Você está na página 1de 20

Sejarah Olahraga Antarabangsa Malaysia

Ahli Kumpulan: Bong Chiew Lee Diana Lo Kang Ju Kenny Meses ak Beriun Sia Kee Hie

Sejarah Olahraga Antarabangsa

Olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece.

Acara sukan yang tertua di dunia.


Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik Kuno tahun 776 S.M di Greece.

The Encyclopedia of Sports

Acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh. Ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.

Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild.

Selepas itu semakin banyak kelab olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College Athletic Club.

Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanan Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.

Kini pelbagai kejohanan sukan diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar di bawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

Sukan Sea

Logo dan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara; mempunyai sepuluh gegelang yang menunjukkan sepuluh negara ASEAN.

Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Sukan Asia

Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Sukan Komanwel
Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel. Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.

Bendera Persekutuan Sukan Komanwel yang terkini

Sukan Olimpik

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat Lima cecincin Olimpik ini tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. direka bentuk pada tahun Pada tahun 2004, Sukan 1913, dan diguna buat Olimpik ke-28 telah kembali pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp. diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.

Sejarah Olahraga Di Malaysia

Sukan Olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906. Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia diadakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empires Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empires Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957.

Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Malaysia juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkat antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.

Pencapaian Olimpik London 2012 Malaysia


Meraih satu pingat perak dan satu pingat gangsa melalui jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Terima kasih

Você também pode gostar