Você está na página 1de 8

1.

PENGENALAN

Sintaksis merupakan kata pinjaman Yunani iaitu suntutein yang bermaksud menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Menurut Asmah (1968) sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis didefinisikan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Manakala Abdullah Hassan (2006) menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa dalam bukunya yang bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Pembinaan sesebuah ayat perlu mengalami proses tatatingkat tatabahasa dari peringkat yang paling rendah iaitu morfem sehingga peringkat paling tinggi ialah ayat Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada lima peringkat iaitu ayat, klausa, frasa, kata dan morfem. Bidang sintaksis turut merungkakaikan susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, bentuk ayat serta proses penerbitan ayat. Secara amnya, sintaksis merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Ayat pula terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa tertentu.

1.1

OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir tugasan kerja kursus ini saya akan dapat: i. Menghuraikan definisi ayat, klausa, frasa dan perkataan yang merupakan tatatingkat pembinaan ayat. ii. Membezakan antara ayat dasar dengan ayat tunggal serta jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu. iii. iv. Mengenalpasti jenis-jenis ayat, ayat majmuk dan susunan konstituen ayat Membina tutorial pembelajaran berdasarkan jenis-jenis ayat tunggal bahasa Melayu.

1.2

KAEDAH KAJIAN

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah bagi hasil dapatan maklumat mengenai topik-topik tugasan. Antara kaedah yang telah dilaksanakan oleh saya ialah: i. Rujukan perpustakaan Membuat rujukan melalui pusat sumber, internet dan buku rujukan mengenai sintaksis, ayat dasar dan ayat tunggal, jenis-jenis ayat, ayat majmuk serta susunan konstituen ayat.

ii.

Internet Saya telah mengakses maklumat mengenai tajuk tugasan di laman sesawang.

iii.

Perbincangan Saya melaksanakan beberapa perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai tugasan ini.

1.3

BATASAN KAJIAN

Tugasan kerja kursus projek ini memfokuskan kepada maksud ayat bahasa Melayu, menganalisis aspek ayat bahasa Melayu serta menghasilkan tutorial pembelajaran mengenai jenis - jenis ayat tunggal. Tugasan projek bermula pada Januari 30 Januari 2012 hingga 5 Mac 2012.

2.0 MAKSUD AYAT, FRASA, KLAUSA DAN PERKATAAN Maksud Ayat Menurut Zaba ayat bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Manakala Asmah Haji Omar berpendapat ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap. Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut. Merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap. Boleh terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa patah kata. Pengucapan dimulakan dengan kesenyapan, dan diakhiri dengan kesenyapan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Terbina daripada unsur-unsur frasa, klausa dan kata. Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi dapat digolongkan kepada ayat dasar (ayat inti) dan ayat terbitan (ayat transformatif) Frasa Menurut Abdullah Hassan Abdullah Hassan (2002)

menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurangkurangnya dua perkataana taupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau

lebih. Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS) Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik mempunyai satu unsur inti yang menjadi wakil bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh: frasa nama mempunyai kata nama sebagai unsur inti. Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama iaitu tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili

keseluruhan frasa.

Klausa

Klausa ialah satu unit rangkaian kata yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Dalam binaan ayat, klausa merupakan ayat yang

membentuk ayat majmuk. Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa x bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri. Apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, ia akan menjadi ayat yang lengkap. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk , ia dipancangkan ke dalam klausa utama. Sebagai contoh: Khusairi berjaya kerana dia belajar dengan bersungguh-

sungguh.

Khusairi Berjaya

Klausa

bebas

(klausa utama) kerana dia belajar dengan Klausa tak bebas bersungguh-sungguh.

Perkataan

Ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang mengandung makna lengkap dan boleh berdiri sendiri. Binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi. Dibentuk daripada kata dasar yang terdiri daripada kata akar atau kata dasar tertentu. Kata akar ialah kadar yang terdiri daripada satu morfem bebas iaitu bentuk dasar belum diberi sebarang imbuhan. Kata akar dianggap sebagai kata inti sesuatu kata. Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar bagi membentuk kata. Kata dasar boleh terdiri daripada akar kata, kata akar, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan frasa tertentu.

2.1 PERBEZAAN ANTARA AYAT DASAR DENGAN AYAT TUNGGAL Ayat Dasar Definisi Ayat Tunggal

Ayat yang menjadi dasar atau Ayat yang mengandungi satu sumber bagi pembentukan semua klausa ayat lain dalam sesuatu bahasa. sahaja, iaitu yang

mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Binaan konstituen

Konstituen subjek men-dahului konstituen predikat

Tidak

semuanya

terdiri

daripada subjek yang diiikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza , iaitu keseluruhan atau

sebahagian daripada predikat Semua rangka berasal mendahului subjek

(ayat sonsang). Asas ayat binaan ayat boleh dikesan sebagai beberapa Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada ayat dasar. Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada binaan ayat dasar.

dasarnya daripada

pola tertentu. Mempunyai pola ayat dasar. Daripada pola tersebut, terbit ayat lain (ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya) Pola ayat dasar terbahagi

kepada empat jenis pola ;

Pola 1 2 3 4

Subjek FN FN FN FN

Predikat FN FK FA FSN

*FN : Frasa Nama FK : Frasa Kerja FA : Frasa Adjektif FSN : Frasa Sendi Nama

Você também pode gostar