Você está na página 1de 7

1.

0Pendahuluan

Kerajaan Uthmaniyyah adalah sebuah kerajaan yang diasaskan dan ditadbir oleh Islam. Kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah dapat dilihat melalui empayar kuasa yang besar meliputi seluruh kawasan Semenanjung Tanah Arab dan pemerintahan yang paling lama dalam sejarah Asia Timur. kegemilangan kerajaan Uthmaniyyah berlaku zaman pemerintahan Sultan Sulaiman selama 44 tahun iaitu pada tahun 1520 hingga 1566. Sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman, beliau telah berjaya menguasai Balkan dan Hungary yang menandakan kejayaan dan kejayaan Empayar Uthmaniyyah. 1 Kejayaan empayar Uthamaniyyah dapat dilihat dengan menguasai seluruh negara Arab iaitu Turki, Greece, Bulgaria, Romania,Hungary, Palestin, Jordan, Syria Arab Saudi, Macedonia dan pantai Afrika Utara. Namun. empayar Uthmaniyyah mula mengalami kemerosotan sejak 1571 sebaik sahaja tercetusnya perang Lepanto yang menyebabkan tentera laut Uthamniyyah mengalami kekalahan dan kehilangan tentera yang banyak.

2.1 Faktor kelemahan dan kemerosotan Kerajaan Uthamniyyah

2.1.1 Kelemahan politik Kerajaan Uthmaniyyah

Faktor politik merupakan penyebab utama kepada kemerosotan empayar Uthmaniyyah yang meliputi masalah kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur dan ketenteraan yang lemah. 2 Pertukaran pemimpin bermaksud polisi dan kerajaan juga akan berubah dan kesatbilan negara kerap bergoyah kerana berubahan dasar selalunya menyebabkan sesebuah negara itu akan mengalami proses ketegangan akibat perubahan polisi. Masalah yang dihadapi menjadi pendorong kepada kehancuran kerajaan Uthmaniyyah yang selama 5 abad telah menerajui pemerintahan yang gemilang.
1

Eamam Mohamed Abbas. 2002. Sultan Abd Al-Hamid dan Kejatuhan Khalifah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti). Prospecta Printers, Kuala Lumpur. hal 5 2 Ali Muhammmad Ash-Shalabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khalifah Utsmaniyah. Jakarta: Pustaka A-Kaustar.hal 369.

Seramai 5 orang Sultan meninggal ketika berusia 35 tahun, semasa peralihan kuasa pemerintahan ini, tampuk pentadbiran telah dijalankan oleh para pembesar dan khidmat pembesar sangat diperlukan untuk menjalankan proses pentadbiran negara.3 Kegemilangan Empayar Uthamniyyah dikecapi semasa pememrintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni yang bermula pada tahun 1520 hingga 1566. Selepas Beliau meninggal dunia, Kerajaan Utmaniyyah telah kehilngan seorang pemimpin yang hebat dan bijaksana. Kemerostoan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah disebabkan oleh sikap sultan yang memerintah selepas itu, dimana sultan lebih suka berhibur, dan lebih mementingkan kesenian sehingga membawa kepada kerosakan moral rakyat serta hilang komitmen terhadap kemajuan Uthmaniyyah. Hal ini dapat dilihat melalui pemerintahan Sultan Murad II, beliau mempunyai 118 orang anak, Sultan Ibrahim pula telah membunuh 100 000 orang dan menyaksikan pembunuhan sebanyak 25 000 orang. Sikap sultan ini didorong oleh nafsu mereka yang tidak dapat dikawal dan akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Uthmaniyyah.

Masalah dalam pentadbiran juga menyebabkan kemerosotan kepada kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah sering mangalami perubahan tampok pemerintahan, namun perubahan pemimpin ini menyebabkan berlakunya masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah iaitu Sultan. Masalah perebutan takhta ini berlaku kerana sistem syura tidak lagi diamalkan dan pemilihan seseorang pemimpin berdasarkan kepada kekuatan yang dimiliki oleh seseorang. Hal ini mendorong kepada peperangan sesama anak-anak raja seterusnya membawa kepada ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Akibatnya, kerajaan dikuasai oleh golongan harem dalam istana. Hal ini menyabakan Sultan Uthmaniyyah hidup di dalam istana kerana mereka dipengaruhi oleh perempuan.4 Terdapat ramai sultan yang tidak mempunyai kekuatan dan kaliber seperti sultan yang memerintah sebelum ini seperti Sultan Musrafa I (1917 M), Sultan Uthman II ( 1617-1621 M), Sultan Murad IV (16221640 M), Sultan Ibrahim Bin Ahmad (1639-1648 M), dan lain-lain. 5

Modammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 69 4 Ali Muhammad Ash-Salabi.2003. Bangkit Dan runtuhnya Khalifah Ustmaniyah. Pustaka Kausar. hal 403-425. 5 Modammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 69

2.1.2 Masalah Sosial

Dalam aspek sosial, masalah utama ialah penyelewangan agama Islam itu sendiri seperti masalah rasuah yang membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyyah. Ajaran Islam tidak lagi dipatuhi dan penghayatan terhadap Islam amat berkurangan. Hal ini dilihat melalui berkembangnya masalah ajaran khurafat, tahayul, amalan tasawuf, yang melampau sehinggan melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran.6 Keruntuhan moral dan akhlak juga dapat dilihat melalui golongan istana yang terlibat dengan pelbagai pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, muzik yang berlebihan dan para dayang-dayang yang menghiburkan pembesar istana. Hal ini jelas menyatakan kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah disebabkan oleh masalah penyelewengan agama Islam dan keruntuhan akhlak pemerintah serta rakyat. Agama sangat penting dalam memastikan sesebuah negara itu kekal kegemilang dan berjaya. Keruntuhan akhlak para pemerintah telah membawa kepada keruntuhan akhlak rakyat jelata. Seperti kata pepetah, bagaimana acuannya begitu la bentuk kuihnya. Pepatah ini menjelaskan bahawa orang yang memimpin rakyat dan negara adalah orang yang bertanggungjawab untuk menentukan bentuk dan corak pemerintahan masa hadapan negara. Sekiranya Pemerintah atau ketua telah mengamalkan kehidupan yang salah, maka orang bawahannya juga pasti akan melakukan perkara yang sama seperti pemimpin mereka. Begitu juga dengan rakyat Uthmaniyyah, mereka tidak telah melakukan penyelewengan terhadap agama Islam, kerana Sultan dan pembesar mereka sendiri telah melakukan penyelewengan terlebih dahulu daripada mereka. 7 Oleh sebab itu, Kerajaan Uthmaniyyah telah mengalami zaman kemerosotan dan kejatuhan pada abad ke-19.

Selain itu, amalan rasuah juga semakin berleluasa dan menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pemerintahan menjadi lumpuh kerana
6 7

Fadillah Jamil. Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan. Hal 5-6 Eamam Mohamed Abbas. 2002. Sultan Abd Al-Hamid dan Kejatuhan Khalifah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti). Prospecta Printers, Kuala Lumpur. Hal 97.

ketamakan pegawai tadbir pada abad ke 18. 8 Hal ini dilihat daripada pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qunani yang meminta hadiah daripada orang yang beliau lantik sebagai pembesar dan mereka juga melakukan perkara yang sama kepada golongan bawahan untuk menanggung kos tersebut. Amalan Rasuah menimbulkan huru-hara dama pemerintahan dan pentadbiran yang melemahkan kedudukan kerajaan terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV. Hal ini keran beban cukai yang tinggi ditanggung oleh rakyat untuk menambah lagi kekayaan individu yang telah dilantik untuk mengutip cukai. Mereka juga terpaksa memberi hadiah kepad pembesar yang membantu seseorang mendapatkan jawatan atau kejayaan. Cukai yang tinggi membebankan rakyat yang sememangnya sedia miskin. Namun pembesar tetap juga menjalankan dasar mengenakan cukai yang sangat tinggi demi menjaga kepentingan mereka. Tujuan pembesar memngankan cukai tinggi kepada rakyat juga adalah untuk mendapatkan keuntungan dan membolehkan mereka menjadi lebih kaya dengan cepat. Disebabkan oleh amalan para pemerintah Uthmaniyyah, maka Kerajaan Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan dan seterusnay mengalami keruntuhan empayar.

2.1.3 Kebangkitan semangat Nasionalisme

Empayar Uthmaniyyah juga menghadapi masalah

Kebangkitan semangat

Nasionalisme dalam kalangan rakyat dimana mereka melakukan pemberontakan iaitu kesan daripada tiada semangat bersatu padu antara pemerintah dan golongan rakyat jelata. antara golongan Pemberotakan ini menjadi faktor penting kepada dan rakyat. Pemberontakan dilakukan oleh kemerosotan empayar Uthmaniyyah pada masa itu keranatiada penyatuan pemerintah kalangan puak Kurdish, Puak Druze di Syria, tuan-tuan tanah, tentera di Anatolia, dan janissary di ibu kota. Antara pembesar yang cuba untuk membebaskan diri ialah Mamlik di Iraq, Alu Al-Azim di Syria, Al-Syihabiyun di Lobnan, Zahir Al-Umar

Marshall G.S Hongson, Mohd Razali Masrun, Terj. Kebangkitan Islam: Gambaran Dan Sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III , Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 166.

dan

lain-lain.9

Golangan

ini

adalah

golongan

yang

ingkar

dan

selalu

memberontak, kerana tidak puas hati dengan pemerintahan yang dilakukan oleh sultan. Kesannya, tumpuan tentera menentang Austria, Poland dan Safavi telah tergenggu dan mengalami kekalahan. Pemberontakan ini menyebabkan masalah dalam semakin teruk sehingga mencetuskan kejatuhan empayar Uthamniyyah. Kebangkitan nasionalisme menyababkan kerajaan Uthmaniyyah berhadapan lagi dengan masalah yang sangat besar. Dimana kerajaan perlu menangani masalah pemberontakan masyarakat. Dalam uasah menyelesaikan masalah pemberontkkan, kerajaan Uthmaniyya telah mengalami kekurangan tentera yang sepatutnya bersedia berperang dengan Poland, Austria dan Safavi. Hal ini menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah telah mnegalami kekurangan tentera untuk berhadpaan dengan musuh tersebut dan mmengalami kekalahan ketika mempertahankan Kerajaan Uthmaniyyah daripada musuh.

2.1.4 Berlakunya pembaharuan dan pemodenan iaitu proses Tanzimat.

Kerajaan Uthmaniyyah telah melakukan satu penbaharuan dimana berlakunya proses pembaharuan, penyusunan dan pengaturan iaitu pergerakan dan, atau pembaharuan atau repormasi pada tahun 1876-1939. 10 Pembaharuan yang dilakukan lebih kepada pembaratan kerajaan Uthmaniyyah yang menyebabkan keadaan Kerajaan Uthmaniyyah yang sedia kucar-kacir bertambah parah sehingga mengalami kehancuuran empayar yang lama dan kuat. Pengisytiharan Hatt-i-Sariff telah menandakan bermulanya reformasi di Uthmaniyyah yang dikenali sebagai Piagam Kamar Merah pada 1830 dan Hatt-I-Humayun (1856) oleh sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali serta Fuad Pasha. 11 Antara isi kandunga Piagam ialah pembaharuan terhadap pentadbiran, penyelarasan cukai, sistem kerah tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular bagi menggantikan pendidikan Islam atau tradisional. Piagam Hatt-I-Humayan lebih kepad fahaman sekularisme yang mengugurkan rujukan kepada syariat Islam. 12
9

Ali Muhammad Ash-Salabi. 2023. Bangkit dan Runtuhnya Khalifah Ustmaniyah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 17 10 Ibid 11 Marshall G.S Hongson, Mohd Razali Masrun, Terj. Kebangkitan Islam: Gambaran Dan Sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III , Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 200. 12 Fadillah Jamil. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan . Hal 126127.

Pembaharuan kereta api menyebabkan

juga

dilakukan

dalam

aspek

ekonomi

dimana

kemudaha

infrastruktur telah dilakukan kepada yang lebih canggih seperti pembinaan jalan dari Eropah Barat ke Anatolia hingga je Baghdad. Hal ini pasaran dari Eropah telah tembus ke dalam kerajaan

Uthmaniyyah dengan harga barangan yang sangat murah dan sekaligus telah menyebabkan barangan tempatan tidak dapat menarik minat rakyat kerana persaingan harga barangan. Keadaan ini mengakibatkan ekonomi kerajaan Uthmaniyyah telah mengalami kemerostoan hingga mengalami hutang yang banyak. Contohnya di Syria, kemasukan barangan dari Eropah menyebabkan Syria telah mengalami kerugian dan mengancam serta memusnahkan industri di Syria.13 Dari aspek pendidikan, Pendidikan Barat telah diserap melalui beberapa Institusi yang dibina olehh Amerika Syarikat iaitu Universiti Bosporus pada 1866, Perancis telah menubuhkan Imperimerie Cathiloque pada 1853 dan Unversiti St. Joseph pada 1875.14 Hal ini menyababkan perkembangan udea nasionalisme, kapitalisme dan imperialisme dalam diri masyarakat sehingga semangat perkauman semakin menebal dalam diri setiap kaum di empayar Uthmaniyyah. Mahkamah secular ditubuhkan untuk menghadkan kuasa mahkamah Syariah. 15 Dalam aspek pentadbiran pembaharuan dibuat lebih kepada pembaratan yang bertunjangkan demokrasi. Terdapat bebrapa kementerian yang ditubuhkan antaranya ialah Kemanterian Pelajaran (1857) dan Majlis Tanzimat untuk menasihati Sultan.

Rujukan
13

Marshall G.S Hongson, Mohd Razali Masrun, Terj. Kebangkitan Islam: Gambaran Dan Sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III , Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 302. 14 Ibid. hal 104 15 Ibid

Ali Muhammad Ash-Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khalifah Ustmaniya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Eamam Mohamed Abbas. 2002. Sultan Abd Al-Hamid dan Kejatuhan Khalifah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti) . Kuala Lumpur: Prospecta Printers.

Fadillah Jamil. Islam Di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan

Marshall G.S Hongson, Mohd Razali Masrun, Terj. Kebangkitan Islam: Gambaran Dan Sejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohammad Redzuan Othman. 1991.

Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden .

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Você também pode gostar