Você está na página 1de 17

NUR RASHIDAH BT YUSOF

740723065486 HBAE2103SMP

1.0 Pengenalan Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Peranan guru seni memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat PSV. Antara peranan guru seni adalah: a) Mengalami dan mengekspresi cita rasa pancaindera pelajar b) Membimbing dan mengasah bakat c) Menjadikan nilai kreativiti dalam seni sebagai asas menyokong fikiran reka cipta d) Memberi dan meningkatkan kreativiti e) Meningkatkan keyakinan diri pelajar Dalam hal ini, peranan dan tanggungjawab guru Seni Pendidikan Visual (PSV) boleh dikatakan lebih menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain. Dalam usaha menggerakkan pelajar menghasilkan karya-karya seni visual, guru PSV sebenarnya perlu terlebih dahulu mengenal pasti minat pelajar kerana kecintaan mereka kepada sesuatu adalah motivasi utama untuk pelajar. Sekalipun pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran PSV, mereka tidak harus terus dimarahi apatah lagi dihukum. Sebaliknya, guru PSV perlu bijak dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya seni yang berkait rapat dengan minat atau kecintaan mereka. Pelajar tidak perlu dipaksa atau digesa agar mereka tidak berasa tertekan atau terkongkong. Memadailah andai guru dapat mengenal pasti minat mereka sebagai permulaan.

Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada muridmurid dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan.

Page 1

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

2.0 ISI KANDUNGAN Dalam tugasan kali ini akan dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap

perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid dalam satu aktiviti membuat corak kepada 4 atau 5 orang murid yang sebaya umurnya. Murid-murid yang dipilih ialah seramai lima orang iaitu terdiri murid-murid tahun lima. Tujuan utama membuat corak dan rekaan dalam kursus ini ialah dapat membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan matlamat tersebut. Berikut dijelaskan secara terperinci tujuan membuat corak dan rekaan berdasarkan hasil karya yang telah dibuat oleh lima orang pelajar tahun 5 Amanah. 2.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini

menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Tujuan utama membuat corak dan rekaan dalam kursus ini ialah dapat membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan matlamat tersebut. Berikut dijelaskan secara terperinci tujuan membuat corak dan rekaan berdasarkan hasil karya yang telah dibuat oleh lima orang pelajar tahun 5 Amanah. Sebelum murid menghasilkan karya masing-masing, guru terlebih dahulu menetapkan tajuk, motif, teknik dan bidang. Yang lain terpulang kepada pelajar mengikut kreativiti mereka. Guru telah mendedahkan corak-corak yang terdapat dalam bidang mencorak ini.

Page 2

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

Kriteria seperti di bawah: Bidang Tajuk Teknik : membuat corak dan rekaan : membuat pembalut hadiah ; Capan dan Catan

2.1.1
Pelajar A

a) Dari segi perlakuan Berdasarkan hasil karya pelajar A di atas, pelajar ini dapat memilih serta

menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Warna yang terang itu memberi kualiti ruang dalam satah gambar dalam karya seni.Pelajar menggunakan warna terang pada latar belakang supaya corak yang dibuat lebih menonjol. Warna ini mempunyai kehebatan warna dan cahaya yang tinggi. Warna panas juga dapat menimbulkan suasana bertenaga. Dalam karya ini juga, pelajar dapat menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan ciptaan. Pelajar A melukis garisan grid untuk membuat corak secara menyerong. Melalui garisan itu, pelajar telah mengatur motif-motif yang dicop secara menyerong. Pelajar ini mampu memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan menghasilkan gubahan seni. Pelajar A menggunakan motif semulajadi iaitu pelajar membuat corak bunga dengan menggunakan kacang bendi. Pelajar mampu mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan yang disediakan dengan membuat bentuk bunga. Kemampuan pelajar ini mengatur corak mengikut kreativiti . Motif-motif disusun secara sekata. Corak yang dihasilkan oleh pelajar A ini adalah corak yang terdapat pada kain

Page 3

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

sarung. Ini dapatan guru secara lisan daripada pelajar ini. Ini menunjukkan pelajar ini mengenal unsur corak yang terdapat disekelilingnya. Membuat penerokaan dan ekperimentasi motif dan warna dalam corak. Pelajar ini mencampur warna biru dengan merah untuk mendapatkan hasil warna ungu. b) Dari segi persepsi Pelajar ini menyedari prinsip seni reka seperti imbangan dan harmoni dalam penghasilan corak. Penggunaan warna yang digunakan nampak harmoni. Sedap mata memandang. Susunan rupa yang sama secara berulang dengan menggunakan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Pelajar menyedari terdapat jalinan pada kacang bendi untuk membuat corak. Jalinan ini adalah jenis jalinan tampak. Pelajar ini mampu memperkukuhkan unsur-unsur seni seperti warna, ruang dan garisan. Murid ini menghasilkan garisan dengan menggunakan cat air. Penggunaan ruang yang baik dan campuran warna untuk menghasilkan warna ungu. Warna yang gelap di atas permukaan yang cerah boleh menonjolkan lagi corak yang dihasilkan. Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Pelajar ini memahami corak yang terdapat disekeliling. Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. c) Pengetahuan Budaya Pelajar ini mampu membuat corak tradisional yang terdapat pada kain sarung iaitu corak pucuk rebung. Dia dapat mengolah dan mengubahsuai unsur-unsur tersebut untuk dimasukkan dalam hasil karyanya.

Page 4

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

2.1.2

Pelajar B

a) Perlakuan Pelajar 2 pula dapat memilih warna dengan baik. Dia menggunakan warna sejuk untuk dijadikan latar belakang hasil karyanya. Kesan tompok-tompok itu pelajar menggunakan tisu untuk nampak kelainan pada hasil karyanya dan ini menggambarkan kreativiti pelajar tersebut. Motif yang dihasilkan adalah alam flora dengan menggunakan kacang bendi. Dengan kacang bendi itu, pelajar membuat bentuk bunga dan corak bunga diulang secara sekata. Pelajar ini tidak menggunakan garisan grid. Pelajar ini boleh memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan corak dalam karyanya. Kebolehan pelajar ini mengolah dan mengubah suai kacang bendi tersebut untuk dijadikan rupa di dalam karyanya. Penerokaan warna juga amat bagus di mana murid ini mencampur merah dan biru untuk menghasilkan warna ungu. Pengamatan yang tajam di mana pelajar ini dapat membuat kelopak bunga dengan menggunakan kacang bendi dan koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menyusun motif tersebut. b) Persepsi Murid memahami prinsip rekaan seni. Karyanya nampak harmoni kerana aplikasi warna dari kumpulan yang sama dapat menimbulkan gambaran harmoni. Kesatuan wujud dalam

karya pelajar ini di mana idea yang sama dan menyeluruh. Ini jelas menunjukkan membuat corak boleh memperkukuhkan prinsip rekaan seni. Unsur seni yang terdapat pada karya ini seperti bentuk ilusi, rupa yang organik dan garisan pepenjuru. Penyusunan motif yang sekata ini menunjukkan murid ini memahami konsep penyusunan corak. Bahan yang digunakan adalah kacang bendi. Murid ini menyedari ada corak pada bahan tersebut.

Page 5

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

Corak yang dibuat oleh murid ini adalah corak terancang. Motif yang diulang secara sekata menjadikan hasil karyanya nampak bersahaja. Pemilihan bahan yang sesuai menunjukkan pelajar ini menyedari terdapat jalinan pada bahan tersebut. c) Pengetahuan budaya Sememangya murid melukis sesuatu objek berdasarkan sifat semula jadi objek itu. Contohnya, menggunakan warna merah kerana secara semula jadi bunga berwarna merah, daun warna hijau, ranting warna coklat dan sebagainya. Ini menggambarkan pengetahuan tentang budaya wujud dalam diri murid ini melalui komunikasi dengannya.

Page 6

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

2.3
Harmoni dari segi bentuk dan susunan

Pelajar C

a) Perlakuan Murid memilih warna yang terang untuk dijadikan latar belakang dengan tujuan menarik perhatian secara langsung terhadap penumpuan objek dari segi komposisi dan organisasi pengkaryaan. Sebelum itu murid ini membuat garisan grid terlebih dahulu dan diwarnai seperti bentuk dam. Bahan yang digunakan untuk membuat rupa di dalam petak itu ialah batang sawi dan lada. Menurut pelajar tersebut, dia mendapat ilham ketika memerhati ibunya memotong batang sawi lalu di ambil untuk dijadikan corak. Begitu juga dengan lada. Penerokaan murid terhadap bahan untuk menghasilkan karya seninya boleh meningkatkan daya kreativiti mereka. Murid ini boleh memilih bahan untuk digunakan dalam pendidikan seni. Susunan motif di dalam karyanya adalah corak berselang-seli. Corak yang dihasilkan adalah corak terancang. Murid ini mampu mengolah dan mengubah suai bahan untuk dijadikan corak dalam karya seninya. Motif yang dipamerkan adalah semula jadi. Daya kreativiti pelajar jelas kelihatan walaupun tidak mengikut sifat semula jadi objek tersebut. Di mana murid menggunakan warna biru dan kuning pada kelopak bunga dalam seninya. Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Page 7

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

b) Persepsi Bahan yang digunakan untuk membuat garisan adalah cat air. Garisan bunga itu terdapat pada sawi dan lada. Penggunaan warna sekunder yang dijadikan latar belakang hasil campuran warna kuning dan merah. Penerokaan terhadap warna membolehkan murid menghasilkan karya seni yang disukainya. Dari segi prinsip rekaan, pelajar ini memahami konsep harmoni. Cara susunan motif dan warna ia sangat sesuai. Tujuan membuat corak ini boleh memperkukuhkan lagi prinsip rekaan seni di kalangan murid seperti kontra, imbangan dan sebagainya. Bahan-bahan yang digunakan dalam hasil karyanya adalah bahan semula jadi. Tujuan ini untuk memberitahu pelajar bahawa terdapat pelbagai jalinan pada bahan untuk membuat corak. c) Pengetahuan budaya Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Di antara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada pemerhatian dan pengalaman mereka seperti kain batik sarung, kain tenunan songket, corak di wau dan sebagainya. Daripada pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat mengenal dan membuat corak-corak tradisional mudah dan seterusnya mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraftradisional. Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga jenis kumpulan iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan bercorak. Hasil corak dan rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan reka corak kain songket tetapi ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan ulangan selang seli. Selain itu susunan bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag disebut corak siku keluang, bahagian berpetak disebut corak disebut tapak catur dan ruang tegak disebut corak berdiri.

Page 8

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

2.4

Kontra dari segi bentuk dan warna Pelajar D

a) Perlakuan Pemilihan warna yang digunakan dalam karya pelajar ini sangat ceria. Ini menimbulkan suasana gembira dan ceria pada hasil karyanya. Dalam karya seninya terdapat bentuk geometri seperti bulat dan segitiga. Ini menggambarkan pelajar ini dapat mengenal pelbagai bentuk asas dan dapat diaplikasi dalam karyanya. Struktur pancaran dikenali struktur formal kerana mempunyai garisan-garisan panduan tertentu. Pelajar ini dapat menyesuaikan jenis garisan dalam ciptaanya. Sayur-sayuran dipilih oleh pelajar itu dan diolah serta diubah suai untuk membuat corak. Melalui aktiviti ini, ia boleh meningkatkan daya kreativiti pelajar. Bahan yang digunakan dalam hasil karyanya tidak terhad pada satu bahan tetapi pelajar ini menggunakan lebih daripada satu. b) Persepsi Persepsi pelajar ini boleh dikesan melalui unsur seni yang terdapat pada karya ini seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan bentuk. Garisan jenis pancaran dalam karyanya menimbulkan gambaran tenaga dan tumpuan. Unsur rupa pula pelajar ini mencampurkan rupa geometri dan rupa organik. Rupa geormetri seperti bentuk bulat dan yang lain rupa bebas. Rupa dalam karya ini dalam bentuk positif. Pelajar ini menyusun rupa dalam keadaan berpusat. Susunan rupa yang dihasilkan melalui teknik susunan bersentuh seperti rupa bunga ros itu disusun teknik sentuh. Jalinan yang dihasilkan oleh pelajar ini adalah jalinan tampak. Pelajar ini menggunakan warna asas dan warna sekunder dalam hasil seninya. Penggunaan warna

banyak warna asas berbanding warna sekunder kerana kuasa warna sekunder sederhana lebih lemah daripada warna asas. Gaya persembahan pelajar ini begitu menarik sekali. Struktur yang digunakan dalam persembahannya adalah struktur pancaran. Susunan yang harmoni di mana seronok apabila dipandang kerana pelajar ini menggunakan warna dari kumpulan yang sama. Hasil kerja

Page 9

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

pelajar ini juga nampak seimbang di mana imbangan simentri di bahagian kiri sama dengan kanan. Ciri-ciri ciptaan seni yang bersimentri biasanya berpusat di bahagian tengah dan hasil kelihatan dirancang dengan teliti dan terkawal mengikut grid tertentu. Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. Melalui gambar corak murid yang disertakan di atas, jelas kelihatan bahawa unsur dan objek yang dapat memberi gambaran sebenar tentang prinsip penegasan melalui penghasilan warna garang ( warna merah ) yang terdapat pada objek bunga tumbuhan tersebut.Bunga yang sedia ada mempunyai warna yang kontra jika dibandingkan dengan daun, dan ini menunjukkan wujudnya unsur penegasan. Oleh yang demikian, dalam sesuatu hasil karya yang baik, penggunaan warna yang betul serta sesuai dapat memberi unsur penegasan terhadap objek yang dihasilkan di samping kedudukan objek yang diletakkan pada bahagian hadapan. Pelajar ini membuat corak terancang. Pelajar ini menyedari adanya pelbagai jalinan pada bahan untuk dijadikan corak. Pelajar ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dari jenis sayuran untuk membuat corak seperti karot, kacang bendi, batang betik, petola, batang sawi dan kacang botol.

c) Pengetahuan budaya Masyarakat Malaysia menyamakan warna dengan objek alam sekeliling. Begitu juga dengan pelajar ini. Melalui percakapan saya dengan pelajar ini, beliau memberitahu bahawa karot itu berwarna oren. Oleh itu, beliau menggunakan warna oren pada corak geometri itu.

Page 10

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

2.5
Penggunaan bahan semulajadi, seperti kobis yang di potong segitiga menyerupai corak pucuk rebung yang mereka biasa lihat pada kain batik sarung ibu mereka.

Pelajar E

a) Perlakuan Jenis susunan reka corak motif adalah jalur. Pemilihan warna oleh pelajar ini dalam hasil seninya bagi menimbulkan kesan nilai estetik melalui penggunaan antara warna. Penyesuaian jenis garisan dalam karya pelajar ini sesuai dengan penyusunan corak. Pelajar ini mampu mengatur motif dengan baik berdasarkan garisan grid secara menegak dengan menggunakan kacang bendi. Pemilihan bahan yang pelbagai seperti bentuk bulat dihasilkan dari ubi kentang, garisan dari kacang bendi dan bentuk segi tiga dari kubis menjadikan hasil seni bertambah menarik. Pelajar ini dapat memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pendidikan seninya. Dengan bahan-bahan itu, pelajar dapat mengolah dan mengubah suai untuk dijadikan corak. Pelajar ini mengenal unsur corak seperti yang telah diajar dan diaplikasi dalam karyanya. Corak yang dihasilkan adalah corak terancang dan disusun secara jalur. Penerokaan warna oleh pelajar ini mampu menjadikan hasil seninya lebih menarik. b) Persepsi Dari segi imbangan, hasil seni pelajar ini nampak tidak stabil. Ini dikenali imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada gubahan tidak sama. Kesan kontra boleh dilihat dalam karyanya iaitu bentuk seperti pucuk rebung dan diwarnai dengan biru. Di situ wujud kesan kontra. Kontra banyak diaplikasi dalam gubahan visual kerana dapat menjadikan hasil seni berpelbagai dan lebih menarik. Dari segi warna, pelajar ini mampu menggunakan warna dengan baik. Warna latar belakang dengan warna corak adalah sewarna walau pun dimasukkan warna biru pada corak seperti pucuk rebung itu.

Page 11

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

Hasil seni pelajar ini saya begitu tertarik pada corak pucuk rebung itu kerana kesan jalinan sentuh pada sayur kubis dijadikan corak. Ini menunjukkan pelajar ini menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. Ini boleh meningkatkan kreativiti pelajar. Susunan corak yang dihasilkan seperti terdapat pada kain sarung. Hasil pertanyaan saya pada pelajar ini, beliau mendapat idea daripada kain sarung ibunya. Beliau menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka.

c) Pengetahuan budaya Corak geometri tradisional adalah corak asas seperti segi empat, bulatan dan segi tiga. Corak-corak ini kemudiannya boleh membentuk corak yang lebih kompleks apabila digabungkan sesama sendiri ataupun dengan corak yang lain. Corak geometri juga boleh diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat seperti contoh, bentuk bulatan. Dalam hasil seni ini terdapat corak bulat dan segi tiga. Pelajar ini mampu mengenal dan membuat corak tradisional yang mudah.

Page 12

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

3.0 SOROTAN KAJIAN Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Walau bagaimana pun, corak dan rekaan kanak-kanak dikaitkan dengan makna dan simbol. Simbol dalam karya seni adalah makna yang terkandung dalam sebuah karya seni. Ia boleh wujud berupa garisan, bidang, ruang dan warna. Daripada pemerhatian yang telah dibuat pada hasil karya murid, didapati murid-murid ini menyukai warna yang terang seperti warna merah, kuning dan oren. Warna juga mempunyai komposisi tertentu sebagai peranan dalam berkarya. Dalam perkembangan dunia seni lukis barat, pelukis menggunakan warna sebagai menimbulkan objek yang dilukis. Dalam catan relisma warna digunakan sebagai memperkenalkan objek yang dilukis agar menepati bentuk asal, misalnya melukis buah-buahan, warna-warna di campur agar menimbulkan rupa objek sebenar. Warna juga digunakan sebagai alat representasi pelukis dalam menterjemahkan makna. Oleh yang demikian, warna mempunyai peranan sebagai menentukan komposisi artistik dalam sesebuah karya. Antara lain tujuan warna ialah: 1. Memberi kualiti ruang dalam satah gambar dalam karya seni. 2. Menghasilkan kesan suasana dan idea yang tersirat. 3. Memberi kesan ekspresi dari perasaan dan emosi diri pelukis. 4. Untuk menarik perhatian secara langsung terhadap penumpuan objek dari segi komposisi dan organisasi pengkaryaan. 5. Bagi menimbulkan kesan nilai estetik melalui penggunaan antara warna. 6. Memberi kesan penampilan objek yang dilukis.

Page 13

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

Kepentingan warna dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian manusia. Misalnya warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan kesan ruang (Azhar et. al, 2004). Menurut Ryan dan Conover (2004) warna dapat berkomunikasi dengan serentak dalam pelbagai cara seperti estetika, budaya, emosi dan persendirian Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu: 1. Warna sebagai warna 2. Warna sebagai representasi alam 3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.

1. Warna sebagai warna memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.

2. Warna sebagai represtasi alam bermaksud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.

3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau simbol tertentu misalnya; warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri warna Biru: perpaduan, keagungan, keriangan warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelapan dan lain-lain

Page 14

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan paling penting mengetahui tentang teori warna dan psikologi warna. Walau bagaimana pun manusia mempunyai latar budaya yang berbeza mengikut budaya masing-masing (Silayoi dan Speech, 2004). Misalnya, merah dikaitkan dengan kebudayaan orang-orang Cina dan hijau mempunyai perkaitan dengan Islam (Azhar et al, 2004). Dalam corak dan rekaan murid, simbol garis digunakan. Garisan adalah cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu. Terdapat banyak jenis garisan yang menarik di alam sekeliling, pada objek alam semula jadi dan juga benda buatan manusia. Aplikasi jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan. Garisan dapat memberikan kesan pergerakan dan simbol tertentu.

Garisan menegak menimbulkan perasaan teguh dan stabil.

Garisan melintang memberi kesan ketenangan, kedamaian dan hal yang tak bergerak

Garis tegak yeng membengkok memberikan kesan sedih, lesuh dan duka.

Horizontal berirama memberikan kesan malas, dan ketenangan menyenangkan.

Garis-garis memancar memberi kesan pemusatan, letusan tiba-tiba,bertenaga

Garis lengkung memberi makna gerakan

Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang dilukis akan memberi makna tertentu. Pucuk rebung yang terdapat dalam karya pelajar amat sinonim dengan kepercayaan apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan masalah apabila

Page 15

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan menjadi keras apabila menjadi buluh. Corak geometri juga boleh diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat seperti contoh, bentuk bulatan. Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran ataupun sebagai simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang lain.

4.0 PENUTUP Kesimpulannya, aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual melalui seni. Melalui aktiviti mencorak dan rekaan, guru memberi peluang kepada pelajar untuk membina corak mereka serta mencipta rekaan mereka sendiri berdasarkan pengamatan, pemikiran serta kreativiti mereka sendiri. Inilah peluang bagi mereka untuk memperlihatkan kemapuan dan kebolehan mereka serta meluahkan ekspresi diri mereka melalui corak dan rekaan mereka. Guru seharusnya memainkan peranan penting menghargai dan memberi dorongan kepada pelajarnya selaras dengan memberi ilmu serta dapat meningkatkan perkembangan mental dan fizikal mereka. Justeru peranan guru Pendidikan Seni di sekolah perlu dipertingkatkan. Bukan setakat mengajar bahkan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan. Pelajar perlu memahami akan fungsi karya seni berkenaan. Menurut pandangan ahli falsafah dan sejarawan Hauser; A work or art is a challenge; we do not explain it, but we adjust ourselves to it.

(3607 patah perkataan)

Page 16

NUR RASHIDAH BT YUSOF


740723065486 HBAE2103SMP

APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Baha Zain, Dr Zakaria Ali, Nur Hanim Khairuddim, Sharifah Zuriah AlJeffri dan Rosihan Juara ( 1997 ), Alam, Seni dan Perjalanan Pekan Seni Ipoh. Perak : Yayasan Kesenian Perak. Haslinda Madon ( 2007 ), HBAE 1403 Menggambar. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd. Kathleen Chee (2004) .Fokus e-masteri SPM Pendidikan Seni Visual, Bangi, Selangor : Penerbitan pelangi Sdn Bhd. Mohd Zaihidee Hj Arshad ( 2011 ), HBAE 2103 Corak Dan Rekaan. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd Teeart (2009), Corak Terancang, (atas talian), http://www.images.teearts.multiply.com (20.2.2013). http://artzskill.blogspot.com/p/bidang-mencorak-dan-membuat-rekaan.html diakses 9 pagi bertarikh 25.2.2013 http://lowchaiyen.blogspot.com/2011/12/mencorak-dan-membuat-rekaan-10corak.html diakses pada 3 petang bertarikh 21.2.2013

Page 17

Você também pode gostar