Você está na página 1de 7

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK BIL.

5 TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat Agenda

: 11 April 2013 (Khamis) : 2.00 petang : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), PSMZA : i. ii. iii. iv. v. vi. Ucapan aluan pengerusi Pengesahan minit mesyuarat lepas Persediaan Pelaksanaan Program Pengajian Separa Masa / KSS Semester Pendek 2013 Status Pelaksanaan Student Course Survey Pemantauan P&P Pensyarah Hal-hal lain

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK BIL. 5 TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat

: 11 April 2013 (Khamis) : 2.00 petang : Bilik Mesyuarat Utama, PSMZA

Kehadiran : Seperti di Lampiran

1.0

Ucapan Aluan Pengerusi

1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Makluman

1.2

Berikutan penerbitan dan kajian adalah salah satu perkara wajib bagi permohonan kenaikan pangkat, Pengerusi mencadangkan Research Digest akan diterbitkan dua kali setahun iaitu pada Jun 2013 dan Dis 2013. Digest beserta ISBN tersebut dicadang untuk diedarkan kepada beberapa politeknik. Tindakan : KUPI

1.3

Bagi aspek pembentangan pula, pengerusi memohon agar setiap pembentangan mestilah mempunyai buku program dan senarai nama pembentang beserta tajuk. Selain itu, tajuk pembentangan perlu dinyatakan di dalam sijil penyertaan. Tindakan : KUPI

2.0

Perkara-Perkara Berbangkit

2.1

Pengerusi memohon agar surat lantikan ahli JK Projek Pengarah (Janakuasa Hidro) dikeluarkan dan mesyuarat akan diadakan pada awal Mei 2013. Tindakan: KJKE

2.2

KJPA dan KJMSK memaklumkan telah menerima Salinan Surat Peringatan Kehadiran Kuliah/Amali/Aktiviti Ko-kurikulum Kurang 80% Pertengahan Semester dari jabatan induk. Makluman 1

2.3

KJKA, KJKE, KJTMK dan KJPA telah menghantar nama pensyarah yang terlibat dengan Action Research kepada KUPI bagi tujuan surat lantikan. Tindakan : KUPI

2.4

Semua KJ telah membuat pelaporan bagi staf yang berkursus kurang dari 3 hari bagi sukuan pertama, JKA (11 orang), JKE (2 orang) dan JKM (18 orang). Staf JPA dan JTMK telah mencapai sasaran 3 hari berkursus bagi sukuan pertama. Makluman

2.5

Semua KJ telah merancang semula pelan tindakan PPI yang melibatkan pihak industri sahaja berikutan PPI yang melibatkan IPT tidak diambil kira mulai tahun 2013. Makluman

3.0

Minit:

3.1

Persediaan Pelaksanaan Program Pengajian Separa Masa/KSS Semester Pendek 2013 3.1.1 Pengerusi memaklumkan Semester Pendek Khas 2013 ditawarkan kepada pelajar Program Pengajian Separa Masa untuk kursus common core atau compulsary yang tidak mempunyai peperiksaan akhir. Makluman

3.1.2

Hasil dari perbincangan, mesyuarat bersetuju Semester Pendek Khas 2013 untuk Program Pengajian Separa Masa tidak akan dilaksanakan di PSMZA. Makluman

3.2

Status Pemantauan Kehadiran Akhir Semester 3.2.1 Pengerusi memaklumkan pemantauan kehadiran kuliah/amali/aktiviti kokurikulum kurang 80% sehingga akhir semester perlu dilaksanakan selewat-lewatnya 11 April 2013. Borang pemantauan perlu diserahkan kepada PA sebelum atau pada 14 April 2013 untuk tindakan seterusnya. Emel boleh digunakan sebagai medium penghantaran untuk memastikan maklumat berkenaan cepat diterima oleh PA namun rekod hardcopy masih perlu diedarkan seperti yang telah dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Pemantauan Kehadiran Pelajar. Tindakan : Semua KJ

3.2.2

Pengerusi turut meminta semua KJ memastikan senarai nama pelajar yang tidak layak menduduki peperiksaan dihantar ke Unit Peperiksaan selewat-lewatnya pada 15.04.2013. Seterusnya beliau memohon agar pemantauan kehadiran tersebut berjalan lancar dan tiada permasalah yang timbul di kemudian hari. Tindakan : Semua KJ / KUPep

3.3

Status Pelaksanaan Student Course Survey

3.3.1

KUJK memaklumkan memo pelaksanaan Student Course Survey yang disertakan bersama borang dan carta alir telah diedarkan kepada semua Jabatan termasuk Unit Sukan. Tujuan pelaksanaannya adalah bagi memenuhi keperluan Pemantauan & Semakan Program yang telah dinyatakan dalam Standard Program Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan. Makluman

3.3.2

Pengerusi memohon semua KJ dan Ketua USKK untuk membuat pelaporan hasil dapatan Student Course Survey bagi CLO yang mendapat skor Lemah lebih dari 50% pada sesi mesyuarat seterusnya. Tindakan: Semua KJ dan KUSKK

3.4

Pemantauan P&P Pensyarah 3.4.1 Pemantauan P&P semua pensyarah untuk sesi Dis 2012 telah selesai. Seramai 9 orang pensyarah tidak dipantau dengan bersebab. Makluman

3.4.2

Pengerusi membentangkan analisa data pemantauan P&P pensyarah keseluruhan mengikut Domain 1 hingga Domain 5. Makluman

3.4.3

Dua orang pensyarah JTMK yang mendapat skor kurang dari 80% dari penyelia telah dicerap semula. Pemantauan kali kedua oleh KJTMK telah diadakan pada 13.03.2013 (Rabu) dan 19.03.2013 (Selasa) dan telah mendapat skor lebih dari 80%. Makluman

3.4.4

Berdasarkan pelaporan, terdapat sebilangan pensyarah yang mendapat skor kurang 50% untuk Domain 5 (Pelaksanaan PPSMTI). Makluman

3.4.5

Bagi tindakan penambahbaikan untuk Domain 5 (Pelaksanaan PPSMTI), satu Bengkel Pengukuhan P&P dalam Bahasa Inggeris akan diuruskan oleh ULPL pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Tindakan : TP(A) / KULPL

4.0

Hal-Hal Lain

6.1

Taklimat Persediaan Audit MQA untuk semua pelajar program DEP akan diadakan pada 14 April 2013 (Ahad), 3.00 hingga 5.00 petang di DKU. Makluman

6.2

Pengerusi memohon agar semua pihak bersedia dari aspek perancangan, P&P, pelajar dan lainlain bagi menghadapi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program DEP yang dirancang pada sesi Jun 2013 nanti. Tindakan : Semua ahli mesyuarat

6.3

Pengerusi memaklumkan KUJK telah menghantar surat kepada PKT untuk menghantar 4 orang pegawai sebagai pemerhati semasa Lawatan Penilaian oleh MQA untuk Program DEP. Makluman

6.4

Pengerusi JK Audit Akademik memaklumkan satu Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh pegawai dari Petronas akan diadakan pada 17 April 2013, 9.00 hingga 12.00 tengahari di DKE untuk pelajar JKE yang mendaftar kursus AW101 bagi memenuhi pelan tindakan PPI untuk program DEP. Makluman

6.5

Pengerusi mencadangkan satu borang disediakan untuk panel luar memberi komen dan cadangan bagi setiap projek pelajar yang bertanding dalam Pertandingan Inovasi Projek Pelajar. Tindakan : KUPI

6.6

KUJK memaklumkan bahawa mana-mana projek inovasi pelajar yang berpotensi untuk diaplikasikan bagi memenuhi KPI POLYPMO perlu dikenalpasti oleh pemilik KPI berkenaan dan seterusnya memastikan dokumen-dokumen pembuktian dapat disediakan dengan merujuk kepada operasi definisi KPI berkaitan. Tindakan : KUPI

6.7

KJPA memaklumkan ujian selaras bagi kursus Pendidikan Islam dan Tamadun Islam akan berlangsung pada 17 dan 18 April 2013. Makluman

6.8

KJPA memaklumkan program Better Spoken English akan diadakan pada 15 April 2013 melibatkan semua pelajar semester 6 dari semua jabatan. Makluman

6.9

KUPep memaklumkan Taklimat Pengurusan Peperiksaan Akhir Semester Kepada Pengawas Sesi Dis 2012 akan diadakan pada 15 April 2013 di DKU melibatkan semua pensyarah. Makluman

6.10

KUPep memaklumkan Mesyuarat Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Dis 2012 akan diadakan pada 16 Mei 2013 dan Peperiksaan Khas akan berlangsung pada 10 Jun 2013. Makluman

6.11

KUPep memaklumkan laporan hasil dapatan audit SIRIM (NCR) telah disediakan. Tindakan telah diambil dengan melakukan moderasi untuk semua skrip jawapan pelajar sesi Jun 2012. Moderasi dilaksanakan oleh semua PPJ dan telah mengenalpasti beberapa orang Pensyarah Kursus yang bermasalah dalam memeriksa skrip jawapan pelajar. Sehubungan itu, Unit Peperiksaan akan menganjurkan satu bengkel berkaitan kepada pensyarah yang telah dikenalpasti dan melibatkan TP(A), semua KJ dan beliau sendiri sebagai fasilitator untuk bengkel tersebut. Tindakan : KUPep

6.12

KUPI memaklumkan tiada peruntukan kewangan di bawah OS42000 bagi aktiviti pelajar yang diperuntukkan kepada UPI untuk melaksanakan aktiviti seperti Pertandingan Projek Inovasi. Pengerusi memohon supaya KUPI menyediakan kertas kerja untuk tujuan tersebut. Tindakan : KUPI

6.13

KUPLI memaklumkan proses Penilaian Latihan Industri Sesi Dis 2012 akan diadakan pada 6 hingga 9 Mei 2013. Borang markah penilaian perlu dihantar kepada KUPLI selewat-lewatnya 12 Mei 2013. Tindakan : KJ JKA/JKE/JKM/JTMK

6.14

Pengerusi memaklumkan program X-Compile masih lagi digunakan bagi sesi Dis 2012 berikutan ketidakstabilan program SPMP. Makluman

7.0

Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah menjayakan mesyuarat kali ini dengan harapan segala keputusan yang telah dipersetujui bersama dapat dilaksanakan dengan lancar.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

. (NORHIDAYUWATI BINTI ABU HUSIN) Pencatat Minit MKA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Tarikh: 14.04.2013

.. (HJ. HASSAN BIN ISMAIL) Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Tarikh: 14.04.2013

Você também pode gostar