Você está na página 1de 2

EKSPERIMEN 4.1 TUJUAN: Untuk menyiasat keadaan-keadaan yang membolehkan percambahan biji benih.

HIPOTESIS: Biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai untuk bercambah. RADAS: Bikar 250 ml, Kapas, Peti Sejuk, Penitis, Silinder Penyukat BAHAN KIMIA: Biji benih, Minyak, Air Suling, Air Mendidih yang telah disejukkan. LANGKAH-LANGKAH: A. KEADAAN AIR 1. Dua bikar 250 ml disediakan dan diletakkan dengan kapas. Kedua bikar dilabelkan dengan A (1) dan A(2). 2. Kapas pada bikar A (1) dibasahkan menggunakan air suling. 3. Kedua-dua bikar tesebut diletakkan biji benih dan dibiarkan selama 3 hari. 4. Pemerhatian semasa 3 hari tersebut direkodkan.

B. KEADAAN SUHU 1. Dua bikar 250 ml disediakan dan dilabelkan dengan B (1) dan B (2). 2. Kedua-dua bikar diletakkan biji benih. 3. Bikar B (1) diletakkan di dalam peti sejuk manakala bikar B(2) diletakkan di tempat yang kena cahaya matahari. 4. Kedua-dua bikar dibiarkan dan pemerhatian semasa 3 hari direkodkan.

C. KEADAAN UDARA 1. Dua bikar 250 ml disediakan dan dilabelkan dengan C (1) dan C (2). 2. Bikar C (1) diletakkan dengan air mendidih yang telah disejukkan dan biji benih. Kemudian, minyak dititiskan supaya menjadi satu lapisan di permukaan air tersebut. 3. Bikar C (2 ) pula diletakkan dengan air suling dan biji benih. 4. Kedua-dua bikar dibiarkan di tempat yang sama dengan suhu yang sama selama 3 hari. 5. Pemerhatian selama 3 hari direkodkan.

KEPUTUSAN: Lukis dan labelkan setiap bikar bagi keadaan air, suhu dan udara untuk SEBELUM. Lukis dan labelkan setiap bikar bagi keadaan air, suhu dan udara untuk HARI PERTAMA, HARI KEDUA DAN HARI KETIGA.

Hari Pertama: A. KEADAAN AIR A (1)

SEBELUM

HARI PERTAMA

HARI KEDUA

HARI KETIGA

DAN LUKIS DAN LABEL SETERUSNYA UNTUK A (2), B (1), B (2), C (1), C (2) PERBINCANGAN (Jawab soalan-soalan di bawah.) 1. Mengapakah kapas basah digunakan dalam eksperimen A? 2. Mengapakah air masak digunakan dalam eksperimen C? 3. Mengapakah lapisan minyak digunakan dalam eksperimen C? 4. Mengapakah bikar B (1) diletakkan di dalam peti sejuk? KESIMPULAN (Rujuk hipotesis sama ada diterima atau tidak.)

Você também pode gostar