Você está na página 1de 31

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat: 1. mendefinisikan teori-teori berhubung masalah salah laku murid. 2.

mengenal pasti faktor, kesan dan cara mengatasi masalah disiplin dan salah laku murid di sekolah. 3. menjelaskan cara-cara menguruskan masalah devian dan salah laku murid. 4. menerangkan kepentingan-kepentingan peraturan sekolah dan surat pekeliling.

Pengenalan Kian hari masalah disiplin di sekolah semakin mencabar dan langkah-langkah perlu di ambil bagi mengawalnya. Mungkin tidak dapat diselesaikan begitu sahaja. Paling tidak usaha untuk mengatasinya perlu dibuat setiap masa supaya dapat menimbulkan rasa kesedaran di kalangan pelajar dan masyarakat. Kebanyakan golongan masyarakat meletakan tanggungjawab membentuk disiplin murid sekolah pada guru-guru sahaja. Tanggapan ini perlu diubah. Sungguh pun disiplin adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan, namun masalah disiplin yang timbul kadang-kadang dipengaruhi oleh faktor yang disebutkan tadi. Oleh itu, tanggung jawab ini perlu dipikul oleh semua pihak merangkumi golongan ibu bapa, guru, kerajaan dan pihak media.

TEORI BIOLOGI Pendekatan pertama yang dapat menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan perlakuan ini adalah teori biologi. Teori ini mengandaikan faktor utama yang menjadikan tingkah laku seseorang itu menjadi devian adalah berasaskan ciri-ciri biologinya seperti gen, keturunan darah dan sebagainya. Teori ini diterangkan kerana terdapat pandangan yang menyatakan devian adalah penyakit yang memerlukan penerangan dari aspek sains dan perubatan (Rohani Awang, 1996: 132). Seperti yang diketahui, baka dan alam sekitar adalah faktor berasingan, setiap satunya mempengaruhi personaliti seseorang individu. Sekarang baru kita sedar apa yang difikirkan, dibuat ataupun dirasakan oleh seseorang itu sebagai seorang kanak-kanak, remaja, atau orang dewasa adalah hasil daripada hubungan yang wujud antara faktor warisan biologi dengan pengaruh alam sekitar (Lester and Alice Crow, 1983 : 41 dan 42).

Teori ini mempunyai pandangan, terdapat sesuatu kelainan dan kelemahan dalam pembentukan fizikal yang menyebabkan seseorang bertingkah laku luar biasa ataupun ke arah devian. Teori ini dikaitkan dengan seorang pakar sakit jiwa laitu Cesare Lombroso (1835-1909) yang berminat mengkaji kes-kes jenayah. Menurutnya, penentu utama kepada gejala jenayah adalah faktor biologinya iaitu ciri-ciri fizikalnya. Beliau mendapati, penjenayah mempunyai bentuk fizikal yang berlainan dan luar biasa daripada orang yang tidak melakukan jenayah. Biasanya penjenayah mempunyai kepala yang besar, rambut panjang, misai tebal, tidak kacak, bermuka bengis dan sebagainya. Selain dari pandangan Lombroso, William H. Sheldon (1949) pula menyatakan, tingkah laku manusia berkaitan dengan bentuk badannya. Menurutnya orang yang gemuk dan rendah endomorph ialah individu yang suka bersosial, suka makan dan mempunyai falsafah hidup yang mudah. Hal ini berlainan pula dengan jenis ectomorph iaitu orang yang kurus dan lemah, lembut, sensitif, mudah merajuk dan tidak begitu sosial. Manakala yang jenis mesomorph ialah orang yang berbadan tegap dan kuat, mudah resah, mempunyai banyak tenaga dan tidak bersifat sensitif. Kesimpulan teori Sheldon menyatakan jenis mesomorph berkemungkinan menjadi lencong (Glenn Myers Blair dan et. al, 1991: 56)

TEORI PSIKOLOGI Mengandaikan tingkah laku devian adalah hasil daripada fikiran yang tidak siuman atau terganggu. Teori ini merangkumi teori personaliti yang menekankan perkembangan awal kanakkanak. Teori ini juga mengandaikan proses ini tidak dipengaruhi oleh kebudayaan sekeliling (Rohani Awang, 1996: 134). Perkataan personaliti biasanya digunakan bagi menghuraikan perwatakan fizikal seseorang, corak pertuturan ataupun sopan santun dan berapa banyak daya penarik yang dimiliki oleh seseorang individu. Namun, ahli psikologi menerangkan personaliti ialah sesuatu yang membuat diri seseorang itu berkesan ataupun memberi seseorang itu pengaruh kepada yang lain atau dalam bahasa psikologinya nilai rangsang sosial seseorang. Personaliti juga ialah gambaran keseluruhan tingkah laku yang tersusun terutama sekali yang dapat dinyatakan oleh sesama menusia dengan cara tekal. Jadi, personaliti kita adalah adil daripada apa yang kita mulakan dan juga segala apa yanga kita alami dalam hidup. Personaliti juga adalah sekumpulan besar tindak balas sebagai satu keseluruhan (lester dan Alice Crow, 1983 : 216 dan 217).

Oleh itu, kecacatan dan gangguan mental adalah sebab kajian teori psikologi ini timbul. Kecacatan dan gangguan ini pada amnya dianggap sebagai lencongan atau devian oleh masyarakat. Seseorang yang menghadapi penyakit seperti ini lebih cenderung melakukan devian. Teori ini juga boleh digunakan kerana sememangnya sebahagian kecil devian yang dilakukan berpunca daripada penyakit penyakit ini. Namun kebanyakan devian ini dilakukan kerana faktorfaktor lain. Antara contoh devian yang berpunca daripada dua penyakit ini adalah kes-kes pembunuhan kejam seperti memotong, mencincang mayat mangsa kepada ketulan dan sebagainya.

TEORI BEHAVIORIS Teori Behavioris berpendapat, tingkah laku manusia bermula daripada naluri. Naluri difahamkan sebagai kecenderungan semula bagi untuk bergerak balas dengan cara yang agak rumit tanpa pengalaman lampau ataupun latihan. Berkemungkinan besar, perlakuan devian di kalangan remaja berpusatkan kepada naluri yang terdapat dalam diri seseorang. Terdapat beberapa naluri utama dalam diri manusia iaitu melarikan diri daripada bahaya, perasaan ingin tahu, perasaan jijik, suka bertengkar, menghina diri- sendiri, penegasan diri sendiri dan naluri menjadi ibu bapa, peniruan, kebersihan, tamak haloba, persendaan dan sebagainya. Naluri terhasil daripada latihan iaitu tingkah laku manusia yang dipelajari. Tidak ada segala seperti bakat, kebolehan, perangai kecelaan dan ciri-ciri mental yang diwarisi. Semua gajala ini juga bergantung pada latihan yang diberikan semenjak dalam buaian lagi. Ahli tingkah laku tidak akan berkata Dia mempunyai kebolehan menjadi ahli permain pedang yang cekap kerana mewarisi bakat bapanya. Malah ahli behavioris akan berkata, Anak ini memang mempunyai bentuk badan bapanya yang lampai dan jenis mata yang sama, tubuh badannya betul-betul serupa dengan bapanya dan dia juga mempunyai tubuh badan pemain pedang yang cekap, bapanya terlalu sayangkannya, bapanya meletakkan sebilah pedang yang kecil di tangannya semasa dia berusia setahun dan pada masa berjalan bersama-sama, bapanya bercakap mengenai cara bermain pedang, menyerang dan mempertahankan diri, kod pertarungan dan lain-lain. Hal ini jelas menunjukkan jenis struktur badan tertentu termasuk latihan awal dan minat menyebabkan anak menjadi pemain pedang yang handal (John B. Watson 1991: 28 & 29).

TEORI SOSILOGI Rohani Awang di dalam bukunya, Asas-asas Sains Sosiologi (1996: 134) menjelaskan teori-teori sosiologi ini wujud bagi menerangkan apa itu devian dengan melihat kepada proses kebudayaan, sosial dan struktur organisasi sesuatu masyarakat. Contohnya adalah penjenayah itu dibentuk oleh keadaan sosial ataupun dilahirkan begitu? Ahli sosiologi memberi keterangan kepada persoalan ini dengan memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang menghasilkan devian, bukan ciri-ciri yang diwarisi semula jadi dalam tingkah laku manusia. Antara teori social adalah:

i. Teori Anomie Durkheim Istilah anomie ialah sesuatu keadaan seseorang itu hilang arah haluan ataupun keliru dengan nilai dan norma masyarakat yang menjadikannya dalam keadaan ketiadaan norma atau normlessness. Oleh itu, menurut beliau conformity dan obedeince (pengukuhan) menjadi kurang penting apabila hasrat individu untuk mencapai sesuatu menjadi mustahil. Hal ini kerana, seseorang itu akan bebas melakukan tindakan yang tidak sesuai dan meniumbulkan perasaan tidak perlu kepada normanorma masyarakat. Teori ini berdasarkan tulisan Dudrkheim dalam menjalaskan fenomena manusia membunuh diri disebabkan oleh keadaan masyarakat dan bukannya individu itu sendiri. Menurut Durkheim, keadaan ini wujud kerana berlakunya keruntuhan ekonomi, perubahan sosial dan masa ketiadaan kawalan sosial dalam masyarakat (Durkheim, 1996: 131).

ii. Teori Anomie Merton Ketidaktentuan antara penekanan masyarakat bagi mencapai sesuatu matlamat juga membenarkan individu melaksanakan pencapaian matlamat itu melalui berbagai-bagai cara. Keadaan begini mewujudkan devian. Selain itu kebanyakan orang ingin mencapai kejayaan daripada segi material, martabat, kekuasaan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, hanya caracara tertentu dibenarkan oleh masyarakat mencapai matlamat-matlamat itu seperti dengan taraf pendidikan yang tinggi atau kerja bergaji tinggi. Oleh kerana ketidakadilan struktur sosial, bukan semua orang mendapat peluang yang saksama bagi mendapat cara-cara yang dibenarkan ini. Contohnya orang miskin telah dinafikan hak kemasyarakatan yang sepenuhnya untuk mendapat pendidikan yang tinggi disebabkan oleh masalah kewangan (Robert Merton, 1957: 131)

Jadi, bagi mereka yang inginkan kejayaan, terdapat dorongan yang kuat supaya mereka melakukan apa-apa sahaja termasuk jenayah bagi mencapai matlamat mereka. Hal ini dijelaskan oleh Merton, iaitu orang - orang yang gagal mencapai matlamat dalam hidupnya sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira sama ada dia melanggar norma-norma kehidupan bermasyarakat ataupun tidak.

iii. Teori Penyaluran Kebudayaan Manusia akan mengalami proses sosialisasi asas iaitu sama ada belajar mentaati peraturan dan norma sosial ataupun bertindak devian (Edwin Sutherland, 1940 : 136). Teori ini adalah berkaitan proses sesuatu tindakan devian itu dipelajari. Keadaan pembelajaran ini berlaku dengan menekankan kepada kumpulan mana mereka tergolong dan bagaimana mereka mempelajari serta menerima nilai-nilai yang terdapat dalam kumpulan itu. Contohnya, seorang kanak-kanak yang tinggal dalam suatu kawasan yang mempunyai darjah kenakalan yang tinggi (Sutherand). Dia berkemungkinan terlibat sama dalam kegiatan- kegiatan itu. Namun, ia mungkin tidak akan berlaku sekiranya dia tinggal di kawasan lain. Kelakuan-kelakuan devian boleh dipelajari melalui interaksi dengan orang lain. Oleh itu devian wujud apabila seseorang itu berhubung dengan kumpulan yang melihat devian itu sesuatu yang baik daripada kumpulan yang menganggapnya sebagai tidak baik. Interaksi pula berlaku dengan kumpulan primer dan significant others (orang lain yang rapat) seperti kawan dan keluarga. Tetapi perlakuan devian ini dipilih oleh mereka yang mengehendaki untuk melanggar norma-norma dalam masyarakat. Remaja lebih cenderung untuk terlibat dengan berkelakuan demikian sekiranya mereka sebahagian daripada kumpulan itu atau sub budaya yang menekankan nilai-nilai yang melencong. Berdasarkan pendekatan ini, contoh yang dapat diperhatikan ialah tentang gengsterisme di kalangan remaja begitu ketara dan wujud seperti kongsi gelap. Ahli-ahli kongsi gelap ini akan berkongsi budayagengstrerisme. Mereka menyanjung tinggi sifat-sifat ganas seperti menunjukkan kekuatan dalam pertempuran, mengambil tindakan balas dendam dan tindakantindakan ganas yang lain. Mereka tidak ragu-ragu untuk membalas dendam. Sesiapa yang tidak turut sama dianggap tidak setia kepada kumpulan dan akan dihalau keluar dari kumpulan tersebut. Dalam situasi tersebut, sebagai ahli dalam sebuah kongsi gelap, tindakan mereka ini adalah conformity dan bukannya devian. Remaja disemaikan nilai-nilai gengsterisme apabila

mereka menyertai kongsi gelap. Melalui pergaulan dengan ahli-ahli kongsi gelap yang lain, remaja ini belajar nilai dan tingkah laku jahat yang akan sebati sebagai personaliti mereka.

iv. Teori Label Pada dasarnya, teori ini menekankan sejauh mana sesuatu kelakuan itu dikatakan atau dilabel sebagai devian dan apakah pengaruhnya pada kelakuan seseorang itu. (Howard S. Becker, 1963: 137). Perlakuan melencong itu disebabkan seseorang itu dilabel begitu. Tindakan melabel seseorang sebagai melakukan devian akan membawa kepada kenyataan ataupun ramalan penyempurnaan kendiri. Contohnya, seorang individu dilabel sebagai banduan kerana merompak dan dipenjarakan. Dia mungkin sukar diterima masyarakat apabila dibebaskan dan gagal mendapatkan pekerjaan kerana dicurigai orang ramai. Keadaan ini menyebabkan dia melakukan rompakan-rompakan lain. Kesan melabel mewujudkan satu stigma iaitu satu cap atau tanda buruk yang terletak kepada orang yang devian. Mereka dianggap sering melakukan perlakuan devian pada pandangan umum. Masyarakat juga cuba mengelak daripada berinteraksi dan menghukum mereka. Jadi aspek penting dalam teori ini adalah ada sebahagian kelompok lain. Kelompok yang berkuasa ini menentukan apa yang dianggap devian dan apa yang tidak. Oleh itu, perlakuan devian dinilai daripada segi kesan atau akibat tingkah laku kepada orang lain.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Di sekolah, terdapat pelbagai jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar pelajar sekolah dan aspek ini secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga perkara iaitu tingkah laku bermasalah kategori berat, tingkah laku bermasalah kategori berat dan tingkah laku bermasalah kategori ringan. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan- kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah 1959. Pengertian ini juga sekaligus menerangkan bahawa kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai

2.1Tingkah laku jenayah Terdapat beberapa jenis kesalahan yang diletakkan di bawah kategori tingkah laku jenayah iaitu berjudi; mencuri; lawan, ancam, pukul, dan mencederakan guru; lawan, ancam, pukul atau mencederakan pengawas; memeras ugut; membuli; menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap; menyalahgunakan dadah; membawa senjata berbahaya; mencabuli kehormatan; mengancam, memukul atau mencederakan orang lain; menceroboh bilik khas, berpiket dan menganggu ketenteraman sekolah; serta terlibat dengan pertaruhan secara besar-besaran.Tingkah laku bermasalah ini dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah kategori berat. Aspek ini menerangkan bahawa lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguhpelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman yang berada di persekitarnnya. Segala kecurangan tingkah laku yang berlaku di sekolah akan dikenakan hukuman dan bagi sistem persekolahaan hukuman yang terberat asalah hukuman yang melibatkan pembuangna sekoalh dan hukuman yang dikenakan harus setimpal dengan salah lakunya

2.2 Tingkah laku lucah Antara tingkah laku lucah yang dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah yang terdapat di sekolah adalah bercumbu-cumbuan, berkhalwat, membawa bahan bahan lucah ke sekolah, mengintai murid-murid perempuan, menggunakan kata perbuatan lucah, serta melukis kata-kata dan gambar lucah di sekolah. Aspek ini berlaku kerana capaian laman web pornografi yang boleh diakses dengan mudah, pembukaan banyak kafe siber dan adanya kemudahan komputer di rumah dikatakan pendorong utama kepada masalah pornografi internet. Aspek ini pastinya mempunyai perkaitan dengan perkembangan anak-anak didik yang berada di sekolah. Kaunselor sekolah yang kami temui mengatakan bahawa bentuk salah laku ini adakalanya berlaku di luar pemikiran sihat seorang guru itu sendiri. Misalnya, tingkah lucah kini bukan hanya berlaku dalam kalangan pelajar lelaki tetapi juga telah mulai berlaku dalam kalangan pelajar. Malah kes-kes seperti ini dapat ditemui melalui hasil tangkapan

terhadap telefon bimbit pelajar yang di bawa sekolah dan telefon bimbit tersebut mengandungi bahan- bahan berunsur lucah.

2.3 Kekemasan diri Antara tingkah laku yang yang dikategikan di bawah komponen tingkah laku bermasalah adalah rambut panjang, rambut berfesyen yang keterlaluan, berkuku panjang, bermisai atau berjanggut, memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan sekolah, serta memakai barang perhiasa yang dilarang di sekolah. Kesalahan ini disenaraikan sebagai tingkah laku bermasalah kategori ringan sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan perbuatan salah laku ringan ini dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi sekiranya perlu. Bilamana kelakuan ini meningkat sebagai perlakuan salah laku yang boleh mendatangkan masalah maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.

2.4 Tingkah laku tidak pentingkan masa Terdapat lima jenis salah laku yang terkandung di bawah tingkah laku bermasalah yang tidak mementingkan masa ini adalah berkeliaran di kawasan sekolah, datang lewat ke sekolah, lewat ke perhimpunan, makan di kawasan kantin di luar masa rehat, dan lewat pulang ke asrama. Kategori tingkah laku bermasalah ini juga dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah ringan namun tidak harus dibiarkan kerana ia mampu mmbawa budaya buruk dalam persekitaran sekolah dan memberi lambang yang kurang baik terhadap sistem perkhidmatan yang wujud di sekolah. Hasil daripada temuramah yang kami perolehi daripada guru-guru sekolah menyatakan bahawa kategori masalah ini boleh dikatakan berlaku di hampir semua kawasan sekolah di negara ini terutama sekali apabila ianya melibatkan pelajar asrama .

2.5 Tingkah laku kurang sopan dan biadab Sepuluh jenis tingkah laku bermasalah yang terkandung di bawah tingkah laku kurang sopan dan biadab ini adalah berkelakuan kasar terhadap guru, berkelakuan kasar terhadap pengawas, berkelakuan kasar terhadap murid, berbahasa kesat, menyimpan rokok, menghisap rokok, mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, tidak menghormati guru, tidak menghormati pengawas, minum minuman di dalam kelas. Pelajar yang terlibat dengan kes salah laku didapati mempunyai masalah untuk memproses maklumat terutamanya dalam bacaan asas, penulisan dan pengiraan. Kekurangan dari segi keupayaan kognitif serta masalah penumpuan dalam kalangan remaja yang terlibat dengan salah laku menhyebabkan rendahnya pencapaian akademik mereka.

2.6 Tingkah laku musnah Merosakkan harta benda sekolah; merosakkan harta benda pengetua, guru besar,guru-guru; merosakkan harta benda kantin serta merosakkan harta benda kantin, dan merosakkan harta benda murid; merupakan antara perkara yang terkandung di bawah komponen tingkahlaku musnah. Dalam tahun-tahun 50-an, kajian terpenting mengenai sikap buruk pelajar-pelajar adalah seperti mencuri dan bersikap kasar. Manakala pada tahun 80-an menyenaraikan sikap buruk pelajar adalah seperti melanggar peraturan kerana kurang diberi perhatian, kecuai an dan merokok. Namun begitu, trendnya kini sudah berubah. Kebanyakan sekolah di merata -rata tempat, perbuatan vandalisme menjadi isu utama yang hangat di perbincangkan oleh media massa. Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang

membenarkan pelajar- pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996). Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi fenomena lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan

juga masyarakat. Pelajar-pelajar tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang- wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa bersalah langsung. mengalami krisis psikologi dan konflik batin yang hebat. Pada peringkat ini pelajar

2.7 Tingkah laku tidak jujur Bagi kategori tingkah laku tidak jujur ini terdapat dua perkara yang te rkandung di dalamnya iaitu menipu yang melibatkan wang dan menipu yang melibatkan kepercayaan warga sekolah. Tingkah laku dikategorikan sebagai masalah berat dan apabila ia dilakukanmaka pelajar yang berkaitan akan dikenakan dengan tindakan tatatertib yang membolehkannya dihukum gantung sekolah atau mungkin berhenti sekolah apabila ia dilakukan secara berulang kali setelah pemberian surat amaran dan hukuman juga lazimnya haruslah berlandaskan kepada budi bicara. Aspek ini berlaku lazimnya kerana faktor kecelaruan tingkah laku yang lazimnya merupakan satu gangguan utama dalamsikap dan hubungan antara individu dengan individu lain.

Individu yang mengalami masalah ini sering menunujukkan sikap tidak berempati dengan orang lain, malah lebih bersikap agresif. Keadaan ini mebolehkan mereka mereka sering terjebak dengan individu yang bersikpa lebih agresif. Kecelaruan tingkah laku ini menyebabkan mereka sering terjebak dengan individu yang bersikap negative seperti meminum arak, mengambil dadah dan sebagainya. Ia sering dikaitkan dengan runtuhnya institusi kekelurgaanseperti belenggu masalah pertengkaran ibu bapa, kehipan yang tidak memuaskan dan kurangnya asuhan daripada ibu bapa boleh menjejaskan perkembangan emosi yang dan sosial yang normal.

2.8 Tingkah laku ponteng Tingkah laku ponteng merupakan antara jenis kesalahan tingkah laku yang sering berlaku di sekolah tanpa mengira status junior dan senior mahupun aspek jantina. Malah jika ingin diikutkan terhadap tinjauan yang kami lakukan pada guru disiplin , kuant iti pelajar perempuan yang sering ponteng juga semakin meningkat. Antara jenis kesalahan yang terkandung di bawah tingkah laku ponteng ini adalah ponteng kelas, ponteng

sekolah, ponteng perhimpunan, ponteng kegiatan luar bilik darjah ataupun kegiatan kokurikulum, ponteng ujian, ponteng peperiksaan, ponteng untuk private study dan ponteng asrama. Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan. Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak 2.9 Tingkah laku kenakalan Kenakalan remaja diartikan sebagai suatu outcome dari suatu proses yang menunjukkan penyimpangan tingkah laku atau pelanggaran terhadap norma -norma yang ada.Kenakalan remaja disebabkan oleh berbagai faktor baik melalui faktor pribadi, faktor keluarga yang merupakan lingkungan utama , mahupun faktor lingkungan sekitar yang secara potensinya dapat membentuk perilaku seorang anak. Tingkah laku kenakalan atau devian juga membawa maksud orang yang tidak mengikut peraturan atau perlakuan seperti mana yang dikehendaki oleh kebiasaan masyarakat atau tingkah laku yang tidak selari dengan kehendak masyarakat di mana individu itu tinggal. Walaupun para pelajar mempunyai tahap kebolehan yang hampir sama tetapi pencapaian akademik mereka adalah berbeza. Selain daripada kecerdasan akal yang boleh menjamin tempat belajar di kolej dan institut pengajian tinggi atau memegang jawatan profesional, kemahiran mengawal dan menggunakan kecerdasan emosi secara bijak pula boleh menjamin kesejahteraan hidup manusia. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan pembelajaran dan tingkah laku seseorang.

FAKTOR-FAKTOR SALAH LAKU PELAJAR 1. Masalah pelajar/ Sikap pelajar Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar mempercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti ini bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks, dan para remaja sering menumpukan perhatian mereka kepada perkaraperkara seperti ketidakpuasan hidup, kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami orang lain. Semua ini dicetuskan oleh hubungan sosial dengan alam sekeliling mereka, yang akhirnya memaksa ramai golongan remaja kini cuba bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Akhirnya lahirlah konflik peribadi yang juga dikenali sebagai krisis identiti kepada golongan remaja yang bermotivasi rendah dan tidak yakin dalam menerima hakikat hidup. Hurlock (1973), kaum remaja akan mengalami gangguan emosi seperti kebimbangan. Gangguan emosi ini berlaku akibat dari kegagalan membuat penyesuian semasa bertembung dengan situasi-situasi baru. Apabila tidak ada penyelesaian yang memuaskan antara individu dengan persekitaran, maka mereka akan menghasilkan tingkah laku berbentuk menyimpang sehingga boleh menimbulkan masalah sosial yang besar kepada masyarakat dan negara. Menurut Cohen (1955), menjelaskan individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikategorikan sebagai orang yang menyukai ataupun menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Sehubungan dengan itu Sezali (1997), merumuskan bahawa remaja sering diserang penyakit kekosongan jiwa dan kelemahan ketahanan diri. Penyakit ini menyebabkan jiwa mereka kosong dan tidak mempunyai matlamat atau wawasan diri serta golongan ini juga tidak mempunyai kesedaran dan keinsafan mengenai hakikat dan kenyatan hidup mereka di dunia. Kebanyakan remaja lepak berpegang kepada prinsip bahawa masa remaja hanya sekali dalam kehidupan. Oleh itu, golongan ini lebih sanggup untuk mensia-sia masa remaja mereka dan akan melayari jiwa kosong dengan melepak. 2. Ibu Bapa

Keluarga juga berpengaruh dalam perkembangan kognisi kanak-kanak. Keluarga yang lengkap yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mampu untuk membentuk minda yang sihat. Ini kerana kasih sayang merupakan unsur penting membantu pembentukan minda kanakkanak. Hurlock (1992), menyatakan bahawa bayi yang kurang kesempatan untuk mendapat ungkapan kasih sayang atau untuk dicintai oleh orang lain akan menjadi pendiam, lesu, tidak memberi senyuman dan tidak berusaha untuk memperoleh kasih sayang. Selain itu, perhatian yang kurang daripada keluarga menyebabkan kanak-kanak menjadi lesu dan pasif. Unsur kerapikan juga penting dalam keluarga. kira-kira 70 peratus daripada bayi yang berumur satu tahun yang dikaji menunjukkan jenis kerapikan selamat didapati bermain dengan cergas aktif apabila ibu mereka berada dalam bilik. Namun apabila ditinggalkan oleh ibu mereka, bayi tersebut menunjukkan kesedihan (Jas Laile Suzana, 2000). Menurut Melson (1992), keluarga dianggap sebagai agen sosialisasi yang paling penting. Ini bermaksud bahawa perubahan dalam masyarakat seolah-olah dicerminkan oleh perubahan gaya pengasuhan anak-anak yang lebih disukai. Remaja yang berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk pada perkembangan kognisi mereka. Sebagai contoh, delikuen yang dilakukan oleh remaja masa kini merupakan hasil daripada mental ibu bapa, anggota keluarga dan sekitaran kejiranan yang tidak terkawal dengan baik (Kartini 1986). Situasi ini menurut Kartini lagi mempengaruhi mental dan kehidupan remaja yang belum matang. Menurut Wong Khek Seng (1996), keadaan rumahtangga yang kurang memberangsangkan serta sikap kurang peduli ibu bapa sebagai unsure pendorong utama kepada kewujudan segala permasalahan sosial di kalangan remaja di Malaysia. Tambahan lagi keluarga yang kurang harmonis dan kurang perancangan dan interaksi antara ahli-ahlinya turut meningkatkan kemungkinan budaya melepak di kalangan muda-mudi dewasa ini. Satu kajian delikuensi didapati bahawa bahawa remaja yang terlibat dengan perlakuan delinkuen ada hubungan dengan jenis keluarga yang bercerai atau berpisah. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sheldon, Glueck dan Goode (1985), kenakalan dengan beberapa jenis rumah tangga atau keluarga yang berpisah. Remaja yang nakal relatifnya bermungkinan berasal berkemungkinan berasal dari keluarga yang bercerai. Ini kerana kenakalan remaja lahir daripada perkembangan mental yang tidak sihat dan sukar membuat keputusan yang rasional.

Menurut Razali (1994), menegaskan betapa pentingnya tanggungjawab ibu dalam menentu dan mencorakkan anak-anak mereka dengan asuhan yang positif, di samping melahirkan suasana harmoni di kalangan anggota keluarga. Remaja mula mencari kebebasan daripada ibu bapa dan mencari identiti kedewasaan. Remaja masih membentuk kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa tanpa bergantung kepada mereka. Sebenarnya remaja menghadapi konflik, iaitu ingin bergantung dari sudut ekonomi dan kewangan tetapi pada masa yang sama ingin bebas daripada ibu bapa. Pelajar daripada keluarga yang berpecah belah atau ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta, tempat di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar-pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini 35bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow,1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap keluarga. Sikap ibu bapa yang negatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai tugas perkembangan pelajar remaja. Misalnya, ibu bapa memodelkan tingkah laku yang tidak diingini. Ibu bapa akan menjadi model yang negatif bagi tingkah laku. Ibu bapa yang tekal, garang dan tidak stabil adalah model negatif. Perhubungan ibu bapa yang tidak harmonis, perkelahian adik-beradik dan ibu bapa yang selalu tiada di rumah untuk berdampingan dengan anak mereka akan mempengaruhi tingkah laku atau tugas perkembangan remaja. Ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik dan saudara-mara mempunyai peranan terhadap pembentukan personaliti seseorang individu. Di samping itu, gaya pengasuhan dan pengalaman positif yang diperlukan serta n ilai-nilai murni yang diterapkan akan membina personaliti individu. Nilai-nilai murni yang diterap oleh keluarga mempunyai kesan yang positif sehingga mewarnakan hidup individu tersebut hingga ke alam dewasa. Kes-kes penyelewengan seperti ponteng, lari dari rumah, melepak dan lesbian jika dikaji akar umbinya sedikit sebanyak adalah berpunca daripada interaksi dan bimbingan dalam keluarga. Oleh itu, tingkah laku ibu bapa harus menjadi model kepada anak-anak remaja untuk membentuk tingkah laku yang positif.

Oleh kerana, keluarga merupakan unut terkecil dan paksi terpenting kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Maka pengukuhan keluarga dalam senarionya kini dugugatkan oleh perubahan semasa. Ia merupakan tindakan awal yang mampu dimainkan oleh semua pihak untuk menangkis tekanan dan desakan hidup masyarakat hidup. 3. Sekolah Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar secara tidak langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokokpokok dan bunga-bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan (Mok Soon Sang, 1992). Suasana sekolah merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah pelajar yang tidak berdisiplin. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku buruk remaja dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak menyenangkan. Bagi pelajar, suasana yang tidak menarik menjadikan keadaan lebih buruk. Secara sedar atau tidak, sekolah juga turut menyumbang kepada permasalahan disiplin pelajar. Sebagai sebuah organisasi masyarakat, sekolah mempunyai kelemahan dan kekurangannya sama ada dari segi fizikal atau kemanusiaan, menjadikannya tidak berupaya memenuhi segala tuntutan dan harapan segenap lapisan. Menurut Omardin (1996), salah satu faktor yang menentukan kejayaan pelajar-pelajar ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan sekolah. Dengan ini dapat mengurangkan masalah salahlaku dan disiplin. Menurutnya lagi sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap cinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan. Hasil kajian Zulkarnain B.Kamarudin (2002), telah membuat kajian berdasarkan latar belakang responden melibatkan empat aspek pengaruh iklim sekolah terhadap masalah disiplin pelajar iaitu suasana sekolah, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan guru. Hasil kajian menunjukkan secara umumnya 37tahap pencapaian terhadap aspek suasana sekolah adalah lemah iaitu 40 peratus. Ini menunjukkan kebanyakkan responden merasakan suasana persekitaran sekolah sama ada di luar mahu pun dalam bilik darjah perlu diperbaiki. Pihak sekolah juga perlu memperbanyakkan lagi projek keceriaan sekolah yang melibatkan semua warga sekolah. Tahap pencapaian terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran pula berada pada

kedudukan sederhana iaitu 51 peratus. Sebahagian responden belum dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran guru. Hasil kajian Azhar B. Hamzah (2003), menunjukkan bahawa sebanyak 32.6 peratus responden tidak setuju persekitaran sekolah yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Manakala 47.2 peratus responden setuju yang persekitaran sekolah mendorong pelajar ponteng sekolah. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menggambarkan beberapa faktor mempunyai pengaruh ke atas masalah ponteng sekolah. Faktor tersebut ialah faktor sikap dan faktor persekitaran sekolah. Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar semasa ponteng sekolah ialah merokok, berbual-bual dengan rakan, membantu keluarga dan melepak di rumah sewa kawan. Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar sekolah seperti pengagihan murid mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, stuktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti pelajar. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada pelajar, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan. Sebaliknya, pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Dia menyebabkan pelajar menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya. Di sekolah, murid memperoleh prestasi yang memuaskan, menjawat jawatan yang bertanggungjawab seperti pengawas dan mendapat penerimaan guru dan rakan sebaya. Keadaan positif ini akan membentuk personaliti yang positif. Prestasi di dalam bilik darjah akan mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar tersebut gembira dan tekun belajar serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jika pelajar selalu gagal, maka pengalaman pahit itu akan mendorongkan pelajar itu mudah putus asa dan takut menghadapi peperiksaan. Persekitaran sekolah akan menjadi fobia bagi pelajar seperti ini. Jesteru, pihak sekolah perlu memberikan tumpuan terhadap tingkah laku pelajar seperti ini dengan memberikan peneguhan positif 4. Faktor luaran/persekitaran

Wong Khek Seng (1996), menyatakan persekitaran yang canggih dan menarik seperti kompleks membeli belah, arked video, pusat snuker, taman-taman rekreasi, pusat-pusat hiburan dan sebagainya, menjadi faktor tarikan utama yang menyebabkan kejadian melepak berlaku pada zaman moden ini. Dalam kehidupan seharian besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula takrif persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Norman L. Munn (1969), berpendapat persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit kebakaan. Persekitaran dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu kea rah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain daripada faktor baka. Antara faktor persekitaran itu termasuklahfaktor peranan ibu bapa, masalah keluarga, pengaruh sekolah, rakan sebaya, masyarakat, motivasi dan peranan multimedia. 39Di samping itu, dalam memenuhi keperluan sosial, individu memerlukan ruang untuk menjalankan aktiviti sosial. Menurut Aishah (1993), ciri-ciri bangunan tinggi seperti rumah pangsa dan bilik kediaman menghadkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam rumah. Oleh itu, penghuni akan lebih kerap keluar dari rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah dari dalam rumah. Mereka yang tinggal di kawasan perumahan akan lebih kerap berjumpa kawankawan di kawasan persekitaran, dengan itu mereka terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah seandainya tersalah pilih kawan. Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pula menghasilkan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan, faktor tingkah laku adalah pelengkap. Tidak semua organisma, tidak kira potensi dan kualiti asanya, kebolehan ataupun mempunyai ciri yang sama sekali kerana bergantung pada jenis persekitaran tempat mereka membesar. Antara persekitaran yang dapat merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock, pusat-pusat permainan video, pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran gambar lucah, penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks seperti pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita. Di samping itu, Hall (1972), pula mentafsirkan bahawa zaman remaja sebagai zaman yang kritikal. Dalam zamannya, remaja akan mengalami ketegangan perasaan, kegelisahan dan terpaksa menempuh berbagai-bagai cabaran.

KESAN SALAH LAKU PELAJAR Oleh kerana sebahagian besar perlakuan pelajar bersifat ganas, maka kita dapat nyatakan disini bahawa kesan daripada salah laku pelajar adalah amat besar kepada masyarakat dan negara terutamanya kepada falsafah pendidikan negara yang bermatlamat ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani dan jasmani, berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Apabila oelajar terlibat dengan salah laku yang berat sehinggakan melibatkan kes jenayah, maka matlamat negara untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan pada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakan dan negara pasti berkecai dan negara menghadapi satu krisis dalaman yang amat teruk dalam melahirkan bakal-bakal pemimpin. Negara akan rugi jika menganggap masalah ini adalah biasa tanpa perlu diatasi kerana remaja adalah asset negara yang paling penting bagi masa hadapan negara. 1. Pelajar terlibat ketakutan Akibat salah laku pelajar terutamanya berkaitan dengan sekolah yang mempunyai gangster akan memberi impak dan pengaruh negatif kepada para pelajar kerana ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan ganas di sekolah. Trump (1993) menyatakan kehadiran geng ini akan menyebabkan pelajar menjadi dua kali lebih takut menjadi mangsa keganasan berbanding dengan pelajar dari sekolah yang tidak mempunyai gangster. Selain itu, sekolah juga menjadi pusat aktiviti gangster dan bukan lagi tempat untuk mendapatkan ilmu disebabkan pengambilan ahli-ahli baru untuk mengukuhkan kumpulan mereka. Masalah ini juga akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka akan menunjukkan rasa benci dan rasa tidak puas hati kepada guru dan juga sekolah. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah vendalisme yang mana lebih meninggalkan kesan buruk kepada harta benda sekolah seperti membakar sekolah, merosakkan kereta guru, dan juga harta benda pelajar lain (Dewan Masyarakat, Jun 2000)

2. Masa depan yang gelap Apa yang paling menyedihkan di sini adalah nasib para pelajar yang terjebak dengan masalah salah laku. Ini kerana, sekiranya tidak diperbetulkan kembali mereka pasti sesat sepanjang jalan. Ini memberi kesan jangka panjang kepada kehidupan mereka pada masa hadapan. Mereka mempunyai masa depan yang gelap kerana tingkah laku ini mempengaruhi sikap pelajar. Sekiranya pelajar ini masih belum sedar, besar kemungkinan mereka tercicir dari sekolah dan secara tidak langsung mengehadkan peluang-peluang mereka kepada kehidupan yang lebih baik. Tidak dapat dinafikan, masalah salah laku pelajar menjuruskan kepada kemerosotan keputusan peperiksaan. Kenyataan ini adalah secara am dan tiada sebarang kajian bertulis yang dapat mengesahkan. 3. Kesan kepada Masyarakat dan Negara Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang dapat kita lihat daripada masalah salah laku pelajar. Antaranya adalah mendatangkan masalah kepada masayarakat dan negara dalam melahirkan insan yang kamil. Masalah ini juga menyebabkan institusi sekolah terjejas dengan teruk sekali kerana masalah ini banyak melibatkan sekolah kerana remaja adalah dalam golongan pelajar sekolah. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SALAH LAKU PELAJAR 1. Penglibatan pihak sekolah Dewasa ini,masalah disiplin pelajar hangat diperkatakan. Masalah ini semakin meruncing dari hari ke hari. Seperti contoh kesalahan yang biasanya dilakukan oleh para pelajar iaitu vandalisme dan gengsterisme ponteng, merokok dan sebagainya. Kedua-dua masalah ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah lama dibincangkan dan kegiatan ini semakin berleluasa. Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh mengadakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan

produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Selain itu, sekolah juga perlu memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi..

Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Pihak sekolah juga perlu membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat bagi mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi.

Di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas. Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan. Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya. Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

2. Penglibatan keluarga Di samping itu, langkah lain yang dapat mengatasi masalah salah laku pelajar ialah ibu bapa mestilah prihatin terhadap perkembangan jiwa anak-anak. Hal ini sejajar dengan perubahan zaman di mana, unsur-unsur negatif semakin bertambah dan berleluasa. Ibu bapa perlu meluangkan lebih masa untuk bersama anak-anak dan memastikan kemana haluan anak-anak kerana tindakan mereka akan berubah ketika berada di luar rumah. Jika cara ini dilaksanakan oleh ibu bapa,pastinya salah laku anak dapat di atasi dan di kurangkan. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan institusi keluarga yang goyang merupakan salah satu punca utama pelajar terlibat dalam salah laku di sekolah. Ini kerana sesetengah pelajar terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga. Keadaan hidup yang susah ini menyebabkan pelajar alpa akan pentingnya pelajaran. Ada di kalangan mereka mempunyai pandangan yang negatif terhadap persekolahan. Sebaliknya, bagi pelajar yang mewah pula, mereka terlalu mudah mendapat wang. Ini menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja yang diingini seperti menghabiskan masa berpeleseran di tempat-tempat hiburan dan melepak serta membeli-belah. Hal ini menyemarakkan lagi gejala ponteng sekolah, antara kes salah laku pelajar yang paling utama. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sewajarnya untuk mendidik anak-anak mereka dengan lebih sempurna.

3. Kaedah kaunseling Seterusnya, langkah lain yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ialah melalui kaedah kanseling. Guru boleh memberi kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Kaedah yang betul ini dapat menurunkan kes masalah disiplin pelajar dengan baik dan harmoni. Selain itu, guru juga boleh mengamalkan hubungan yang baik dan mesra dengan pelajar yang bermasalah disiplin and pelajar lain di dalam kelas. Rancangan bimbingan di sekolah biasanya gagal kerana guru-guru bimbingan yang dipilih tidak sesuai dan tidak diterima oleh pelajar. Guru bimbingan perlu terdiri daripada mereka yang memahami perasaan pelajar, bersimpati dengan masalah pelajar dan mempunyai empati iaitu sedar berkaitan perasaan dan pergolakkan jiwa pelajar. Pemilihan guru bimbingan sesuai menyebabkan pelajar menemui guru itu sekiranya terdapat masalah. Dengan hubungan baik dan mesra di antara pelajar dengan guru, pelajar akan lebih menyukai guru dan seterusnya kurang memberikan masalah disiplin di dalam kelas. Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan aktif dalam

membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja atau pelajar selain dari ibu bapa ialah remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar itu sendiri, dengan penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas berbincang, menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting, pembimbing itu sendiri berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini. Pendekatan secara bimbingan dan kaunseling adalah kaedah berkesan bagi mengatasi masalahmasalah disiplin pelajar seperti masalah ponteng sekolah kerana pendekatan yang diberikan tidak secara paksaan dan ia juga dilaksanakan secara langkah demi langkah. Maka pendekatan penyelesaian masalah adalah secara beransur-ansur, di samping itu juga pelajar dapat membentuk disiplin dalam diri mereka.

4. Mengenakan tindakan hukuman atau dendaan Alternatif seterusnya yang dapat diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam pekelilingpekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian, warga pendidik sentiasa diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang-undang pendidikan yang telah ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan, khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di bawah kanun keseksaan. Penggunaan hukuman seperti hukuman merotan sebagai dendaan kepada kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar diharapkan dapat mengubah disiplin pelajar. Keadaan ini juga secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam memilih bentuk hukuman terhadap pelajar yang melakukan kesalahan. Pemilihan hukuman yang tepat akan memberikan kesan yang baik dalam usaha untuk membentuk disiplin pelajar. Perlaksanaan

hukuman memyebabakan pelajar mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah dan seterusnya membentuk disiplin diri yang baik. 5. Kaedah kempen dan ceramah motivasi Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah, pendidikan luaran melalui kempen, ceramah, dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan pengukuhan kepada pelajar. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat dan organisasi luar juga penting untuk bertindak secara kolektif bagi menangani gejala yang sering berlaku di sekolah. Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Persatuan Bekasbekas Penagih Malaysia (PENGASIH), dan Jabatan Penjara. Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah, yang dilaksanakan setiap tahun memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja. Melalui program ini, pelajar dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih sempurna dengan mengamalkan cara hidup yang positif dan bersih tanpa rokok / dadah. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara dimasa akan datang. Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah. Penekanan ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan, kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, dan panduan mengelak daripada terjebak dengan gejala merokok. Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan ujian saringan urin (urine test). Klinik Berhenti Merokok juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Melalui klinik ini, para pelajar yang secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok. Bimbingan ini diberikan secara berterusan dan secara rahsia. Ceramah oleh pihak polis, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala gengsterism. Menjadikan organisasi ini sebagai Anak Angkat kepada Balai Polis terdekat, memperkukuhkan hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat kuasa. Ceramah ini diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan bulan September. Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek sahaja. Contohnya, ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada gejala samseng (Gengsterism) kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu),

sementara ceramah kedua pada bulan September berkaitan dengan penyalahgunaan, dan pengedaran dadah. 6. Penglibatan aktiviti-aktiviti kokurikulum Selain itu, langkah lain yang dapat dilaksanakan untuk mengurangkan masalah disiplin pelajar ialah Penglibatan wajib semua pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun. Penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu untuk

menghindarkan pelajar daripada melakukan salah laku. Aktiviti kokurikulum ini termasuklah persatuan unit beruniform, persatuan-persatuan yang di anjurkan oleh pihak sekolah dan aktiviti kerohanian. Penglibatan para pelajar dalam aktiviti sebegini dapat memupuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman, pengetahuan, dan memanfaatkan masa. Melalui aktiviti

kerohanian,ia dapat mengisi jiwa kita yang membolehkan kita mengikut panduan dan tidak mudah terpesong untuk melakukan salah laku Contohnya melalui kaedah Rumah Sekolah. Semua kegiatan, termasuk kegiatan akademik dilaksanakan mengikut rumah sekolah masing masing dan pencapaian rumah sekolah ini dipamerkan di Papan Skor, dalam bentuk point atau markah. Berkaitan dengan sistem merit, setiap kesalahan pelajar diberikan merit untuk rumah sekolah masing-masing. Dengan ini, semua warga sekolah akan berusaha menjaga disiplin ahliahli rumah masing-masing. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini juga dapat mengurangkan masa terluang pelajar di luar rumah. Secara tidak langsung telah menyahut cabaran YB Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mahu kegiatan kokurikulum diberi perhatian di semua sekolah selain dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar. 7. Pengaruh yang baik dari rakan sebaya Langkah seterusnya ialah melalui pengaruh rakan sebaya. Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi sesorang remaja atau pelajar bijak dalam memilih rakan untuk bergaul. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan

mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Di sinilah pentingnya pengaruh rakan sebaya tersebut. Rakan yang baik akan saling membantu rakan yang mempunyai masalah untuk sama-sama menyelesaikan masalah bukan saling melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga dapat memusnahkan masa depan sendiri. 8. Melalui kaedah nasihat dan bimbingan Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Dalam hal ini ibubapa dan guru memainkan peranan yang sangat penting. Sebagai ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab mereka haruslah sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kerana mereka lebih mengenali dan lebih berhak untuk menegur anak-anak mereka. Walaubagaimanapun teguran yang diberikan tersebut haruslah tidak terlalu tegas kerana jika ditegur secara keras atau mengunakan kekerasan jiwa remaja akan memberontak. Ibubapa perlu menasihati anak-anak mereka jika terdapat sebarang perubahan kepada anak-anak mereka contohnya perubahan dari segi tingkah laku dan percakapan yang tidak sopan. Tindakkan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan dapat menyedarkan remaja tentang kesan buruk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. CARA MENGURUS MASALAH DEVIAN DAN SALAH LAKU DI SEKOLAH 1. Membentuk Jawatankuasa Disiplin Sekolah Mantap Pengawas sekolah adalah badan penting yang bertanggungjawab membantu guru dalam memastikan disiplin murid dan suasana sekolah dalam keadaan terkawal. Dengan itu, harapan untuk melihat murid-murid di sekolah menjadi murid yang mampu mematuhi peraturan serta

memiliki ketinggian peribadi dengan harapan amalan-amalan positif yang terkandung dalam Tunggak Dua Belas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai. Peranan badan pengawas sangat penting dalam membantu sekolah dan guru dalam melaksanakan usaha-usaha pengawalan disiplin murid di sekolah ini. Mengikut surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 Pengawas-pengawas sekolah / ketuaketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

2. Program Bersepadu Antara program bersepadu yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah program sekolah selamat. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau triad society. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undangundang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

3. Kerjasama Semua Guru Guru sepatutnya bertanggungjawab terhadap tugasnya. Amalan kebanyakan guru menyerahkan bulat-bulat pelajar bermasalah kepada guru disiplin dan guru kaunseling tidak seharusnya berlaku. Guru disiplin hanya menjalankan hukuman sedangkan tugas memberi nasihat pula diserahkan kepada guru kaunseling. Secara tidak langsung, guru disiplin akan menjadi musuh kepada pelajar bermasalah sedangkan guru-guru lain yang menolak tanggungjawab menjadi popular. Guru kaunseling pula menjadi orang disayangi kerana memahami masalah pelajar. Guru-guru tidak seharusnya lari daripada tanggungjawab. Adalah diharapkan semua guru lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin pelajar. Mendidik termasuk

menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran, di samping membetulkan kesilapan dan kesalahan pelajar. Kita tidak dapat lari daripada bersikap tegas dan penyayang pada ketikaketika yang sesuai, memainkan peranan yang berlainan pada waktu waktu yang berbeza untuk mendidik dan bukan sekadar menyampai.

4. Kajian dan Pemantauan Sebagai seorang guru, kita harus peka dengan setiap perlakuan murid-murid di sekolah. Tidak salah Guru harus membuat pemantauan khusus tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar yang bermasalah.Ini membolehkan guru lebih memahami masalah pelajar secara mendalam supaya dapat menyelesaikannya dengan cara yang lebih berkesan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi.Selain itu,guru juga harus mempelbagaikan kaedah dalam pembelajaran dengan penuh kemesraan dan kesabaran. Oleh itu,pembelajaran dalam kelas dapat dijalankan dengan penuh keseronokan supaya dapat memotivasikan pelajar yang lemah lebih berusaha untuk terus maju.

KEPENTINGAN DISIPLIN DI SEKOLAH Dalam melangkah era modenisasi, kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah amat diutamakan oleh setiap murid dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, peraturan sekolah merupakan undang- undang kecil yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah. Semua murid mesti mematuhi peraturan dan tiada seorang murid pun diberikan pengecualian. Oleh itu, pelbagai kesan positif wujud jika murid mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah.

Dengan wujudnya peraturan, pelajar mampu mendisiplinkan diri dan menjadi pelajar yang beretika di sekolah. Di mana pelajar tahu membezakan perkara baik dan buruk serta dapat melatih pelajar menjadi insan yang sempurna dari segi sahsiahnya. Jika dipantau dari aspek murid, murid yang berdisiplin tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan sama ada yang berat atau ringan. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah ponteng sekolah, bergaduh, bercakap kasar, mengugut murid lain, dan sebagainya. Dengan pelaksanaan peraturan, persekitaran sekolah juga akan menjadi lebih selamat, Di mana polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Murid-murid dapat belajar dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Pergaulan sesama murid juga sentiasa terjaga. Persekitaran yang dan membolehkan murid belajar dalam suasana yang aman dan harmoni serta menyeronokkan tanpa perlu ada perasaan takut untuk datang ke sekolah. Seperkara lagi, mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah adalah penting untuk menjaga imej sekolah masing-masing. Pelaksanaan peraturan sekolah juga dapat menaikkan imej dan nama sekolah sebagai institusi yang disegani. Sekolah yang teguh peraturannya akan dihormati oleh para murid dan masyarakat keseluruhannya. Murid yang mematuhi undanguundang sekolah dapat mewujudkan sekolah sebagai kawasan yang amat selamat dan selesa. Sekolah tersebut akan mendapat penilain yang baik dari semua pihak kerana muridnya berdisiplin serta mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. KESIMPULAN Kesimpulannya, masalah salah laku pelajar tidak seharusnya dibiarkan kerana jika masalah ini dibiarkan secara berterusan ianya boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di Negara. Aliran fahaman remaja atau pelajar berubah dari zaman ke zaman dan cara

menanganinya haruslah turut berubah. Oleh itu, semua pihak yang terlibat seperti ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan sebagainya haruslah saling bekerjasama dan berganding bahu dalam memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani masalah ini. Menghadapi masalah

cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau buruk disalurkan secara terus kepada pelajar. Pelajar haruslah dibekalkan dan dipersiapkan dengan jati diri yang kukuh kerana dengan mempunyai jati diri sahaja pelajar dapat mempertimbangkan sesuatu perkara tersebut sama ada baik atau sebaliknya sebelum melakukan sesuatu tindakan itu.

BIBLIOGRAFI Abd. Fatah Hasan. (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Guilford : Brown and Benchmark Publishers. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Pembangunan Pendidikan 2001 -2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Lebar. (1996). Perkembangan dan haluan kurikulum pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Omar Din Ashaari. (1996). Pengurusan sekolah: Suatu panduan lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. (2000). Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Pendekatan Bersepadu. Bangi: As-Syabab Media

LAMPIRAN CONTOH PERATURAN SEKOLAH CONTOH SURAT PEKELILING IKHTISAS

Você também pode gostar