Você está na página 1de 10

Laporan Amali 1 EKOSISTEM TANAH BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Tujuan: Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza. Pengenalan : Ekosistem merupakan suatu persekitaran di mana berbagai binatang, besar atau kecil, termasuk orgnisma mikro, tumbuhan, tanah tanih dan manusia saling berinteraksi. Kita mempunyai pelbagai ekosistem di mana setiap ekosistem ini dihuni oleh berbagai haiwan dan tumbuhan di dalam persekitaran yang berlainan. Ekosistem terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup sperti air, tanah, kelembapan, udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Makrofauna adalah organisma darat atau laut yang panjang tubuhnya lebih daripada atau sama dengan satu milimeter. Makrofauna terdiri daripada herbivor dan karnivor. Antaranya adalah seperti cacing, ketam, kelabang, kutu, kala jengking, belalang, kumbang, anai-anai, cengkerik dan semut serta haiwan-haiwan kecil lain yang bersarang dalam tanah, seperti ular, tikus, cicak dan lain-lain. Mikrofauna pula merujuk kepada haiwan kecil dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop, seperti protozoa, nematoda , arthropoda kecil dan lainlain. Terdapat bahagian-bahagian lain mikrobiota, seperti kulat dan bakteria. Mikrofauna tanah sangat penting pada penguraian dalam ekosistem.
1

Di dalam kajian tanah, organisma makrofauna yang besar boleh dikumpulkan dengan menggunakan tangan atau disingkir keluar dengan tapis jaring terbuka. Untuk makrofauna yang kecil pula, Corong Tullgren digunakan dengan cara sampel tanah diletakkan di atas jaring dawai dan lampu dinyalakan. Cecair formalin atau alkohol di dalam bikar diletakkan di bawah corong tersebut dan dibiarkan selama dua hari. Teknik ini mengaplikasikan gerak balas negatif haiwan terhadap cahaya yang terang, kelembapan yang rendah dan suhu yang tinggi. Lampu yang diletakkan di bahagian atas akan menghalau haiwan tersebut untuk bergerak ke bahagian bawah dan akan terjatuh melalui corong. Haiwan tersebut akan terperangkap di dalam cecair formalin tersebut. Kajian ini merupakan kajian terhadap kelpelbagaian hidupan di dua lokasi yang dipilih, iaitu kawasan terdedah dan kawasan berteduh di bawah pokok.

Keputusan: Jenis Lokasi Ciri-ciri Lokasi Tahap naungan Jenis tumbuhan Warna tanah Kekeringan/Kelembapan Kepadatan tanah Tekstur tanah pH tanah Lokasi 1 kawasan terdedah rumput perang dan merah kurang lembap padat pasir halus pH7 Jadual 1 Lokasi 2 kawasan berteduh pokok hitam lembap kurang mampat tanah gambut pH5

Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 Kumpulan Makrofauna Besar Bilangan @ lokasi 1
2

Bilangan @ lokasi 2

Semut merah Cacing Makrofauna Kecil

3 1 tiada Jadual 2

8 2 tiada

Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah Kumpulan Makrofauna Semut merah Cacing Jadual 3 Bilangan 11 3

Pemerhatian melalui kanta tangan Makrofauna Semut merah Cacing Jadual 4 Kumpulan

Kriteria makrofauna Makrofauna Bilangan kumpulan per liter tanah Bilangan semut merah per liter tanah Bilangan cacing per liter tanah Jadual 5 Lokasi 1 2 3 1 Lokasi 2 2 8 2

Perbincangan Soalan: 1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut.
3

Tanah boleh dikelaskan kepada tanah berpasir, tanah rumput, tanah poros, tanah halus, tanah liat dan lain-lain lagi disebabkan oleh proses modifikasi yang terjadi kepada tanah-tanah tersebut berpunca dari perubahan iklim, organisma, dan juga topografi atau permukaan muka bumi. Oleh itu, lokasi yang berbeza pasti akan mewujudkan makrofauna yang berbeza. Daripada keputusan yang diperolehi, sampel tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih makrofauna berbandingkan dengan sampel tanah dari Lokasi 1. Ini adalah mungkin disebabkan oleh suhu di Lokasi 2 lebih rendah kerana diteduh oleh pokok. Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah pokok yang lembap. Kawasan bawah pokok ini sejuk dan ditutupi dengan dedaun ranting yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini kurang padat. Tanah Lokasi 1 pula diambil dari kawasan terdedah, iaitu kawasan lereng bukit. Tanah Lokasi 1 adalah lembap kerana ditumbuhi rumput. Suhu di Lokasi 1 adalah lebih tinggi kerana tidak dilindungi daripada pancaran Matahari.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Antara peranan yang dimainkan oleh makrofauna ini adalah mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur atau laluan kahas bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti seharian seperti mencari makanan, melindungi diri dan membiak. Ini menyebabkan struktur tanah menjadi lebih berongga. Jadual berikut menunjukkan peranan pelbagai jenis makrofauna. Jenis Makrofauna Semut

Ciri dan peranan makrofauna kepada tanah Penambahbaikan kapasiti atau kandungan tanah untuk menakung air. Mengubah persekitarab fizikal dan kimia tanah. Membina liang dalam tanah di mana ianya amat diperlukan
4

untuk pertumbuhan akar. Cacing tanah Gaul hasil reputan daun di atas tanah. Bawa tanah dari satulapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah- lubang digalinya. Tinja mengandungi kalsium- menyubur tanah.

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh: kulat, nematode), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir; di mana ia bermula dan berakhir (contoh: di bahagian atas rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organism di bahagian atas mati?

g1

g2

e1 a h e2 f e3

b c

d i

a b c d e1 e2

Tumbuhan Bahan organik Bakteria Protozoa Nematod (pemakan akar) Nematod (pemakan kulat dan bakteria)

e3 f g1 g2 h i

Nematod (pemangsa) Kulat Arthropod (pencincang) Arthropod (pemangsa) Burung (haiwan) Tikus (haiwan)

Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai.
6

Tumbuhan hijau merupakan pengeluar kerana dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis dengan adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga daripada Matahari. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. Organisma lain yang memakan tumbuhan atau organisma lain merupakan pengguna kerana tidak dapat menghasilkan makanan. Pengurai pula merupakan organisma yang memecahkan organisma mati atau reput, dan dalam berbuat demikian menjalankan proses semula jadi penguraian. Seperti herbivor dan pemangsa, pengurai adalah heterotrophic, yang bermaksud bahawa mereka menggunakan substrat organik untuk mendapatkan tenaga, karbon dan nutrien untuk pertumbuhan dan pembangunan. Berdasarkan kepada rajah jaringan makanan yang diberi, rumput berperanan sebagai pengeluar. Rumput memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya untuk proses fotosintesis. Arthropod, burung dan tikus pula merupakan konsumer dalam jaringan makanan. Konsumer merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar untuk memperoleh tenaga. Bateria, kulat, protozoa dan nematod pula merupakan pengurai. Rantai makanan di atas ialah rantai makanan detritus dan rantai makanan grazing. Bagi rantai makanan parasite, organisma peringkat yang berturut-turut menjadi semakin kecil (akar rumput sehingga ke nematod). Manakala bagi rantai makanan biasa, organisma semakin besar. Dalam hal pemindahan tenaga bagi kedua-dua rantai makanan ini tidak ada perbezaan yang besar. Kira-kira 80%90% tenaga daripada setiap pringkat hilang. Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati (burung dan tikus), nutrien dan tenaga akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah itu sendiri. Dalam situasi ini, ulat-ulat (nematod) memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi kepada burung dan tikus. Oleh itu, nutrien dan tenaga kembali berkitar. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada Matahari.

4. Apakah kumpulan organism yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan organism yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini? Mesofauna tanah adalah invertebrata antara 0.1mm dan 2mm dalam saiz, yang hidup di dalam tanah atau di dalam lapisan sampah daun di permukaan tanah. Ahli biasa kumpulan ini adalah nematod, hama, springtails (collembola), proturans dan paurapods. Mereka memainkan peranan penting dalam kitaran karbon dan mungkin akan terjejas oleh perubahan iklim. Mesofauna Tanah memakan pelbagai bahan termasuk mikroorganisma, haiwan tanah lain, tumbuhan hidup atau reput, kulat, alga, liken, spora, dan debunga. Spesies ini membuka saliran air dan udara dalam tanah dengan menguraikan akar tumbuhan. Mikrofauna pula merupakan haiwan kecil dan organisma uniselular yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop seperti fungi, bakteria dan aktinomisetes. Kebiasaanya mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0.1mm. Kebanyakkan mikrofauna dipanggil cryptozoa, haiwan yang tidak dapat digambarkan oleh sains. Organisma-organisma ini berfungsi sebagai pengurai melalui pemakanan dan memproses partikel-partikel organik kecil di dalam tanah yang telah mendap. Selain itu juga, mikrofauna juga boleh didapati di dalam usus organisma yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulosa di dalam usus tersebut.

5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah. Pengurusan tanah boleh memberi kesan kepada kesihatan tanah. Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakan. Kawalan biologi mempunyai kelebihan berbanding dengan penggunaan racun kimia yang boleh mendatangkan pencemaran alam.

Selain itu, penggunaan baja organik seperti baja tahi dan enzim juga dapat mengekalkan kesihatan tanah. Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini ialah dapat mengelakkan kerosakan pH tanah. Ini adalah kerana penggunaan baja kimia untuk masa yang panjang akan menyebabkan tanah pertanian tidak subur. Penggunaan baja organik adalah selamat dan amat praktikal untuk digunapakai oleh petani-petani tempatan, tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah didapati di negara kita dan murah diperolehi oleh para petani. Yang penting sekali, baja organik tidak akan menjejaskan kesihatan orang yang menggunakannya.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbangkan kepada fungsi tanah di dalam ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan? Biota tanah merupakan sekumpulan organisma yang menjadikan tanah sebagai habitat untuk hidup. Antara contoh-contoh biota tanah ialah cacing, rhizophora, magistophora, bakteria, cendawan, akar tumbuhan dan lain-lain. Biota tanah menyumbang kepada kesihatan tanah. Tanah yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian. Kitaran nutrien dalam tanah seperti kitar oksigen nitrogen dan lain-lain yang dihasilkan dapat digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup. Biota tanah ini memainkan peranan utama di semua peringkat dalam makanan mikro web di mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagai nutrien akibat dikitar semula melalui persekitaran tanah. Selain itu, penguraian bangkai oleh pengurai juga menghasilkan nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk membesar dengan baik.

Kesimpulan: Ekosistem tanah adalah penting bagi kehidupan makrofauna. Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Makrofauna ini memainkan peranan yang penting dalam membekalkan nutrisi kepada tumbuhan dengan menguraikan kebanyakan benda hidup secara semula jadi. Didapati makrofauna di Lokasi 2 adalah lebih banyak bilangannya berbanding dengan Lokasi 1. Ini adalah disebabkan keadaan
9

Lokasi 2 yang lebih sesuai untuk seperti suhu yang lebih tinggi dan tanah yang lebih lembap.

Bibliografi (2003, Februari 26). Bahagian 3: Ekosistem Tanah Lembap. Diperoleh dari http://www.wildlife.sabah.gov.my/edu/tanah%20lembab/bahagian%203.pdf Agriculture. (2012, Februari 22). Biologi Tanah. [Web log post]. Diperoleh dari http://riskyridhaagriculture.blogspot.com/2012/02/biologi-tanah.html Sekolah Menengah Teknik Alor Star. Nota Sains Pertanian: Tanah. Diperoleh pada 3 Mac 2013 dari http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/ Wikipedia. Fauna. Diperoleh pada 4 Mac 2013 dari http://id.wikipedia.org/wiki/Fauna#Makrofauna Wikipedia. Mikrofauna. Diperoleh pada 4 Mac 2013 dari http://id.wikipedia.org/wiki/Mikrofauna Wikipedia. Soil Mesofauna. Diperoleh pada 4 Mac 2013 dari http://en.wikipedia.org/wiki/Soil_mesofauna Wikipedia. Tanah. Diperoleh pada 4 Mac 2013 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah

10

Você também pode gostar