Você está na página 1de 12

Unit 5

Penguat Kendalian

PENGUAT KENDALIAN
Pengenalan Penguat kendalian ialah litar (Operational amplifier Op-amp) yang mempunyai amplifier bergandaan tinggi yang menggandakan isyarat. Ia terdiri daripada komponen seperti perintang dan transistor yang digabungkan di atas satu cip silikon yang sama. Ia dapat berkendali antara 0 1Mhz. Selain itu juga, ia dapat menggandakan isyarat dari 0 ke 1 Mhz. Mempunyai dua punca masukan iaitu masukan alikan dan masukan bukan alikan. Tetapi mempunyai satu punca keluaran. Terdiri daripada gandingan terus penguat kerbedaan(Differential Amplifier-DA) yang berbagai peringkat. Litar elektronik yang lengkap mengandungi transistor, diod, perintang, kapasitor dan komponen yang lain dibuat di atas silikon chip. Keluasannya ialah 5 mm2 dan ketebalan pula kurang dari 0.5 mm dan dilindungi oleh plastik lace. Ciri-ciri sambutan dikawal secara luaran oleh suapbalik negatif daripada output ke input. Digunakan dengan meluas untuk melaksanakan berbagai fungsi linear, mencampur, mengkamil dan mengkerbeda. Digunakan sebagai penguat, pengayun, penapis, penjana gelombang, pembanding, pengatur voltan dan Penguat kerbedaan.

Simbol dan prinsip asas Simbol bagi penguat kendalian adalah seperti rajah 5.1 di bawah. Secara umumnya ia mempunyai dua terminal masuakan iaitu masukan alikan dan masukan bukan alikan serta mempunyai satu keluaran. + Vcc Masukan alikan Masukan bukan alikan + keluaran -

- Vcc Rajah 5.1 : Simbol Penguat kendalian

41
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Rajah 5.2 merupakan konfigurasi IC penguat kendalian

1 2 3 4 +

8 7 6 5

Rajah 5.2 : Konfigurasi IC Pin: 1 Off null 2 Masukan alikan 3 Masukan bukan alikan 4 Vcc (negatif) 5 Offset Null 6 Voltan keluaran 7 Vcc (positif) 8 - N/C (non connected)

Jenis Penguat Kendalian dan kegunaannya. a. Kegunaan Umum Mempunyai bidang ruang dari 0Hz 1Mhz Contoh: 709, 101, 741, 301

b. Kegunaan DC dan prestasi rendah Mempunyai galangan masukan yang sangat tinggi Voltan offset masukan rendah Contoh: H0052, 108

c. Kegunaan AC dan prestasi tinggi Mempunyai bidang ruang yang lebar Contoh: H0063

d. Untuk kuasa dan voltan tinggi Menggunakan satu talian bekalan kuasa dan boleh memacu beban secara terus. Contoh: H0004, H0021, M124

42
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

e. Boleh diprogram Penguat kendalian khas yang boleh diprogram Contoh: 4250

Kegunaan / Aplikasi Penguat Kendalian a) Sebagai litar senilai matematik dalam mempunyai analog/kalkulator - Pencampur, pendarab, pembahagi, pengkamil dan pengkerbedaan. b) Penjana gelombang - Diguna dalam Wein Bridge Oscillator bagi menjana gelombang sain. - Mengguna litar-litar pengkamil dan pengkerbedaan untuk menghasilkan gelombang berbentuk segiempat dan segitiga. c) Penapis aktif RC - Menapis isyarat iaitu membenarkan isyarat pada frekeunsi tertentu saja melaluinya. d) Penganda kepada isyarat-isyarat - Menguatkan isyarat audio/video/radio frekeunsi - Menguatkan isyarat digit yang dihantar melalui jarak jauh. e) Penguat kendalian IC 741 dianggapkan sebagai piawaian industri bagi penguat kendalian.

Litar penguat kerbezaan jenis BJT dan FET Litar penguat kerbezaan. Memberikan galangan tinggi terhadap isyarat masukan yang dikenakan dibahagian masukan. Re berfungsi untuk menyediakan galangan tinggi (Re = ideal) Untuk masukan yang sama, penguat memberi gandaan yang terlalu kecil = 0. Untuk masukan yang berbeza, penguat memberi gandaan yang tinggi. Keluaran yang dihasilkan adalah perbezaan antara dua masukan.

43
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Differential amplifier jenis BJT Rajah 5.3 merupakan litar skimatik bagi binaan Bipolar Junction Transistor. + Vcc

RC1 VO

RC2

Vin1

RS - Vcc

Vin2

Rajah 5.3 : Rajah Bipolar Junction Transistor (BJT)

Differential Ampilifier jenis FET + Vdd

Rd1 VO

Rd2

Vin1

RS - Vdd

Vin2

Rajah 5.4 : Rajah FET

44
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Perbandingan antara FET dengan BJT Bentuk fizikal tidak banyak perbezaan yang ketara diantara kedua-dua jenis transistor ini. Tanpa merujuk kepada nombor pengenalan dan buku manual agak sukar untuk membezakanya, kedua-duanya mempunyai tiga kaki. Dari segi penggunaannya di dalam litar elektronik, FET juga boleh bertugas sebagai amplifier. Cara sambungan dan pendawaiannya juga tidak banyak bezanya. Disambungkan dengan tata rajah punca-sepunya, dimana litar pintu-punca menjadi terminal masukan dan litar parit-punca(drain-source) menjadi terminal keluaran. Namun begitu, dari segi prinsip dan ciri, perbezaan di antara FET dan BJT tetap ada, antaranya ialah : FET tata rajah punca-sepunya mempunyai kerintangan masukan yang sangat tinggi, lebih kurang 100 M. FET ialah alat terkawal voltan manakala BJT ialah terkawal arus. FET melibatkan satu jenis pembawa arus majoriti sahaja manakala BJT melibatkan kedua-dua jenis pembawa arus. FET mempunyai kadar kebisingan dalaman yang rendah dari transistor biasa. Oleh itu ia kerap digunakan dalam amplifier hi-fi dan ala terima radio FM.

Konfigurasi Penguat Kerbezaan Dalam Op-Amp Terdapat empat konfigurasi dalam litar penguat kendalian. a. b. c. d. Masukan duaan, keluaran seimbang Masukan duaan, keluaran tak seimbang Masukan tunggal, keluaran seimbang Masukan tunggal, keluaran tak seimbang

Setiap konfigurasi dikategorikan berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu: 1. Bilangan input signal yang digunakan iaitu dengan cara jika menggunakan dua input maka masukannya adalah duaan dan jika menggunakan satu input maka ia dipanggil masukan tunggal. 2. Jika voltan keluaran diukur antara dua collector maka keluarannya adalah seimbang, jika keluaran diukur antara satu collector merujuk ke bumi, maka keluaran adalah tak seimbang.

45
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Rajah blok dalaman penguat kendalian. Terdiri daripada 3 peringkat : Peringkat I Peringkat II Peringkat III Peringkat masukan Peringkat pertengahan Peringkat keluaran

Penguat kendalian di bina dalam tiga peringkat bagi mengelakkan masalah apabila isyarat yang lemah mudah dicemari oleh hingar (noise) seperti gangguan statik, gangguan isyarat dari bekalan kuasa. Rajah blok bagi penguat kendalian adalah seperti Rajah 5.5

masukan alikan
Peringkat Masukan pembezaan Peringkat Amplifier pertengahan Peringkat Keluaran galangan rendah

Keluaran

masukan bukan alikan Rajah 5.5

Gambarajah blok amplifier kendalian

Penguat kebezaan masukan galangan tinggi Merupakan penguat pembezaan jenis masukan duaan, keluaran imbang (mempunyai dua masukan dan satu keluaran). Memberikan galangan masukan yang tinggi kepada setiap isyarat masukan Memberikan gandaan rendah kepada isyarat mod sepunya seperti humming dan noise / hingar. Memberikan gandaan tinggi kepada isyarat yang berguna. Voltan offset masukan dikurangkan. Mengurangkan drift dalam litar yang menggunakan direct coupling / penjodohan terus. Drift adalah isyarat yang tidak di ingini yang digandakan bersama isyarat yang berguna. Peringkat ini sangat penting kerana di sinilah galangan masukan bagi penguat ditetapkan. Di sini juga, sambutan mod sepunya dan voltan offset dikurangkan

46
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Penguat Voltan Gandaan Tinggi Merupakan penguat pembezaan jenis masukan duaan keluaran imbang. Memberikan gandaan voltan yang tinggi. Memberikan gandaan kepada arus picuan/drive current yang diperlukan untuk memicu peringkat keluaran tanpa membebankan peringkat masukan.

Penguat Kebezaan Keluaran Galangan Rendah Merupakan penguat kelas B push pull emitter follower Mempunyai masukan tunggal-keluaran imbang Bertindak sebagai buffer menghubungkan peringkat kedua dengan keluaran amplifier penyambung. Meninggikan galang ke peringkat di mana voltan dari penguat pembezaan tidak mengalami kesan beban. Menyediakan arus yang mencukupi untuk memicu beban di bahagian keluaran. Menyediakan galangan keluaran yang rendah. Galangan keluaran penguat kendalian ditentukan di sini.

47
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Litar Dalaman Litar Sepadu Penguat Kendalian Rajah 5.6 menunjukkan litar dalaman litar sepadu penguat kendalian

+Vcc Q4 Q5 I/P Q1 Q2 D1 D2 I/P Q3 Q6 Q8 Q7 O/P

Peringkat masukan pembezaan Peringkat pertengahan

Peringkat keluaran

Rajah 5.6: Litar dalaman penguat kendalian

Mempunyai 4 peringkat kaskad amplifier. Amplifier kerbezaan dengan `double ended output. Av1 terdiri dari Q1 dqn Q2 manakala Q3 digunakan sebagai punca `constant-current untuk membekalkan `high common mode rejection. Q3 distabilkan dari kesan suhu oleh dua perintang dan dua diod. Amplifier kerbezaan dengan `single ended output. Keluaran kerbezaan dari Q1 dan Q2 akan memacu pasangan kedua Q4 dan Q5 . Q4 dan Q5 mempunyai `resistor emitter source. Single ended output dari second pair (dari Q5) melalui Q6. akan memacu `output stage

Rintangan suapbalik untuk menstabilkan voltan keluaran merujuk kepada bumi. Q7 dan Q8 beroperasi sebagai phase splitter untuk memberikan ayunan voltan maksima (hampir menyamai voltan bekalan untuk meminimakan galangan keluaran. Transistor Q8 menguatkan isyarat.

48
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Istilah yang perlu diketahui mengenai penguat kendalian Antara istilah-istilah yang perlu diketahui mengenai penguat kendalian adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) Gandaan gelung terbuka Gandaan mod sepunya Voltan offset Arus offset Bumi maya

Gandaan Gelung Terbuka Gandaan amplifier tanpa suap balik Nilainya infiniti kerana Vo bagi penguat kendalian (Op-Amp) adalah tersangat besar berbanding dengan Vid. +Vcc Vid _ + Vo

AVO = Vo
Vid

- Vcc Rajah 5.7 : Simbol penguat kendalian (Op-Amp) Vid biasanya terlalu kecil dan praktikal boleh diandaikan tiada bezaupaya di antara input alikan dan bukan alikan.

Gandaan Mod Sepunya ( Common Mode Gain ) Gandaan yang terdapat bila kedua-dua terminal masukan mempunyai isyarat yang sama. Sepatutnya, bila Vid = 0, Vo = 0 juga. Secara praktikal , ada nilai Vo dan Acm yang bernilai kecil. Gandaan mod sepunya selalunya dinyatakan dalam nisbah tolakan mod sepunya ( Commoan Mode Rejection Radio - CMRR) CMRR = Gandaan gelung terbuka, Av Gandaan mod sepunya, Acm Selalunya Acm << 1 Nilai CMRR lebih besar adalah lebih baik CMRR dinyatakan dalam unit dB CMRR (dB) = 20 log Gandaan gelung terbuka Gandaan mod sepunya Bagi Op Amp 741 , CMRR = 90dB
49
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Voltan Offset Adalah isyarat kecil yang tidak diingini Dijana oleh amplifier dan terdapat di antara terminal-terminal masukan menyebabkan voltan terhasil sungguhpun kedua-dua terminal masukan disambungkan ke 0 Volt. Ini disebabkan oleh penjodohan yang sempuran antara transistor transistor asas dalam litar amplifier kendalian. Vos selalunya bernilai beberapa milivolt sahaja. Arus Offset Perbezaan Antara arus-arus pincang yang diperlukan oleh kedua-dua transistor masukan dalam amplifier kendalian. Disebabkan oleh penjodohan yang tidaka sempurna diantara B transistor transistor masukan. Beta 1 tidak sama dengan Beta 2 Ias = IB1-IB2 Bumi Maya Kedua-dua terminal masukan Op Amp selalunya dirujuk sebagai titik campur atau bumi maya (virtual ground) Ini berlaku kerana : Arus selalunya sangat rendah
Voltan di antara terminal masukan sangat rendah dibandingkan dengan voltan di bahagian lain apabila Op Amp diguna tanpa suapbalik. Voltan yang sangat rendah ini dilihat seperti terminal-terminal masukan telah disambung ke bumi,

Bumi Maya difahamkan sebagai titik di mana arus yang mengalir dan voltan pada titik tersebut adalah sifar.

Mendapatkan kadaran maksimum untuk penguat kendalian. 1. Penguat kendalian akan rosak sekiranya kadaran maksima yang berikut dilepasi (exceeded) a) Kuasa pelepasan maksima 310mw b) Julat suhu kendalian 0 70 C c) Bekalan Voltan maksima 18 volt d) Voltan masukan pembezaan maksima iaitu antara terminal + dan 30 volt. e) Voltan masukan mod sepunya maksima 12 v , pada bekalan kuasa 15v. f) Julat suhu simpanan 55 125c

50
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Perbandingan ciri unggul dan ciri-ciri sebenar bagi penguat kendalian CIRI-CIRI UNGGUL Gandaan voltan tidak terbatas (infiniti) Galangan masukan infiniti Zi = infiniti Galangan keluaran sifar Rout = 0 CIRI-CIRI SEBENAR Gandaan yang tinggi = 200000500000 Galangan masukan tinggi Zi = 2 M 5 M Galangan keluaran rendah Rout = 75ohm Imbangan sifar yang sempurna BQ1 = BQ2 Q1=Q2 Voltan offset masukan sifar Voltan offset minima = 2 mv Arus offset sifar Arus offset minima = 100 nA Ciri yang tidak hanyut dengan Beta transistor berubah. suhu Bidang ruang infiniti Bidang ruang yang lebar = 1 Mhz Jadual 9.2. Membuat kesimpulan kebaikan penguat kendalian Saiz yang kecil Keboleharapan yang tinggi Harga yang murah Boleh bekerja pada julat suhu yang rendah Voltan dan arus offset yang rendah. Mengganda dan menguatkan isyarat Sebagai litar senilai untuk komputer analog contoh : pencampur , pembahagi, pengkamil, pengkerbeda. Penjana gelombang isyarat Sebagai penapis aktif Pembanding (comparator)

51
Instrumentasi 1/2008

Unit 5

Penguat Kendalian

Latihan 1. Apakah itu penguat kendalian 2. Lukiskan simbol penguat kendalian 3. Senaraikan TIGA kegunaan penguat kendalian 4. Nyatakan Empat ciri-ciri unggul penguat kendalian 5. Takrifkan istilah-istilah berikut i. Arus offset ii. Bumi maya iii. Gandaan mod sepunya 6. Lukiskan dan labelkan simbol penguat kendalian dengan lengkap 7. Berpandukan rajah di bawah, namakan setiap pin 1 2 3 4 + 8 7 6 5

52
Instrumentasi 1/2008

Você também pode gostar