Você está na página 1de 2

Pasangan Minimal

Pasangan minimal adalah satu cara mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi kosonan d dan l dan meminta murid menyebut berulang-ulang kali sehingga mahir. Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, kita dapat pelbagai kebaikan kepada pelajar. Antaranya ialah dapat melibatkan murid secara

langsung dalam aktiviti pembelajaran selain murid dapat membunyikan sesuatu perkataan terutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu, bahan ini mudah alih selain dapat membantu pelajar dengan melihat gambar seterusnya menyebut nama gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-kanak pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir sama bunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian, murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti ini diulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan dengan bunyi yang betul sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

PEMBELAJARAN SECARA BERPASANGAN

Konsep
Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerja sama merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa amalan professional.

Objektif
Melalui pembelajaran berpasangan pelajar dapat : Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal

berasaskan ungkapan two heads are better than one. Berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran, cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka. Berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar. Mengaji kelemahan pengajaran dan pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya. Memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai. Meningkatkan kreativiti.

Você também pode gostar