Você está na página 1de 11

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

5 FEBRUARI 2013

Bil 1. Pelajar memasuki dewan

PERKARA

CATATAN

|Perhatian kepada hadirin sekalian, diminta untuk mengambil tempat dan memenuhkan tempat dihadapan dahulu. Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya kepada mode senyap kerana majlis kita akan dimulakan sebentar sahaja lagi|

2.

Ketibaan VIP dan para pensyarah

Mengumumkan ketibaan

1.Yang Berbahagia En. Kamarudin bin Hashim Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

2.Yang berusaha En Latiff bin Hamzah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. Yang Berbahagia Professor Madya Ustaz Syukri Mohamad

4. Yang Berusaha Ustaz Hj Awang Hat bin Mohd Noor

5. Ketua-ketua Jabatan 6. Barisan Pensyarah

Masuk ke Dewan Bendahara

3.

Kata-kata aluan pengacara majlis

1.Yang Berbahagia En. Kamarudin bin Hashim Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

2.Yang berusaha En Latiff bin Hamzah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. Yang Berbahagia Professor Madya Ustaz Syukri Mohamad Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri, Kota Bharu

4. Yang Berusaha Ustaz Hj Awang Hat bin Mohd Noor Guru Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan Tumpat

5. Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

6. Ketua-ketua Jabatan 6. Ketua-ketua unit 7. Pensyarah-pensyarah Kanan 8. Barisan Pensyarah 9. Guru-guru pelatih Serta hadirin sekalian

4.

Kita mulakan majlis kita pada petang ini dengan Ummul Furqan Al Fatihah

**bacaan alfatihah**

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya diberi kesempatan ruang dan peluang untuk kita berkumpul di dalam dewan yang serba indah ini bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan tahun 2013 bersamaan dengan 1434 Hijrah.

5.

**bacaan doa**

Tetak buluh panjang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat, Mari susun jari sepuluh, Kepada Allah diminta berkat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Mohd Hanif bin Mat Daud untuk mengetuai pembacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*** doa***

Majlis merakamkan terima kasih kepada En Mohd Hanif bin Mat Daud atas bacaan doa sebentar tadi

6.

**ucapan**

Minta daun diberi daun, Dalam daun ada bidara, Minta pantun diberi pantun, Dalam pantun ada bicara.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia En Kamarudin bin Hashim, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***ucapan pengarah***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

6.

**persembahan qasidah**

Kini majlis mempersilakan Pasukan Qasidah IPG Kampus Sultan Mizan untuk mempersembahkan 3 buah lagu nasyid iaitu Selawat Tobibiyah, Ya Badrotim dan Ya Hanana. Pasukan ini akan diketuai oleh Saudara Che Mohd Rozairi bin Che Mohd Nor

6.

Tanpa melengahkan masa dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan kedua-dua ahli panel kita pada petang ini

1.Yang Berbahagia Professor Madya Ustaz Syukri Muhammad, Pensyarah Akedemi Pengajian Islam Nilam Puri Kota Bharu

2. dan Yang Berusaha Ustaz Hj Awang Hat bin Mohd Nor Guru Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan Tumpat.

diiringi oleh Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar untuk naik ke pentas bagi memulakan sesi forum pada petang ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***panel ambil tempat***

Majlis kini diserahkan kepada pengerusi forum. Dipersilakan.

7.

**Penyampaian cenderahati**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar atas pengendalian sesi forum yang cukup menarik dan mantap sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli panel dan moderator pada petang ini sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih daripada pihak penganjur.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan 1. Yang berusaha En Latiff bin Hamzah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan untuk menjemput dan mengiringi 2. Yang berbahagia En Kamarudin bin Hashim, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan bagi menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan.

Dijemput, 1.Yang Berbahagia Professor Madya Ustaz Syukri Muhammad 2.Yang Berusaha Ustaz Syukri Muhd Nor Dan 3.Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar selaku moderator forum pada petang ini.

8.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

1.Yang Berbahagia En Kamarudin bin Hashim dan 2.Yang Berusaha En Latiff bin Hamzah

Atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati sebentar tadi.

9.

**persembahan nasyid**

Seterusnya majlis mempersilakan Kumpulan Nasyid As We See bagi menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Pemergianmu. Dipersilakan.

**nyanyian nasyid**

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid sebentar lagi.

10.

**penutup**

Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini. Diharapkan forum pada petang ini, dapat memberi manfaat kepada seluruh warga IPG Kampus Sultan Mizan dalam menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai inspirasi, suri teladan dan ikutan dalam menjalani kehidupan seharian.

Selamat bercuti kepada semua dan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada warga IPG Kampus Sultan Mizan yang beragama Buddha. Berhati-hatilah dijalan raya kerana kepulangan anda adalah untuk dirai bukan untuk ditangisi.

Kami selaku wakil pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ahli panel kita pada petang ini atas kesudian meluangkan masa bagi menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul ini.

Kita tutup majlis kita pada petang ini dengan Surah Al Ashr dan Tasbih Kafarah

Mengumumkan perarakan keluar

1.Yang Berbahagia En. Kamarudin bin Hashim Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

2.Yang berusaha En Latiff bin Hamzah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. Yang Berbahagia Professor Madya Ustaz Syukri Mohamad

4. Yang Berusaha Ustaz Hj Awang Hat bin Mohd Noor

5. Ketua-ketua Jabatan 6. Barisan Pensyarah

keluar dari Dewan Bendahara

Você também pode gostar