Você está na página 1de 33

-1.

PENDAHULUAN

DEFINISI BUMIPUTERA Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai Bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu ( menurut takrifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah dan peribumi Sarawak. Perkara (161a) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan siapa Bumiputera atau kaum peribumi ni negara ini. Takrifan atau pengkategorian ini sebenarnya berbeza-beza untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Pada amnya, di Semenanjung Malaysia, jika salah seorang ibu atau bapa adalah merupakan seorang Melayu yang beragama Islam/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. Manakala, di Sabah pula, jika bapa adalah seorang Melayu yang beragama Islam/Peribumi Sabah seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 161A (6)(a) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. Di Sarawak pula, jika ibu dan bapa adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161A(6)(b) Perlembagaan Persekutuan, maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera. Mengikut pengkategorian dalam Perlembagaan Persekutuan, kaum-kaum yang disifatkan sebagai asli bagi Sarawak untuk maksud taraf Bumiputera dalam Fasal (6 ) ialah Bukitan, Bisaya, Dusun, Dayak Laut ( Iban ), Dayak Darat ( Bidayuh ), Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sihan, Tagal, tabun, dan Ukit. Definisi Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pula ialah : i. menganut agama Islam

ii. lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu dan iii. mengamalkan adat istiadat Melayu. Manakala, Akta 134 iaitu akta khusus bagi Orang Asli hanya boleh dikuatkuasakan bagi semenanjung Malaysia, ( etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia ialah Negrito, Senoi dan Melayu-Proto ) menetapkan 4 syarat utama bagi mendefinisikan Orang Asli iaitu : i. mana-mana orang yang bapanya adalah dari rumpun bangsa Orang Asli yang bercakap dalam bahasa Orang Asli yang lazimnya mengikut cara hidup Orang 1

Asli dan adat serta kepercayaan. Ini termasuklah keturunan Orang Asli itu; mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh Orang Asli dan adalah seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli. ii. anak dari apa-apa persatuan antara seseorang perempuan Orang Asli dengan seseorang lelaki dari kaum lain dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli yang adat dan kepercayaan Orang Asli yang masih lagi menjadi seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli. iii. mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli kerana ia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, ia masih mengikut cara hidup Orang Asli serta bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin mengamalkan agama itu. iv. apa-apa soal sama ada seseorang adalah Orang Asli atau bukan Orang Asli hendaklah diputuskan oleh Menteri.

2.0

TAKRIFAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN Kedudukan istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini telah

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948. Peruntukan ini diwujudkan bertujuan menjaga hak orang Melayu sebagi penduduk asal Tanah Melayu. Ia juga bertujuan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan, supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak, membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan . Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu . Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang palin penting , hak untuk mendapat layanan yang sama rata . Di bawah Artikel 153, Yang Dipertuan Agong diberikan kuasa untuk : Melaksanakan fungsi baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan cara yang dilihat perlu untuk melindungi kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera; Memastikan Bangsa Melayu dan Bumiputera mempunyai kedudukan di dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pameran, dan beberapa keistimewaan dari segi pendidikan dan latihan berkaitan yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan dengan kadar yang difikirkan oleh baginda sebagai berpatutan. Memastikan bangsa Melayu dan Bumiputera mempunyai ruang untuk memperolehi permit dan lesen jika permit dan lesen diperlukan untuk operasi memulakan 3

perdagangan atau perniagaan jika itu yang difikirkan oleh baginda sebagai berpatutan; dan

Memastikan ruang untuk bangsa Melayu dan Bumiputera berada di dalam universiti, kolej, dan mana-mana institut pendidikan selepas tamat MCE atau yang setara [Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)] atau pembahagian mengikut nisbah yang munasabah berdasarkan kepada fikiran baginda jika jumlah mereka yang layak untuk menyambung pendidikan adalah lebih besar jumlahnya daripada tempat yang disediakan. Selebihnya di dalam Artikel 153 adalah berkaitan dengan larangan agar tidak

melucutkan lesen atau permit dari mereka yang bukan berbangsa Melayu atau yang bukan Bumiputera jika mereka telah memiliki lesen dan permit. Berikut merupakan isi kandungan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan : Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan negeri mana-mana antara negeri sabah dan Sarawak. 1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. 2) Walau apa-apa jua dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang

difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam ( selain perkhidmatan awam sesuatu negeri ) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang

seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan perkara ini, daripada permit dan lesen itu

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain. Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

3.0

ISI KANDUNGAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA 3.1 HAK TANAH Undang-undang tanah terhadap Bumiputera telah dinyatakan dalam

Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, rakyat Bumiputera boleh mempertahankan hakhak mereka khususnya mengenai tanah sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-hak bumiputera mengenai tanah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 12A. Dalam bahagian 12A telah menyatakan perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Perkara 161A fasal 5 menerangkan bahawa Perkara 89 tidak boleh digunakan di negeri Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan Perkara 8 iaitu tidak membatalkan atau melarang apa-apa sahaja peruntukan undang-undang negeri di Sabah dan Sarawak. Hal ini bermakna, Perkara 89 dan Perkara 8 tidak boleh menghalang hak-hak bumiputera terhadap perezapan tanah untuk bumiputera negeri Sabah dan Sarawak. Selain perezapan tanah, undang-undang negeri Sabah dan Sarawak boleh memberi milik kepada Bumiputera atau memberi layanan utama kepada Bumiputera mengenai pemberian milik tanah. Perkara 89 yang tidak boleh diguna pakai di Sabah dan Sarawak adalah menerangkan mengenai tanah rezab orang Melayu, manakala Perkara 8 adalah mengenai hak sama rata atau kesamarataan. Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu menurut fasal (1), Jika mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terusmenerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmen. Menurut fasal (2) yang menyatakan, mana-mana tanah di sesuatu negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.

Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Meskipun terdapat undang-undang sedemikian rupa, namun banyak tanah rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. 3.2 HAK PENDIDIKAN/KUOTA KE IPT Merujuk kepada Perkara 153 menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam melindungi kedudukan istimewa bumiputera dan salah satu daripada keistimewaan tersebut ialah hak bumiputera dalam pendidikan. Setiap warga Bumiputera adalah wajib menerima pendidikan awal di sekolah rendah, pendidikan di sekolah menengah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Mereka tidak boleh dihalang atau disekat untuk menerima pendidikan di negara ini setinggi mungkin, selagi individu tersebut berkemampuan sama ada daripada aspek fizikal mahupun mental. Sekiranya berlaku keadaan seperti menghalang atau menyekat individu tersebut ia dianggap sebagai berlaku pencerobohan hak keistimewaan Bumiputera tersebut. Dalam sistem pendidikan, orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak juga mendapat keistimewaan mereka yang tersendiri. Hal ini kerana, sistem pendidikan tinggalan penjajah suatu ketika dahulu telah membiarkan golongan ini keciciran dalam pembelajaran. Dengan tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan, secara tidak langsung hak-hak orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak ini terbela. Hal ini terbukti apabila kuota kemasukan orang Melayu dan Bumiputera adalah lebih banyak daripada kaum lain untuk ke sekolah berasrama penuh. Walaupun begitu, kedudukan kaum lain tidak terjejas. Kerajaan tidak sesekali menghapuskan sekolah Cina dan Tamil untuk memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian. Toleransi antara kaum juga menyebabkan pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ). Pinjaman ini diberikan kepada semua kaum untuk membiayai kos pendidikan di Institut Pengajian Tinggil. Secara minimum, pendidikan wajib yang mesti dilalui oleh setiap warganegara sehingga kini ialah selama 11 tahun iaitu bermula dari darjah satu sehingga tingkatan lima. Tambahan lagi, setiap individu juga dijamin haknya untuk mendapat peluang pendidikan di negara ini tanpa sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara 7

semata-mata kerana perbezaan kaum, agama, bangsa, tempat lahir, bahasa dan warna kulit. Dibawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang Di-Pertuan Agong boleh memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dalam keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain. Malah dalam mana-mana universiti, kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya, bilangan tempat ditawarkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan universiti, kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon layak mendapat tempat itu, adalah sah bagi Yang Di-Pertuan Agong memberikan arahan yang perlu kepada kerajaan bagi memastikan perizaban bagi orang melayu dan bumiputera seperti difikirkan munasabah oleh Yang Di-Pertuan Agong dan kerajaan hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. Pendidikan adalah amat penting yang merupakan tunjang kepada pemikiran dan pengetahuan masyarakat. Justeru, dengan adanya pendidikan kehidupan sesebuah masyarkat itu boleh berubah dan maju dari segi ekonomi dan cara hidupnya terutama bagi masyarakat Bumiputera. Oleh itu, amat penting untuk setiap warga Bumiputera menyambung pelajaran dan menuntut ilmu semampu yang mungkin. Kini, terdapat banyak sekolah dibina untuk mengisi dan memenuhi pelajar-pelajar di negara ini samada Bumiputera atau kaum lain. Sekolah kebangsaan ditubuhkan adalah bertujuan untuk merapatkan jurang antara golongan profesional Bumiputera dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penglibatan pelajar-pelajar Bumiputera di sekolahsekolah yang sedia ada memberi satu peluang dan langkah pertama untuk masyarakat ini terus maju. Dalam pendidikan, kita boleh menyaksikan kemasukan pelajar Bumiputera ke IPTA dan IPTS yang kini merupakan isu yang hangat diperkatakan. Jika dilihat kepada jumlah Institusi Pengajian Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya sekitar 10 % sahaja dan selebihnya merupakan kaum-kaum lain. Justeru, kerajaan telah menumpukan banyak tempat kepada kuota Bumiputera bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan

yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif. Faktor yang mungkin menyebabkan kurangnya pelajar bumiputera dalam bidang pendidikan berbanding kaum lain mungkin adalah disebabkan oleh pendapatan keluarga yang rendah menyebabkan mereka terbatas untuk membiayai buku-buku, komputer, aktiviti pelajaran luar sekolah dna sebagainya. Tambahan pula, berikutan isu pengenalan kepada sistem meritokrasi dengan menghapuskan sistem kuota untuk anak-anak bumiputera masuk ke IPTA di negara ini telah menyebabkan pelajar bumiputera dalam bidang-bidang kritikal semakin

berkurangan. Contohnya dibawah sistem kouta, 103 pelajar Bumiputera sepatut diambil tetapi dengan sistem meritokrasi jumlah pelajar bumiputra diambil hanya 78 orang manakala bukan Bumiputera pula dibawah sistem kouta sepatutnya hanya 51 saja diambil tetapi dengan sistem meritokrasi jumlah pelajar bukan Bumiputera diambil meningkat menjadi 82 orang. Menyedari hal ini, Tun Dr. Mahathir mula merasa bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin berkurangan berbanding kaum lain. Sehubungan dengan itu, Perkasa Negeri Pahang mendesak kerajaan agar mengambalikan sistem kuota sebagai dasr bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana memperuntukkan 55% untuk Bumiputera, 35% untuk Cina dan 10% India. Hal ini adalah kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 3.3 PERUNTUKAN BIASISWA Bagi mengelakkan orang Melayu/Bumiputera tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu/Bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan keatas Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka. Antara peruntukan utama untuk Bumiputera adalah kemasukan anak-anak orang Bumiputera ke universiti dan mendapat biasiswa.

Peruntukan biasiswa telah diperuntukkan kepada Bumiputera adalah lebih daripada kaum bukan Bumiputera sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Penganugerahan biasiswa perlu mengambil kira bukan sahaja soal merit pencapaian, tetapi juga persoalan merit sosioekonomi rakyat agar pembukaan ruang untuk memperolehi pendidikan lebih tinggi menjurus kepada kumpulan sasar yang tepat dalam masyarakat Malaysia. Namun begitu, perkara ini dilaksanakan tanpa melakukan penindasan kepada kaum-kaum lain. Sebagai contoh, hak istimewa seseorang yang berbangsa Melayu tersebut tidak dapat diberikan sekiranya terdapat kaum lain yang lebih berkelayakan dan sudah menerima biasiswa yang ditawarkan. Tiada penarikan semula biasiswa yang telah ditawarkan kepada kaum yang berlainan walaupun terdapat orang Melayu yang memohon mendapatkan biasiswa tersebut. Sepertimana kita sedia maklum, biasiswa pendidikan ini adalah merupakan hak penuh pelajar Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. 3.4 BANTUAN EKONOMI Kaum Melayu merupakan kumpulan majoriti dalam kalangan penduduk Malaysia jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain yang ada di negara ini. Namun, penguasaan ekonomi mereka masih berada di tahap yang rendah dan tidak setaraf dengan kedudukan mereka sebagai golongan majoriti di negara ini. Pada tahu 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki 1.9% daripada ekonomi Malaysia dan selebihnya dimonopoli oleh kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina yang mengawal hampir 37.4% kegiatan ekonomi negara dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.

10

Disebabkan wujud ketidaksamaan dalam pembahagian bantuan, biasiswa dan sebagainya, pihak kerajaan menurut Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 telah memperuntukkan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan orang-orang Melayu dan menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Jika dilihat dari segi sejarah Tanah Melayu, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak British telah menyebabkan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu menjadi longgar. Kaum kaum di Tanah Melayu dikelaskan mengikut fungsi ekonomi dan menyebabkan wujudnya perbezaan antara kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran. Melalui dasar ini, tiga kaum utama di Malaysia telah ditempatkan di kawasan yang berbeza. Sebagai contoh, kaum Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum India menetap di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, manakala kaum Cina kebanyakannya menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan dan menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan bijih timah. Keadaan ini telah mewujudkan rasa tidak puas hati dan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Justeru, melalaui Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) dari tahun 1971 hingga 1975, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara. Rancangan Malaysia Kedua diwujudkan bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi serta memperbaiki kedudukan ekonomi orangorang Melayu. Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebihlebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu kerana pada ketika itu masyarakat Melayu kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar.

11

Hak keistimewaan Bumiputera merupakan salah satu intipati yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru walaupun ianya telah tamat pada tahun 1996, namun hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera perlu tetap dipertahankan sebagai rancangan utama dalam membangunkan negara dan sebagai usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan. Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan, kerajaan bermatlamat ingin mengagihkan kekayaan negara secara saksama antara kaum di Malaysia di mana sebanyak 30 % ekuiti diperuntukkan untuk Bumiputera, manakala selebihnya adalah untuk golongan bukan bumiputera dan penyertaan asing. Hal ini adalah bertujuan untuk memberikan hak keistimewaan kepada golongan Bumiputera memandangkan mereka merupakan kumpulan majoriti di negara ini. Satu bahagian yang penting daripada objektif Dasar Ekonomi Baru ini adalah menggalakkan orang Melayu dan rakyat peribumi yang lain mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memliliki saham dalam syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan rancangan ekonomi bagi membentuk perpaduan nasional. Tambahan pula, dalam pemilikan saham di dalam sesebuah syarikat, kebiasaannya kaum Melayu dan Bumiputera diberikan peruntukan khas dan mereka diberikan sedikit kelebihan berbandaing kaum lain. Dalam memastikan agenda pembangunan ekonomi Melayu dan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera sentiasa dipelihara, pelbagai saranan telah dilakukan supaya kek ekonomi negara dapat dibahagikan secara sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu. Sebagai contoh, dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan kerajaan berperanan dalam memberikan insentif dan kemudahan tertentu kepada kaum Melayu seperti lesan perniagaan, kemudahan bantuan pinjaman dan sebagainya. Selain itu, hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera juga turut dipelihara dengan cara memberikan kemudahan pinjaman kepada mereka dengan syarat dan peraturan yang lebih mudah demi membantu golongan Bumiputera untuk meningkatkan ekonomi mereka. Sebagai contoh, melalui penubuhan MARA yang berperanan memberikan kemudahan pinjaman kepada kaum Bumiputera. Perkara 153 dilihat dapat

12

membantu orang Melayu dan Bumiputera untuk memajukan diri. Hal ini kerana, sekiranya orang Melayu mahupun Bumiputera memohon pinjaman bank, permohonan mereka akan diproses terlebih dahulu. Walaupun begitu, permohonan kaum lain tidak sesekali diabaikan sekiranya mereka memenuhi kriteria yang diperlukan. Namun, ada sesetengah pihak yang mempersoalkan hak keistimewaan yang dimiliki oleh Bumiputera sehingga ada yang menuntut agar Dasar Ekonomi Baru dihapuskan dan ekuiti 30% terhadap bumiputera turut dihapuskan serta bermacammacam lagi yang ingin dimansuhkan kononnya atas dasar kesamaratan. Selain itu, dari segi bantuan ekonomi juga, adalah perlu untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen lesen atau kebenaran kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti ekonomi yang lain. 3.5 PERUMAHAN BUMIPUTERA Kemudahan memiliki rumah merupakan satu perkara yang penting dalam pasaran perumahan di setiap negara. Keadaan ini boleh menggambarkan kestabilan sosioekonomi dan pembangunan di negara berkenaan. Kemampunan perumahan bertujuan untuk memastikan perumahan yang disediakan mampu dimiliki oleh setiap golongan sama ada golongan yang berpendapatan tinggi, berpendapatan sederhana mahupun golongan berpendapatan rendah. Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajiban yang sama,namun rakyat yang berketurunan Melayu/Bumiputera mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak- hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negei Melayu yang tidak bersekutu sebelam perang. Kedudukan Bumiputera juga termasuklah peruntukan dalam perumahan. Dasar pemilikan rumah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bahawa setiap projek perumahan wajib meyediakan 30 peratus unit rumah untuk dibeli oleh kaum bumiputera. Dalam pembangunan untuk bumiputera terdapat satu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar yang menyelaraskan perumahan bagi golongan bumiputera ini. Di dalam Lembaga Pembangunan Pembangunan dan Perumahan ini terdapat tiga skim pinjaman perumahan bagi golongan Bumiputera iaitu program perumahan mampu milik, program penyewaan dan penempatan semula 13

(ERHP), Program Pembangunan masyarakat setempat ( PPMS). Bagi negeri Sabah , telah disesuaikan dengan Dasar Peruntukan Rumah Mampu Milik dengan menetapkan 70% kouta peruntukan diagihkan kepada golongan Bumiputera dan selebihnya kepada golongan bukan Bumiputera. Selain itu. 20% pemilihan bukan pembeli adalah oleh Jawatankuasa Pemilihan Tempatan. Pembangunan perumahanan bagi golongan bumiputera ini amat

berkurangan oleh kerana lot-lot perumahan yang dijual adalah tidak mmapu untuk dimiliki oleh golongan bumiputera. Hartanah yang dikenali sebagai lot-lot Bumiputera boleh dirujuk daripada Sales and Purchase Agreemet. Lot-lot Bumiputera ini adalah lot-lot terhad yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa ke atas pemaju setiap projek pembinaan perumahan. Pihak pemaju memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesemua kuota Bumiputera diamanahkan kepada pihak yang berkenaan. Ini adalah kerana transaksi jual beli lot-lot perumahan adalah ditangan pihak pemaju. Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) menyarankan agar pemaju menghadkan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah lot perumahan kepada pembeli Bumiputera dengan harga diskaun sebanyak 5 hingga 15% daripada harga sebenar. Lot- lot Bumiputera yang dibeli dengan harga Bumiputera tidak boleh dipindah milik kepada pemilik bukan bumiputera. Tujuan utama perlaksanaan DEB adalah bagi memantapkan bumiputera dalam pelbagai aspek terutamanya untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan Bumiputera. Namun apa yang berlaku secara tersirat mencemarkan matlamat DEB. Bagi pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan memastikan : Lot-lot rumah yang mencukupi dengan harga yang berpatutan bagi semua golongan masyarakat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Memastikan peruntukan daripada lot-lot perumahan disediakan bagi golongan bumiputera dengan harga diskaun sebanyak 15% daripada harga jualan yang sebenar. Bertanggungjawab untuk melaksanakan Peraturan Kuota Lot Bumiputera dan mengendalikan perumahan kos medium dan rendah. Kemampuan perumahan bukan satu perkara yang mudah untuk ditentukan dan dikenalpasti. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah diguna pakai oleh sarjana terdahulu dalam usaha untuk mentakrifkan kemampuan perumahan. Kemampuan perumahan merupakan keupayaan kewangan seseorang untuk membayar kos-kos yang 14

terlibat dalam proses pemilikan sesebuah rumah. Bagi mengetahui sama ada seseorang mampu memiliki rumah berkenanan ialah sekiranya selepas membayar sejumlah amaun untuk memiliki rumah dan mereka masih mempunyai baki pendapatan untuk membeli keperluan lain, maka mereka dianggap sebagai berkemampuan untuk memiliki rumah. Sebaliknya, jika mereka tidak mampu untuk membayar sejumlah amaun untuk ansuran rumah berkenaan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli keperluan harian yang diperlukan,maka mereka dianggap sebagai tidak berkemampuan memiliki rumah. Kerajaan telah membina sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana. Program ini dilaksanakan di bawah program

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ( KWPKB). Program rumah mampu milik di kawasan bandar itu dilihat perlu kerana golongan berpendapatan sederhana sering terlepas daripada program kerajaan yang melibatkan golongan miskin serta program untuk bumiputera yang tinggal di luar bandar. Setiap keluarga mempunyai impian memiliki kediaman sendiri namun terhalang kerana faktor kewangan. Menyedari hasrat itu kerajaan berusaha memenuhi impian setiap rakyat termasuk dengan menubuhkan program perumahan mampu milik untuk golongan Bumiputera. Contoh di Pulau Pinang, Kerajaan Pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan bumiputera di negeri itu. Perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik. Program Perumahan Masyarakat Setempat atau singkatanya PPMS merupakan sebuah penempatan bagi golongan miskin yang disebut sebagai KIRT( Ketua Isi Rumah Miskin Tegar). Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membangunkan kawasan-kawasan penempatan kumpulan sasar samaada secara insitu atau penempatan baru. Matlamat utama program adalah untuk membolehkan kumpulan sasar di kawasan- kawasan terpencil menikmati kemudahankemudahan asas pembangunan melalui penyediaan kemudahan perumahan,

infarstuktur, utiliti dan ameniti sosial dan menyertai arus perdana pembangunan. 3.6 JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Bagi perkhidmatan awam, Yang Di-Pertuan Agong menentukan rezab bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan kadar bilangan 15

jawatan dalam perkhidmatan tersebut yang difikirkan perlu. Namun begitu, layanan yang sama rata tetap diberikan kepada setiap kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain. Hal ini ialah satu tindakan yang rasional kerana pada zaman penjajah, orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak hanya mempunyai peluang yang sedikit untuk menganggotai perkhidmatan awam. Dengan ini, semua kaum dapat bekerjasama di bawah satu bumbung dan belajar untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kecemerlangan bidang yang diceburi. Selain itu, dengan terbentuknya Perkara 153 ini, hak orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan terbela dengan mengimbangi jumlah pekerja pelbagai kaum yang menganggotai perkhidmatan awam. Peruntukan mengenai perkhidmatan awam dijelaskan di bawah Fasal 1, Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan seperti berikut : Angkatan tentera Perkhidmatan kehakiman dan perundangan Perkhidmatan awam am Persekutuan Pasukan polis Perkhidmatan awam bersama Perkhidmatan awam setiap satu negeri Perkhidmatan pelajaran Dalam perkhidmatan konteks awam tersebut, am perkhidmatan awam Persekutuan pelajaran, meliputi

Persekutuan,

perkhidmatan

perkhidmatan

kehakiman dan perundangan, perkhidmatan polis dan angkatan tentera, tidak termasuk perkhidmatan awam negeri. Manakala, perkhidmatan bersama adalah perkhidmatan dimana pengisian pegawai boleh dibuat oleh Persekutuan tetapi perjawatannya dipunyai oleh negeri yang berkenaan. Kuasa untuk melantik seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam

Persekutuan dan penentuan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah terletak di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, manakala bagi perkhidmatan awam sesuatu negeri adalah Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

16

4.0

KES-KES BERKAITAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA PERMASALAHAN MENGENAI TANAH ADAT ORANG ASLI / BUMIPUTERA Hak tanah adat orang asli / bumiputera ini telah diceroboh oleh golongangolongan yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, orang asli / bumiputera telah membuat aduan mengenai permasalahan yang mereka hadapi tentang tanah adat ini kepada pihak berwajib iaitu SUHAKAM ( Suruhanjaya Hak Asasi Manusia). SUHAKAM telah menyelesaikan aduan berhubung tanah adat orang asli / bumiputera ini melalui inkuiri nasional. Dalam persediaan membuat Inkuiri Nasional ini, SUHAKAM perlu membuat rundingan dan perbincangan terlebih dahulu. Rundingan dan perbincangan akan diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan terutamanya agensi Kerajaan, organisasiorganisasi Orang Asli / Bumiputera, badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan pihak swasta. Rundingan dan perbincangan diadakan adalah untuk mendapatkan input, maklum balas dan kerjasama dalam menjalankan Inkuiri Nasional yang berkesan. Hasil daripada rundingan dan perbincangan bersama pihak-pihak

berkepentingan, ahli-ahli yang menganggotai Inkuiri Nasional adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai pengetahuan mengenai hak orang asli / bumiputera. Golongan ini mestilah mempunyai kredibiliti yang tinggi dan mampu berlaku adil. Selain itu, golongan ini sebaik-baiknya mampu melunagkan masa mereka dan tenaga mereka bagi tempoh tiga bulan untuk meneliti setiap laporan-laporan yang diterima. Di samping itu juga, golongan ini perlu menjalankan temuramah dan mendapatkan pandangan awam terhadap permasalahan mengenai tanah adat orang asli / bumiputera yang diceroboh ini. Golongan yang terlibat dalam Inkuiri Nasional ini juga perlu mampu menulis laporan mengenai setiap permasalahan tanah yang berlaku terhadap orang asli / bumiputera ini. SUHAKAM telah memilih Inkuiri Nasional sebagai satu cara untuk

menyelesaikan permasalahan mengenai hak tanah adat orang asli / bumiputera yang semakin menjadi-jadi ini. Pemilihan terhadap Inkuiri Nasional oleh SUHAKAM ini adalah kerana beberapa rasional yang perlu diambil kira untuk menyelesaikan permasalahan hak tanah adat orang asli / bumiputera. Salah satu sebab rasional terhadap Inkuiri Nasional ini adalah kerana SUHAKAM telah menerima banyak aduan pelanggaran hak asasi manusia berkenaan hak tanah adat orang asli / bumiputera di Semenanjung Sabah dan Sarawak. Permasalahan hak tanah adat orang asli / bumiputera berlaku di 17

Semenanjung Sabah dan Sarawak sejak penubuhan SUHAKAM pada tahun 2000 lagi. Penyelesaian terhadap permasalahan hak tanah adat orang asli / bumiputera ini amat rumit dan perlu mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya atau mengatasinya. Sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 161A fasal 5 iaitu Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan undang-undang negeri Sabah dan Sarawak terhadap tanah rizab untuk orang asli / bumiputera dengan memberi keutamaan dalam isu pemilikan tanah mereka oleh Kerajaan Negeri. Manakala dalam Perkara 8 fasal 5 (c) dalam Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa untuk menggubal perlindungan, kesejahteraan, dan kemajuan orang asli / bumiputera. Hal ini seharusnya difahami bahawa Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Semenanjung Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap kewajipan mereka kepada orang asli / bumiputera terutamanya berkaitan dengan tanah adat mereka. Seterusnya, dalam Perkara 26 daripada Pengisytiharan Hak Asasi Orang Asli / Bumiputera Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan bahawa orang asli / bumiputera mempunyai hak terhadap tanah, wilayah, dan sumber-sumber yang secara tradisinya mereka miliki, duduki atau sebaliknya mengguna atau memperolehi tanah tersebut. Oleh itu, negeri itu akan memberi pengiktirafan dan perlindungan dari segi undang-undang untuk perkara yang melibatkan tanah adat. Kebanyakan komuniti orang asli / bumiputera di semenanjung membangkitkan isu yang berkaitan dengan cadangan kerajaan untuk meminda akta orang asli / bumiputera 1954. Pemindaan akta ini adalah bertujuan untuk melaksanakan dasar pemilikan tanah dan disebabkan itulah orang asli / bumiputera membangkitkan isu ini untuk mempertahankan hak-hak mereka. Kebanyakan orang asli / bumiputera tidak berpuas hati terhadap proses rundingan dan pindaan akta yang dicadangkan itu. Oleh disebabkan itu, SUHAKAM telah membuat rayuan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah supaya menangguhkan dahulu pembentangan cadangan pindaan akta tersebut sehingga proses Inkuiri Nasional selesai.

18

KES 1: KES ANDAWAN ANSAPI & LAIN-LAIN LAWAN PENDAKWARAYA Kes yang melibatkan Andawan Ansapi ini berlaku pada bulan April 2011 di Makhamah Tinggi Sabah dan Sarawak iaitu di Kota Kinabalu. Negeri Sabah telah memutuskan bahawa orang asli / bumiputera adalah mempunyai hak untuk berada di atas tanah adat mereka walaupun di dalam hutan simpan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Hutan Sabah 1968. Dalam perbicaraan kes tersebut, hakim telah menolak keputusan Makhamah Majistret Tenom yang telah menjatuhkan hukuman denda terhadap enam penduduk orang asli / bumiputera Kampung Imahit. Mereka dikenakan hukuman kerana telah dituduh menceroboh hutan simpan untuk menanam padi huma pada tahun 2009. Pihak Makhamah Tinggi telah membatalkan pertuduhan tersebut dan mengarahkan Jabatan Perhutanan mengembalikan denda yang dikenakan tersebut sebanyak RM 6 000 kepada mereka. KES 2 : KES INDAH TILAONG BINTI MARAHIL & LAIN-LAIN LAWAN MOHD APAS BIN SAMSU Kes Indah Tilaong ini berlaku pada bulan Jun di Makhamah Tinggi Sabah dan Sarawak iaitu di Tawau. Negeri Sabah telah menolak permohonan Mohd Apas yang ingin mengusir penduduk Kampung Tonggulangan, Semporna dari tanah adat mereka. Dalam perbicaraan kes ini, Mohd Apas telah memohon untuk menggunakan prosiding terus di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Makhamah Tinggi 1980 untuk mengusir Indah Tilaong binti Marahil dan semua individu yang menduduki tanah tersebut iaitu Kampung Tonggulangan. Kampung Tonggulangan mempunyai keluasan tanah seluas 50 ekar. Tanah seluas 50 ekar yang dipertikaikan ini adalah dimiliki oleh masyarakat Kampung Tonggulangan telah dipinjamkan kepada plaintif untuk penanaman namun Mohd Apas kemudiannya mendapat pemilikan tanah tersebut. Namun demikian, setelah Indah Tilaong binti Marahil dan individu yang lain menyuarakan dan menuntut hak mereka terhadap tanah itu, dalam perbicaraan di Makhamah telah memutuskan bahawa Mohd Apas tidak mempunyai hak untuk mengusir mereka dan tidak mempunyai hak terhadap tanah tersebut.

19

KES 3 : HAPUS TANAH ADAT DITOLAK Makhamah Persekutuan teah menolak dua kumpulan masyarakat pribumi di Sarawak yang mencabar arahan menghapuskan status Tanah Adat Bumiputera (NCR) di tanah mereka duduki. Keputusan sebulat suara ini dicapai oleh tiga orang panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara , Tun Zaki Azmi di Komplek Makhamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Beliau bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Makhamah Persekutuan , Tan Sri Md. Raus Sharif. Rayuan ini dikemukakan oleh Bato Bagi dan enam lagi penduduk Rumah Munggu, rumah panjang Tatau, Bintulu, Sarawak dari kaum Iban berhubung tanah di Ulu Batang dengan menampakkan Kerajaan Sarawak sebagai responden. Hal ini berkaitan dengan penghapusan NCR selepas tanah yang mereka diami turun temurun diambil bagi pembinaan projek empangan hidroelektrik Bakun serta pembinaan kilang Pulpa. Manakala dalam rayuan kedua, Jalang ak Paran dan Kampong anak Amih selaku perayu, turut menamakan Borneo Pulp and Paper Sdn, Bhd sebagai responden, selain kerajaan negeri. Mereka yang diwakili peguam Sulaiman Abdullah antaranya memohon perisytiharan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh menteri yang menghapuskan hak perayu terhadap tanah NCR yang didiami kaum itu adalah batal dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim Zaki dalam penghakiman bertulis setebal 15 muka surat berkata, mendiang Bato yang meninggal dunia dua bulan lalu dan Jalang memohon supaya Makhamah Persekutuan memerintah kes itu dikembalikan ke Makhamah Tinggi untuk dibicarakan semula. Namun begitu, beliau menegaskan tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana ianya hanya membazirkan masa dan wang memandangkan makhamah telah memutuskannya berdasarkan hujahan yang dikemukakan. Menyentuh tentang pampasan, menurut Ketua Hakim Negara , ramai penduduk yang telah menerimanya daripada kerajaan dan sekiranya tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan, mereka sepatutnya memohon supaya ianya dibawa kepada timbang tara.

20

KES 4 : PERTIKAIAN YANG BERLAKU SELAMA 13 TAHUN Kes ini berlaku di Kapit, Sarawak mengenai pertikaian yang berlarutan selama 13 tahun berhubung dengan pampasan tanah dalam kalangan 99 peneroka Skim Penempatan Semula Bakun di Sungai Asap, Belanga. Tanah yang peneroka yang ditenggelami air dan menjadi sebahagian daripada takungan Empangan Bakun. Hal ini yang membawa permasalahan dalam segelintir peneroka. Menurut penduduk lagi pampasan masih lagi ditahan oleh pihak kerajaan tanpa menghasilkan sebarang faedah atau pendapatan semenjak 13 tahun yang lalu. Dalam kes ini Dahim menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini diantara rumah-rumah panjang dan pihak yang terbabit dalam pertikaian mengenai tanah nenek Bakun (Empangan

moyang mereka yang terjejas akibat Projek Empangan Hidro Elektrik

Bakun). Disebabkan oleh pertikaian ini , jumlah pampasan melebihi RM5.4juta yang sepatutnya dibayar kepada 99 individu dari 10 buah rumah panjang masih ditahan oleh kerajaan. Wang berkenaan tidalk menbuahkan hasil kepada mereka dan hanya membayar kepada pihak yang menag selepas proses perbicaraan selesai dijalankan di Makhamah Bumiputera. Bagi penyelesaian menerusi Makhamah Bumiputera,sebahagian besar pampasan itu akan

digunakan bagi yuran guaman. Oleh iyu, kes dapat diselesai melalui rundingan yang dibuat bagi menyelesaikan pertikaian dalam kalangan penduduk Bumiputera berhubung dengan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). KES 5 : PERMASALAHAN MENGENAI PERUNTUKAN BIASISWA Isu mengenai hak pemberian biasiswa ini mula timbul apabila pihak kerajaan ingin memberikan 45 peratus kuota biasiswa kepada bukan bumiputera. Perkara ini telah mendapat bantahan ramai pihak khususnya golongan bumiputera yang berpendapat ini akan menggugat hak istimewa orang Melayu. Hal ini kerana, pemberian kouta 45 peratus biasiswa kepada bukan bumiputera hampir menyamai peratusan kuota yang diberikan kepada bumiputera, sedangkan kaum bumiputera adalah golongan majoriti negara ini. Antara pihak yang keras membantah pemberian kuota 45 peratus ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menyeru kerajaan mengkaji semula langkah memberi 45 peratus peruntukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada bukan bumiputera. Isu ini telah menimbulkan kebimbangan

21

kepada beberapa organisasi bumiputera semenjak cadangan ini mula disusulkan oleh pihak kerajaan. Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS mahu keputusan tersebut wajar diteliti semula secara menyeluruh. Hal ini adalah kerana, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum bumiputera kerana hak istimewa mereka semakin terhakis. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyifatkan lengkah itu tidak akan memberikan keadilan sosial dan bercanggahan pula dengan semagat hak keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Langkah menaikkan peluang tersebut, yang asalnya dengan peratusan 10 bukan bumiputera dan 90 untuk bumiputera, adalah tidak tepat dan tersasar daripda matlamat dalam Perlembagaan Persekutuan. Mengambil kira tiga faktor, sudah pasti menaikkan peratusan pembahagian biasiswa untuk bukan bumiputera kepada 45 peratus, iaitu peratusan hampir sama dengan bumiputera, sama sekali tidak mencerminkan sebuah dasar yang dilaksanakan kearah mewujudkan keadilan sosial dinegara ini. Faktor-faktor tersebut, tambahnya jumlah penduduk bumiputera lebih tinggi, kadar kemiskinan dalam kalangan bumiputera juga tinggi, dan mereka khusunya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam bidang profesional. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula membantah keputusan menaikkan kuota untuk bukan bumiputera dengan mencadangkan peruntukan biasiswa diberikan kepada semua. Menurut presidennya Mohd Hilmi Ramli, PKPIM bertegas bahawa kuota 45 peratus harus dihapuskan. Hal ini kerana, beliau tidak bersetuju kerajaan menggunakan isu kuota untuk menangani tuntutan biasiswa dalam kalangan bukan bumiputera. Namun, cadangan kuota biasiswa 45 peratus ini masih diteruskan oleh pihak kerajaan. Namun, pemberian biasiswa kepada kaum bumiputera adalah 56 peratus, manakala selebihnya iaitu 44 peratus diberikan kepada kaum bukan bumiputera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kaum bumiputera mendapat 843 biasiswa termasuk dari Sabah dan Sarawak dibawah program ijazah luar begara. Namun, kaum bukan bumiputera tidak terpinggir daripada mendapat biasiswa kerajaan apabila 657 pelajar bukan bumiputera mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Keseluruhan 1,500 biasiswa JPA itu diagihkan kepada pelajarpelajar cemerlang berdasarkan empat kategori iaitu merit, kaum, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kurang bernasib baik daripda jumlah 300 biasiswa kategori merit, 59 atau 20 peratus diagihkan kepada pelajar bumiputera manakala 241 biasiswa atau 80 peratus kepada

22

pelajar bukan bumiputera. Daripada jumlah itu, kaum Cina mendapat 209 (70 peratus), India 30 (10 peratus) dan lain-lain 2 (0.7 peratus). Bagi kategori kuota kaum, pelajar bumiputera memperoleh 557 biasiswa (61.8 peratus) dan 343 biasiswa pula diberikan kepada kaum bukan bumiputera. Sebanyak 150 biasiswa pula diagihkan sama banyak antara kaum Sabah dan Sarawak manakalA 150 biasiswa lagi diperuntukkan kepada golongan kurang bernasib baik. Hak istimewa bumiputera kian terhakis dari hari kesehari. Jika dilihat dalam peningkatan peruntukan biasiswa yang diberikan kepada bumiputera daripada 10 peratus kepada 44 peratus pada hari ini. Jika sebelumnya kita lihat bumiputera memperolehi 90 peratus biasiswa namun sekarang hanya 56 peratus biasiswa diberikan kepada bumiputera. Ini jelas telah menggugat dan menghakis hak istimewa orang melayu mahupun hak orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Kerajaan haruslah memandang serius perkara ini agar tidak berlaku berbalahan antara kaum dan sentiasa memelihara hak istimewa orang melayu, bukannya menggugat hak keitimewaan yang diberikan kepada orang Melayu. Pemberian kuota biasiswa kepada bukan bumiputera bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi memperkembangkan pembangunan pendidikan negara. Hal ini demikian kerana, peratusan kuota akan meningkat dan menurun pada bila-bila masa. Persoalan mula timbul sekiranya jumlah kaum bukan bumiputera yang layak diberikan biasiswa menjangkaui 45 peratus? Adakah kuota ini akan dinaikkan sehingga 50 peratus atau mencecah 60 peratus yang melebihi kaum bumiputera? Dengan peningkatan 35 peratus kuota biasiswa kepada bukan bumiputera bukanlah satu penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil kira isu-isu sampingan yang melibatkan sensitiviti penduduk peribumi dalam negara. Bagi tujuan pendidikan, kerajaan seharusnya menyalurkan biasiswa penuh kepada seluruh mahasiswa bumiputera memandangkan perkara tersebut adalah salah satu hak yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Biasiswa adalah salah satu keistimewaan orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153). Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera yang dinaikkan daripada 10 peratus kepada 45 peratus mulai tahun 2008 telah menyebabkan pelajar bumiputera mengalami kerugian dan ini bertentangan dengan peruntukkan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu. Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

23

KES 6 : KES KECICIRAN PELAJAR CEMERLANG KE MATRIKULASI ( MARINA UNDAU ) Kes ini bermula apabila Marina Undau mendapati dirinya tidak layak menyambung pelajaran ke program matrikulasi atau IPTA pada tahun ini kerana ia diklasifikasikan sebagai bukan Bumiputera. Pelajar cemerlang yang memperoleh 10A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia pada 2008 merupakan anak pasangan campuran iaitu bapanya ialah Iban yang dipertemukan jodoh dengan wanita berbangsa Cina yang kini merupakan ibu kepada Marina. Alasan Kementerian Pelajaran menolak permohonan pelajar cemerlang itu adalah kerana dia tidak memenuhi syarat, iaitu bukan bumiputera. Maklumat tersebut diberikan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri bersandarkan tafsiran Artikel 161A (6) (a) yang menegaskan/mengekalkan keaslian Bumiputera Sarawak iaitu mereka hendaklah dari asal usul kaum yang asli di Sarawak sahaja. Namun, kes ini telah diselesaikan apabila Kabinet Persekutuan telah membuat keputusan pentadbiran bahawa hanya perlukan sama ada ibu atau bapa adalah Bumiputera bagi kanak-kanak diberikan status Bumiputera. KES 7 : KES KECICIRAN PELAJAR CEMERLANG KE MATRIKULASI ( TERESA CLARE RATNAM ) Kes yang berlaku kepada Marina Undau turut berlaku kepada keluarga Suhirtharatnam Kularatman. Mangsa kali ini adalah Teresa Clare Ratnam, anak kepada Kolonel (Bersara) Suhirtharatnam Kularatman, seorang Ceylonese dan ibunya yang berbangsa Iban. Menurut Suhirtharatnam yang lebih senang dikenali sebagai Ratnam, anaknya tidak dapat diterima untuk program matrikulasi kerana bukan Bumiputera walaupun dia mendapat 10A (4A+, 3A and 3A-) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010. Katanya, anaknya yang merupakan seorang pelajar aliran sains di SMK St Mary memohon untuk memasuki program matrikulasi pada 23 Mei hanya ditolak kerana status bangsanya. Ekoran keputusan tersebut, Ratnam pergi ke Jabatan Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada untuk membuat rayuan dan diberitahu bahawa permohonan anaknya akan dipertimbangkan untuk pengambilan kedua.

24

KES 8 : CADANGAN MEMANSUHKAN PEMBERIAN DISKAUN KEPADA BUMIPUTERA DALAM PEMILIKAN HARTANAH KOMERSIAL DAN MEWAH DI SELANGOR Anggota parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah menyuarakan cadangan supaya pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor dimansuhkan. Peratusan rumah kedai dan premis perniagaan yang dimiliki orang Melayu di kawasan bandar ketika ini amat rendah, iaitu hanya 14 peratus dan pemansuhan diskaun hanya akan memburukkan lagi keadaan. Cadangan pemimpin DAP itu dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti orang Melayu dan kaum Bumiputera yang bilangannya adalah dua pertiga daripada keseluruhan penduduk dinegara ini. Ketidakseimbangan turut berlaku di kawasan perumahan kerana hanya 30 peratus kuota pemilikan rumah dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputera, walaupun mereka merupakan 67 peratus daripada penduduk negara ini. Ketidakseimbangan itu adalah amat tidak sihat untuk masa depan negara, jikalau taman-taman perumahan di negara ini dipenuhi oleh 70 peratus bukan bumiputera, manakala Bumiputera dan orang Melayu terpinggir di rumah-rumah kecil di pinggir bandar. Dasar pemberian diskaun kepada orang Melayu dan bumiputera itu memberikan sedikit kelebihan kepada mereka untuk memiliki kediaman dan premis perniagaan. Sehubungan itu, DAP dan Tony Pua diminta memahami Perlembagaan negara terutama yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kontrak sosial serta sejarah negara. Kenyataan pemimpin DAP itu merupakan sebahagian daripada senarai panjang usaha parti berkenaan untuk mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di negara ini. Kenyataan Tony Pua yang hanya berdasarkan kepada sentimen keuntungan perniagaan dan dasar rasis DAP itu telah menyebabkan kemarahan orang-oarang Melayu.

25

KES 9 : MCA CADANG EKUITI MELAYU DIHAPUSKAN Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan. Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan. Kongres itu berkata, "selari dengan promosi tadbir urus yang baik dan lebih telus" dan "pemansuhan secara perlahan-lahan" kuota berasaskan kaum ini mestilah sejajar dengan amalan sistem tender terbuka supaya semua pihak mempunyai peluang yang adil dan sama rata. Kuota ekuiti Bumiputera menjadi dilema utama di tengah-tengah sistem ekonomi negara. Di samping ada pihak yang percaya hak Bumiputera sebagai "kontrak sosial" telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan lain berpendapat dasar ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah. Kongres juga menyalahkan orang-orang Melayu kerana gagal bersaing dalam perniagaan dan perdagangan. Terdahulu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, menggesa supaya diperkenal dasar yang lebih inklusif berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ini juga merupakan satu lagi isu yang sensitif di mana golongan radikal Melayu dalam arus perdana politik di mana ramai memikirkan bahawa GLC adalah hak eksklusif Bumiputera, dengan penyertaan yang kecil dari bukan Bumiputera. Tetapi Chua, yang membaca deklarasi 12 perkara itu, berkata pendekatan yang radikal ini adalah penting untuk merealisasikan seruan Perdana Menteri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia. Kongres itu mendesak kerajaan mengamalkan dasar-dasar yang inklusif dengan meliberalisasi GLC supaya mengambil ahli lembaga pengarah dari berbilang kaum dan tenaga kerja dalam sistem-eko GLC. Ini termasuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang layak tanpa mengira komposisi ekuiti. Berikutan itu, Persatuan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat laporan polis pada 18 Ogos 2010 terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataan yang dikeluarkan dikatakan berbaur perkauman. Beliau mempersoalkan sistem kuota ekonomi Bumiputera. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina Malaysia pada 14 Ogos 2010 lalu menuntut ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. 26

Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 2.30 petang dan menggesa polis menyiasat Chua di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 4 Akta yang sama. PERKASA dalam laporannya berkata, kenyataan Chua itu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian sesuatu kaum serta berbaur hasutan. Chua perlu sedar bahawa kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan terhadap kaum Bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kepada kaum Bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153. Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu dalam laporannya turut melahirkan kebimbangan jika kenyataan Chua boleh membawa impak negatif terhadap keharmonian penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Kenyataan tidak bertanggungjawab itu kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum. Tindakan tegas perlu diambil polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum Bumiputera dan tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Perkasa Syed Hassan Syed Ali, diiringi Pegawai Biro Undang-Undang Perkasa Pusat Amir Hassan, Ketua Wira Perkasa Arman Azhar Abu Hanifah, serta beberapa penyokong. Selain tuntutan ekuiti, Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai selain mahu sektor ekonomi di liberalisasi.

27

KES 10 : PEMANSUHAN PERMIT MENGIMPORT KENDERAAN ( AP ) Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menegaskan cadangan pemansuhan permit mengimport (AP) kenderaan dari luar negara tidak boleh dilaksanakan kerana ia adalah tertakluk di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang mana melibatkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. AP adalah antara hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan Kabinet tidak berkuasa untuk memansuhkan AP, sebaliknya kuasa itu terletak di bawah bidang kuasa Yang di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. AP ini adalah termasuk di dalam permit. Sama seperti tanah rezab Melayu, biasiswa, memegang jawatan dalam kerajaan dan sebagainya. Permit ini termasuk dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dan Kabinet tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan AP. Hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sahaja yang berhak untuk memansuhkan AP ini. cadangan untuk memansuhkan AP adalah tidak relevan, begitu juga cadangan Zon Perdagangan Bebas Asia (Afta). AP adalah antara inti pati Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang paling berjaya. Mungkin ia hanya perlu dipinda supaya sesuai dengan peredaran zaman. Melalui pemberian AP, ia melindungi hak keistimewaan masyarakat Melayu dan Bumiputera. Di negara-negara barat, mereka turut mempertahankan hak Bumiputera mereka. Kesan langsung pemansuhan AP akan menjejaskan lebih 70,000 pekerja di sektor automobil yang terlibat, dan kerajaan perlu mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuhkan AP tersebut. Dianggarkan lebih 70,000 tenaga kerja terlibat dengan AP. Mereka yang bekerja di pusat jualan kereta, bengkel-bengkel di seluruh negara, dan industri yang berkaitan akan terjejas. Pekema mengharapkan kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuh AP tersebut. Melalui AP, kerajaan tidak mendapat sebarang kerugian, sebaliknya memperolehi keuntungan. Sejak 2010, AP membayar RM10,000 ribu kepada Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), malah Pekema turut menjalankan tanggungjawab sosial membantu anak-anak Melayu. Pekema memberikan biasiswa kepada mereka untuk menyambung pengajian dan member bantuan kepada anak-anak yatim sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya. 28

Secara kasarnya, setiap bulan, Pekema akan memperuntukkan lebih seratus ribu ringgit untuk membantu golongan yang memerlukan, jadi tidak timbul persoalan AP ini hanya menguntungkan sesetengah pihak. Sehubungan itu, Pekema telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan pemansuhan AP berkenaan. Pengeluaran AP kepada pengimpot kereta di kalangan usahawan Bumiputera, adalah antara usaha kerajaan untuk mendekatkan jurang ekonomi di kalangan rakyat. Dasar pengimportan kenderaan bermotor secara terkawal itu diperkenalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Berdasarkan dasar baru kerajaan, jangka hayat AP akan terpakai sehingga 31 Disember 2015. Dasar itu merupakan antara intipati kajian semula Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan oleh kerajaan pada Oktober 2009. Selain pemansuhan AP, kajian semula DAN itu juga memerlukan syarikat-syarikat pengimpot kereta membayar caj sebanyak RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk dan ini akan membebankan pengusaha bumiputera berkenaan. Pelaksanaan caj sebanyak RM10,000 bagi setiap AP yang akan diperkenalkan kerajaan akan menyebabkan ramai pengimport kereta menanggung kerugian. Ini kerana banyak syarikat yang tidak mampu untuk menghabiskan kuota AP yang diberikan kepada mereka.

29

5.0

KESIMPULAN

Hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Walaupun orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak menikmati keistimewaan di Malaysia ia tidak bermakna orang bukan Melayu dan bukan pribumi Sabah dan Sarawak dipinggirkan. Mereka juga mempunyai hak yang sah di negara ini sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. Mereka tidak harus bimbang mengenai hak mereka itu. Selagi ia tidak menghakis ciri istimewa Perlembagaan Persekutuan ini, orang bukan Melayu berhak mengecapi nikmat sama sebagai warga negara Malaysia. Orang Melayu dan bukan Melayu hendaklah saling lengkap memperlengkap antara satu sama lain bagi membangunkan negara Malaysia yang kita cintai ini. Janganlah dibiarkan anasir luar menggugat kestabilan dan keharmonian masyarakat yang sudah sekian lama menjadi kebanggaan kita semua.

30

6.0

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Bari ( 2008 ). Perlembagaan Malaysia : teori dan praktis. Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd Abdul Shukur Ariffin & Jaafar Muhamad ( 1983 ). Masalah dan prospek ekonomi bumiputera. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Hassan Ahmad ( 2006 ). Ke arah kelahiran Melayu glokal : memperkasa bangsa melalui kekuatan dalaman. Shah Alam : Alaf 21 Sendirian Berhad Jack Parkinson, Just Faaland & Rais Saniman ( 1991 ). Dasar ekonomi baru : pertumbuhan negara dan pencapaian ekonomi orang Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamed Salleh Abas & Salleh Buang ( 1997 ). Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamed Suffian, Abdul Latif Abdul Majid & Ridzuan Omar ( 1984 ). Mengenal perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ruhanie Haji Ahmad ( 2005 ). Patriotisme Malaysia : penangkis neoimperialisme. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Sabihah Osman ( 1985 ). Pentadbiran bumiputera Sabah. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

31

32

33

Você também pode gostar