Você está na página 1de 1

Interaksi kelima (ujian kemahiran) Interaksi kali ini merupakan interaksi terakhir bagi mata pelajaran kokurikulum Olahraga

WAJ311. Kami diberikan taklimat ringkas tentang teknik larian dan penamat yang betul, lompatan dan pendaratan yang betul serta teknik lontaran atau balingan yang betul diambil kira. Ujian bagi ketiga-tiga kemahiran akan diberikan markah. Sesi pertama dimulakan dengan acara lari pecut. Kami dikehendaki berlari sejauh 50 meter dengan teknik yang betul . Semua aspek dan teknik lari pecut diambil kira dalam pembahagian markah iaitu dari segi kedudukan jari dan punggung lebih tinggi sedikit daripada kepala dan pemberatan badan ke depan seperti hendak tersungkur ke hadapan sehingga teknik toso dan tangan dikuakkan semasa penamat. Saya berlari dengan bersungguh-sungguh dan cuba membuat semua teknik yang diajarkan. Pada sesi kedua iaitu acara lompat jauh saya dan rakan-rakan perlu memijak papan supaya tidak batal dan membuat pendaratan dengan kedua-kedua kaki dengan betul untuk mendapat markah yang baik. Saya mengikut semua teknik lompatan yang diajar dan memastikan tapak kaki saya memijak papan lonjak serta mengayunkan tangan untuk mendapat lonjakan yang jauh. Saya akhirnya berjaya membuat lompatan kerana melepasi garisan mendarat. Bagi sesi lontar peluru, lontaran tidak dapat dibuat akibat kesuntukan masa dan markah bagi lontaran diambil kira semasa lontaran pada interaksi kedua tersebut. Seterusnya En. Mustafa memberi taklimat ringkas tentang penyediaan dan penghantaran folio. Kemudian disambung pula dengan perbincangan tentang persediaan Program Mini Olahraga PPG.Setelah selesai sesi soal jawab maka berakhirlah kelas bagi mata pelajaran Kokurikulum Olahraga semester 4. . Dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapatlah saya gunakan dan membuat

penambahbaikan di dalam sesi latihan sukan di sekolah pada masa akan datang.

Você também pode gostar