Você está na página 1de 1

Penganjuran pertandingan Public Speaking merupakan kali pertama buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan

tugasan yang diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu Pn Wan Fazah. Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua gerko kami, kami kemudian terus berbincang tentang penganjuran pertandingan ini. Antara perkara yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari menyiapkan kertas kerja, juri, urusetia, bahagian persegaran, bahagian penyediaan tempat, bahagian publisiti, bahagian peralatan dan bahagian teknikal. Proses demi proses bagi melaksanakan program ini telah saya lalui dan pelbagai cabaran telah saya temui. Antara permasaalahan yang saya telah tempuhi ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan beberapa pengajuran sukan dari gerko lain seperti bola tampar dan futsal Oleh kerana itu, kami terpaksa menukar tarikh pengajuran ini beberapa kali sebelum diputuskan pada 20 Mac. Namun, pada hari pertandingan kami terpaksa menukan tempat pertandingan pada saat-saat akhir disebabkan masalah teknikal.

Walaubagaimanapun, semua masalah yang saya hadapi ini telah saya jadikan sebagai satu batu loncatan untuk saya lebih berjaya dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran lain. Cabaran-cabaran ini semua juga menjadikan saya lebih matang dan fleksible dalam menghadapi apa jua rintangan yang datang. Program ini saya dapat katakan sangan memberi manfaat kepada saya bukan sahaja dari segi pengalaman yang berguna dalam menyelesaikan masalah yang dihadapai, malahan dari perspektif yang lebih luas lagi iaitu dari aspek persediaan saya untuk menjadi seorang guru yang bukan sahaja bertauliah, tetapi seorang guru yang boleh melakukan apa sahaja perkara dan mampu untuk melakukan kerja bersama-sama ahli dengan baik. Antaranya adalah saya sedar bahawa ada masanya saya menjadi ketua yang perlu memimpin ahli-ahli dibawah tanggungjawab saya dan ada masanya saya akan menjadi ahli yang akan dipimpin oleh seorang ketua. Dari sini, saya telah belajar tentang kepatuhan kepada arahan, ketepatan maklumat, ketelusan dan bekerja dan banyak lagi.

Selain itu juga, pengajuran pertandingan sukan tenis ini telah menjadikan hubungan saya dengan rakan-rakan dan pensyarah lebih rapat lagi dimana semasa proses untuk menganjurkan pertandingan ini kami banyak berbincang bersama-sama bagi menjayakan program ini. Akhir sekali, jika saya diberi peluang atau diberi tugasan untuk menganjurkan apaapa pertandingan, saya pasti akan gunakan semua ilmu-ilmu dan pengalaman yang begitu banyak saya perolehi dari penganjuran pertandingan Public Speaking pada kali ini. InsyaAllah.

Você também pode gostar