Você está na página 1de 22

Hak Milik Nurhaini Falini Binti Ahmad

l20112008600

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH


ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NURHAINI FALINI BINTI AHMAD NO. MATRIK L20112008600 TANDA TANGAN

PENSYARAH: TUAN HAJI ABU BAKAR BIN YUSUF

ANALISIS BUKU TEKS PERDAGANGAN TINGKATAN 4 SUBJEK TINGKATAN JUDUL PENULIS PENERBIT TEMPAT TERBIT TAHUN TERBIT : PERDAGANGAN :4 : BUKU TEKS PERDAGANGAN TINGKATAN 4 : HENG SEAI KIE, CHIAM CHEE SIANG, ZAKIYAH BINTI JALUN, SHARINI BINTI HAJI RAMLI : PUSTAKA SERI KANCIL : 479 A, MELAKA PLAZA, JALAN HANG TUAH 75300 MELAKA : 2002

1.Pengenalan

Buku teks merupakan salah satu jenis buku pendidikan. Buku teks adalah buku yang berisi huraian bahan tentang mata pelajaran atau bidang pengajian tertentu, yang disusun secara sistematik berdasarkan tujuan tertentu, orientasi pembelajaran, dan perkembangan siswa, untuk diasimilasikan. Di samping itu, buku teks juga merupakan salah satu bahan batu mengajar yang penting untuk membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Yahya Don (2005) buku teks adalah bahan penting bagi melaksanakan pengajaran dalam pendidikan di sekolah-sekolah, malah buku teks juga turut memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan pelajar. Hal ini kerana, menurut beliau lagi buku teks menjadi rujukan pelajar dalam proses pengajaran, di mana maklumat-maklumat yang terdapat dalam isi kandungan buku teks dapat memudahkan pelajar untuk memahami setiap topik yang diajar. Terdapat tiga kepentingan penggunaan buku teks yang digariskan oleh Yahya Don iaitu buku teks sebagai bahan kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia, menjadi rujukan guru supaya proses pengajaran berjalan secara tersusun, dan bertujuan menyampaikan isi kandungan pelajaran selaras dengan keperluan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Teks Perdagangan ini juga telah disusun dan diperinci berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain dari Yahya Don yang menyatakan kepentingan buku teks di dalam buku hasil tulisannya, Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia, Noraini Idris (2001) juga turut

menggariskan kepentingan penggunaan buku teks di dalam naskah bukunya, Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik, di mana beliau menyatakan bahawa buku teks adalah sebagai satu sumber penting untuk membantu guru mengajar dan menolong pelajar. Selain itu, buku teks adalah sebagai bahan untuk membantu guru menyusun topik dalam pengajaran dan akhir sekali buku teks mempunyai bahan rangsangan tertentu yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Contohnya dengan penggunaan ilustrasi, gambar rajah, peta minda dan antara lain. Merujuk kepada Buku Teks Perdangan Tingkatan 4, paparan yang dipersembahkan dari sudut penggunaan warna adalah menarik dan boleh merangsang minda pelajar, walau hanya terdapat dalam bab 3 sahaja. Hal ini kerana, subtopik pengajaran dalam bab 3 adalah terlalu panjang dan sememangya memerlukan elemenelemen yang menarik untuk menarik perhatian pelajar.

2.Objektif Mata Pelajaran

Buku teks Perdagangan Tingkatan 4 ini ditulis khas untuk pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Perdagangan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melihat dari isi kandungan, buku ini menepati dan memenuhi matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi. Di dalam masa yang sama, adalah diharapkan dengan maklumat yang terdapat dalam kandungan buku ini dapat mengenalpasti atau mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan perdagangan.

4
Di samping itu, mata pelajaran ini juga bermatlamat untuk merangsang minat pelajar untuk berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan di samping dapat membuka minda mereka untuk membuka perniagaan. Secara keseluruhannya buku ini yang mengandungi tujuh bab iaitu Asas Kepada Perdagangan, Unsur Perdagangan, Perniagaan Dalam Negeri, Perniagaan Antarabangsa, Industri Kecil dan Sederhana, Pemilikan Tunggal dan Pelaburan, yang dapat memberi maklumat secara konprehensif yang bersesuaian dengan keperluan sukatan pelajaran.

Mata pelajaran Perdagangan bertujuan untuk memberi pendidikan perdaganagan suapaya pelajar mengetahui, memahami dan dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalanamalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Hal ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani mengahdapi persaiangan dalam apa jua usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah, jujur, untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat dan negara. Objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :

i.

Mengenal pasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaan dalam negeri antarabangsa.

ii. iii.

Mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalam perniagaan. Mengetahui dan memahami pengeluaran. peranan Industri Kecildan Sederhana dalam

iv.

Membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur penubuhannya.

v.

Mengenal pasti peluang-peluang utama pelabuaran di Malaysia dan cara-cara melabur.

vi.

Mengetahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan-bantuan perniagaan membantu pengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna.

5
vii. Memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindungan pengguna supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional. viii. Mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam membantu perniagaan. ix. Membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi. x. Mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih sesuatu perkerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan.

3. Kekuatan Yang Terdapat Di Dalam Buku Teks

Isi kandungan topik yang terdapat dalam buku teks ini adalah konsisten dan saling berkaitan dan tidak menyukarkan pelajar untuk memahami isi pengajaran. Konsep, definisi dan huraian dalam setiap topik adalah jelas dan mudah untuk difahami contohnya bab 1, Asas Kepada Perdagangan diikuti dengan bab 2, Unsur Perdagangan yang juga mempunyai rentetan perkaitan di antara bab. Ini memudahkan pelajar untuk memahami topik pengajaran dengan lebih tersusun. Di samping itu, kemuktahiran isi kandungan buku ini hampir selari dengan perkembangan terkini ilmu dan teknologi semasa yang semakin maju. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin kesahihan dan kebolehpercayaan maklmat dan bagi memastikan kandungan di dalamnya dapat membimbing pelajar untuk melalui perkembangan semasa terutamanya perkara-perkara asas dalam perdagangan dan perniagaan sama ada di dalam atau luar negeri. Contoh ilustrasi gambar yang dipaparkan juga turut membantu pelajar untuk memahami setiap topik yang dikemukakan.

Selain itu, kekuatan buku teks ini ialah, terdapatnya nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri pelajar , contohnya, nilai berdaya saing serta berdikari pelajar, di mana mereka boleh berazam untuk mengubah pemikiran mereka untuk menjadi seorang

6
usahawan. Oleh yang demikian, pelajar tidaklah mempelajari mata pelajaran ini sematamata untuk lulus peperiksaan atau sebagai persediaan peperiksaan sahaja. Aplikasi nilainilai murni yang diterapkan oleh penulis di dalam buku teks ini dilihat mampu untuk merangsang pelajar untuk lebih maju kehadapan. Sebagai contoh, nilai-nilai keusahawanan yang ditonjolkan oleh penulis dalam buku teks ini mampu melahirkan usahawan muda. Melihat dari sudut penilaian, aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam buku ini dilihat mampu untuk merangsang pengetahuan pelajar pada setiap akhir topik yang dipelajari.

Kemuktahiran isi kandungan buku teks ini selari dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Sebagai contoh sub topik 3.3C pada muka surat 56 ada menerangkan tentang Mesin Perucitan Automatik dan konsep E-Dagang dan juga pengendalian perniagaan dalam pengurusan sumber manusia dan pengurusan maklumat menggunankan teknologi pengkomputeran. Kesesuaian contoh yang terkini memudahkan lagi pelajar untuk memahami topik yang dipelajari dan dapat memberi gambaran dan rangsangan minda kepada pelajar. Di dalam masa yang sama, ia turut menambah pengetahuan sedia ada mereka dengan pengetahuan baru yang digarapkan di dalam buku ini. Ruangan info dinamik yang dimuatkan di dalam buku ini juga dilihat mampu mendorong perasaan ingin tahu. Ruangan info dinamik dan cetusan minda yang terdapat pada sesetengah halaman buku teks ini dilihat mampu memberi galakan kepada pelajar untuk mengetahui lebih terperinci tentang sesuatu maklumat. Di dalam masa yang sama, penulis juga meletakkan rujukan dari laman web bagi topik-topik tertentu untuk memudahkan pelajar membuat kajian atau mencari maklumat tambahan. Hal ini dapat menambahkan ilmu atau pengetahuan sedia ada pelajar. Di dalam masa yang sama, ia dapat merangsang minda dan menggalakkan pelajar untuk mencari maklumat tambahan bukan sahaja dari buku ini, tetapi melalui maklumat lain seperti majalah, buku , internet dan antara lain sumber yang ada.

7
Selain memberi pengetahuan asas dalam perdagangan, buku ini juga dapat mengasah bakat dan kemahiran pelajar mengenai ilmu perdagangan. Terdapat topik di dalam buku ini mampu memberi kemahiran masa depan kepada pelajar, contohnya pada tajuk Asas Perdagangan dan Perniagaan Dalam Negeri. Dengan pengetahuan yang mereka perolehi dapat memupuk pelajar untuk menambah minat mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di samping dapat mencipta peluang kerja yang baru tanpa bergantung harap dengan orang lain.

4. Kelemahan Yang Terdapat Di Dalam Buku Teks

Walaubagaimana pun, masih terdapat kelemahan dari segi bentuk paparan awal pada buku ini. Hanya pada sesetengah muka surat dari bab 3 sahaja yang mengandungi paparan berwarna, dan pada muka surat lain dalam isi kandungan buku ini tidak mempunyai paparan warna dan hanya menggunakan gambar hitam putih sahaja, dan mungkin juga untuk menjimatkan kos. Hal ini memungkinkan pelajar menjadi kurang berminat untuk menjadikan buku teks sebagai sumber rujukan utama mereka dan sanggup mengeluarkan duit untuk membeli bahan rujukan lain yang lebih menarik. Justeru itu, barisan penulis buku ini perlulah membuat perincian semula bagi menjadikan buku ini lebih menarik.

Selain penggunaan warna yang tidak menyeluruh dalam buku ini, penggunaan contoh gambar yang tidak relevan seperti penggunaana Pasaraya Makro sebagai contoh rujukan pada masa kini, sudah tidak sesuai, kerana pasaraya ini sudah tidak wujud dan sudah pun di ganti dengan pasaraya lain yang lebih dekat dengan pengetahuan pelajar seperti, Pasaraya Tesco atau Giant. Melihat dari aspek kesalahan ejaan, masih terdapat kesalahan ejaan dan ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan. Contohnya pada muka surat 18 iaitu perkataan mengehad yang sepatutnya menghadkan dan pada muka surat 111, citarasa dieja cita rasa.

8
Di samping itu, dari segi situasi dan lingkungan sosiobudaya, buku teks ini dilihat memberi kelebihan kepada pelajar bandar berbanding pelajar luar bandar. Hal ini kerana terdapat istilah yang digunapakai di dalam buku ini kebanyakkan memberi peluang kepada pelajar bandar untuk mendapat maklumat tambahan dari sumber internet berbanding pelajar luar bandar, kerana kemudahan internet di kawasan bandar memberi peluang untuk pelajar bandar mendapat maklumat tambahan berbanding pelajar luar bandar kerana keterbatasan bagi mereka mendapat perkhidmatan internet, terutamanya di kawasan pendalaman. Selain istilah , penggunaan contoh-contoh yang terdapat di dalam buku ini juga lebih memberi kelebihan kepada pelajar bandar berbanding pelajar luar bandar. Contohnya kedai buku Popular yang hanya terdapat di bandar-bandar.

Selain ingin menyampaikan maklumat, buku ini juga dilihat cuba untuk menerapkan nilai-nilai murni, tetapi terdapat nilai murni yang tersirat dari segi penyampaiannya. Contohnya pada subtopik 4.1c menjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna, pengeluar dan negara. Merujuk dari subtopik ini, nilai murni yang ingin diterapkan tidak sampai dan berkemungkinan tidak difahami oleh pelajar. Kejelasan nilai dan gagasan murni perlulah mudah dan senang difahami kerana tidak semua pelajar yang mempunyai pengalaman dan latar belakang budaya yang sama.

5. Cadangan Penambahbaikkan dan Penutup

Secara kesimpulannya penyediaan buku teks ini adalah tersusun dan sistematik selaras dengan keperluan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat latihan pengukuhan dan aktivititi-aktiviti hampir pada semua bab yang ada dalam buku ini dan memudahkan guru untuk menilai sejauh mana tahap dan kemampuan pelajar untuk memahami setiap topik pengajaran. Peta minda dan jadual perbandingan yang dipaparkan dalam buku ini juga memberi manfaat kepada pelajar untuk merangsang pengetahuan mereka di samping memudahkan mereka untuk memahami topik yang diajar

9
oleh guru. Walaubagaimana pun, pengemaskinian dan penambahbaikkan perlu dipertingkat oleh barisan penulis terhadap buku ini, kerana buku teks adalah sumber yang paling dekat dan paling mudah diperolehi pelajar. Justeru itu, penghasilan dan penyediaan buku teks perlulah dipertingkatkan dengan sebaiknya agar setiap isi kandungan kurikulum yang terdapat dalam buku ini dapat di manfaatkan sebaik-baiknya dan tidak disia-siakan penyediaanya. Melihat dari segi paparan kandungan isi, hanya sebahagian sahaja dari kandungan buku ini berpusatkan pelajar iaitu selain daripada nota, peta minda, bentuk latihan yang disediakan aktiviti berkumpulan dan perbincangan di mana penglibatan pelajar diperlukan. Di dalam masa yang sama, sumber atas talian yang diberikan di dalam buku ini tidak lagi relevan dan tidak dapat digunapakai. Contohnya http://www.parkson.com.my/index.htm. Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kesahihan pelajar untuk mempercayai maklumat yang diberikan. Penulis sepatutnya membuat semakan semula untuk memastikan setiap maklumat yang diberikan masih relevan dan boleh digunapakai.

Selain itu, penulis juga diharapkan dapat menyemak semula dari segi keadilan dan pendemokrasian dan keselarasan isi kandungan yang terdapat dalam buku ini, supaya ianya sesuai digunakan oleh pelajar bandar dan luar bandar dan tidak menimbulkan bias atau berat sebelah. Hal ini kerana, ketidaksamaan sosiobudaya menyukarkan pelajar untuk memahami isi kandungan di dalam buku ini, jika maklumat yang ada hanya memberi kelebihan kepada pelajar bandar sahaja. Hal ini boleh menyebabkan pelajar luar bandar tidak begitu minat untuk menggunakan buku ini sebagai sumber bahan rujukan utama. Kerana merasa begitu sukar untuk dikaitkan dengan persekitaran mereka. Penggunaan contoh, dan maklumat yang dipersembahkan haruslah bersesuaian dengan persekitaran pelajar. Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap , dimulakan dengan kata pengantar sebagai bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan

10
susunan nota dan di selang selikan dengan latihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini sebagai bahagian isi, diikuti bahagian penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangan sumber rujukan perlu dibuat menjadi lebih menarik dan sumber atas talian juga harus relevan supaya dapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai rujukan tambahan misalnya meletakkan ilustrasi gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaan senarai rujukan tersebut. Dengan itu, diharapkan barisan penulis buku ini dapat mengemaskini dan membuat penambahbaikkan suapaya penghasilan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak sia-sia penerbitannya. Penulis juga perlu peka dengan persekitaran pelajar yang berbeza sosiobudaya dan latar belakangnya supaya tidak timbul isu bias dan berat sebelah, di samping dapat menjamin kesahihan dan keberkesanan buku ini sebagai sumber utama rujukan pelajar dalam pengisian kurikulum yang standard.

10

11

Rujukan: Heng Seai Kie,Chiam Chee Siang, Zakiah Binti Jalun, Sharini Binti Haji Ramli, (2002) Buku Teks Perdagangan Tingkatan 4, Pustaka Seri Kancil. Yahya Don, (2005) Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia, PTS Proffesional Noraini Idris, (2001) Pedagogi Pendidikan Matematik, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Perdagangan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 , (2003) Kementerian Pelajaran Malaysia

11

12 BORANG ANALISIS & PENILAIAN BUKU TEKS


ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK JUDUL PENULIS PENERBIT : PERDAGANGAN : BUKU TEKS PERDAGANGAN TINGKATAN 4 : HENG SEAI KIE, CHIAM CHEE SIANG, ZAKIYAH BINTI JALUN, SHARINI BINTI HAJI RAMLI : PUSTAKA SERI KANCIL TEMPAT TERBIT: 479 A, MELAKA PLAZA, JALAN HANG TUAH 75300 MELAKA TAHUN TERBIT : 2002 ARAHAN Tandakan ( ) pada skor: 1: Lemah 2: Sederhana TINGKATAN : 4

3: Baik

4: Cemerlang

Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi. KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN (Halaman & Justifikasi) 1 2 3 4 A. KESESUAIAN 1. ISI KANDUNGAN Kelengkapan Isi kandungan buku teks ini didapati DENGAN TAHAP isi kandungan lengkap dengan menyediakan pecahan kepada setiap topik kepada sub topik terterntu secara tersusun. Di samping itu ia dilengkapi dengan nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan dari internet yang dapat digunapakai oleh pelajar,seperti dalam muka surat 3 dan 11. Selain itu buku ini juga turut dilengkapi dengan ruangan kecil yang mengandungi ruangan maklumat untuk panduan pelajar mendapat maklumat tambahan dan soalansoalan rangsangan yang boleh merangsang minda pelajar. Dalam masa yang sama, penulis turut menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji tahap pengetahuan pelajar hasil dari pembelajaran yang telah dipelajari. 2. Keluasan isi kandungan Keluasan isi kandungan buku teks ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata pelajaran ini. Kedalam isi kandungan buku ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang asas-asas dalam

3. Kedalaman isi kandungan

12

13
perdagangan. Di samping itu, isi kandungan didapati mempunyai penerangan dan nota yang bersesuai dan mudah difahami dalam setiap topik atau bab. Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Keseluruhannya kebanyakan isi kandungan adalah bersesuaian untuk diperkenalkan kepada pelajar mengenai mata pelajaran perdagangan. Namun begitu, kebanyakan isi kandungan tersebut hanya tertumpu kepada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Sebagai contoh,pada setiap permulaan topik, dimulakan dengan maksud dan fungsi sesuatu topik pengajaran. Huraian dan contoh yang lebih terperinci diperlukan merujuk kepada pelbagai aras taksonomi bloom, kerana setiap pelajar adalah berbeza dari segi tahap penerimaan dan keupayaan kognitif. B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta 5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi Definisi, maksud dan konsep serta fakta yang digunapakai bertepatan dan bersesuaian dengan isi kandungan. Keseluruhan contoh yang terdapat dalam buku ini disertakan dengan ilustrasi dan penerangan bagi setiap ilustrasi adalah bersesuaian dengan isi kandungan. Walau bagaimanapun terdapat contoh ilustrasi gambar yang sudah tidak relevan masih digunakan. Contohnya pada muka surat 75, penulis meletakkan pasaraya Makro sebagai contoh, walhal pasaraya itu sudah tidak ada dan pasaraya TESCO atau GIANT yang semakin menjadi pilihan pengguna. Penggunaan istilah masih lagi konsisten dan relevan, tetapi masih terdapat istilah yang tidak jelas maksudnya,contohnya istilah vendor (muka surat 149) tidak dinyatakan secara jelas apa itu vendor. Kesalahan ejaan boleh didapati pada muka surat 18, iaitu pada perkataan mengehadkan. Ejaan yang betul ialah menghadkan. Selain itu, terdapat kesalahan ejaan bagi perkataan citarasa, pada muka surat 111 yang dieja cita rasa.

6. ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol 7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

13

14
Rumusannya, isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huaraian Sukatan Pelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran. Penggunaan istilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar untuk memahami arahan. Di samping itu juga penulis perlu memastikan penulisan ejaan dan istilah tepat dan bagi mengelak dari berlakunya kekeliruan kepada pembacanya. Selain daripada itu, semakan semula perlu dilakukan oleh penulis untuk memastikan agar makna dan penggunaan istilah mudah difahami oleh pembaca, terutamanya pelajar luar bandar. Hal ini kerana buku teks merupakan rujukan utama bagi pelajar luar bandar . C. KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembang an ilmu dan teknologi Kemuktahiran isi kandungan buku teks selari dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Sebagai contoh sub topik 3.3C pada muka surat 56 ada menerangkan tentang Mesin Perucitan Automatik dan konsep EDagang dan juga pengendalian perniagaan dalam pengurusan sumber manusia dan pengurusan maklumat menggunankan teknologi pengkomputeran. Penggunaan gambar berserta contoh adalah terkini seperti sistem komunikasi dan komputer, nama dan premis perniagaan terkini. Namun begitu, terdapat contoh gambar yang tidak memberi contoh yang khusus. Contohnya pada muka surat 100, gamabr 3.30 yang merujuk kepada penggunaan prabayar yang tidak menyatakan jenama penggunaan kad prabayar tol iaitu Touch N Go. Hal ini kerana jenama prabayar ini sangat terkenal dan mudah difahami oleh pelajar. Daftar ejaan yang di dalam buku ini adalah terkini dang mengikut perkembangan ilmu dan teknologi semasa contohnya istilah TVi pada muka surat 63 yang merujuk kepada TV Interaktif, e-Dagang pada muka surat 60 dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) pada muka surat 153. Namun demikian, masih terdapat penggunaan istilah lama yang masih relevan untuk digunakan seperti perkataan rakan kongsi lelap pada muka surat 175 dan hutang lapuk pada muka surat 62.

9. Kemutakhira n contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar.

10. Kemutakhi ran daftar ejaan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara kesimpulannya kemuktahiran isi kandungan buku ini hampir selari dengan

14

15
perkembangan terkini ilmu dan teknologi semasa yang semakin maju. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin kesahihan dan kebolehpercayaan maklmat dan bagi memastikan kandungan di dalamnya dapat membimbing pelajar untuk melalui perkembangan semasa terutamanya perkara-perkara asas dalam perdagangan dan perniagaan sama ada di dalam atau luar negeri. Contoh ilustrasi gambar yang dipaparkan juga turut membantu pelajar untuk memahami setiap topik yang dikemukakan. D. KESESUAIAN 11. Sesuai DENGAN dengan KEHIDUPAN perkembang PELAJAR an dan kemampuan pelajar Melihat dari perspektif ini, kesesuaian buku teks ini dilihat memberi kelebihan kepada pelajar bandar. Kerana mudah bagi pelajar di bandar untuk mencari maklumat yang berkaitan di dalam buku teks, contohnya penggunaan istilah-istilah yang sukar difahami, contohnya dalam bab pernigaan antarabangsa. Kemudahan internet yang dimiliki mampu memberi maklumat tambahan kepada mereka berbanding pelajar luar bandar, yang tidak mempunyai kelengkapan internet yang meluas, dan mereka terpaksa bergantung dengan penjelasan dari guru di dalam kelas. Contoh-contoh yang digunapakai dalam buku ini masih relevan dan sesuai dengan lingkungan sosiobudaya, tetapi masih lagi memberi kelebihan kepada pelajar di bandar kerana terdapat sesetengah topik yang sukar difahami oleh pelajar, terutama pelajar luar bandar kerana tidak terdedah dengan persekitaran yang berkaitan dengan topik yang dipelajari, contohnya topik pelaburan dan perniagaan antarabangsa. Contoh gambar yang digunakan sebagai rujukan dan contoh kajian adalah bersesuaian dan mudah difahami.Contohnya pada muka surat 59 yang meletakkan contoh gambar rujukan yang bersesuaian dan mudah difahami oleh pelajar.

12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar

13. Menggunaka n contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

Merujuk kepada isi kandungan berserta contoh yang telah digunapakai, ia lebih mudah difahami oleh pelajar bandar berbanding pelajar luar bandar, kerana latar belakang dan taraf hidup yang berbeza menjadi faktor pengukur . Pelajar bandar lebih terdedah dengan pengalaman sedia ada yang mereka boleh lihat dalam kehidupan seharian mereka, berbanding pelajar luar bandar yang terhad pengalaman sedia ada. Contohnya dalam topik francais pada muka surat 59 yang

15

16
menggunakan contoh kedai buku Popular, yang sememangnya hanya terdapat di bandar. Justeru itu, penyediaan buku teks perlu dikaji semula dan diteliti bukan setakat mengikut zon negeri sahaja, tetapi perlulah dilihat dari segi kesesuaian pelajar yang berada di kawasan luar bandar contohnya di kawasan perkampungan Orang Asli, dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN 14. Menumbuhk an kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan (ikut subjek) Memupuk nilai-nilai murni yang positif dan menerapkan prinsip-prinsip dan amalan positif seperti berdikari ,berkerjasama, amanah, bertanggungjawab, rasional, dalam membuat keputusan. Di dalam masa yang sama penulis juga turut memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk menubuhkan perniagaan. Secara umumnya, nilai-nilai murni yang ingin diterapkan terlalu tersirat dan mungkin pelajar tidak sampai ke tahap boleh memahami maksud yang ingin disampaikan. Contohnya pada muka surat 110 merujuk kepada subtopik 4.1c menjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna, pengeluar dan negara.

15. Menumbuhk an kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Terdapat nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri pelajar , contohnya, nilai berdaya saing serta berdikari pelajar, di mana mereka boleh berazam untuk mengubah pemikiran mereka untuk menjadi seorang usahawan dan memajukan kawasan mereka setelah mereka berjaya nanti. Oleh yang demikian, pelajar tidaklah mempelajari mata pelajaran ini semata-mata untuk lulus peperiksaan atau sebagai persediaan peperiksaan sahaja. Aplikasi nilai-nilai murni yang diterapkan oleh penulis di dalam buku teks ini dilihat mampu untuk merangsang pelajar untuk lebih maju kehadapan. Sebagai contoh, nilai-nilai keusahawanan yang ditonjolkan oleh penulis dalam buku teks ini mampu melahirkan usahawan muda. F. FOKUS KANDUNGAN 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar. Ruangan info dinamik dan cetusan minda yang terdapat pada sesetengan halaman buku teks ini dilihat mampu memberi galakan kepada pelajar untuk mengetahui lebih terperinci tentang sesuatu maklumat. Di dalam masa yang sama, penulis juga meletakkan rujukan dari laman web bagi topik-topik tertentu untuk memudahkan pelajar membuat kajian atau mencari maklumat tambahan. Contohnya yang terdapat pada muka surat 59. Ruangan aktiviti kumpulan seperti yang terdapat pada muka surat 65

17. Memperkem

16

17
bangkan daya kreativiti dan aktiviti individu pada halaman 67 dapat memberi rangsangan dan galakan kepada pelajar untuk lebih berfikir secara kreatif dan kristis. Di dalam masa yang sama, ia dapat mendorong pelajar untuk mencetus idea-idea baru. Sebagai contoh, bagaimana promosi dan teknik pemasaran yang berkesan dapat meningkatkan pendapatan sesebuah syarikat. Merujuk kepada ciri-ciri usahawan yang ditonjolkan oleh penulis di dalam buku teks ini, seperti berani , innovatif, berani menghadapi risiko dan antara lain dapat dijadikan tauladan kepada pelajar untuk maju dalam kehidupan. Ciri-ciri positif yang diterapkan dilihat mampu memberi rangsangan yang baik kepada pelajar, di samping dapat mengikis sikap negatif seperti mudah mengalah dan takut untuk berusaha. Pelbagai kemahiran hidup yang ditonjolkan oleh penulis di dalam buku teks ini, antaranya ialah bagaimana untuk memulakan perniagaan, membezakan antara kehendak dan keperluan hidup, dan juga turut menjelaskan secara terperinci tentang gambaran yang jelas mengenai industri kecil sederhana yang dilihat mampu memberi galakan kepada mereka untuk mengusahakan sendiri pada masa akan datang, di samping dapat membetuk kerjaya sendiri tanpa perlu bergantung dengan mana-mana pihak.

18.Mengemban gkan daya kritikal

19. Mengemban gkan kemahiran hidup

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Rumusannya, dari sudut isi kandungan dan latihan yang disediakan di dalam buku teks ini dilihat dapat meningkatkan daya kreativiti dan daya kritikal pelajar. Di dalam masa yang sama ia turut memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang kemahiran asas dalam perdagangan dan kemahiran asas dalam hidup seperti bagaimana memulakan perniagaan. Hal ini dapat memupuk minat pelajar untuk mengembangkan minat mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Guru sebagai tenaga pengajar haruslah membimbing pelajar dan memberi galakan yang positif di samping memberi penjelasan secara terperinci dan menarik bagi merangsang minat mereka untuk terus berusaha dan menjadikan minat mereka sebagai peluang kerjaya.Guru juga perlulah mengaitkan ilmu yang dipelajari boleh dimanfaatkan dalam kehidupan

17

18
seharian mereka. Hal ini dinyatakan kerana, setiap pelajar mempunyai pengalaman sedia ada yang berbeza-beza G. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN 20. Bab dan sub bab di paparkan secara konsistensi dan sistematik Setiap topik dipaparkan secara konsistens dan menggunakan sistem pernomboran yang sistematik. Setiap topik besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti oleh beberapa sub topik kecil yang memaparkan isi berdasarkan kandungan bab. Seterusnya diikuti oleh rumusan dan latihan sebagai penutup. Setiap permulaan topik dimulakan dengan definisi,konsep dan penjelasan bagi setiap penggunaan istilah dan kemudiannya diikuti dengan nota dan diselang selikan dengan aktiviti kumpulan dan aktiviti kelas, contohnya pada muka surat 110. Seterusnya bahagian rumusan dan latihan pengukuhan untuk bab tersebut, seperti di muka surat 102 dan 103. Dapat mengembangkan lagi kefahaman pelajar di samping dapat mengamalkan prinsip asas perdagangan dan usahawan supaya boleh pelajar secara tidak langsung dapat bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar selaras dengan nilai dan etika perniagaan. Di samping itu menjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri mengikut perkembangan teknologi semasa, contohnya dalam subtopik penggunaan Televisyen Interaktif pada muka surat 63. Semua kuantiti topik di dalam buku ini adalah seimbang, kecuali pada bab 3 iaitu topik Perniagaan Dalam Negeri yang terlalu panjang. Kesinanbungan di antara topik dan subtopik adalah berkaitan dan tidak mengelirukan contohnya pada topik 1 yang memulakan dengan asas kepada perdagangan dan disusuli

21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta

22. Bersifat konstekstual

23. Keseimbang an di antara bab dan sub bab 24. Kesinambun gan di antara bab/ sub bab/ topik.

18

19
dengan unsur perdagangan. 25.Keutuhan makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah menggambarkan tema berkaitan sukatan pelajaran untuk perdagangan yang senang dan mudah difahami.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah simpulkan bahawa teknik persembahan di dalam buku ini agak memuaskan, dan pelajar juga diperkenalkan kepada perdagangan secara berperingkat dan teratur. Walaubagaimanapun bab 3 terlalu panjang, hal ini mungkin boleh menimbulkan rasa bosan di kalangan pelajar kerana terlalu lama di dalam bab yang sama. Ini juga mungkin disebabkan penulis terpaksa mengikut Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Namun begitu mungkin bab 3 ini boleh di semak dan dibuat pembahagian semula mengikut kesesuaian tajuk. Di samping itu, penulis juga perlu memperbanyakkan aktiviti dan gaya dokumentasi yang lebih menarik untuk menarik perhatian pelajar agar tidak bosan. H. PAPARAN 26. Berpusatkan KANDUNGAN kepada PEMBELAJARAN pelajar Hanya sebahagian sahaja dari kandungan buku ini berpusatkan pelajar iaitu selain daripada nota,peta minda, bentuk latihan yang disediakan aktiviti berkumpulan dan perbincangan dimana penglibatan pelajar diperlukan.. Aktiviti-aktiviti seperti berkumpulan dan individu yang terdapat dalam buku ini mempunyai arahan yang jelas dan memudahkan pelajar untuk menjalankan aktiviti di samping dapat merangsang kefahaman pelajar. Gaya persembahan maklumat dalam buku teks ini bervariasi iaitu selain nota, ia juga menggunakan jadual perbandingan, gambar dan rajah bagi menerangkan sesuatu proses atau ciri sesuatu struktur. Contohnya rujuk muka surat 97-103. Namun begitu, paparan dalam buku ini kurang menarik kerana kebanyakan paparan gambar hanya menggunakan warna hitam putih dan menimbulkan rasa bosan pelajar. Penggunaan warna hanya dibuat dalam bab 3 di dalam buku ini. Buku ini tidak menimbulkan masalah kepada pelajar bandar tetapi mungkin kepada pelajar luar bandar. Ini

27. Pembelajara n kendiri

28. Bervariasi

29. Adil & demokrasi

19

20
(tidak bias lokasi, gender, etnik dll) kerana lokasi di pedalaman menyukarkan pelajar untuk merasai perkembangan semasa serta kemudahan teknologi. Bagi pelajar bandar, topik yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan teknologi adalah perkara biasa, tetapi menjadi luar biasa kepada pelajar luar bandar, kerana tiada pendedahan yang meluas mengenai ICT. Contohnya E-Dagang (rujuk muka surat 61) Gaya pemaparan isi kandungan pembelajaran dalam buku ini dapat membantu mengembangkan kemahiran proses belajar iaitu pelajar mendapat pendedahan dan gambaran awal tentang beberapa proses yang berkaitan dengan perdagangan rangkaian proses pengeluaran (muka surat 8), proses bertukar barang melalui sistem barter (muka surat 18), proses pengagihan sesuatu barang (muka surat 38), proses mendokumentasi dalam perniagaan (muka surat 82), prosedur import & eksport (muka surat 118), proses pengendalian perniagaan (muka surat163) Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai bentuk latihan seperti aktiviti berkumpulan dan aktiviti individu serta aktiviti kelas dan forum yang disarankan dalam buku ini dapat mewujudkan komunikasi yang interaktif dari pelbagai hala. Aktiviti yang terdapat dalam isi kandungan buku ini boleh merangsang pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan baru dan pengetahuan sedia ada. Dalam sub topik Bantuan Perniagaan, pelajar diajar tentang risiko dan menekankan kepentingan insurans untuk melindungi keselamatan perniagaan. Pendedahan awal ini dapat menerapkan nilai ciri-ciri

30. Mengemban gkan kemahiran proses

31. Mencipta komunikasi interaktif

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

20

21
seorang usahawan. Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Kesimpulannya, bahagian persembahan isi kandungan buku teks ini hampir lengkap dari segi pemaparan nota dan bentuk-bentuk latihan yang pelbagai, sebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna hitam putih yang terlalu banyak dalam buku ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini agar lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan secara tidak langsung, ia tidak menjadi sia-sia sehingga pelajar saggup menghabiskan duit untuk membeli buku rujukan yang lebih menarik corak dan gaya penyampaiannya. I. KELENGKAPAN DOKUMENTASI 33. Ada kata pengantar Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar pada muka awal buku ini, di mana ia menjelaskan tentang tahap tahap kualiti penyediaan buku ini melalui semakan semula dan diperakui oleh Kementerian Pelajaran serta memenuhi Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran. Pada bahagian halaman belakang buku ada disediakan ruangan Glosari (rujuk muka surat 226-228) di mana pelajar dapat membuat rujukan bagi istilah yang digunakan dalam buku ini.

34. Definisi istilah dinyatakan

35. Ada carta/ Advance organizer pada awal bab

Pada awal pengenalan bab bagi setiap topik ada disediakan tajuk, hasil pembelajaran, motif pembelajaran dan rajah peta minda yang menerangkan bab tersebut. (rujuk muka surat 24-25). Ini memudahkan pelajar mengetahui apa yang akan dipelajari atau apa yang perlu diketahui melalui pembacaan dan pembelajaran dari bab tersebut. Di samping itu penulis juga meletakkan ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab dan ini membantu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar. Berdasarkan sumber rujukan buku yang disenaraikan penulis buku ini kebanyakannya menggunakan sumber rujukan buku dalam lingkungan tahun 1985 -2005 dan juga dari sumber atas talian atau laman web, yang kadang-kadang

36. Sumber maklumat terkini: teks, data, gambar, jadual, diagram, nama, tarikh

21

22
& sumber internet. alamat webnya tidak dapat dibuka, contohnya web ini http://www.parkson.com.my/index.htm (muka surat 55) Setiap bab di dalam buku ini menyediakan rumusan dan memudahkan pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam untuk memahami topik yang diajar. Setiap bab dalam buku ini menyediakan aktiviti-aktiviti dan latihan pengukuhan bagi melihat kekuatan pelajar untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka pada setiap topik. Pada muka surat 229-230 tersedia senarai rujukan termasuk rujukan buku dan laman web. Halaman indeks juga turut disediakan pada halaman 231 dalam buku ini. Buku ini ada menyediakan lampiran bagi ruangan Glosari, Senarai Rujukan, senarai Rujukan Laman Web dan Indeks di mana ia dapat menjadi rujukan tambahan kepada pelajar. Lampiran boleh dilihat pada muka surat 226 - 232.

37. Ada rumusan pada setiap topik/ bab. 38.Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab. 39. Ada bibliografi/ rujukan terkini 40. Terdapat Indeks 41. Ada lampiran (bagi perkara yang berkaitan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap , dimulakan dengan kata pengantar sebagai bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan susunan nota dan di selang selikan dengan latihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini sebagai bahagian isi, diikuti bahagian penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangan sumber rujukan perlu dibuat menjadi lebih menarik supaya dapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai rujukan tambahan misalnya meletakkan ilustrasi gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaan senarai rujukan tersebut. Sila lampirkan salinan dari mana-mana halaman buku teks bahan-bahan bukti. (yang berkenaan) sebagai

22

Você também pode gostar