Você está na página 1de 14

TEKNIK BERMAIN KASTANET 1) Letak kastanet di atas tapak tangan kiri. 2) Getah kastanet disarungkan pada jari tengah.

3) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan ( satu atau dua jari) SUMBER: Ling Siew Ching (2006)Pendidikan Muzik Tahun 3 Jaya.Sasbadi.

http://www.youtube.com/watch ?v=rPm00imCCS0

TEKNIK BERMAIN LOCENG Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

TEKNIK BERMAIN KAYU TIK-TOK Kayu tik-tok dimainkan dengan tangan kiri memegang alat tersebut pada paras yang selesa dan tangan kanan membuat ketukan dengan alat pemalu khas. Ketukan dibuat pada kedua-dua bahagian atas bongkah kayu secara bergilir. Ketukan yang dibuat juga perlu dikawal dari segi kekuatan mengetuknya yang sederhana sahaja. Jarak antara pengetuk dengan bongkah kayu tersebut perlulah dekat dan tidak terlalu jauh antara satu sama lain. Tangan kanan tidak perlu dihayun semasa membuat paluan. memadai dengan pergerakan pergelangan tangan sahaja. Sumber Rujukan: Umran Samsudin(2007).HBMS1203 Pengajaran Muzik 1 Sekolah Rendah.Kuala Lumpur:OUM

Tangan Kiri Ibu Jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari Telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari Hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari Manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Tangan Kanan Jari Telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari Hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Jari Manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Jari Kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah unuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

TEKNIK BERMAIN REKODER

Teknik permainan rekorder yang betul perlu diamalkan. Postur : Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder. Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan. Cara memegang rekoder : Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atas badan rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari kanan.

Você também pode gostar