Você está na página 1de 5

SEJARAH PERKEMBANGAN PERKAHWINAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

1.1: Perkahwinan Masyarakat India Pada Tahun 1990an. Perkahwinan atau Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci antara suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Orang bijaksana Vedic menyatakan bahawa asa untuk kebahagiaan dan penyempurnaan perkahwinan ialah kerjasama dan kasih saying antara keduadua bakal suami isteri.Mengikut sejarah juga,terdapat lapan jenis perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat India.Antaranya ialah Brahma kalyanam,Daiva kalyanam,Prajayapta kalyanam,Ghandarva kalyanam,Asura kalyanam,Rakshasha kalyanam dan Paishacha kalyanam.

Sejarah perkahwinan kaum India di Shah Alam,Malaysia menyatakan bahawa persatuanpersatuan terdahulu untuk sosial dan politik telah menjamin dan mengikat maksud untuk pengabadian untuk spesies dan sebuah institusi dijalankan untuk menunaikan hak milik.Perkahwinan merupakan institusi untuk menunaikan keperluan itu.Dalam budaya masyarakat kaum India,perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga diamalkan sejak tahun 1990 an.Perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa dianggap lebih menjamin kebahagiaan dan dipandang tinggi oleh masyarakat kaum India,kerana pasangan untuk anak akan dipilih dengan menilai kelebihan dan kelemahan diri,dan juga dengan melihat keserasian keduadua bakal pengantin melalui tilikan nasib,horoskop dan sebagainya yang mampu menilai dengan tepat.Terdapat seorang medium yang bertanggunjawab untuk mencari perikatan yang sesuai dan memberitahu tentang kesesuaian jodoh pada keluarga kedua-dua pasangan.Medium tersebut turut berperanan sebagai perunding,yang akan mencadangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan perkahwinan,setelah melihat kesesuaian mengikut carta kelahiran kedua-dua pengantin.Di samping itu,sesetengah pengantin akan mencadangkan tempat yang sesuai untuk keluarga pengantin,untuk melangsungkan perkahwinan,Perkahwinan pada masa dahulu kebanyakannya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki,ataupun di kuil yang terletak berhampiran dengan rumah kedua-dua pengantin.Pelamin ataupun Manavarai akan digunakan sekiranya perkahwinan berlangsung di kuil.Pelamin biasanya mempunyai corak-corak seperti burung merak,pelita,dewa cinta dan sebagainya.Pelamin tersebut agak besar dan rupa bentuknya lebih kurang sama.

Pengantin perempuan akan disolekkan oleh ahli keluarga dan sanak saudara di rumah.Inai akan dihiasi di tangan dan juga di kaki.pengantin.Seterusnya,mereka akan bertocang hingga ke paras pinggang atau memakai rambut palsu,dengan bunga melur.Pengantin lelaki juga akan bersiap sedia di rumahnya.Para hadirin yang datang ke majlis perkahwinan tidak ramai,dan hanya terdiri daripada ahli keluarga,sanak saudara dan kawan-kawan yang terdekat.Mereka akan diberi kad jemputan dan pihak pengantin akan datang sendiri ke rumah orang untuk menjemput mereka ke perkahwinan.Makanan untuk jamuan selepas perkahwinan pula akan dimasak dengan bantuan ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran yang datang menolong.

1.2:Poligami Dan Mas Kahwin Poligami tidak begitu digalakkan bagi masyarakat kaum India di Malaysia.Terdapat rujukan tentang poligami dalam epik Hindu yang bernama Mahabharatha.Menurut rujukan tersebut,pasangan yang telah berkahwin harus hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat.Namun begitu,poligami dihadkan,dan dibenarkan kepada yang mampu.Lamakelamaan,perkahwinan mula menitikberatkan maruah dan kebahagiaan pasangan.Hal ini kerana,sesetengah pasangan yang berkahwin tanpa persefahaman telah menghadapi masalah rumah tangga yang keterlaluan dan akhirnya bercerai.Lama-kelamaan,lelaki dan perempuan dibenarkan memilih pasangan hidupnya sendiri,kerana faktor perubahan sosial.Selepas itu,telah menjadi tanggungjawab ibu bapa,untuk memilih dan mengahwinkan anak mereka dengan pasangan tersebut,sekiranya mereka secocok.Mas kahwin,ataupun hantaran yang dipanggil Dawry diminta oleh hampir setiap keluarga pihak pengantin lelaki,daripada pihak keluarga pengantin perempuan.Tujuan mas perkahwinan tersebut dihantar adalah kerana bakal pengantin perempuan yang akan hidup bersama keluarga pengantin lelaki sehingga ke akhir hayat,tidak harus membebankan mereka dari segi kewangan dan sebagainya.Dawry yang diminta secara berlebihan oleh sesetengah pihak keluarga pengantin lelaki kadangkala membebankan keluarga pihak pengantin perempuan

1.3:Perkahwinan Masyarakat India Pada Zaman Sekarang

. Pada masa sekarang,perkahwinan masyarakat India di Shah Alam,Malaysia kebanyakkanya dilangsungkan di dewan serbaguna atau dewan komuniti.Ada juga segolongan masyarakat India yang masih gemar melangsungkan perkahwinan secara tradisional di kuil yang dekat dengan rumah kedua-dua pengantin.Pada masa kini,peranan medium telah diambil alih oleh pejabat-pejabat pendaftaran perkahwinan.Pelamin-pelamin yang digunakan sekarang amat menarik dan mempunyai pelbagai jenis tema,warna dan corak.Pihak keluarga pengantin kini boleh memilih pakej perhiasan dewan dan pelamin untuk perkahwinan,dengan tawaran harga yang berbeza.Makanan pula akan ditempah secara katering,untuk memudahkan urusan perkahwinan.Pengantin perempuan lebih gemar bersolek di pusat solekan dan kecantikkan.Namun,tocang,pemakaian rambut palsu dan bunga melur masih diamalkan sehingga kini.Pengantin lelaki juga ada yang gemar melaram dan mendapatkan perkhidmatan di pusat kecantikkan.Pengantin perempuan akan memakai sari manakala pengantin lelaki akan memakai veshti dan baju yang dipanggil jippa.Para hadirin yang datang ke perkahwinan terdiri daripada ahli keluarga,saudara mara,kawan-kawan dan juga kenalan yang berada di jauh. . Orang India semakin memberi perhatian kepada kad jemputan apabila berlangsungnya perkahwinan.Ramai yang berpendapat bahawa kad jemputan bukan hanya sekadar mengingatkan tentang perkahwinan tersebut,malah merupakan perkara yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat.Oleh itu,masyarakat India sekarang menempah kad jemputan yang terdiri daripada

pelbagai jenis corak dan bentuk.Malah,ada juga yang menempah mengikut idea sendiri,agar kad tersebut kelihatan unik dan menepati kehendak mereka.Corak dan keunikkan kad jemputan yang ditempah itu dapat menggambarkan kemeriahan perkahwinan tersebut.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin(pen paarthal),adat ikat janji(niccayam),dan pemberian hadiah(parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India.Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran. Rumusan:

Bermula hanya sebagai istiadat yang diwarisi dari zaman-berzaman,majlis perkahwinan seolah-olah mengalami anjakan sehingga berkembang menjadi satu perniagaan dan industri yang menguntungkan.Perkahwinan sekarang dapat dilangsungkan dengan mudah dengan adanya penganjuran pameran dan ekspo perkahwinan yang mempamerkan pelbagai tawaran dan keperluan sehenti pengantin.Suasana yang cukup selesa ini membolehkan pasangan bakal pengantin dan ibu bapa mereka membuat pilihan dan keputusan dalam keadaan yang tenang.Terbaru ini,sebuah Ekspo Perkahwinan India(IWF) telah diadakan oleh Agenda Suria Communications di Pusat Pameran Midvalley, Kuala Lumpur dari 13 hingga 15 April 2012.Ekspo-ekspo seperti ini membolehkan perkahwinan masyarakat India berkembang.

Majlis perkahwinan bukannya sesuatu perkara yang mudah kerana setiap pasangan perlu mempunyia perancangan yang rapi bagi memastikan sempurna sepanjang berlangsung dengan kemeriahan dan diingati sepanjang hayat.Begitu juga dengan perkahwinan India yang semakin berkembang sehingga hari ini tanpa meninggalkan adat istiadat.

SEKIAN,TERIMA KASIH

Você também pode gostar