Você está na página 1de 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JIMAH BARU

71100 SILIAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. TEL/FAX: 06-7922149

KERTAS KERJA SUKANEKA PRASEKOLAH MUTIARA 2008 SEK KEB JIMAH BARU
RASIONAL
Memberikan pengalaman bermakna dan pendedahan awal tentang sukan sekolah untuk murid prasekolah yang berfokuskan aspek perkembangan fizikal supaya dapat meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi diri yang optimum.

MATLAMAT
Sukan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan fizikal, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF
1. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran. 2. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. 3. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat. 4. Membina minda yang sihat dan cerdas.

SASARAN
25 orang murid prasekolah

ACARA SUKAN
1. 2. 3. Lari terus 25 meter Lelaki & Perempuan (individu) Jumping Ball (berkumpulan) Lari berskipping / Jalan Terompah Ayam (berkumpulan)

BAJET
Lari 25 Meter (Lelaki) Lari 25 Meter (Perempuan) Jumping Ball tempat pertama Jumping Ball tempat Kedua dan Ketiga Lari Berskipping / Jalan Terompah Ayam tempat Pertama Lari Berskipping / Jalan Terompah Ayam tempat Kedua dan Ketiga Topi Sukan 3 x RM 7.00 @ 3 x RM 7.00 @ 6 x RM 3.00 @ 12 x RM 2.00 @ 6 x RM 3.00 @ 12 x RM 2.00 @ 25 x RM 5.00 @ RM RM RM RM RM RM RM 21.00 21.00 18.00 24.00 18.00 24.00 125.00 251.00

JUMLAH: RM

SUMBER KEWANGAN
Duit Lebihan Makanan 2007 Duit Perkapita Prasekolah 2008 JUMLAH: = RM = RM RM 126.00 125.00 251.00

PENUTUP
Semoga dengan adanya sukaneka ini, ianya mampu memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan murid prasekolah seterusnya dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan fizikal, menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Disediakah oleh:

Disahkan oleh:

--------------------------------

--------------------------------