Você está na página 1de 5

Anak Derhaka

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang miskin bernama Tanggang. Ayahnya telah meninggal. Tinggalah si Tanggang bersama ibunya yang sudah tua.Rumah mereka terletak di suatu kawasan yang

terpencil.Walaubagaimanapun, kampung mereka berhampiran dengan laut.Setiap hari, kedua anak beranak ini keluar mencari rezeri di sekitar pantai.Tanggang berasa sedih mengenangkan kemiskinan

keluarganya itu.Dia tidak sanggup melihat nasib keluarganya beterusan begitu. Ini menyebabkan Si Tanggang berasa susah hati.Kerana itu,dia selalu berfikir bagaimana cara untuk mengubah kehidupan mereka berdua.Sejak itu,kelihatan Si Tanggang sentiasa bersedih dan

termenung.Dia tidak sanggup tinggal di kampung itu lagi. Aku mesti pergi jauh.Di sini pun aku hanya menanggung malukata Tanggang dalam hatinya.Akhirnya dia membuat keputusan untuk di

merantau

mencari pekerjaan yang boleh mengubah nasib mereka berdua.Pergilah anakku mak gembira kerana kamu ada cita-cita untuk mencari kejayaan hidup.Kata ibunya.Dia hanya membawa barang-barang yang perlu sahaja.Semasa hendak berpisah kadua anak - beranak ini berasa sedih kerana selama ini mereka berdua tdak pernah berpisah.Tanggang pergi ke tepi pantai jika ada kapal yang berlabuh.Nasib menyebelahi Si Tanggang,apabila ternampak beberapa anak kapal dia lalu menghampiri mereka.Dia memberitahu hasratnya ingin belayar mencari

pekerjaan.Mereka membawanya bertemu dengan nakhoda kapal.Nakhoda kapal membenarkan Tanggang belayar bersama mereka.Oleh kerana Si Tanggang seorang yang rajin dan baik,akhirnya nakhoda kapal memberi Tanggang pekerjaan sebagai anak kapal.Si Tanggang sangat gembira dan berjanji supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh.Masa terus

berlalu.Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Si Tanggang terus bekerja dengan rajin dan setia.Lamakelamaan,dia semakin disayangi oleh nakhoda kapal.Pada suatu

hari,nakhoda kapal itu telah memberi Tanggang pangkat.Dia dijadikan ketua anak-anak kapal.Tanggang sangat amat gembira menerima jawatan ini. Setelah berkahwin,hidup Tanggang penuh dengan kemewahan.Wang dan hartanya bertambah banyak.Kerana itu,sedikit demi sedikit,Tanggang melupakan ibunya di kampung.Apa lagi,isterinya seorang yang

cantik.Selalulah dia bermesra dengan isterinya itu.Si isteri pula tidak pernah menanyakan asal keturunan suaminya.Dia tidak mahu tahu itu semua. Suatu ketika,Tanggang pergi belayar.Dia membawa isterinya

bersama.Tanpa di duga,pelayaran kapal itu melalui laut berhampiran kampung Si Tanggang.Ketika itu Si Tanggang sudah lupa di mana kampungnya itu.Seorang nelayan tempatan ternampak Tanggang di atas

kapal.Dia berasa gembira.Dia bercadang hendak memberitahu hal ini kepada ibu Tanggang. Benarkah kamu melihat Tanggang,anakku?Adakah dia hendak pulang?tanya ibu Tanggang kepada orang yang menyampaikan berita itu.Wajah si ibu itu kelihatan gembira sekali. Benar!Saya tidak berbohong.Lagipun,saya memang kenal benar akan Si Tanggang,kata orang itu bersungguh sungguh.Dia

memberitahu lagi, Si Tanggang sudah kaya nampaknya! Ibu Tanggang tidak sabar sabar lagi untuk bertemu anaknya itu.Sebelum meninggalkan rumah,si ibu mengambil sedikit makanan yang disukai oleh Tanggang.Setelah itu,dia pergi ke pantai.Dia menaiki sebuah perahu kecil untuk pergi ke kapal Si Tanggang. Oh,Tanggang!pulang juga kamu.Akhirnya kamu berjaya

juga,kata ibu Tanggang gembira. Tidak lama kemudian,ibu Tanggang telah menghampiri sebuah kapal.Dia tercari cari wajah anaknya itu.Namun tidak kelihatan.Dia hanya melihat beberapa orang anak kapal sedang bertugas.Anak anak kapal hairan melihat ibu Tanggang. Mana anakku, Si Tanggang?tanya si ibu itu.Anak anak kapal bertambah hairan melihatkan tingkah dan laku perempuan tua tersebut.

Akhirnya,perkara ini diberitahu kepada ketua anak kapal.Si Tanggang keluar untuk melihat perempuan tua yang datang itu.Isterinya yang jelita itu turut bersama samanya. Oh,memang kamu,Tanggang!kata benar si kamu ibu itu Si Tanggang,anakku.Ini apabila terpandang mak akan

Tangggang.Tanggang juga gembira sekali dengan pertemuan itu. Dia hendak menyambut kedatangan ibunya itu.Tetapi isterinya cuba menghalang.Si isteri memandang jijik terhadap perempuan tua tersebut.Tanggang berasa malu.Kata kata isterinya itu memang benar. Dia tidak mengaku perempuan tua itu ibunya.Ibu Tanggang bertambah sedih.Akhirnya Si Tanggang mengusir perempuan tua itu lalu

mencampakkan makanan yang diberi ibunya ke dalam laut. Si ibu berasa sangat sedih.Dengan linangan air mata si ibu mengayuh perahunya ke pantai.Sampai hati kamu, Tanggang mak sendiri kamu hinakan, kata si ibu dengan kesal.Apabila sampai di pantai ibunya lalu berdoa

Oh,Tuhan.Jika benarlah Si Tanggang anak derhaka tunjukkanlah kekuasaan Mu kepadanya!si ibu berdoa berkali kali. Tuhan mengabulkan doa doa tersebut.Tiba tiba berlaku ribut taufan,kilat sabung - menyabung.Anak anak kapal dan isterinya bertukar menjadi batu.Setelah Si Tanggang melihat isterinya dan anak kapalnya bertukar menjadi batu,Si Tanggang berasa berdosa kepada

ibunya.Dia sangat menyesal.Ibu!Ampunkan Tanggang,ibuSi Tanggang berteriak berulang kali,tetapi ibunya tidak dapat menolongnya kerana semuanya sudah terlambat. Kapal itu mula hendak tenggelam.Tanggang benar benar cemas.Dia berteriak lagi tetapi ibunya masih tidak menghiraukan teriakanya itu.Akhirnya kapal itu pun tenggelam.Ada cerita mengatakan Si Tanggang juga turut menjadi batu.Demikian kisah seorang anak yang derhaka kepada ibunya.Akhirnya dimakan sumpah. Pengajaran:Oleh itu kawan kawan jangan sekali kali kita menderhaka kepada ibu bapa terutama sekali ibu kerana bak kata pepatah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Ingat kawan kawan sekian terima kasih.

Você também pode gostar