Você está na página 1de 18

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN PENGENALAN

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, kuiz, lakonan, projek, penyoalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul aziz (1998), berpendapat bahawa teknik pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau bahavioris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavioris maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 1

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN DAPATAN PEMERHATIAN

Pengajaran dan rakaman telah dibuat pada 17 Mac 2013 yang lalu. Daripada pengajaran beliau ini saya mendapati terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran beliau. Saya telah menfokuskan komen kepada beberapa perkara iaitu :a. Hasil pembelajaran b. Aktiviti berpusatkan pelajar c. Strategi, kaedah dan teknik yang digunakan d. Justifikasi menggunakan strategi,kaedah atau teknik tersebut e. Kaitannya dengan teori pembelajaran f. Penilaian pencapaian hasil pembelajaran Dalam tugasan ini juga, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan soalan yang dikemukakan dengan dengan mengikuti panduan yang diberikan oleh tutor. Perkara yang akan saya dalam tugasan ini tentang definisi pendekatan pengajaran Seterusnya, saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan saya tentang

penulisan.

kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan rakan saya dalam pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah.

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 2

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN BIODATA RAKAN GURU

NAMA : Roslinda Bt. Abdul Rashid Umur : 33 tahun Tarikh Lahir : 15 03.1980 Maktab : Institut Perguruan Darulaman Opsyen : Matematik/Pengajian Melayu Kelulusan Akademik : SPM Kelulusan ikhtisas : Diploma Perguruan Malaysia Pengalaman Mengajar BM : 11 Tahun Kelas diajar : tahun 6 dan tahun 1 Sekolah Sekarang : Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau 06400 Pokok Sena Alor Setar Kedah.

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 3

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

Rancangan Pengajaran Harian Matapelajaran : Bahasa Malaysia Kelas Tarikh Masa : 6 Cemerlang : 17 Mac 2013 : 10.45 11.45 pagi

Bilangan Murid : 30 orang Tema Tajuk Objektif : Perayaan :Perayaan di Malaysia : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat : i. Menyatakan maklumat dalam penting bahan yang dibaca i.menghuraikankan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan. Fokus Utama : 1.3 aras 2 Fokus Sampingan : 6.5 aras 2

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui nilai-nilai murni dan pengajaran yang diperolehi daripada pembelajaran secara formal dan tidak formal dalam kehidupan seharian mereka.

Bahan-bahan:a. Kad nilai-nilai murni b. Lembaran kerja

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 4

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN c. Buku teks Nilai :a. Hormat menghormati b. Kasih sayang c. Bertanggungjawab

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Nilai-nilai pengajaran

dan

i.

Guru bual perayaan disambut

berbualtentang yang oleh

i.

Murid menyatak an nilainilai yang mereka tahu

rakyat Malaysia ii. Guru bertanya

tentang nilai-nilai murni yang

murid-murid tahu i. Langkah 1 Membaca secara senyap minit) (10 Guru bertanya i. Menjana idea ii. Menge nal pasti di dan mengumpul idea.

tentang apa yang mereka mengenai perayaan Malaysia ii. Guru mengedarkan petikan meminta dan murid faham

membaca petikan secara senyap iii. Guru meminta

murid mengambil

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 5

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN


maklumat penting daripada bacaan i. Langkah 2 Menyenaraikan nilai-nilai murni (15 minit) ii. Nilai-nilai Guru bertanya yang oleh i. Pengetah -an sedia ada murid

nilai-nilai diketahui murid. Guru

menerangkan kepada murid

ii.

Amalan baik

nilai-nilai dengan menggunakan slaid power point iii. Murid menyatakan nilainilai diketahuinya. iv. Murid-murid mencatat yang oleh nilai iv. nilai iii. Pengajaran

diberikan guru

berdasarkan slaid

i. Langkah 3 (15minit) Perbincangan dalam kumpulan

Guru murid

meminta untuk

i.

Perbincangan nilai

berbincang dengan kawan ii.

Merujuki sumber/g uru

tentang nilai yang terdapat petikan ii. Guru murid menghuraikan nilai berdasarkan meminta dalam

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 6

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN


teks satu persatu iii. Guru komen rumusan memberi dan hasil

huraian murid. iv. Murid komen rumusan diberikan mencatat dan yang oleh

guru tentang nilai yang dibuat oleh mereka i. Penutup (15 minit) Rumusan dan Aktiviti pengayaan ii. Guru latihan meminta murid i. Murid memberi respon sebagai rumusan

yang baik untuk dibaca panduan. Guru dan murid membuat rumusan bersama-sama iii. Murid mendengar dengan teliti dan menyatakan rumusan pembelajaran hari ini aktiviti pengukuhan sebagai sebagai

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 7

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Dapatan Hasil Pemerhatian

Berdasarkan rancangan pelajaran yang disediakan saya dapati, rakan guru dapat mencapai hasil pembelajaran yang baik dan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Guru juga dapat memperkenalkan dan memulakan sesuatu pelajaran dalam set induksi yang menarik perhatian muridnya untuk berfikir dan bertanya. Guru menggunakan kad-kad bacaan nilai-nilai murni untuk memulakan pengajaran. Walaupun kad-kad yang disediakan terlalu ringkas namun sedikit sebanyak dapat menarik minat murid untuk mengetahui tentang nilai-nilai murni yang dipegang oleh kawan-kawan mereka. Pada pendapat saya, untuk memastikan hasil pembelajaran lebih berkesan guru bolehlah menyediakan slaid-slaid yang menarik dan berwarna-warni supaya menarik minat murid. Guru boleh mencari gambar-gambar kaum-kaum di Malaysia untuk diperkenalkan kepada muridmurid bagi mengukuhkan kefahaman murid. Untuk mengukuhkan kefahaman murid guru bolehlah, menggunakan pelbagai bahan dan sumber daripada internet semasa mengajar kemahiran menulis ini.

Dapatan Aktiviti Berpusatkan Pelajar

Pada set induksi sehinggalah langkah pertama, guru banyak bertanya soalan-soalan tentang pengetahuan am murid-murid. Di sini didapati guru menggunakan teknik penyoalan untuk merangsang minda murid-murid. Guru juga menggunakan strategi pengajaran kemahiran

menulis yang berpusatkan pelajar. Guru mengajar kemahiran menulis nilai-nilai murni ini

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 8

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN daripada yang mudah kepada sukar iaitu membuat ulasan yang penuh berdasarkan petikan yang diberikan. Dalam aktiviti berpusatkan pelajar ini, guru banyak menyoal tentang-tentang nilai-nilai yang murid-murid dapat daripada petikan yang dibaca. Walaupun terdapat murid tidak boleh mengulas nilai murni kerana tidak memahami petikan, guru banyak membantu dalam mencari nilai-nilai murni dalam petikan. Apabila murid-murid menggunakan bahasa dialek semasa membaca petikan, guru dapat mengesan dan memperbetulkannya. Ada sesetengah murid-murid yang tidak boleh menulis kerana tidak menguasai kemahiran membaca. Di sini guru dapat membantu melalui secara individu. Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah ini guru haruslah meletakkan murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran di dalam satu kumpulan supaya dapat dipantau dan dapat menjalankan aktiviti pemulihan di samping dapat mengenalpasti kesalahan ejaan di dalam ayatayat yang dibina.

Dapatan Strategi, Kaedah dan Teknik

Daripada set induksi, langkah satu sehinggalah penutup rakan saya menggunakan kaedah perbincangan yang melibatkan aktiviti perbualan guru dengan murid-muridnya. Pada pendapat saya kaedah ini dijalankan supaya melatih pelajar memberi pendapat mengenai nilai-nilai murni yang dibincangkan. Dengan kaedah ini juga murid-murid dilatih untuk memberikan pendapat yang bernas dan bahasa yang teratur supaya dapat difahami oleh kawan-kawan.

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 9

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Daripada pemerhatian ini juga, saya dapati rakan guru tidak memberi peluang kepada semua murid untuk memberi pendapat, terutama kepada murid-murid yang lemah. Rakan guru juga menggunakan kaedah secara kelas. Pada pendapat saya kaedah kelas ini sesuai kerana semasa guru memulakan set induksi guru perlu mendapatkan perhatian daripada seluruh kelas pada apa yang ingin diajarkan. Ini penting supaya murid-murid sedar dan tahu topik yang hendak dipelajari. Pada pendapat saya, selepas penerangan diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik, guru bolehlah bolehlah menukarkannya kepada kaedah dan teknik yang lain pula supaya lebih menarik perhatian murid. Ini bertujuan memastikan semua pelajar menguasai isi pelajaran mereka.

Penilaian dan Kesimpulan Hasil Pemerhatian Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis harus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3M khususnya kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid dapat dicapai. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai

pembimbing murid-murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Tugas seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran dan dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis. Ini bermakna guru perlu mewujudkan

suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat murid. Guru perlu memilih pendekatan, kaedah dan teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih dapat menarik hati murid dan dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Aktiviti-aktiviti yang dipilih juga mestilah menarik

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 10

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan dapat diterima dengan berkesan oleh murid-murid.

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 11

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN RUJUKAN

1. Abd. Aziz Abd. Talib. (2000).Pengajaran Bahasa Melayu:Prinsip, Kaedah dan teknik. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2. Ahmad Khair Mohd. Noor. (2005). Membaca membina ketrampilan berfikir.Pelikta Bahasa,Julai 18(7):12-14. 3. Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd. Rahman.(2011).Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol 1, Bil:67-87. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003).Kurikulum bersepadu sekolah rendah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. 5. Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 12

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN LAMPIRAN

LEMBARAN KERJA MURID

Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah________________. . Contohnya, ___________________________________________________. Nilai yang kedua ialah ___________________ Contohnya, ______________________________________. Selain itu, ___________________________. Contohnya____________________________________. Seterusnya, ____________. Sebagai contoh _________________________________________________. Nilai yang terakhir ialah __________________________. Contohnya, ________________________________________

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 13

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 14

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

BORANG PENCERAPAN (Program Lesson Study)

Refleksi:

1.

Penjelasan

objektif

&

P:_____________________________________________________________

2. Pemilihan Aktiviti

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 15

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN 3. Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran dalam kalangan pelajar:

4. Pencapaian objektif P & P:

5. Penglibatan pelajar dalam P & P:

6. Adakah ciri-ciri berikut diperhatikan? (sila tandakan dalam )

Penglibatan aktif ; Pembelajaran berpusatkan pelajar;

Perbincangan antara rakan; Pemupukan kemahiran berfikir

Komen:

Sejauh manakah soalan yang dikemukakan oleh guru mampu mencabar minda pelajar?

Komen:

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 16

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN Sejauh manakah aktiviti P & P dapat mengukur kefahaman pelajar?

Sejauh manakah aktiviti penutup dapat merumus dan memperkukuhkan P & P?

Secara Keseluruhan:

Apakah kekuatan?

Apakah kelemahan?

Apakah yang perlu diubahsuai/diperbaiki?

Keputusan: (

) Diterima

) Diperbaiki

) Mengajar semula

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 17

SGRM 3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN _________________________________ ( Nama Pencerap dan t/tangan )

DVD P&P DILAMPIRKAN

S210291 FOZIAH ABDULLAH

Page 18

Você também pode gostar