Você está na página 1de 4

PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR DARI SEGI GENDER DARI TAHUN 1995 HINGGA TAHUN 2007

Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian rendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan itu berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan untuk dikaji. Keputusan TIMSS (Trend International Issues In Mathematics and Science) pada tahun 1995 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam subjek mata pelajaran Matematik dan Sains pada peringkat gred 4 dan gred 8. Matematik dan Sains adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi perbualan dalam pendidikan. Di negara ini, perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Justeru itu, kumpulan kami memegang pendirian bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam pencapaian Matematik dan Sains di negara ini.

FAKTOR-FAKTOR PEMBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR

Perbezaan pencapaian Matematik Dan Sains di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan merupakan suatu isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Terdapat beberapa faktor penyebab berlakunya perkara ini. Antaranya ialah 1) Bakat atau minat mereka dalam subjek Matematik dan Sains Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalam kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan poligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan. Ini disebabkan mereka lebih

berminat kepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut antara dua satah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan dongakan, latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih kepada melakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat dongakan atau berfikir semata-mata. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebih cenderung kepada visual, taktual dan kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasana tidak formal berbanding pelajar perempuan. Dimana sebagai contoh, pelajar lelaki lebih suka sesi pembelajaran yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak. Pelajar lelaki sukar memberi tumpuan dalam satu jangkamasa yang lama untuk mendengar pengajaran guru berbanding pelajar perempuan.

2) Sikap pelajar membuat kerja rumah Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih concrete sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran, menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding pelajar lelaki. Persediaan ini membuatkan mereka lebih mudah memahami pelajaran dan membantu meningkatkan pencapaian Matematik dan Sains mereka berbanding pelajar lelaki. Hasil daripada kajian, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai skor min yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Ini bermaksud, pelajar perempuan lebih bersikap positif dalam pembelajaran. Sikap ini membenarkan pelajar perempuan mempunyai kelebihan dalam memahami dan menguasai pembelajaran dan boleh meningkatkan pencapaian mereka. Sikap ini mempengaruhi pembelajaran Matematik dan Sains seseorang pelajar di mana sikap yang positif seseorang pelajar terhadap Matematik dan Sains akan menyebabkan pelajar tekun belajar Matematik dan Sains dan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar yang mempunyai sikap yang negatif.

3) Pendidikan Keluarga

Pendidikan keluarga di sini bermaksud keluarga yang mempunyai pendidikan yang baik dapat membantu anak-anaknya mencapai kejayaan anak-anak mereka di masa hadapan. Ibu bapa yang lepasan universiti dapat memberi pendapat dan idea kepada anakanaknya dalam membuat keputusan dan tugasan yang perlu disiapkan. Status ekonomi keluarga juga mempengaruhi kejayaan anak-anak. Bagi keluarga yang kaya, mereka lebih mampu dalam membiayai keperluan anak-anak mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang demi mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka seperti menyara anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, menghadiri kelas tuisyen, membeli pelbagai rujukan. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang bertaraf miskin, mereka tidak mampu dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka.

4) Sumber Rujukan Di Rumah Sekarang ini, kemudahan internet amat penting bagi semua orang tidak kira tua atau muda. Dengan adanya kemudahan internet, pelajar dapat mencari maklumat dengan cepat dan jimat dari segi masa dan tenaga. Selain itu, untuk maklumat subjek Matematik dan Sains juga boleh diperolehi sama ada dalam bentuk video, ekperimen dan kaedah atau teknik mengenai tajuk-tajuk yang dipelajari. Buku rujukan di rumah yang masih boleh digunakan, janganlah kita membuang begitu sehaja. Gunalah selagi masih boleh digunakan. Alat bantuan mengajar di rumah seperti bahan-bahan yang maujud boleh digunakan seperti benda yang nampak dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

5) Masa Yang Diluang Selepas Sekolah Pelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di sekeliling mereka seperti rakan sekelas. Sikap pelajar perempuan yang mementingkan pelajaran, akan mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama mementingkan pelajaran. Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama dan berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini, pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih baik. Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua. Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam

lagi mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding mengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yang dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.

Você também pode gostar