Você está na página 1de 2

a) ASET ASET SEMASA

Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Aset Semasa merupakan harta yang tidak jelas dari segi bentuk, mudah berubah dan tidak mempunyai nilai tetap, di mana nilai pegangan pada suatu masa sentiasa berubah mengikut keadaan. Contoh: wang tunai, stok barangan niaga, penghutang, deposit.

ASET TETAP
Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Aset Tetap merupakan Aset yang dimiliki atau dibeli oleh perniagaan dengan tujuan memperolehi hasil atau pendapatan tetapi bukan untuk di jual serta mempunyai hayat yang tertentu. Contoh: Kenderaan, Bangunan (Premis), Perabot, Peralatan Pejabat, Mesin.

b) LIABILITI
Liabiliti merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan pada masa yang telah ditetapkan. Hutang ini terhasil daripada urusan pembelian barangniaga, perkhidmatan atau pinjaman wang. Ianya terbahagi kepada 2: Liabiliti Jangka Panjang : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam tempoh yang lama iaitu melebihi setahun. Contoh: Pinjaman sewa beli, pinjaman bangunan, pinjaman MARA Liabiliti Semasa : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam masa yang singkat atau pendek. Contoh: Pemiutang perniagaan, overdraf

c) CATATAN BERGU
Catatan bergu perakaunan merujuk kepada proses yang digunakan dalam transaksi. Terma debit dan kredit digunakan dalam proses perakaunan untuk menunjukkan kesan transaksi terhadap baki akaun-akaun.

Bahagian debit bagi setiap akaun ialah sebelah kiri, manakala bahagian kanan pula ialah bahagian kredit. Pertambahan aset dan belanja akan dicatat di bahagian debit dan pengurangannya dicatat pada bahagian kredit. Pertambahan liabiliti, ekuiti pemilik, dan hasil akan dicatat di bahagian kredit, penyusutannya akan dicatat di bahagian debit. Memudahkan penyemakan apabila jumlah debit dan kredit adalah seimbang.

d) AKAUN TUNAI
Segala urusniaga yang melibatkan wang samada wang atau tunai masuk, wang atau tunai yang dibelanjakan dan baki akhir urusniaga.

e) JURNAL AM
Menunjukkan catatan yang lengkap tentang satu urus niaga mengikut urutan tarikh beserta butir dan keterangan. Memudahkan membuat rujukan dan memberi panduan catatan pindahan ke lejar. Dapat mengesan kesilapan dengan cepat dan mengelakkan penipuan. Jurnal Am Contoh: Memo dan Invois (belian / jualan aset bukan semasa) Catatan permulaan perniagaan Catatan penutupan dan pemindahan baki-baki akaun Membeli dan menjual aset bukan semasa secara kredit Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau perniagaan Membawa masuk modal tambahan Catatan pelarasan Membetulkan kesilapan Merekodkan pembubaran perniagaan

Você também pode gostar