Você está na página 1de 56

0.0.

1 Penghargaan kepada Penulis

1.1.1 Huruf Arab

1.1.2 Tanda Baris

1.2.0 Huruf Qalqalah

1.3.1 Tafkhiim dan Tarqiiq, Huruf Isti'laa'

1.3.2 Huruf Laam pada Kata Allaah (Laam Jalaalah)

1.3.3 Huruf Raa

Posted by fis1 on May 04 2006 05:28:48 1 Comment 1414 Reads

2.1.0 Cara Berhenti Pada Akhir Kata

2.2.0 Hukum Mim Bertasydid dan Nun Bertasydid; Ghunnah

2.3.0 Membaca Al (Alif Laam Marifat)

2.4.0 Hukum Nun Mati dan Tanwiin

2.4.1 Iqlab

2.4.2 Izhhaar

2.4.3 Idghaam

2.4.3.1 Idghaam Bighunnah

2.4.3.2 Idghaam Bilaaghunnah

2.4.4 Ikhfaa

2.5.0 Hukum Mim Mati

2.5.1 Idghaam Mutamaatsilayn

2.5.2 Ikhfaa Syafawii

2.5.3 Izhhaar Syafawii

2.6.0 Idghaam

2.6.1 Idghaam Mutamaatsilayn

2.6.2 Idghaam Mutajaanisayn dan Idghaam Mutaqaaribayn

Posted by fis1 on May 04 2006 17:45:09 0 Comments 1394 Reads

3.0.0 Memanjangkan Bunyi Sebuah Huruf (Mad)

Posted by fis1 on May 04 2006 18:11:04 0 Comments 4643 Reads

Comments

3.1.0 Mad Thabiii

3.2.0 Mad Farii

3.2.1 MadWajib Muttashil dan Mad Jaaiz Munfashil

3.2.2 Mad Jaaiz Aaridh Lissukuun

3.2.3 Mad Laazim Kilmi

3.2.4 Mad Laazim Harfii

4.0.0 Perhentian dalam membaca Al-Quran; Waqaf dan Ibtida

5.1.0 Jenis Hamzah

5.2.0 Tanwin Bertemu HamzahWashal

Pengenalan Qiraat SABAH MUTAWATIRAH

PENGENALAN QIRAAT SABAH MUTAWATIRAH


( Melalui Toriq al-Syathibiah ) Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri. Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Quran hanya diajar oleh para ulama dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka.

Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan. Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid. Seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al-Jazari[1] * * Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Quran ) satu kewajipan, Sesiapa yang tidak mengelokkan bacaan (membaca al-Quran beserta tajwid) adalah berdosa, Kerana beserta tajwidlah Tuhan menurunkan alQuran, Dan begitulah kepada kita sampainya bacaan.

Justeru itu pengetahuan terhadap ilmu Qiraat ini di ketepikan dahulu agar masyarakat dapat membaca dengan betul sebelum mendalami ilmu Qiraat ini.Di samping itu juga, pengetahuan sebegini sebahagian besarnya hanya mampu di pelajari di Timur Tengah seperti Mesir, Syiria, Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain maka timbullah masalah kekurangan pakar-pakar yang khusus dalam bidang ini untuk menerangkan kepada masyarakat pengetahuan tentang ilmu ini. Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al-Quran ini semakin meningkat. Ini terbukti dengan adanya sambutan yang menggalakkan terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran samada dibawah kerajaan, swasta mahu pun persendirian. Walaupun begitu, sebahagian besar kelas-kelas tersebut masih lagi belum memperkenalkan ilmu Qiraat ini kerana lebih menekankan kepada memperbetul dan memperelokkan bacaan. Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yang mereka pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi melalui majlis-majlis dan pertandingan-pertandingan yang melibatkan tilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti bacaan ini sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa bacaan yang dipersembahkan adalah mengikut bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini. Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawah kerajaan atau pun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegitu hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja. Sukatan pelajaran yang diambil adalah diantaranya mempelajari bacaan Qiraat melalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al-Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani. Justeru itu, penggunaan aliran al-Syatibiah bagi riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanya sistem pelajaran yang sebegini dan ramainya lepasan-lepasan pelajar dari maahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum aliran al-Syathibiah ini dikenali oleh masyarakat Islam di Malaysia sememangnya mereka sudah pun membaca mengikut aliran ini tanpa mereka sedari. Bersama ini di bentangkan definisi Ilmu Qiraat : i) Nama : Ilmu Qiraat

ii) Definisi : Membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek bacaan serta perubahan yang akan diterangkan selepas ini.

iii) Sumber : Dari sunnah dan ijma ulama iv) Faedahnya : Memelihara daripada kesilapan ketika menyebut kalimah-kalimah al-Quran dan juga menjadi dalil dan hujah kepada fuqaha dalam mencari hukum-hukum syara sebagai panduan kepada umat Islam.

v) Objektif : Mengetahui bacaan Imam-imam Qiraat sekaligus memahami apakah yang dimaksudkan tujuh huruf vi) Kelebihan : Semulia-mulia ilmu kerana mempunyai hubung-kait dengan al-Quran.

vii) Hukum : Fardu kifayah.

Bilakah timbulnya Qiraat ? Sesungguhnya Qiraat telah pun wujud pada al-Quran semasa di Lauhul Mahfuz yang mana setelah itu diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia, dan kemudian di turunkan secara beransur -ansur kepada Rasullullah s.a.w melalui perantaraan Jibril a.s. Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah pun mengetahui bahawa Rasullullah s.a.w akan mengadu dan meminta agar dipermudahkan lagi bacaan al-Quran kepada umatnya. Di antara hadis yang menceritakan tentang perkara ini ialah : : : " .." Maksudnya : Daripada Ubai bin Kaab berkata : Rasullullah s.a.w berjumpa Jibril lalu bersabda : Wahai Jibril, sesungguhnya aku diutuskan kepada umat yang buta huruf diantara mereka lelaki dan perempuan yang tua dan lemah, budak lelaki dan budak perempuan dan juga lelaki yang tidak boleh membaca sedikit pun. Jibril menjawab : Wahai Muhammad, Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan diatas tujuh huruf. Hadis riwayat al-Tirmidzi

:" "

Apakah yang dimaksudkan 7 huruf ? Ibn Hajar al-Askolani berpendapat 7 huruf bermaksud 7 wajah bacaan dan harus membaca mana-mana wajah daripada 7 wajah tersebut. Ada pendapat yang mengatakan huruf dengan makna bahasa iaitu 7 bahasa Arab yang terkenal.[2] (al-Asqolaani, Ibn Hajar, Fathu al-Baari, J. 8 mk.664). Adapun perbahasan makna 7 huruf dikalangan para ulama terbahagi kepada beberapa pendapat, sehingga sampai kepada 40 pendapat antaranya :

i) Cegah, suruh, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah ii) Balasan baik dan buruk, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah. iii) 7 bahasa : Quraisy, Yaman, Jarham, Hairizam, Qurdaah, Tamim, Thoyy. iv) 7 bacaan yang disandarkan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Masud, Ibnu Abbas dan Ubai bin Kaab. Dan pendapat yang paling tepat disisi jumhur ulama ialah pendapat daripada Imam ar -Razi r.a iaitu : 1) Perselisihan pada ifrad, muthanna, jama, tazkir dan tanis, contoh: Kalimah [3] lafaz ini adalah mufrad dengan makna satu risalah. Terdapat juga qiraat lain yang membaca dengan lafaz jama yang membawa maksud risalah-risalah. 2) Perselisihan pada tasrif fiel madhi, mudhori dan amar, contoh : Kalimah [4] lafaz ini fiel madhi dengan makna kamu telah mengambil. Terdapat qiraat lain yang membaca dengan lafaz fiel amar dengan makna kamu hendaklah mengambil. 3) Perselisihan pada wajah-wajah irab, contoh: kalimah [5] dibaca dengan baris hadapan pada huruf mim menjadikannya faael iaitu yang membuat. Terdapat qiraat lain membaca dengan baris atas pada huruf mim menjadikannya maful iaitu terkena perbuatan itu keatasnya. 4) Perselisihan pada pengurangan dan penambahan, contoh: kalimah [6] ditulis tanpa alif selepas huruf mim. Terdapat qiraat lain yang menambah alif selepas huruf mim. 5) Perselisihan pada tadim dan takhir, contoh : kalimah [7] .Terdapat qiraat lain yang menukarkan kalimah yang didepan kebelakang. 6) Perselisihan pada ibdal , contoh: kalimah [ pada qiraat yang lain. 7) Perselisihan pada sebutan bahasa, contoh : Fathah, imalah, taqlil, tebal,nipis, idghom, izhar,dan sebagainya yang mana sebahagiannya telah pun diperjelaskan dalam kitab tajwid. [ 8 huruf pada kalimah tersebut ditukarkan kepada huruf

Mengapakah Rasullullah tidak menerangkan makna ahrufu sabah?

Sesungguhnya tidak terdapat dalam hadis bahawa Rasullullah s.a.w menerangkan makna ahrufu sabah. Kemungkinan para sahabat telah maaruf dan maklum tentang perkara tersebut sehinggakan mereka tidak berhajat kepada penerangan. Maka dengan sebab itulah kita dapati tiada hadis dan riwayat yang menyatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah ditanya, ataupun menerangkan tentang perkara ini. Dan sepanjang kajian yang telah di buat oleh ulama masih belum menjumpai mana-mana kitab yang menyatakan bahawa Rasullullah s.a.w menerangkan tentang apakah makna ahrufu sabah. Nama-nama Imam Qiraat yang terdapat dalam kitab al-Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani : i) Naafi al-Madani ii) Ibn Kathir al-Makki iii) Abu Amru al-Basri iv) Ibn Aamir al-Dimasyqi

v) Aasim al-Khufi vi) Hamzah al-Khufi vii) Al-Kisaaei al-Khufi Setiap Imam mempunyai 2 orang anak murid yang paling masyhur[9]. (dan setiap anak murid mempunyai ramai pewaris yang digelar Turuq) Dan bacaan yang disandarkan kepada anak murid di gelar sebagai riwayat.

Penjelasan makna istilah qiraat, riwayat, turuq. i) Qiraat ialah bacaan yang disandarkan kepada Imam tersebut samada Imam 7 atau 10. ii) Riwayat ialah bacaan yang disandarkan kepada anak murid Imam yang disebutkan diatas. iii) Turuq ialah bacaan yang disandarkan kepada pewaris bacaan anak murid yang disebutkan diatas . Perkembangan bacaan Qiraat seluruh dunia Islam

o Bolehlah disimpulkan sebegini: Qiraat Naafi bin Abd Rahman melalui riwayat Qaaluun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%). Qiraat Abu Amru al-Basri terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%) Qiraat Ibn Aamir al-Dimasyqi terdapat di Yaman (1%) Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat Aasim bin Abi Najud melalui riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)

Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilm Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman.

Você também pode gostar