Você está na página 1de 2

AGAMA DAN AJARAN UTAMA DUNIA 1.

Agama Hindu - Muncul sejak zaman tamadun Indus - Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan. - Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu menciptakan (Brahman) , memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva) - Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura. - Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting dan menjadi dominasi golongan Brahmin. - Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka, Agama Hindu mendapat saingan daripada agama Buddha. - Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu mempercayai kelahiran semula selepas mati bergantung kepada kelakuan semasa hidup. - Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai Moksya. Apabila seseorang telah mencapai Moksya, ia akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan dilahirkan ke dunia lagi. - Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya (kebebasan mutlak). 2. Agama Buddha - Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali sebagai Buddha. - Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda. - Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh melepaskan manusia daripada kesengsaraan. - Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan jalan. - Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah menjadi agama rasmi kerajaan Maurya. - Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China. - Agama Buddha menggunakan bahasa Pali. - Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang mengandungi Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka. 3. Agama Kristian - Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ. - Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan New Testament. - Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama Kristian dipraktikkan oleh masyarakat. - Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan.

- Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali sebagai empayar Kristian. 4. Agama Islam - Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos tahun 610M bersamaan 17 Ramadhan. - Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah. - Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke Madinah, di madinah Islam telah berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. - Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah. - Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. - Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah (hadis). - Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam 5. Confucianisme - Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di negeri Lu (Shantung) pada tahun 551 S.M. - Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu. Beliau meletak jawatan selepas kematian ibunya dan mengembara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya kepada penduduk China. - Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa utama dalam masyarakat China. - Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan (xiao). 6. Taoisme - Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak lewat dibandingkan dengan ajaran Confucius. - Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan pernah menjawat jawatan penting semasa pemerintahan Dinasti Chou. Beliau telah keluar mengembara dan menyebarkan ajarannya ke seluruh negeri China. - Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya menjadi agama. - Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan manusia yang perlu ditentukan oleh Tao. Manusia tidak perlu bertindak apa-apa (Wu-Wei). - Manusia tidak boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

Você também pode gostar