Você está na página 1de 10

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DUNGUN TERENGGANU MINIT MESYUARAT JABATAN MATEMATIK SAINS & KOMPUTER BIL

1/2012

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : :

25 JANUARI 2012 RABU 2.30 PETANG BILIK MESYUARAT JMSK

Kehadiran : Seperti di lampiran. MINIT: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. 2.0 Sesi Taaruf 2.1 Tuan Pengerusi memperkenalkan diri sebagai Ketua Jabatan baru bagi JMSK. Beliau mula bertugas pada 2 Januari 2012 dan telah melapor diri di PSMZA pada 18 Disember 2012. Beliau telah menceritakan secara ringkas biodata beliau di mana sebelum ini beliau telah bertugas sebagai Ketua Kursus Komputer di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Beliau merasa bersyukur kerana ahli pasukan JMSK bertindak dalam satu pasukan dalam semua aktiviti yang diadakan. Tindakan : Makluman 3.0 Makluman Mesyuarat Pengurusan 3.1 Tuan Pengerusi memaklumkan maklumat daripada Mesyuarat Pengurusan. (seperti dilampiran) 4.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 4.1 Minit Mesyuarat bil. 9/2012 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Husnira Binti Hussin dan disokong oleh Pn. Hasmah Binti Jusoh. Tindakan : Makluman 5.0 Perkara-perkara Berbangkit 5.1 Makmal Matematik / Bilik Kuliah Serbaguna ( para 3.1 ) 5.1.1 Pn. Suriaty Binti Abdullah memaklumkan bilik kuliah serbaguna masih dalam proses untuk permohonan semula. Bilik kuliah serbaguna ini adalah untuk kepentingan dalam meningkatkan proses pembelajaran pelajar. Tindakan : En. Fauzi Bin Sulaiman & Pn. Suriaty Binti Abdullah Tindakan : Semua Staf Tindakan : Makluman

5.2 Kemaskini Pendawaian ( para 3.2 ) 5.2.1 Pn. Nor Juliha Binti Said memaklumkan bahawa kertas kerja permohonan kemaskini pendawaian telah diluluskan tetapi buat masa sekarang bajet belum ada. 5.3 Zon Membaca (Para 3.3) 5.3.1 Pn. Marina binti Majid memaklumkan untuk mendapatkan rak/perabut untuk meletak buku/majalah. Buku/majalah tersebut adalah berbentuk ilmiah, prosiding jabatan ataupun buku/majalah sumbangan daripada staf JMSK sendiri. Tindakan : Pn. Marina binti Majid 6.0 Laporan Unit Matematik 6.1 KKM memaklumkan telah membuat perbincangan dengan semua penyelaras kursus matematik dan telah menyelaras pemarkahan bagi : Perkara 1. Quiz 2. Theory Test 3. End of Chapter 4. Group Discussion 5. Practical Exercise /Tutorial Exercise Markah 10 markah 50 markah 25 markah 20 markah 25 markah Tindakan : Semua pensyarah 6.2 KKM juga memaklumkan satu Convention Maths akan diadakan di UMT pada 10 Mac 2012. JMSK akan menghantar wakil pelajar seramai 15 orang yang terdiri daripada semester tiga, semester 5 dan semester 6. Tindakan : Pensyarah yang terlibat 7.0 Laporan Unit Sains 7.1 KKS memaklumkan Bengkel Teknik Belajar yang dirancang pada 4 Februari 2012 telah ditunda ke 11 Februari 2012 kerana cuti berkapit. Tindakan : Semua Staf Tindakan : Pn. Nor Juliha Binti Said

8.0 Laporan Unit Komputer 8.1 KKK mengucapkan ribuan terima kasih pada yang terlibat bagi Program Perjumpaan Pelajar Baru dengan KJ JMSK pada 17 Januari 2012 jam 8.00-10.00 malam di Dewan Kuliah Utama PSMZA. Tindakan : Pensyarah Berkenaan 8.2 KKK memaklumkan Program Pupuk Murni akan diadakan pada 1 Februari 2012 untuk pelajar BB101 dan BA101 yang mengulang kursus. Diharap semua AJK yang terlibat dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh komited. Tindakan : Pensyarah Berkenaan 8.3 KKK memaklumkan beliau ada berbincang dengan KJ untuk mengadakan satu Kursus Photoshop bagi pelajar semester akhir. Kursus itu bertujuan untuk memantapkan teknologi IT dan mendedahkan enterpreneurship. Anggaran bilangan pelajar dalam 80 orang dan lokasinya di Glab1. Tindakan : Pn. Sharfah Ratibah Binti Tuan Mat 8.4 KKK memaklumkan pindaan silibus cuma melibatkan perubahan CLO dan PLO. Soalan PKK dalam bank soalan masih bolah digunapakai cuma perlu di semak bagi semula CLO dan PLO bagi soalan tersebut. Tindakan : Pensyarah Berkenaan 9.0 Laporan Kualiti 9.1 PK mengingatkan semua pensyarah JMSK iaitu : a) Semua soalan dan skema bagi PKK hendaklah disemak dan disahkan oleh KK masing-masing. b) Analisa PKK pertengahan semester hendaklah dihantar untuk diambil tindakan seterusnya. c) Pada ruangan catatan RM hendaklah ditulis refleksi dan delivery method(Kaedah pengajaran). Dan juga serah dan terima PKK. d) FRP hendaklah sentiasa dibawa ke kelas semasa kuliah. e) Pastikan PLO dan CLO disemak dan diletakkan semasa membuat soalan PKK. f) Sila maklumkan visi dan misi PSMZA kepada pelajar untuk mencapai pembelajaran berasaskan OBE. g) Hanya ujian sahaja yang dibuat salinan iaitu tiga terendah, tiga sederhana dan tiga tertinggi.
4

Tindakan : Semua Pensyarah 9.2 PK memaklumkan satu kursus CLORR dan PLORR (untuk keputusan semester lepas) akan diadakan pada 13 dan 14 Februari 2012 di Glab1. Tindakan : Semua Pensyarah 10.0 Laporan Unit Peperiksaan 10.1 PPJ memaklumkan peperiksaan pelajar MP akan diadakan pada 29 Januari 2012. Tindakan : Semua Pensyarah 11.0 Laporan Jadual Waktu 11.1 PJW memaklumkan ada perubahan jadual waktu kerana Pn. Safiah binti Awang telah cuti bersalin. Dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK kerana kerjasama dalam menyiapkan pindaan tersebut. Tindakan : Makluman 12.0 Laporan Unit Latihan Pendidikan Lanjutan 12.1 Pn. Nasrah binti Said memaklumkan Kursus CLORR & PLORR akan diadakan pada 13 dan 14 Februari 2012 di Glab1. Tindakan : Semua Pensyarah 12.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat bagi Bengkel Day of Algebra. Beliau juga memaklumkan mendapat ucapan tahniah daripada TPA kerana peratusan kehadiran pelajar yang tinggi iaitu sebanyak 82%. Tindakan : Semua Pensyarah 12.3 Beliau juga memaklumkan permohonan kursus CPCM dan PPK bermula bulan Februari 2012 dan kursusnya dijangka akan bermula pada bulan Mei 2012. Tindakan : Semua Pensyarah 12.4 Beliau juga mengingatkan kepada semua staf bahawa semua staf mesti menghadiri kursus sebanyak 10 hari dalam setahun. Tindakan : Semua Staf 13.0 Laporan Kebajikan 13.1 Penyelaras Kebajikan memaklumkan masih ada yang belum membayar yuran kebajikan jabatan dan diharap dapat menjelaskannya secepat yang mungkin.
5

Tindakan : Semua staf 14.0 Laporan 5S & Keceriaan 14.1 Pn. Wan Eliani Binti Wan Hassan mengharapkan semua ahli pasukan JMSK menghargai barang masing-masing dan tidak diletakkan di merata-rata tempat. Tindakan : Semua staf 14.2 Pn. Marina Binti Majid memaklumkan JMSK dikenali sebagai Zon 8 diketuai oleh KJ Jmsk. Beliau juga menerangkan secara ringkas iaitu : a) Jmsk akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan nama kumpulan akan merujuk kepada nama-nama buluh. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti 5S dalam kumpulan masing-masing. b) Aktiviti 5S pertama yang akan dibuat ialah tagging (lampu dan suis lampu) dan menyediakan pelan lampu. Pelan lampu akan dibuat oleh En. Nik Muhd Tasnim bin Nik Ibrahim c) Promosi 5S JMSK akan dibuat oleh En. Ab. Aziz Ikhwan Bin Wahab Tindakan : Semua staf 15.0 Hal-Hal Lain 15.1 Aktiviti Pelajar 15.1.1 Pn. Hasliza binti Hashim memaklumkan bahawa beliau selaku penyelaras aktiviti jabatan memohon semua staf memberi kerjasama iaitu menyerahkan satu salinan kertas kerja dan laporan aktiviti kepada beliau dalam bentuk hardcopy manakala softcopy hendaklah diemailkan kepada beliau. Tindakan: Makluman 15.2 Explorace Siri ke 2 15.2.1 Pn. Pazlina binti Mat Ali memaklumkan bahawa explorace siri ke 2 akan diadakan pada 16 & 17 Mac 2012 di Agro Resort, Besut Terengganu. Beliau akan memohon bajet aktiviti pelajar. Explorace ini akan dibuka untuk semua pelajar dan jika sambutannya tinggi, satu siri saringan akan dibuat untuk memilih calon yang berjaya untuk menyertai explorace tersebut. Beliau juga memaklumkan semua staf akan terlibat samaada sebelum, semasa dan selepas explorace tersebut. Tindakan: Semua staf

15.3 Curiculum Vitae (CV) staf 15.3.1 Pn. Marina Binti Majid mengingat kepada semua staf supaya menghantar cv masing-masing untuk persediaan audit MQA pada bulan November 2012. Tindakan: Semua staf 15.4 CIDOS 15.4.1 Pn. Noor Syahida Binti Shamsuddin memaklumkan kepada pensyarah yang tidak dapat masuk CIDOS sila maklumkan kepada beliau. Tindakan: Semua pensyarah 15.5 Disiplin Pelajar 15.5.1 En. Khairul Faizal Bin Abdul Hamid memaklumkan satu Taklimat Disiplin untuk Semester dua dan ke atas pada 7 Februari 2012. Pelajar yang terlibat akan diberi surat pelepasan kuliah. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau diberi buku saman yang membolehkan beliau menyaman mana-mana pelajar yang tidak mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Beliau juga memohon kerjasama semua staf JMSK untuk sama-sama memastikan semua pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Tindakan: Semua staf 15.6 Pusat Sumber 15.6.1 Pn. Rohayu Binti Ab. Wahab memaklumkan kepada semua pensyarah agar membawa pelajar masing-masing ke pusat sumber sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk lebih mengenali buku-buku yang sesuai sebagai bahan rujukan. Tindakan: Semua pensyarah 15.7 Pelajar Praktikal 15.7.1 Tuan Pengerusi memaklumkan JMSK mendapat dua orang pelajar praktikal daripada UTHM. Mereka akan tamat praktikal pada 16 Februari 2012. Pelajar praktikal itu ialah : a) Pn. Masliana Binti Yusof b) Cik Zuraida Binti Ahmad Tindakan : Makluman
7

15.8 Kursus Blog 15.8.1 Tuan Pengerusi memohon untuk dibuat satu hari Kursus Blog untuk semua pensyarah JMSK yang bertujuan memudahkan pelajar-pelajar mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan rujukan dalam blog berkenaan. Tindakan : En. Ab. Aziz Ikhwan Bin Wahab & Pn. Sharfah Ratibah Binti Tuan Mat 15.9 Program Bijak Komputer 15.9.1 Pn. Noor Rulhanim Binti Mohamad Ariffin memaklumkan kepada semua staf JMSK satu Program Bijak Komputer yang merupakan satu khidmat masyarakat kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang berumur antara 10-12 tahun. Program tersebut akan diadakan di Glab1 dan Glab2 pada 14 April 2012. Tindakan : Pn. Noor Rulhanim Binti Mohamad Ariffin & Semua staf 16.0 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. Disediakan Oleh :

( ROSAMALINA BINTI MOHD @ MOHD NOOR ) Pencatat Minit Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Disemak Oleh :

( WAN KAMISAH BINTI WAN MUHAMMAD KHALID ) Pengerusi Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

LAMPIRAN

Tugas Individu : 1. Pn. Marina Binti Majid Pelan Strategi JMSK. 2. Pn. Rosamalina Binti Mohd @ Mohd Noor Takwim 2012. 3. En. Wan Mohd Zawawi Bin Wan Yunus Projek MOU. 4. Pn. Rohayu Binti Ab. Wahab Senarai profesionalisma staf yang luar biasa. 5. En. Khairul Faizal Bin Abdul Hamid burn CD aktiviti yang telah dijalankan. 6. Pn. Safiah Binti Awang terbitkan satu majalah dan namakan majalah tersebut dengan nama yang lain daripada yang lain. 7. Pn. Nasrah Binti Said dapatkan makna tajuk majalah dan 5S dalam bahasa arab.

10

Você também pode gostar