Você está na página 1de 3

Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya dikehendaki memilih salah satu artikel yang menarik perhatian saya

untuk dianalisis. Saya dikehendaki membuat ulasan artikel yang dipilih secara kritis. Saya telah memilih artikel yang bertajuk Kemahiran Berfikir dalam Menyelesaikan Masalah. Artikel ini diterbitkan oleh majalah Pelita Bahasa pada Mac 2007 . Penulis artikel ini adalah Nor Azimah Abdul Rashid. Artikel ini membincangkan para pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran berfikir menggunakan alat berfikir supaya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi dalam kehidupan seharian. Saya bersetuju dengan pandangan penulis bahawa kemahiran berfikir penting kepada pelajar kerana kemahiran tersebut membolehkan pelajar mengenal pasti dan memahami masalah serta memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan cara untuk mereka menyelesaikan masalah. Penulis menyatakan pendapatnya menyelesaikan dimana guru perlu mengaplikasikan alat berfikir kemahiran dalam berfikir pengajaran dalam dan

masalah

menggunakan

pembelajaran dalam hampir semua genre, iaitu puisi (sajak), prosa klasik dan prosa moden (cerpen dan novel). Penulis artikel ini memberikan contoh bagaimana guru dapat mengaplikasikan pendekatan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam cerpen yang bertajuk dan Menitislah Air Mata Ibu yang terdapat dalam buku Bahasa Melayu tingkatan empat. Cerpen tersebut mengisahkan penderitaan watak ibu tunggal yang bernama Amra bersama dua orang anaknya iaitu Zulkifli dan Zahari kerana faktor kemiskinan. Amra menjual kuih, Zulkifli bekerja di pasar raya dan Zahari mengutip botol dan tin untuk dijual. Penderitaan bertambah apabila Tuan Jamil mendakwa rumah yang didiami Amra adalah miliknya. Pengarang cerpen menamatkan cerpen dengan menimbulkan persoalan apakah yang patut dilakukan oleh mereka sekeluarga dalam menyelesaikan masalah. Berdasarkan cerpen ini, para pelajar perlu berfikir dalam mencari jalan penyelesaian masalah dalam cerpen tersebut. Berdasarkan cerpen tersebut, penulis telah menyarankan supaya guru menggunakan alat berfikir seperti dan peta cerita dan pengurusan grafik untuk memahami dan menyelesaikan masalah dalam cerpen tersebut. Pada pendapat saya,

alat berfikir ini sesuai digunakan kerana kemahiran berfikir dapat dipelajari dengan lebih cepat dan berkesan. Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu para pelajar menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Saya berpendapat dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Dengan adanya peta cerita, pelajar memetakan mindanya dengan maklumat yang diperoleh dalam cerita tersebut. Setiap jenis alat berfikir ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Sebagai contoh, penulis berpendapat penggunaan peta cerita adalah satu alat berfikir yang sesuai digunakan kerana pelajar dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh watak dan pelajar dapat berfikir untuk membuat tindakan bagi mengatasi masalah yang dialami. Aktiviti ini juga sesuai dijalankan secara berkumpulan. Pada pendapat saya, pelajar secara tidak langsung penggalakan pembelajaran dalam kumpulan kecil dapat membolehkan kerjasama yang terjalin dan pelajar dapat menyumbang idea serta pendapat dalam membincangkan jalan penyelesaian yang terbaik dalam cerpen tersebut. Seterusnya, guru edarkan borang pengurusan grafik penyelesaian masalah kepada pelajar. Guru boleh mereka cipta borang pengurusan grafik sendiri atau mengubah suai yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pengarang bahawa

penggunaan seperti borang pengurusan grafik sebagai alat berfikir ini membantu menyelesaikan masalah Amra secara tersusun dan sistematik. Pelajar akan membayangkan diri mereka dalam watak-watak cerpen tersebut dimana pelajar cuba mendalami masalah-masalah yang terdapat dalam cerpen. Kemudian, pelajar akan memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah keluarga Amra. Seterusnya, pelajar akan berbincang apakah cara yang terbaik dan adakah penyelesaian itu berkesan terhadap keputusan yang telah diambil. Penyelesaian yang diambil harus mempunyai rasional dan alasan yang mantap terhadap pilihan tersebut. Pada pendapat saya, aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran murid untuk menyampaikan hujah dan pendapat, berfikiran kritis serta mahir membuat keputusan berdasarkan kerasionalan dan kebijaksanaan pelajar.

Cadangan penambahbaikan yang ingin saya cadangkan adalah kemahiran berfikir perlu diaplikasikan oleh guru bermula dari awal lagi bagi memupuk kemahiran berfikir dan menjana daya cipta pelajar. Selain daripada menggunakan alat berfikir seperti peta cerita dan lembaran pengurusan grafik, pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir juga memerlukan suasana di bilik darjah yang memberangsangkan supaya mereka turut serta dalam pembelajaran. Guru juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah menggunakan kemahiran berfikir. Guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan minat dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran berfikir memberi kesan kepada pelajar. Secara keseluruhan, saya menyokong artikel yang ditulis oleh Nor Azimah Abdul Rashid kerana saya berpendapat pada masa kini kemahiran berfikir adalah sangat penting bagi pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran mahupun kehidupan harian. Kekuatan yang terdapat dalam artikel ini adalah penulis memberi gambaran dan contoh yang jelas bagaimana guru boleh melaksanakan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan bantuan alat berfikir seperti peta cerita dan lembaran pengurusan grafik dalam penyelesaian masalah. Penggunaan alat berfikir ini amat sesuai kepada pelajar kerana membantu pelajar menyelesaikan masalah secara tersusun dan sistematik. Aktiviti kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah perlu didedahkan kepada pelajar kerana mereka memerlukan pemikiran yang luas dalam sistem pendidikan pada hari ini dan masa akan datang. Kemahiran berfikir mampu menguji kecekapan pelajar menggunakan akal mereka dalam proses pemikiran. Akhir sekali, artikel ini memberi dapat memberi panduan dan pengetahuan kepada saya bagaimana saya dapat mengaplikasikan pengajaran kemahiran berfikir di sekolah pada masa akan datang.

Você também pode gostar