Você está na página 1de 3

Apakah maksud teori huraian bahasa?

Teori bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraian bahasa. Terdapat empat aliran pemikiran teori huraian bahasa, iaitu; (a)Teori Tradisional (Panini) Teori Tradisional oleh Panini (ahli tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di samping itu, semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan

b) Teori Struktural (Bloomfield) Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. (c) Teori Transformasi Generatif (Chomsky) Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman. (d) Teori Fungsional (Halliday) Halliday dan Wilkins mempelopori teori fungsional. Teori ini berkembang pada tahun 1960- an dan 1970-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan. Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.

Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan nonverbal. Aliran dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Teori Huraian Bahasa Tradisional 1. Teori Tradisional (Panini) - kajian bhs dibuat terhdp btk2 tulisan - bhs boleh berkembang -setiap bhs ada hubungan dgn bhs induk -tatabhs bersifat sejagat, berasaskan tbhs Yunani + Latin -bhs merupakan cbg ilmu falsafah yg menyelidik tabii alam - kajian bhs bersifat deduktif mmeningkan hukum2 sesuatu bhs -pengkaji juga menetapkan golongan kata kpd kata nama, kata sifat + kata kerja 2. Teori Struktural (Bloomfield) -kajian ttg fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, mortem + ayat -ciri-ciri bhsnya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari + utk perhubungan -ahli2 bhs ini byk mengumpulkan bhn pertuturan + mementing fakta2 yg dilihat. 3. Teori Transformasi Generatif (Chomsky) -penutur jati blh mggunakan bhs apabila berhadapan dgn pelbagai keadaan -Bhs adalah sistem ttg rumus-rumus bhs -ayat mpunyai struktur dlman + pmukaan -pengetahuan bhs mrupakan suatu fenomena mental -penutur dilahirkan dgn kecekapan semulajadi -bhs bersifat sejagat + kreatif 4. Teori Fungsional (Haliday) -struktur bhs ikut fungsi dlm komunikasi -kajian ttg perubahan yg berlaku pd struktur bhs ketika seseorg berkomunikasi -Terdpt fungsi sosial yg terdiri drpd 3 fungsi idea, fungsi interpersonal + fungsi tekstual -fungsi sosial bhs memainkan peranan yg penting dlm pmbtkan sis bhs Teori Pemerolehan Bahasa 1. Teori Behaviurisme (Bloomfieild) -Bhs dikuasai melalui proses pengulangan -proses pengajrn haruslah menekan latihan + pengulangan yg byk -proses penguasaan bhs melalui latihan yg memerlukan mekanisme yg bersistem -mementingkan persekitaran murid utk mbantu proses PnP -berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak2 mempelajari bhs menerusi hukuman + ganjaran - sesuatu ujaran terbtk krn adanya rangsangan + grkbls dlm btk bhs + bukan bhs

-proses pendedahan yg berulang2 + konsep peniruan mencepatkan pmbljran bhs -aspek pengukuhan memudahkan ingatan -pengjran tbhs adalah berdsrkan penekanan indukif/kaedah terus, dengar + tutur, dan teknik latih tubi. 2. Teori Mentalis (Chomsky) - mengutamakan proses berfikir berbandingan dgn pelakuan kanak2. -kanak2 berupaya membuat rumusan -tulisan + bacaan diutamakan tp kemahiran menulis lebih penting -diukur melalui kecekapan + pencapaian mereka - penyampaian makna lebih diutamakan -tbhs diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif 3. Teori Interaksionalis - mementingkan aktiviti komunikasi -menghasilkan bhs apabila ia memerlukannya -perkembangan bhs proses kognitif + proses interaksi bhs -interaksi mhasilkan ayat penyata + ayat perintah -hasil interaksi akan mpengaruhi utk mpljari sistem bhs 4. Teori Konstruktivisme -mementing pmbljaran semasa intraksi dlm kelas -Memberikan contoh ayat membina ayat setelah memahami konsep -pembinaan semula ayat pembangunan semua minda utk mencipta sesuatu yg baru / idea yg baru

Você também pode gostar