah pada

20-09-2012

http://www.moh.gov.my/press_releases/328

Cardiovascular disease
Cardiovascular disease Strategic priorities Research and global partnerships Regional activities Multisector partnerships WRIGHT project Publications

Global atlas on cardiovascular disease prevention and control

WHO report Global atlas on cardiovascular disease prevention and controlstates that cardiovascular disease (CVDs) are the leading causes of death and disability in the world. Although a large proportion of CVDs is preventable, they continue to rise mainly because preventive measures are inadequate.

Highlights

Global atlas on cardiovascular disease prevention and control World Heart Day 2012 UN high-level meeting on NCD prevention and control Noncommunicable diseases country profiles 2011

17.3 million
Fact sheet on CVDs

An estimated 17.3 million people died from CVDs in 2008.

80%

Over 80% of CVD deaths take place in low- and middle-income countries.

Health topic on CVDs

23.3 million

By 2030 more than 23 million people will die annually from CVDs.

10 facts on noncommunicable diseases

Cardiovascular Disease

Versin en espaol

Cardiovascular Diseases (CVD) Affect the Heart and the Circulatory System. CVDs Include:

Coronary Heart Disease, Heart Failure, and Cerebrovascular Disease (Stroke).

Coronary heart disease is a reduction of blood flow due to thickening and hardening of the arteries that supply the heart muscle. A complete cut off of the blood supply results in the death of heart cells, and a heart attack occurs. A common symptom of coronary heart disease is angina chest pain or discomfort when an area of the heart muscle doesn't get enough oxygen. Heart failure occurs when the heart loses its ability to pump blood efficiently. Stroke occurs when a blood vessel in or leading to the brain bursts or is clogged by a blood clot.

Cardiovascular Disease (CVD) The Leading Killer and Disabler


CVD is the leading cause of death in the United States and in NYS. CVD is no longer thought of as a disease that primarily affects men as they age. It is a killer of people in the prime of life, with more than half of all deaths occurring among women. In New York State, CVD killed almost 59,000 residents in 2007. For every person who dies from a heart attack, 18 people survive. For every person who dies from a stroke, seven people survive. Many of these survivors are disabled and cannot lead productive lives. They also are at high risk for additional heart attacks or strokes. While heart disease deaths have been decreasing, heart failurerelated hospitalizations jumped from just over 1 million to nearly 4 million between 1979 and 2004. Stroke is a leading cause of premature, permanent disability among working-age adults in the United States. Stroke alone accounts for the disability of more than a million Americans. The economic impact of CVD and stroke on the health system will grow as the population ages.

Costs of Cardiovascular Disease


In 2008, the total cost for cardiovascular disease (direct costs plus lost productivity due to illness or death) in New York State was estimated to be $32.6 billion (based on an extrapolation from national data).

Major Risk Factors for Cardiovascular Disease (CVD)


Risk factors are behaviors or conditions that increase your chance of getting a disease. The major risk factors for CVD include physical inactivity, poor diet, tobacco use, high blood pressure, high blood cholesterol, overweight/obesity, and diabetes.

NYSDOH's Efforts to Reduce Cardiovascular Disease (CVD)


The New York State Healthy Heart Program (HHP) works to reduce premature death and disability from CVD by making it easier to be physically active, eat healthy foods, and receive evidencebased health care (health care that is based on the best information available). Local community-based programs are funded in many counties around the state to control and reduce the major risk factors for CVD and to improve treatment for those with CVD or risk factors.

Core messages about what builds strong and healthy hearts have reached into every New York county:

be tobacco-free, eat more fruits and vegetables and low-fat dairy products, be moderately active for at least 150 minutes or vigorously active for 75 minutes per week, and get your blood pressure and blood cholesterol under control.

Learn More About Cardiovascular Disease



Types of Cardiovascular Disease Risk Factors New York Programs and Tools that Address Cardiovascular Disease NYS DOH Designated Stroke Centers Cardiovascular Disease Data and Statistics Cardiovascular Disease Reports (Including Heart Disease and Stroke)

http://www.health.ny.gov/diseases/cardiovascular/heart_disease/

Types of Cardiovascular Disease


Coronary Heart Disease
Coronary Heart Disease (CHD) is the most common form of heart disease. It occurs when the arteries supplying blood to the heart narrow or harden from the build-up of plaque. Plaque is made up of fat, cholesterol and other substances found in the blood. This plaque build-up is also known as atherosclerosis. The site of the plaque determines the type of heart disease:

Coronary artery disease is the build-up of plaque in the arteries supplying blood to the heart. Peripheral artery disease is the build-up of plaque in the arteries supplying blood to the arms and legs. Carotid artery disease is the build-up of plaque in the arteries that supply blood to the brain.

The decrease in blood flow due to plaque build-up can lead to chest pain, also called angina, or progress to a heart attack. The five most common symptoms of a heart attack are:

Chest pressure or pain Shortness of breath Pain or discomfort in the arms or shoulder Pain or discomfort in the jaw, neck or back Feeling weak, lightheaded, or nauseous

Women often have different symptoms of heart attack from men. The most common symptoms reported by women are:

Unusual fatigue

sleep disturbance shortness of breath indigestion

If you or someone you know is experiencing symptoms of a heart attack, call 9-1-1 immediately. The faster people are treated for a heart attack, the better their chances of survival and good recovery. To learn more about CHD visit the Centers for Disease Control and Prevention, American Heart Association, or the National Heart Lung and Blood Institute. For more information on Coronary Heart Disease and other Cardiovascular Diseases go to Cardiovascular Disease Reports (Including Heart Disease and Stroke)

Heart Failure
Heart failure is a condition that occurs slowly over time. Heart failure occurs after an injury to the heart muscle, usually caused by uncontrolled high blood pressure, a heart attack, or a heart valve that does not work properly. The weakened heart muscle has to work overtime to keep up with the body's demands, which can leave a person tired. Some of the symptoms of heart failure:

Shortness of breath Difficulty breathing when lying down Swelling in the legs, ankles, and feet General fatigue and weakness.

Risk factors that increase your chances of developing heart failure:

High blood pressure Heart attack Damage to a heart valve or a history of a murmur Enlargement of the heart or a family history of an enlarged heart Diabetes

For more information about heart failure visit the American Heart Association.

Stroke
For more information about stroke visit the NYSDOH Stroke home page.

Você também pode gostar