Você está na página 1de 11

ISI KANDUNGAN

1.0Pengenalan....................................................................................................... 1 2.0Definisi.............................................................................................................. 2 3.0Model/Kaedah................................................................................................... 3 4.0Kajian Perlaksanaan.......................................................................................... 5 5.0Contoh-contoh Instrumen Penyeliaan...............................................................6 6.0Rujukan............................................................................................................. 7 7.0Lampiran A: Borang Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Panitia Sains SMK Berangan............................................................................................... 9

1.0

Pengenalan

Boardman et al (1953:3) yang dirujuk dalam Portal Komuniti Warga Pendidikan Warga Pendidikan Daerah Kerian (2008) menyatakan bahawa penyeliaan merupakan suatu aktiviti untuk memantau, menyelia atau membimbing dan juga untuk merangsang aktiviti merkea yang lain dengan tujuan untuk memperbaiki prestasi mereka. Penyeliaan dalam pengajaran merupakan apa juga tindakan yang dilakukan ke atas kakutangan dengan tujuan melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah. Samsudin Md Noor (2003) menyatakan bahawa guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang,

perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Oleh itu pencapaian kecekapan dalam pengurusan pengajararan dan pembelajaran memerlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Alfonso et al (1980) yang dirujuk dalam Portal Komuniti Warga Pendidikan Warga Pendidikan Daerah Kerian (2008) menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkahlaku yang dipertanggungjawabkan secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada guru untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterusnya mencapai matlamat yang ditetapkan.

2.0

Definisi

Menurut Wan Mohd Zahid (1987) dalam Portal Komuniti Warga Pendidikan Warga Pendidikan Daerah Kerian (2008), penyeliaan adalah satu proses memerhati, membimbing dan memberi maklumbalas kepada aktiviti

profesional oleh penyelia ke atas stafnya. Ibrahim Mamat (1993) dalam portal yang sama juga menjelaskan bahawa penyeliaan pendidikan bermaksud memberi pimpinan kepada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Rabiah Sidin (1994) pula menambah bahawa penyelian dapat membantu guru meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Al Ramaiah (1999) pula, penyeliaan adalah satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan

membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka mempunyai lebih keupayaan untuk menjalankan semua fungsi berkaitan pengajaran. Selain itu, Mohd Salleh Lebar (2000) juga menjelaskan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan mempunyai perkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi salah satu tugas utama pentadbir iaitu gurubesar atau pengetua sebagai satu perkembangan bidang profesional pengurusan.

Ponticelli dan Zepeda (2004) menyatakan bahawa penyeliaan merupakan proses untuk menyampai dan meningkatkan fungsi intelektual guru, kebolehupayaan membuat keputusan dan keupayaan untuk mengubah sikap pengajaran mereka sendiri.

3.0

Model/Kaedah

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kaedah yang sistematik dan bermatlamat. Walau bagaimanapun, kebiasaannya pengetua akan melakukan penyeliaan dengan cara masuk ke dalam kelas, memerhati pengajaran guru dan jarang memberi komen tentang pengajaran berkenaa. Ini merupakan bentuk penyeliaan yang tidak berkesan kerana tidak mencapai sebarang matlamat. Salah satu model penyeliaan yang sangat popular digunakan ialah penyeliaan klinikal (Pajak, 2001). Model klinikal bergantung kepada pemerhatian dalam bilik darjah dan mendapatkan maklumbalas daripada guru dan juga murid. Sutawan (2007) merujuk Richard Welles yang mentakrifkan penyeliaan klinikal sebagai suatu bentuk supervisi yang difokuskan pada pembaikan mengajar dengan mengunakan kitaran yang sistematik dalam perencanaan dan pemerhatian serta analisis yang intensif dan tepat tentang penampilan mengajar yang nyata serta bertujuan mengadakan perubahan dengan cara yang rasional. Fokus penyeliaan klinikal adalah penampilan guru yang sebenar dalam kelas dan guru menjadi peserta yang aktif dalam proses penyeliaan berkenaan.

Model ini menggunakan proses kitaran yang terdiri daripada tiga tahap iaitu tahap pertemuan pendahuluan, tahap pengamatan dan tahap umpan balik (Sutawan, 2007). Di dalam tahap pertemuan pendahuluan, penyelia dan guru membincangkan ketrampilan mengajar yang akan diamati dan dicatat semasa proses pembelajaran supaya guru dapat menterjemahkan bentuk tingkah laku pengajaran yang boleh diperhatikan dalam penyeliaan berkenaan. Di tahap kedua iaitu pengamatan mengajar, penyelia akan memerhati, mencatat dan merekodkan tingkah laku guru semasa mengajar berdasarkan kepada komponen ketrampilan yang telah dibincangkan. Tahap terakhir iaitu pertemuan umpan balik merupakan langkah analisis di mana penyelia harus memberikan data yang objektif, menganalisa dan mengintepretasikan secara kooperatif bersama dengan guru bertujuan untuk memperbaiki pencapaian guru berkenaan. Kajian oleh Glanz (2005) pula menggunakan kaedah kajian tindakan untuk menyelia pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Miller dan Dollarhide (2005) pula mengemukakan model penyeliaan seperti Model Penyeliaan Kaunselor Sekolah yang menggunakan grid 3 x 3 x 4 dan memberi fokus kepada penyeliaan peranan kaunselor dan setiap aktivitinya. Brooks et al (2007) pula menggunakan kaedah Three-minute classroom walk-through berdasarkan model klinikal (pemerhatian) untuk menyelia pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

4.0

Kajian Perlaksanaan

Penyeliaan merupakan suatu aktiviti yang kurang diberi tumpuan oleh pentadbir di sekolah (Abdul Rahman, 1987 disebut dalam Portal Pendidikan Warga Pendidikan Daerah Kerian, 2008) dan kajian oleh Pinckney dalam Boardman et al (1993) menunjukkan masa penyeliaan oleh pengetua harus ditingkatkan kepada 30%. Walau bagaimanapun, penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dan harus dilaksanakan sebagai sebahagian daripada rutin pentadbiran sekolah (Normah Daud, 2006). Faridah et al (2005) telah membuat kajian tentang kesan penyeliaan pihak pengurusan terhadap kecemerlangan kerja guru di SM Teknik Kluang dan mendapati bahawa penyeliaan menjadi salah satu pendorong perubahan guru terhadap profesion mereka dan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran mereka. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran juga telah dapat mengenalpasti amalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan di kalangan guru pelatih Sains semasa praktikum oleh Thangavelo et al (2003). Sutawan (2007) juga telah menerangkan bagaimana penyeliaan klinikal dapat dilaksanakan dengan menggunakan rakan sekerja dalam penyeliaan sebagai salah satu teknik membantu dalam meningkatkan profesionalisme

pengajaran. Di dalam Glanz (2005), penyeliaan menggunakan kajian tindakan merupakan proses yang melibatkan guru dalam dialog instruksional dan meningkatkan refleksi untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Di dalam artikel ini 5

dua kajian kes dikemukakan untuk menerangkan bagaimana kajian tindakan digunakan untuk menyelia pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ponticelli dan Zepeda (2004) pula telah melaksanakan kajian perlaksanaan penyeliaan dalam tempoh dua tahun melibatkan 100 guru sekolah rendah dan menengah untuk menentukan bagaimana penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di sekolah masing-masing.

5.0

Contoh-contoh Instrumen Penyeliaan

Terdapat pelbagai instrumen penyeliaan yang boleh digunakan seperti soalselidik dan juga borang senarai semak. Di SMK Berangan, Panitia Sains menyediakan Borang Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran yang dilampirkan dalam Lampiran A di mana ia menunjukkan penyeliaan dari empat aspek utama iaitu Am, Prestasi pengajaran, Latihan Bertulis dan juga Personaliti Guru (Thangavelo et al, 2003). Senarai semak pemerhatian juga digunakan dalam model penyeliaan yang diterangkan oleh Brooks et al (2007) iaitu penggunaan kaedah Three-Minute Classroom Walk-Through Selain daripada Borang Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran, soal selidik tertutup sebagaimana yang digunakan dalam Faridah et al (2006) juga boleh digunakan sebagai instrumen penyeliaan.

6.0

Rujukan

Adi Badiozaman Tuah (2003). The Headmaster-As-A-Mentor: A Mentoring Model For Rural Primary School of Sarawak.

Brooks, N. J., Solloway, S. G. & Allen, L. A. (2007). Instructional Supervision and Curriculum Monitorings: Reinterpreting the Principals Role through the Arts of Inquiry, J. Pers. Eval. Educ (2007) 20:7-16

Choy, S. K. & Khaw, A. H. (2003). Satu Kajian Kes Tentang Jenis dan Kekerapan Penggunaan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik oleh Guru Pelatih KDPM Semester Empat (Ambilan Julai 1999). Dari laman web: http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_choy. pdfs

Faridah, M. P., Noridah, R. & Siti Rahmah, M. (2005). Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan Kerja Guru di SM Teknik Kluang, Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan UTM, 15 Okt 2005

Glanz, J. (2005). Action Research as Instructional Supervision: Suggestions for Principals, National Association of Secondary School Principals, NASSP Bulletin, Jun 2005; 89, 643

Miller, G. M. & Dollarhide, C. T. (2006). Supervision in Schools: Building Pathways to Excellence. Counselor Education and Supervision, Jun 2006: 45, 4

Normah Daud (2006) Kepimpinan Instruksional Sebagai Pembudaya Kecemerlangan (Satu Perkongsian Pengalaman Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu). Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2, Institut Aminuddin Baki Utara, 27 hingga 30 November 2006. Laman web: http://www.iabu.moe.gov.my/Kertas2.pdf

Pajak, E. (2001). Clinical Supervision in a Standards-Based Environment. Journal of Teacher Education, 52.3 (May 2001), p. 233. <http://find.galegroup.com.newdc.oum.edu.my/ips/start.do?prodId=IPS> 7

Ponticelli, J. A. & Zepeda, S. J. (2004). Confronting Well-learned lessons in Supervision and Evaluation, National Association of Secondary School Principals, NASSP Bulletin, Jun 2004: 88, 639

Portal Komuniti Warga Pendidikan Daerah Kerian (2008). Penyeliaan pengajaranPembelajaran. Dari Laman Web: http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php? name=News&file=article&sid=40Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

SAFII (2002). Supervisi Pendidikan Agama Islam pada Sekolah Dasar. Dept. Pf Tarbiyah. Dari Laman web: http://sman7.cyberschooldps.net

Sutawan, I. G. (2007). Supervisi Klinis oleh Teman Sejawat Sebagai Salah Satu Teknik Membantu Dalam Meningkatkan Profesionalisme. Artikel Guru, 30 September 2007, Dari Laman web: http://sman7.cyberschooldps.net

Thangavelo, M., Azman, J. & Rodziah, I. (2003). Amalan dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemian Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum: Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Dari Laman Web: http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/thangavelo MPSAHkk.pdf

Von Hagen, K. (2000). Teacher Supervision, Growth and Review: A differentiated Model and Process for Yellowknife Catholic Schools. Yellowknife Cathloic Schools.

7.0

Lampiran A: Borang Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Panitia Sains SMK Berangan BORANG PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nama Guru: .. Tingkatan:..


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN C 1. AM 1.1 Penyediaan rancangan pengajaran 1.2 Penyediaan alatan/bahan mengajar/rancangan (persediaan) 1.3 Penyediaan objektif pengajaran 2. PRESTASI PENGAJARAN 2.1 Pengetahuan mengenai bahan yang diajar 2.2 Keragaman sumber bahan pengajaran 2.3 Penyampaian pengajaran (kaedah) 2.4 Penguasaan bahasa guru 2.5 Suara yang digunakan- sesuai, terang dan jelas 2.6 terang dan jelas Penggunaan papan hijau 2.7 Kebolehan melibatkan murid mengambil bahagian dalam P&P 2.8 Interaksi guru-murid 2.9 Penggunaan BBM 2.10 Kebolehan mewujudkan suasana yang ceria untuk P&P 2.11 Pengawasan/tumpuan perhatian terhadap murid 2.12 Pemberian pujian/galakan kepada murid 2.13 Reaksi/sambutan murid 2.14 Aktiviti pengukuhan yang dibuat 2.15 Keberkesanan pengajaran 3. LATIHAN BERTULIS 3.1 Kekerapan 3.2 Kuantiti 3.3 Kesesuaian/mutunya 3.4 Keragaman sumber bahan latihan 3.5 Pemeriksaan/semakan segera 4. PERSONALITI GURU 4.1 Keyakinan pada diri sendiri 4.2 Kestabilan emosi 4.3 Kesesuaian perawakan 4.4 Dayausaha

Mata Pelajaran: Tarikh : . Masa : ..


B S M KM CATATAN

KESIMPULAN PEMERHATIAN: .. Tanda Tangan Guru ( Nama : Nota : C= CEMERLANG B= BAIK S= SEDERHANA M= MEMUASKAN KM= KURANG MEMUASKAN Tanda Tangan Pencerap )

10

Você também pode gostar