Você está na página 1de 5

KEMUDAHAN DAN PENGGUNAAN

APPLE

DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Oleh Norasiken Bakar, Sazilah Salam dan Zulisman Maksom

PENDAHULUAN

Pertubuhan Apple pada tahun 1976 sebagai sebuah syarikat komputer. Walau bagaimanapun, dalam dekad yang lalu, Apple telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang maju dan pakar dalam pelbagai bidang. Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan iPod, akhirnya menjadi peneraju pasaran dalam muzik. Seterusnya, Apple menyertai industri telefon pada tahun 2007 dengan iPhone, yang juga telah meluas kejayaannya. Apple dikenali sebagai sebuah syarikat barangan pengguna yang dapat menghasikan produk mengikut keperluan pengguna. Atas permintaan ini, Apple telah bersaing dengan syarikat-syarikat lain bagi membangunkan peralatan,

kemudahan dan pengiklanan yang drastik dan menawan secara tersendiri.

Ciri-ciri yang unik tentang Apple adalah bahawa ia mempunyai asas pelanggan yang amat kuat, yang amat penting dalam memahami Apple. Sementara itu, Apple mempunyai pakar arkitek yang telah berjaya menghasilkan banyak produk yang sungguh menakjubkan. Di samping itu, sebab-sebab lain kejayaan Apple ialah mempunyai persembahan yang menarik dari segi elemen media. Produk utama Apple seperti iTunes, TV, komputer Mac, iPod, iphone dan ipad.

Mac dibina pada sistem operasi di dunia yang paling maju, Mac juga mudah untuk digunakan terutama dalam bidang pendidikan. Mac mempunyai aplikasi yang dapat membantu pelajar untuk mewujudkan projek-projek yang menakjubkan dengan menggunakan iWork, aplikasi pro, dan OS X Server. Setiap Mac telah direka untuk jangka hayat bateri yang panjang dan produktif. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi seperti aluminium dan kaca dan mempunyai Intel Processor yang laju, grafik yang berkualiti, dan bateri yang boleh bertahan sehingga selepas 7 jam.

Setiap Mac datang dengan OS X Mountain Lion, yang merupakan ciri-ciri yang akan membuatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan serta dengan adanya gabungan elemen yang lebih menarik dan dinamik. Isyarat Multi-Touch membuat mengemudi dan zoom di atas kandungan sangat mudah digunakan dan mempunyai aplikasi skrin penuh yang membenarkan penggunaan setiap inci paparan Mac. Versi. OS X Mountain Lion membolehkan anda menyambung Mac ke pencetak dan kamera, menyertai rangkaian PC, dan juga boleh menggunakan Microsoft Office. Integrasi iCloud membolehkan pelajar membuat kerja mereka termasuk mesej, peringatan, dan nota.

KEMUDAHAN DAN PENGGUNAAN APPLE DI UTeM

UTeM telah pun menggunakan Platform Apple dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), penyelidikan, pembangunan dan urusan pentadbiran. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM telah mendahului fakulti lain dalam penggunaan tersebut. Semenjak tahun 2002 lagi, FTMK telah mempunyai 35 unit komputer Mac untuk tujuan P&P di bawah Jabatan Media Interaktif. Pada tahun 2009 pula, 35 unit komputer Mac lagi ditambah untuk digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran di makmal. 35 unit komputer Mac yang lama digunakan olen pensyarah dan pelajar untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan projek multimedia. Manakala 5 unit Mac Pro (Workstation tower) telah digunakan untuk tujuan video editing. Terdapat 12 orang pelajar dan pensyarah yang telah mendaftar sebagai iOS Developer University Program Membership semenjak 2010. Berikut merupakan senarai nama yang telah mendaftar iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Ahmad Kamal Norizan Anith Abdul Aziz Rashidi Arash Abdul Rashid Poon Yen Mei Mohamad Hadyan Wardhana Jeremy Hor Sae Chong Muhammad Azuan Zira Zairein

viii. ix. x. xi. xii.

Muhammad Hazmin Wardi Nurul Najwa Nasarudin Norfaisya Ahmad Saibi Sazilah Salam Tarisa Makina Kintakaningrum

Peralatan Apple juga telah digunakan untuk pengurusan pentadbiran di mana sebanyak 6 unit Mac Book Pro telah digunakan oleh Dekan dan Ketua Jabatan. Manakala sebanyak 6 unit perkakasan Apple telah digunakan untuk penyelidikan seperti senarai di bawah:

i.

1 unit Mobile Phone iPod Touch 8 GB (eScience Fund, PM. Dr. Sazilah Salam)

ii. iii. iv. v.

2 unit Laptop Macbook Pro 13 Inch (eScience Fund, PM. Dr. Sazilah Salam) 1 unit Mobile iPhone 3G (eScience Fund, PM. Dr. Sazilah Salam) 1 unit Apple Macbook Pro (PJP, Ariff Idris) 1 unit Apple iPhone 3GS 32GB (PJP, Shahril Parumo)

KURSUS BERKAITAN APPLE YANG TELAH DIANJURKAN DAN DIHADIRI OLEH PENSYARAH DAN PELAJAR UTeM

UTeM telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan ilmu pelajar dan pensyarah dalam penggunaan Apple dalam P&P seperti menganjurkan Kursus yang bertajuk One-Day MDeC ICONApps iPhone Application Development di iMac Lab, Tingkat 1, FTMK, UTeM. Kursus pengenalan pembangunan aplikasi iPhone telah dihadiri oleh 68 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar UTeM dan UiTM, serta peserta luar. Seterusnya Kursus Lanjutan 5 hari: Introduction to iPhone Programming in Objective-C and Cocoa Touch using Xcode anjuran MDeC. Kursus ini telah dihadiri oleh 3 orang pelajar Sarjana Muda FTMK, dan 2 orang pensyarah FTMK, dan 1 orang pensyarah FKEKK seperti senarai di bawah:

i. ii. iii. iv. v. vi.

Jeremy Hor Sae Chong (pelajar FTMK) Muhamad Azuan Zira Zairein (pelajar FTMK) Poon Yen Mei (pelajar FTMK) Aniza Othman (pensyarah FTMK) Zahriah Sahri (pensyarah FTMK) Puteri Suriani Megat Wazir (pensyarah FKEKK)

CADANGAN DAN PERANCANGAN APPLE DI UTeM Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan seperti di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara agar IPTA memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan itu UTeM memperkembangkan lagi mod penyampaian pengajaran & pembelajaran dengan memperkenalkan persekitaran pembelajaran personal (Personalised Learning Environments [PLE]) dalam kampus. Justeru itu, satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebagai Personalised Learning Environment (PLE) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Personalisation ialah satu keperluan penting untuk memotivasikan pelajar dan menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar.

Antara beberapa perancangan UTeM ialah setiap fakulti dan pusat mesti mempunyai sebuah makmal komputer Apple. Semua pensyarah di UTeM akan dilengkapi dengan penggunakan Platform iPad semasa proses pengajaran dan pembelajaran di UTeM kerana lebih berkesan dan berdaya maju. Warga UTeM akan diberi peluang untuk memperolehi Certification of Apple Certified Developer yang akan ditaja dan diperakui oleh Apple. Di samping itu, beberapa pensyarah yang terpilih akan digalakkan untuk memperolehi Certification of Apple Training melalui program seperti myUniAllianceiOS. Melalui program seperti ini, pensyarah dan pelajar akan menghadiri dan memperolehi sijil dalam Kursus myUniAlliance-iOS. Apple juga akan digunakan dalam e-Pembelajaran universiti. Terdapat beberapa perisian Apple yang sangat sesuai untuk platform e-Pembelajaran seperti iTune U, iBooks Author, Articulate Storyline, Corona SDK, dan Adobe Flash.

Memandangkan perkembangan teknologi yang semakin luas dalam bidang pendidikan seperti penggunaan e-pembelajaran, pelbagai persekitaran pembelajaran telah diperkenalkan. Diantara persekitaran pembelajaran tersebut termasuklah PLE, VLE (Virtual Learning Environments), ILE (Intellegent Learning Environments), OLE (Open Learning Environments). VLE, ILE dan OLE adalah persekitaran pembelajaran yang berkait rapat dengan PLE. PLE bukan suatu aplikasi, tetapi adalah satu pendekatan baru yang digunakan untuk teknologi terkini dalam pendidikan. Namun begitu untuk mewujudkan persekitaran ini, sokongan dari segi peralatan serta infrastruktur perlulah disediakan lebih awal oleh pihak UTeM.

Você também pode gostar