Você está na página 1de 7

Laporan Amali

Tujuan : Mengkaji faktor yang menentukan pemilihan ion untuk dinyahcas berdasarkan kedudukan ion dalam siri elektrokimia.

Pernyataan masalah : Apakah kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia terhadap pemilihan ion untuk dinyahcaskan di elektrod. Teori : Faktor-faktor yang mempengaruhi ion untuk dinyahcas di elektrod adalah a) Kedudukan ion dalam siri elektrokimia b) Kepekatan ion dalam elektrolit c) Sifat elektrod yang digunakan Siri elektrokimia merupakan senarai ion yang disusun mengikut tertib menaik bagi keupayaan untuk menyahcas di elektrod semasa elektrolisis. Ion-ion dari kedudukan lebih rendah dalam siri akan dipilih untuk dinyahcas di elektrod. Ini kerana ion-ion ini lebih mudah dinyahcaskan.

Hipotesis : Semakin rendah kedudukan sesuatu ion dalam siri elektrokimia, maka semakin mudah ion tersebut dinyahcas elektrod Pembolehubah a) Yang dimanipulasi : kedudukan ion dalam siri elektrokimia b) Yang bergerakbalas : ion yang dinyahcas di eketrod dan hasil elektrolisis c) dimalarkan : Jenis elektrod

Bahan. i. ii. iii. iv. Larutan kuprum (II) sufida CuSO4, 0.5 mol dm Asid sulfurik cair, H2SO4, 0.5 mol dm Kayu uji Elektrod karbon (grafit)

Radas i. ii. iii. iv. v. vi. Sel elektrolisis Bateri Tabung uji Ammeter Suis Dawai penyambung dengan klip buaya

Rajah 1 : eksperimen elektrosisi Larutan kuprum (II) sufida

Rajah 2 : elektrosis Asid sulfurik cair, H2SO4

Prosedur 1) Radas disusun seperti yang ditunjukkan pada rajah yang disediakan. 2) Dihiupkan suis dan arus elektrik dialirkan selama 20 minit (sehingga tabung penuh diisi gas). 3) Perubahan pada anod dan katod diperhatikan 4) Gas yang dikutip di dalam tabung uji diuji dengan kayu uji berbara 5) Eksperimen diulangi dengan dengan menyadiakan susunan radas seperti pada rajah yang disediakan. 6) Perubahan pada katod dan anod diperhatikan. 7) Gas yang terkutip di dalam tabung uji di anod dan katod masing-masing diuji dengan menggunakan kayu uji berbara dan kayu uji bernyala.

Keputusan : Pemerhatian 1 : elektrosis Larutan kuprum (II) sufida CuSO4

elektrod

Katod Suatu lapisan pepejal perang kemerahan

anod Suatu gas tak berwarna dan tak berbau dibebaskan. Gas ini menyalakan kayu uji berbara. Larutan akues kuprum(ii) sulfat yang berwarna biru terluntur secara perlahan

Pemerhatian

terenap pada permukaan elektrod

Pemerhatian 2 : elektrosis Asid sulfurik cair, H2SO4

elektrod Pemerhatian

Katod Suatu gas tak berwarna dan tak berbau dibebaskan.

anod Suatu gas tak berwarna dan tak berbau dibebaskan. Gas ini

Apabila kayu bernyala menyalakan kayu uji diletakkan pada mulut tabung uji bunyi pop terhasil berbara.

Gas yang dikumpulkan di katod adalah dua kali ganda lebih banyak daripada isipadu gas di anod

Perbincangan A) Elektrosis larutan akues kuprum (II) sulfat Terdapat empat jenis ion dalam larutan akues kuprum(II) sulfat. Ion ion kuprum (II) dan ion sulfat daripada kuprum (II) sulfat. Ion hydrogen dan ion hidroksida daripada separa molekul air. Kepekatan ion hidrogen dan hidroksida adalah rendah daripada kepekaan ion kuprum (II) dan ion sulfat. Apabila arus elektrik dialir menerusi larutan akues kuprum sulfat, ion kuprum (II) dan ion hydrogen bergerak kea rah katod. Ion sulfat dan ion hidroksida bergerak ke arah anod. Di katod ion hidrogen menerima electron daripada katod untuk membentuk atom hirogen. Dua atom hidrogen bergabung membentuk satu molekul hidrogen. Di anod ion hidroksida dipilih untuk dinyahkancas kerana ion-ion ini berada pada kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding ion sulfat. Ion hidroksida lebih mudah membebaskan elektron untuk membentuk molekul oksigen.

B) Elektrosis Asid sulfurik cair, H2SO4 Terdapat ion hidrogen, ion sulfat dan ion hidroksida dalam asid sulfurik cair H2SO4(ak) 2H+(ak)+ SO4(ak) Apabila arus elektrik dihidupakan ion hydrogen dan ion hidroksida bergerak kea rah katod manakala ion sulfat bergerak arah anod. Di katod ion hidrogen menerima elektron daripada katod untuk membentuk atom hidrogen. Dua atom hidrogen bergabung membentuk satu molekul hidrogen. Di anod ion hidroksida dipilih untuk dinyahcaskan kerana ion-ion ini berada pada kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding ion sulfat. Ion hidroksida lebih mudah membebaskan elektron untuk membentuk molekul oksigen.

Kesimpulan : Elektrosis larutan akues kuprum (II) sulfat menggunakan elektrod karbon menghasilkan logam kuprum di katod dan gas oksigen dan air di anod. Elektrosis asid sulfurik cair menggunakan elektrod karbon menghasilkan gas hidrogen di katod dan gas oksigen di anod.

Lampiran bergambar

Você também pode gostar